Monday, June 4, 2012

Fakta Diragui..Auta Dipercayai..


Tidak terlibat, tidak bermakna pembangkang akan berhenti dari menyebutnya.
 
Dulu kini dan mungkin selamanya trend  penyokong politik pembangkang Malaysia ialah mempercayai segala yang fakta sebagai tidak benar dan meragukan, sementara semua yang auta, tipu dan fitnah adalah benar belaka. Politik cara ini adalah tidak sihat namun itulah yang menyeronokan pembangkang. Budaya ini seolah-olah sudah sebati dengan jiwa mereka.

Putar belit menjadi santapan harian mereka. Kini dengan istilah baru iaitu 'spin' pusing selagi boleh. Semua isu mesti dilihat dari sudut yang berbeza supaya keuntungan berpihak kepada mereka.  Semuanya mesti di spin..

Dalam setiap ceramah pembangkang tidak kira wakil parti mana, tidak kira tahap mana kepimpinan mereka atau kedudukan mereka, asalkan membuka mulut sahaja mestilah memutar belitkan fakta demi untuk menaikan suhu kebencian pendengar terhadap pemimpin kerajaan. Yang kerap menjadi mangsa ialah UMNO/BN, para Menteri dan para Pegawai Kanan Kerajaan.

Menghadiri ceramah pembangkang membuatkan telinga sakit dan hatipun sakit. Bertambah sakit kerana kita tidak dapat menjawab segala tohmahan mereka. Bertambah sakit apabil sebahagian penonton akan teruja dan bertepuk tangan menyambut kata-kata cacian mereka.

Tumpuan khusus ialah serangan yang bersistematik terhadap dua individu penting sekarang ini iaitu Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Tan Sri Muhyiddin Yassin Dan Puan Sri Noraini agak kurang disentuh. Namun jika hari ini Tan Sri Muhyiddin menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, esok lusa mulalah serangan akan terarah kepada mereka pula.


Dengan memyerang peribadi PM, isteri dan keluarganya pembangkang mengharapkan semua keburukan pemimpin mereka akan dilupakan oleh rakyat. Apabila rakyat mempercayai keburukan pemimpin BN, mereka mengharapkan rakyat akan merasa benci dan meluat lalu memberikan undi kepada mereka. Bangkai gajah tidak akan dapat ditutp dengan nyiru. Penyokong tegar mereka bolehlah mereka pengaruhi, penyokong atas pagar belum tentu. 

Tarikh pilihanraya nampaknya menjadi topik hangat dalam ceramah pembangkang sejak kebelakangan ini. Mereka nampaknya sudah mula keletihan seperti menunggu buah yang tidak kian gugur. Lalu mereka mengatakan DS Najib sendiri tidak tahu tarikh pilihanraya. Yang tahu hanya DS Rosmah Mansor. Jika PM nak umumkan pun sekiranya DS Rosmah belum bersetuju, PM akan tangguh dulu. Inilah antaranya yang menjadi kesukaan penceramah pembangkang dan penyokongnya. Lawak bodoh mereka ini adalah bertujuan untk menghina Perdana menteri seolah-olah dalam setiap urusan dikawal oleh isteri.

Mereka sudah 'gila' hendakan pilihanraya seolah-olah esok mereka nak tawan Putra Jaya. Ketenangan DS Najib dalam isu tarikh PRU13 ini berjaya pula membuatkan pembangkang sakit jiwa.

Penyokong pembangkang amat mempercayai bahawa DS Rosmah lebih berkuasa dalam semua hal pentadbiran negara dan parti. Mereka mahu membenci Perdana Menteri dengan isu Queen Control ini.

Kemasukan cincin berlian berharga RM24 juta ke Malaysia dan dikaitkan dengan DS Rosmah sentiasa dijaja oleh pembangkang dalam setiap ceramahnya. Segala penjelasan seolah-olah masuk telinga kiri lalu keluar ke telinga kanan.

Isu Altantunya dan perkataan keramat mereka 'Monggolia' sering mewarnai setiap isi ceramah pembangkang. Segala fakta seperti yang dinyatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, menjadi bahan gelak ketawa. yang ingin mereka percaya ialah PM terlibat, DS Rosmah terlibat.

