Wednesday, April 24, 2013

(9) (10) Lagi Kerusi Untuk BN....


 
 
 

Ada ke lagi yang tinggal untuk membawa bendera PKR kalau sudah 200 orang keluar parti. Rasanya itu sahaja jumlah ahli PKR yang ada di sana.
 
Dikawasan ini dalam PRU12 dahulu dia mewakili BN. Dia menang dengan majoriti 10,914 undi. Hari ini dia bertanding di tempat yang sama tetapi atas tiket PKR. Entah dimana silapnya sehingga dia terpedaya dengan janji-janji Nuar Brahim untuk memberikan kuasa penuh sebuah negeri kepadanya.
 
Janji tentulah hebat, jika tidak mana mungkin dia tidak teruja untuk melepaskan kerusi empuk yang dia miliki selama ini sewaktu menjadi wakil BN di sana.
 
Dalam PRU 13 ini dia ditentang oleh calon BN dan calon STAR. Tentulah sukar untuk dia memenangi kembali kawasan ini tambahan jentera parti termasuk adik beliau sendiri telah cabut meninggalkan dia. Hendak minta sokongan Nuar, susah pula kerana Nuar terpaksa berhempas pulas untuk mengekalkan kerusinya di Permatang Pauh.
 
Tahulah kita kini bahawa di wajahnya sudah ada tanda-tanda kekesalan yang amat sangat. Lajim Ukin ditentang oleh Datuk Azizah Mohd Dun dari BN dan Guan Dee Ko Hoi dari STAR.
 
Pecahan pengundi ialah 62.63% BI, 25.74% BBI dan 11.48% Cina. Pembaca blog ini boleh kira sendiri jumlah undi yang bakal diperolehi oleh calon-calon yang bertanding.


PRU-13: 200 ahli PKR Beaufort keluar parti, sertai BN

BEAFORT 23 April - Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Abdul Jarih Ukin hari ini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).
 
Abdul Jurih merupakan adik kepada penyandang kerusi Parlimen Beaufort, Lajim Ukin.
 
Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Beaufort menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Yayasan Sabah Bersama Rakyat di padang Pekan Kuala Penyu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
 
PARLIMEN BEAUFORT BN.

BN 9, PAKATAN 1.

PARLIMEN PENGERANG BN.

BN 10, PAKATAN 1.


 
 

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment