Tuesday, June 12, 2012

Gempar..Dua Ekor Tikus Besar Dalam Parlimen..


 

Ulasan Peristiwa dan Isu Terkini.

Persidangan Dewan Rakyat semalam nampaknya hangat juga. Bukan sahaja disebabkan Rang Undang-Undang yang ditarik balik, tetapi juga isu 'skandal' RM3 Billion yang mengaitkan nama Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Kota Belud mengatakan "Saya masih ingat ketika pertama kali isu RM3 billion ini ditimbulkan di Parlimen dulu, orang pertama yang mengatakan isu ini benar ialah Ipoh Timur.. kini kenapa menikus... kemudian Jelutong juga mengatakan isu ini benar dan perlu disiasat..kini kenapa menikus.."

Dulu lain, sekarang lain. Dulu musuh politik, sekarang adalah kawan karib, rakan sekongkolan, rakan seperjuangan dan rakan sehati sejiwa.. Kedua-duanya terpaksa jadi tikus munduk dalam parlimen kerana yang terpalit dengan isu RM3 billion ini ialah Ketua pembangkang sendiri. RM3B bermakna 12 kali ganda pinjaman yang diberikan kepada NFC. 

Sebab itu orang mengatakan dalam politik ini serba kemungkinan. Hari ini kawan, esok lawan dan sebaliknya. Tidak ada yang kekal dalam dunia politik. Mat Sapu maafkan Nuar, dan Nuar juga maafkan Mat Sapu. Stop.


Datuk Mohd Nazri Aziz pula berkata cukup bukti ahli Parlimen Permatang Pauh dan Gombak akan dihadapkan ke mahkamah mengenai isu Bersih3.

Di Myamar dilaporkan berlaku pergaduhan etnik yang dasyat yang melibatkan penganut agam Islam dan Budha. Orang Bangladesh juga dilaporkan turut terlibat. Menteri Luar berkata Malaysia sedia menghantar bantuan sekiranya diperlukan.

Penganut Islam dan Buddha di negeri Rakhine saling menyerang antara satu sama lain sejak 3 Jun lalu selepas insiden perusuh Buddha membunuh 10 penganut Islam di selatan negeri itu.

Keganasan yang merebak ke bandar-bandar lain menyebabkan kerajaan Myanmar pada mulanya menguatkuasakan perintah berkurung dan mengisytiharkan darurat di seluruh Rakhine semalam. Tentera sudah campur tangan.

Sepanyol dilaporkan hampir muflis dan IMF baru sahaja meluluskan dana pinjaman sebanyak 2 billion  Euro. Seperti Greece, Sepanyol juga terlibat dengan kegawatan ekonomi yang memusnahkan negara Fernando Torres tersebut. Jika Sepanyaol berjaya menjadi juara pertandingan Euro 2012 ini, rakyat akan merasa terubat sedikit.

Di Kedah seluas 5,000 hektar hutan sudah digondolkan dan 10,000 hektar lagi akan menyusul. Rakyat sudah bangun mempersoalkan isu tersebut. Patutlah hasil kerajaan PAS Kedah meningkat pada tahun lalu. rupanya hasil rompakan hutan dara. Air sungai telah bertukar warna akibat aktiviti pembalakan yang kurang terkawal.

Karpal Sinki khabarnya dimasukkan ke wad, kerana mengalami masalah kesihatan. Kata nak beliau ianya rawatan susulan biasa. Kata Blogger pula Karpal Sinki telah mula meracau, bercakap yang bukan-bukan.

Hosni Mubarak juga dilaporkan dalam keadaan tenat kerana degupan jantung yang tidak menentu,  tidak stabil dan sukar bernafas. Beliau kini di dalam hospital di Penjara Torah.

Pelawak Osman kering juga dikatakan masih kritikal walaupun ada blog yang menyiarkan berita bahawa beliau telah meninggal dunia.

Kabus Tebal melanda China dan Baoshan Yunduan merupakan kawasan yang paling teruk terlibat sehinggakan  6 jadual penerbangan di batalkan. Jarak penglihatan hanya sekadar 200 meter.

England pasukan pilihan Jokiden hanya mampu seri 1-1 dengan Perancis dalam saingan Euro 2012. Sementara itu dalam perlawanan kedua Ukraine mengalahkan Sweeden 2/1.

Lajim Ukin menafikan desas desus yang beliau akan keluar UMNO dan menyertai PKR. Namun para blogger tidak berhenti setakat itu. Minggu lepas sebanyak 80 orang ahli PKR dari Bahagian beliau keluar PKR dan masuk UMNO, tetiba Lajim pula hendak masuk PKR dengan 2000 orang pengikutnya. Dikatakan tarikh beliau nak keluar UMNO ialah pada 16 Jun akan datang. Bendera sudah siap, baju sudah siap.. Entahlah..
  
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment