Monday, June 11, 2012

Yang Auta Jika Diulang-ulang Akan Dipercayai Sebagai Fakta..TPM


Kenal dengan wajah ini..???



Puncanya dia ni..


   
Keberanian yang luar biasa, melihat orang diletupkan..


Mana lesapnya dia ni..


Timbalan Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan jentera UMNO/BN supaya berterusan melalui medium apa sekalipun menangkis semua gambaran persepsi buruk kerajaan, UMNO dan BN yang sepanjang masa dijadikan modal politik oleh pembangkang. 

Beliau juga melahirkan bahawa BN Wilayah mampu menawan kembali beberapa kerusi yang terlepas ke tangan pembangkang dalam PRU13 lalu. Gesaan dan saran tersebut di buat beliau sewaktu melancarkan Jentera BN Wilayah Persekutuan semalam.

Jika kita perhatikan isu persepsi ini sebenarnya memang menjadi kesukaan pembangkang. Dalam pilihanraya kecil Ijuk umpamanya Nuar dan pencacainya begitu berkobar-kobar setiap kali menyebut Scorpene, Altantunya dan Monggolia. Dia sendiri tahu dan sedar perkara tersebut tidak benar, namun dia suka jika rakyat mempercayainya sebagai benar.

Telah 5 tahun berlalu, namun Nuar tidak berhenti dengan persepsi rasuah dan komisyen ini. Dia terus memainkan isu tersebut dan lantang mempersembahkannya kepada pendengar dalam setiap ceramahnya hingga kini. 

Bukan dia sahaja, malah pemimpin PAS dan DAP juga amat seronok memainkan sentimen rakyat dengan isu persepsi ini. Andai-andaian mereka akan disambut dengan tepukan bergemuruh oleh penyokong tegar mereka tanpa sedar mereka sedang diperbodohkan oleh pemimpin pakatan.


Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.. Ini sanggup mereka lakukan.


"Kita sekarang perlu berhadapan cabaran yang besar bagi menghadapi pilihan raya.

"Justeru itu, saya ingin memberi peringatan kepada ahli BN agar tidak berlaku sebarang persengketaan dan sebarang masalah atau isu negatif dalam parti," tegas beliau.

Katanya lagi, masalah yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh BN merupakan isu persepsi di kalangan pengundi kerana rakyat menjadi keliru antara realiti dan persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang.

"Apabila isu persepsi ini timbul, rakyat akan terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengenai kesahihan isu yang ditimbulkan pembangkang," kata beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presiden Umno ini berkata, pembangkang kini menyerang dan menimbulkan persepsi negatif melalui rangkaian media sosial untuk menyebar fitnah yang tidak berasas.

"Oleh yang demikian, isu persepsi ini mesti diperbetulkan dengan kadar segera," tegas beliau.

Katanya, semua pemimpin tertinggi BN harus sentiasa tahu isu-isu semasa bagi memudahkan mereka memberi penjelasan kepada rakyat supaya tidak timbul isu persepsi ini.


Related Story:

Menang Dengan Persepsi

BN Parti Rasis

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Yang Auta Jika Diulang-ulang Akan Dipercayai Sebagai Fakta..TPM

    Sebenarnya inilah strategi yang diguna pakai oleh kerajaan BN untuk menimbulkan persepsi buruk kepada pimpinan pembangkang.Kena perlu gentar,sedangkan pentas milikan parti pemerintah lebih luas dan mampu sampai kepada segenap negara tanpa perlu bersusah payah untuk turun berkempen.Buka sahaja TV,dihamburkan segala keburukan pembangkang.Namun,masyarakat sudah pintar,daripada duk melayan berita TV yang jelas 'berat sebelah' lebih baik pergi hadiri majlis ilmu yang dianjurkan disurau dan masjid.

    ReplyDelete
  2. Mahathir sendiri mengatakan "beli-membeli" adalah perkara biasa dalam pemilihan pemimpin tertinggi dalam UMNO Baru.

    Itu bukan rasuah ke?

    Persepsi atau Realiti? Jawablah...

    ReplyDelete
  3. Haiyo topaksolah jawab anon 10.59 ni aa. Tq kerana baca blog ini.

    Beli membeli undi samada guna wang atau lain-lain sogokan pada pendapat Jokiden tetap rasuah. Bukan persepsi tetapi realiti. Ia berlaku dalam semua parti, termasuk PAS dan DAP. PKR tak yah citerlah...

    Budaya politik wang sangat hebat dalam politik Malaysia pada tahun 1993.

    Dalam penerbangan untuk merasmikan satu mesyuarat UMNO Bahagian di Sabah, Tun Ghafar masih akan di calonkan. Tiba masa pencalonan nama Nuar Naik. Kata ketua Bahagian tersebut.. kosnya RM500.000.00.

    ReplyDelete