Bersumpah untuk menyatakan kebenaran diri sudah tidak dihargai lagi. Sebaliknya yang mereka ingin percaya ialah keberanian DS Rosmah  berada 3 kilometer di dalam hutan Puncak Alam bersama 3 orang lagi menyaksikan mayat Altantunya diletupkan.  Semua fakta ditolak ketepi dan semua saranan Raja Petra Kamaruddin dipercayai sepenuh hati.  

Kematian Teo Beng Hock kemungkinan besar adalah perbuatan DAP, namun yang mereka percayai ialah Teo Beng Hock dibunuh oleh SPRM. Maka mereka percaya sangat 'roh' Altantunya, TBH dan Kugan menghantui DSN sehinggakan tidak berani membubarkan Parlimen. Ini juga menjadi lawak bodoh mereka dalam semua ceramah mereka. Bodoh, bodohlah asalkan penyokonng  suka. Bodoh tidak menjadi hal, yang penting persepsi mesti diterima oleh penyokong dan kebencian mesti dipupuk dan dibaja supaya terus subur.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selepas disiasat dari segenap segi dikatakan tidak terlibat langsung dengan isu NFC yang diketuai oleh suami beliau. Namun yang pembangkang seronok dengar ialah SPRM diarahkan untuk menutup kes DS Shahrizat dan mereka terus percaya bahawa DS Shahrizat mempunyai 'saham' dalam urusan pinjaman tersebut. Kenapa suami DSS yang dapat?? kenapa tidak Rafizi yang dapat, kenapa tidak petani dari Londah Gemas yang dapat?? Kebodohan mereka dalam isu NFC ini telah sampai ketahap menghinakan diri sendiri.


Pembersihan nama DS Shahrizat oleh SPRM tidak berjaya menghentikan tohmahan mereka sebaliknya mereka semakin mempercayai bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh pihak kerajaan. Ketelusan dalam apa isupun sebenarnya tidak pernah dihargai oleh pembangkang.

Karpal Singki secara tindak sengaja dan spontan telah menyebut bahawa perjuangan dia ialah untuk menjadikan LGE sebagai Perdana Menteri dengan harapan anak dia Gobin dapat menjadi Ketua Menteri pula. Namun yang penyokong tegar pembangkang ingin percayai ialah ulasan Karpal bahawa dalam Perlembagaan dibolehkan sesiapa sahaja  menjadi Perdana menteri.

Kenyataan Haji Hadi untuk meminda Perlembagaan supaya Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan jika mereka berkuasa, dianggap oleh mereka sebagai putar belit Utusan Malaysia. Mereka mempercayai Hj Hadi tidak pernah berkata demikian.

Tidak ada sebuah pun parti politik dalam dunia ini menjanjikan Syurga jika menyokong dan mengundi parti berkenaan, kerana Syurga itu adala rahmat Allah, namun mereka mahu percaya kepada kata-kata Nik Aziz bahawa mengundi PAS, masuk Syurga. Masuk PAS masuk Syurga.


Allah tidak pernah mencarut tetpai yang mereka ingin percaya ialah Allah juga mencarut kerana itu kata-kata Nik Aziz.

Syaitan adalah musuh manusia yang nyata, syaitan pasti akan menyesatkan manusia dan anak cucu cicit Nabi Adam as, namun mereka percaya bekerjasama dengan syaitan adalah dibolehkan demi untuk mendapatkan kuasa. Fakta ini cukup menyeleweng namun mereka lebih mempercayai auta pemimpin mereka.


Sebentar tadi semasa DS Najib merasmikan Musabaqah Al-Quran di Johor Baru, beliau menyatakan bahawa pembangkang lebih suka mempercayai bahawa peneroka Felda akan ramai yang jatuh miskin, susah dan papa kedana jika FGVB disenaraikan di BSKL, sedangkan realitinya kata beliau ialah peneroka akan menerima faedah yang besar kelak.


Begitulah sebahagian daripada bukti-bukti bahawa pendekatan pembangkang ialah untuk mengujudkan persepsi bahawa segalanya tentang kerajaan adalah tidak baik. Yang baik hanyalah apa yang pembangkang cuba lakukan.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment