Thursday, June 14, 2012

Kalau Tuan-tuan Nak Komen...Komenlah..


Orang kata jangan debat.. dia nak debat jugak..Lotih den..
 
 

Saifuddin tetap teruskan debat dengan Salahuddin


KUALA LUMPUR 14 Jun - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tetap mahu meneruskan hasrat berdebat dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub walaupun mendapat tentangan daripada pihak tertentu dalam UMNO.
 
 
Saifuddin yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi UMNO bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai debat itu.

“Saya tidak mahu komen. Tetapi saya tetap akan meneruskan hasrat untuk berdebat dengan Salahuddin," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas sidang akhbar Pertandingan Bola Keranjang Universiti dan Kolej Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN


Saifuddin diminta batal hasrat debat


KUALA LUMPUR 13 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah diminta membatalkan hasrat untuk debat bersama Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kerana dilihat tidak mendatangkan faedah.

Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Yahya Hamzah berkata, debat tersebut dikatakan akan berlangsung pada 19 Jun nanti hanya membawa banyak masalah dan pertelingkahan antara kedua parti itu.

Katanya, tiada gunanya berdebat bersama Pas yang hanya boleh bercakap tapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka menjadi 'pak turut' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

"Batalkan sahaja hasrat beliau untuk berdebat dan lebih baik membuat kerja lain. Debat ini bukannya dapat mengubah sesuatu, tetapi ia hanya seperti syok sendiri sahaja.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment: