Wednesday, June 6, 2012

PKR Seperti Dedalu... Menumpang Dahan Orang.

Ras Adiba kena saman RM3 juta.. 


Ramai sangat yang berkata bahawa PKR ini sebenarnya sudah 'habis' dah. Pemimpin pengasas sudah hampir kesemuanya cabut. Yang baru masuk tidak ada langsung. Ahli semakin tayus.. mungkin tak sampaipun 50,000 orang. Mesyuarat dan perhimpunan tidak berani nak buat. Yang masih tinggal dengan PKR ialah pemimpin yang penuh dengan masalah.

Yang masih tinggal dengan PKR ialah YB-YB yang menang secara tidak sengaja dalam PRU12 dahulu sahaja. Mereka itupun akan cabut juga akhirnya setelah dapat pencen sebagai wakil rakyat. Mereka itu juga akhirnya akan menelanjangkan semua auta Nuar. Kita akan sama-sama lihat nanti. Kan Nuar terkenal dengan sikap habis madu sepah dibuang.. ada dia kisah???

Jika dalam PRU13 PKR cuma menang 1 atau 2 kerusi sahaja bermakna itu lambang batu nesanlah tu. Alamat PKR akan berkuburlah ataupun setakat tinggal hari ini dalam sejarah.

Habis yang sekarang ini PKR kelihatan seolah-olah maha hebat, maha super dan sebagai mengepalai pembangkang pula?? Ya memang benar, kalau dilihat kegemparan yang PKR berjaya lakukan untuk menunjukan mereka masih bernyawa amatlah menakjubkan. Mereka seolah-olah telah memerintah separuh daripada dunia ini. Hakikatnya pemimpin mereka setiap malam menangis, meratapi untung nasib mereka yang kini dihitung dengan jari sahaja.

Menenggek dan bertenggek. Itu kelebihan PKR. Juga mungkin sebab mereka mempunyai dana dari dalam dan luar negara. Ini yang mungkin menyelamatkan mereka sehingga ke hari ini. PKR khususnya Nuar berjaya menyakinkan sekutu mereka iaitu PAS dan DAP bahawa mereka masih kuat. UMNO/BN akan ditumpaskan dalam PRU13 kelak.

Diawal usia muda Nuar sibuk dengan ideologi dan falsafah perjuangan Islamnya. Lama kelamaan dia sendiri hanyut. Dia ingin merubah UMNO dari dalam. Malangnya UMNO tidak berubah dia pula yang rebah. Rakan-rakan yang seidealogi dengannya ketika itu seorang demi seorang meninggalkan dia. Entah siapa yang masih kekal bersamanya kitapun tidak tahu.

Kemudian dia tampil dengan idealogi baru iaitu reformasi yang akhirnya menjadi basi. Ketika itu dia seolah-olah mendapat sokongan dari dalam dan luar negara. Menjeritlah semuanya pengikut beliau siang dan malam dengan kata-kata keramat reformasi. Sekarang ini hanya beberapa kerat sahaja pemimpin era 'reformasi' yang masih bersama beliau. 

Selepas dipecat dari UMNO dan dari kerajaan dan selepas matanya lebam, muncul pula idealogi baru iaitu 'keadilan' Maka siang malamlah kini beliau dengan ungkapan 'keadilan' Melalaklah penyokong tegar beliau dengan falsafah tersebut sehinggakan apa yang mereka perkatakan, mereka sendiri tidak memahaminya.

Intipati perjuangan tidak ada selain daripada ingin melihat Nuar menjadi Perdana Menteri. keadilan hanya untuk dia, bukan untuk rakyat marhean, bukan untuk Wan Azizah dan bukan untuk kakitangan kerajaan.

Menyedari kelemahan parti, kekurangan logistik, kekurangan ahli, kekurangan jentera, maka PKR terpaksa bergantung kepada PAS dan DAP. Rakan sekongkolan ini bersetuju untuk bersyubahat dengan Nuar dan PKR sebab mereka mempunyai musuh yang sama iaitu UMNO/BN. 

Selepas PRU13 rakan-rakan sekongkolan PKR akan pergi juga meninggalkan parti yang tidak mempunyai hala tuju ini, namun masih mampu mengaburi pemikiran rakyat dengan berselindung di sebalik ayat keramat mereka iaitu 'membela rakyat' dan 'keadilan untuk rakyat'

DAP dan PAS menyedari bahawa PKR hanyalah parti dedalu yang ingin berpaut kepada mereka. Mereka hanya membenarkan PKR berbuat demikian untuk sementara waktu sahaja. Selepas PRU13 semuanya akan kembali kepada cara lama mereka.. 


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment