Wednesday, April 24, 2013

UMNO/BN Janganlah Khianat Sangat, Nanti Simpati Melimpah Ruah Kepada Pakatan....

 
Akhirnya apa yang Jokiden bimbangkan berlaku juga.
 
Punyalah bangangnya Nuar Brhaim yang menyalahkan SPR apabila deposit calon-calon Pakatan yang menarik diri akibat paksaan hangus begitu sahaja. Peraturan sudah sedia ada, janganlah nak pandai-pandai ubah sendiri.
 
Dia kata SPR masih mempunyai masa untuk menerima penarikkan diri calon-calon mereka. Kenapa hendak dilonggokkan kesalahan tersebut ke atas bahu SPR.
 
Pakatan yang gagal memilih calon walaupun mempunyai masa selama 5 tahun untuk menamakan calon, SPR pula yang dikatakan silap. Kegagalan mereka menyelesaikan masalah kerusi dan calon-calon membuatkan berlakunua pertindihan antara satu sama lain.
 
Itu satu bab, kemudian Hj Hadi walaupun sudah tahu PKR dan DAP akan meletakkan calon di kawasan tertentu namun masih ingin melatakkan calon PAS juga. Tindakan Hj Hadi ada munasabahnya kerana dia tidak percaya kepada calon PKR.
 
Bagi Hj Hadi calon PKR ada yang terdiri daripada Komunis, penjual pil kuda, kaki kuda, nafsu kuda dan akhirnya kena kuda, lalu kononnya untuk menyelamatkan pakatan PAS meletakkan calon-calon mereka. Ish..ish..ish.. Sendiri yang gagal menamakan calon, orang lain pula yang terpaksa memikul kegagalan tersebut.
 
Sendiri yang gagal mendapatkan calon lalu memasukkan 'calon tangkap muat' orang lain pula yang terpaksa menerima padahnya. Jelaslah tiga parti pakatan ini tidak seia dan sekata dalam banyak perkara dan malang sungguh sekiranya masih ada rakyat yang mempercayai sandiwara mereka.

JOHOR BAHRU 24 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya mempersoalkan undang-undang penarikan diri calon, kerana beliau sendiri turut terlibat dalam proses membuat keputusan berkenaan di Parlimen pada tahun 2011.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang itu menegaskan, peraturan 'tempoh tiga hari' untuk calon bertanding pilihan raya menarik diri telah dipinda ketika Sidang Dewan Rakyat pada 2011.

"Itu undang-undang baharu yang kita pinda pada 2011, dulu ada tempoh tiga hari calon tarik diri tetapi banyak sangat kerenah SPR tidak boleh cetak kertas undi sebaliknya perlu tunggu hari keempat. Ini bukan keputusan budi bicara SPR tetapi undang-undang yang diwartakan di Parlimen.

 
Semua kesalahan hendak mereka letakkan ke bahu SPR, UMNO/BN dan kerajaan. Mana boleh wahai pakatan. Nik Aziz berdukung juga disalahkan UMNO. Azizan terjatuk jelepok juga nak disalahkan UMNO. Nuar jatuh terkelepot juga nak salahkan UMNO. Dan terkini apabila Karpal Singki tersembam apakah UMNO juga yang terpaksa memikul kesalahan body guards Karpal Singki tersebut. Apakah UMNO juga akan dituduh mengsabotaj Karpal Singki. Apakah UMNO juga akan dituduh telah membayar pengawal Karpal Singki supaya 'menjatuhkan' dia.
 
Jokiden sudah menulis beberapa kali dan telah menyebutnya di dalam ceramah bahawa Karpal Singki dan Nik Aziz sudah tidak mampu lagi untuk menguruskan dirinya sendiri, apa lagi untuk menguruskan hal rakyat dan negara. Insaflah dan berundurlah sebelum lebih banyak kemudaratan yang menimpa.
 
Rakyat dan khususnya penyokong tegar, sedarlah, janganlah memilih calon sebegitu kerana pasti kelak segala-galanya tidak terurus dan terpaksa meminta bantuan pihak lain pula untuk meneruskan khidmat. Namun apa nak buatkan, mungkin mereka juga seperti Jokiden kesetian kepada parti menyebabkan Jokiden akan mengundi songkok sekiranya songkok tersebut meruapkan calon BN.
 
Barbalik kepada Karpal Singki ini, lama dulu, setiap kali melihat dia dipikul oleh pembantunya semasa hendak ke sana sini terutamanya hendak ke mahkamah, terdapat semacam perasaan dalam hati Jokiden bahawa suatu hari mungkin pembantunya tersilap langkah dan dia jatuh tersungkur.
 
Hari ini berlaku juga insiden yang tidak ingin kita lihat dan Jokiden berasa ngeri sekali. Pembantu beliau sepatutnya lebih berhati-hati. Kesian dan malu keseluruh dunia jika ditonton oleh orang lain, macam video prank pulak.
 
Setiap kali PM, TPM menaiki pesawat terutamanya semasa mengadakan lawatan atau kempen ke Sabah dan Sarawak, Jokiden akan merasa risau dan cemas dan Jokiden tidak henti-henti mendoakan keselamatan mereka.
 
Dulu sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Jokiden sentiasa resah apabila beliau mengadakan lawatan ke luar negara. Jokiden resah dengan keselamatannya. Isterilah yang selalu menjadi sasaran kerana terpaksa memberikan jawapan kepada soalan Jokiden "PM dah selamat mendarat lum4?? Bila dia sudah selamat mendarat barulah Jokiden senang hati untuk kena teh tarik. Begitulah sayangnya Jokiden kepada pemimpin kita. Kini perasaan yang sama Jokiden alami semula apabila DS Mohd Najib menaiki pesawat.
 
Jokiden berharap selepas ini Karpal Singki akan segera memecat pembantu-pembantu beliau yang telah ternyata gagal menjaga keselamatan dia. Cari orang lain yang lebih bertanggung-jawab dan berhati-hati. Dia sudah tentu tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila jatuh tersembam begitu.
 
Namun jika itu sengaja dilakukan oleh Karpal Singki demi untuk menarik simpati pengundi, maka Jokiden ingin memberi amaran kepada si tua OKU ini, jangan sekali-kali merendahkan daya fikir rakyat Malaysia. Bagitu juga dengan Nuar dan Nik Aziz, jangan menggunakan kaedah tersebut untuk memancing undi kerana amatlah jijiknya perbuatan tersebut. 
 
 
 
Ado alasan nak borihat di ghumah lopeh ni..
 
 
Jangan doge.. duduk ghumah yo..
 
 
"Apo kojo kau jang..."
 
 
"Eden ghaso poning sikit..."
 
 
Tengok gambar-gambar di atas, apakah ini untuk menyusahkan rakyat, pembantu atau semuanya disabotaj oleh UMNO/BN ni.
 
      

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment