Monday, June 11, 2012

Video Ini 147 Saat Je... Tetapi Ia Menghiris Hati Untuk 1000 Tahun


  Rakyat akan dipijak-pijak


 
Nga Kor Ming Baca Al Quran sekali lagi


Banyak blog yang menyiarkan video di atas. Kadang-kadang terklik jua. Durasi video ini tidak lama, cuma 2.27 minit, namun kesannya ke jiwa Jokiden amat mendalam.

Telah beberpa kali Jokiden menitiskan air mata tanpa sedar apabila mendengar video ini. Kenapa Jokiden  sedih, pilu dan pedih hati dengan video ini. Jawapannya mungkin kerana terlalu marah.

Marah tetapi tidak boleh atau tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Tidak adakah undang-undang untuk mencegah perbuatan menghina seperti ini. Kebebasan bersuara mesti ada batasnya. Peristiwa ini berlaku atas pentas ceramah PAS.

Kalaulah yang membaca ayat-ayat suci tersebut Chua Soi Lek, kita dapat jangkakan reaksi keras Nik Aziz. Pasti dia melenting, pasti dia kata UMNO menghalalkan perbuatan haram, pasti dia kata demi politik UMNO sanggup membiarkan orang kafir menghina Islam. Pasti pelbagai tuduhan lagi akan terkeluar dari mulut dia.

Tetapi perbuatan menghina ayat suci ini dilakukan oleh rakan sekongkolan mereka, walaupun berlaku di depan mata, maka Nk Aziz diam sahaja dan penyokong tegar pula menyambut dengan tepukan gemuruh.

Jelas agama Islam akan diperkotak katikkan sekiranya Pakatan haram memerintah negara ini. Jelas Islam akan terletak di kedudukan paling bawah sekiranya UMNO hilang kuasa. Jelas PAS tidak mampu untuk mempertahankan agama Islam daripada dihina dan dicerca, jauh sekali daripada mampu untuk mempertabatkan Islam.

Mengikut laporan odit pada tahun lalu kebanyakan agensi kerajaan dan jabatan di Pulau Pinang berjaya melakukan perbelanjaan melebihi 70% daripada peruntukan tahunan. Hanya Jabatan Ketua Menteri yang kurang berkesan dalam membelanjakan peruntukan iaitu cuma sekitar 54%. Apabila disemak, sebabnya ialah banyak projek telah ditangguhkan. Di semak lagi projek yang ditangguhkan ialah semuanya yang berkaitan dengan agama Islam. PAS dan PKR kenapa tutup mata???? 

Sucinya Al-Quran sesiapa yang tidak mempunyai wuduk di haramkan menyintuh, membawa atau memegangnya, kecuali dalam kes kecemasan seperti perlu menyelamatkan Al-Quran tersebut.

Sucinya Al-Quran sehinggakan ia tidak boleh diletakkan di tempat yang ada najis, dibuang di merata tempat, di bakar sesuka hati macam di Amerika tersebut, tidak boleh dilangkahi dan tidak boleh dipersendakan dalam apa bentuk sekalipun.

Sucinya ayat Al-Quran, sesiapa yang tidak suci atau dalam berhadas besar diharamkan membacanya. Jadi jiwa kita pedih apabila PAS sewenang-wenangnya membiarkan Cina Kafir membaca sesuka hati ayat-ayat suci agama kita.

Ini bukan kali pertama berlaku, telah banyak kali dan dibaca oleh orang India dan Cina dalam pelbagai ceramah. Dibenarkan dan diizinkan oleh Nik Aziz kerana katanya untuk 'menguatkan hujah'    

Kepada Allah yang Maha Esa dengan titisan air mata, Jokiden mohon keampunan kerana Jokiden tidak mampu mencegah perbuatan Ngah Kor Ming ini.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment