Tuesday, April 23, 2013

Ish..Ish..Ish.. RM5 Juta, Takkan Tak Percaya Lagi..

 
Hahaha... duittttttttttttt!!!!!

“PAS bertindak, bertanding dibeberapa tempat, berlakunya pertindihan ini kerana nak menyelamatkan Pakatan Rakyat,” kata presiden PAS itu dalam klip video YouTube bertajuk “Kenapa Berlaku Pertindihan Calon PAS dan PKR” yang dimuatnaik pada 21 April 2013 melalui akaun Terengganukini.
 
Jokiden:  Memberi alasan tersebut biarlah logik Tuan Guru, jangan merapu. Esok setelah rakan sekongkolan tersinggung, mulalah katakan youtube salah lapor, TV salah siar dan Utusan memfitnah. Pakatan memang sudah tidak boleh hendak diselamatkan lagi. minyak dengan air selalunya sukar untuk bercampur. Pakatan berlaian ideologi walaupun kesemuanya palsu kerana matalamat akhir ialah hendakkan kuasa. Hendakkan elaun wakil rakyat.
 
Nampak sangat Tuan Guru tidak mempercayai kesetiaan ahli parti rakan sekongkolan, menghina mereka. Bukankah sudah ada baiah yang ditanda tangani oleh calon-calon pakatan termasuk kena bayar RM5 juta sekiranya melompat parti.
 
Sebenarnya pertindihan calon ini ialah kerana masing-masing berebut untuk menjadi calon kerana sudah nampak habuan dunia yang dinikmati oleh YB-YB pakatan di empat negeri tersebut. Tidak mahu beralah dan bertolak ansur, maka berlakulah pertindihan.
 
Apapun Jokiden ucapankan terima kasih kerana undi BN akan solid, sementara undi pakatan berpecah kepada dua. Terima kasih kerana membantu kemenangan BN.  

Kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak. Memerintah sekejap,” tambah Abdul Hadi merujuk kepada kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2009 selepas dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP melompat parti.
 

Di Perak faktanya ialah disebabkan oleh perbuatan Ngeh dan Nga yang terlampau menunjukkan kuasa sehingga ADUN DAP dihina, diperlekehkan dan tidak dihargai. Malah ada kejian yang mengatakan dia OKU. Sebab itu dia nekad keluar DAP.
 
Kedua bukankah Allah telah memberi peringatan bahawa Allah SWT berkuasa untuk memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dan Allah berkuasa menarik kuasa daripada sesiapa yang dikendakiNya. Jika Tuan Guru beriman, jangan salahkan mana-mana pihak sebaliknya redalah.
 
Bila Tuanku Sultan tanya 3 orang wakil tersebut betul ke kamu nak berikan sokongan kepada BN, mereka kata betul, maka terbentuklah kerajaan UMNO/BN di Perak. Selepas itu meroyanlah Nizar lambai mengatakan UMNO/BN merompak kerajaan pakatan. Tang mana rompakan tersebut berlaku???.
 
Apabila BN telah mendapat sokongan lebih dalam Dewan maka terbentuklah kerajaan baru. Tuan Guru, Nizar Lilin dan Ngeh meroyan sehingga ke hari dan memutar belitkan isu mengatakan UMNO/BN merompak kerajaan pakatan. Lupa mungkin kerajaan PAS Kelantan kekal memerintah walaupun dgn satu kerusi lebih. Sedangkan di Perak dengan sokongan 3 ADUN bebas tersebut BN sudah mempunyai kelebihan 3 kerusi. Mana rompaknya.
 
Nizar lambat bertindak membubarkan DUN Perak semasa dia masih berkuasa dan telah terdengar ura-ura ADUN mereka hendak cabut. Bila betul2 mereka cabut, kerajaan Perak secara automatik runtuh dan kerajaan yang runtuh mana ada kuasa untuk membubarkan dewan.
 
Malangnya ada rakyat yang terpedaya dengan sandiwara bersidang di bawah pokok dan putar belit Nizar Lambai dan Ngeh mengatakan UMNO merompak kerajaan Perak dan terus meroyan sehingga tidak mahu memulangkan kereta rasmi kerajaan.




Selepas pilihan raya 2008, kredibiliti PKR terjejas teruk selepas beberapa ahli Parlimen dan ADUN keluar parti.

Menurut Abdul Hadi lagi, didalam PR, PAS merupakan parti yang mempunyai jentera paling kuat dan sebenarnya tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP.

...ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak hingga berlaku pertindihan,” katanya lagi
 
 
Ini jelas penghinaan Tuan Guru terhadap calon-calon rakan sekongkolan mereka.
 
 
Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mendapat maklumat terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.
 
Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut” tambah beliau.
 

Ini tuduhan berat oleh seorang yang bernama Tuan Guru terhadap calon rakan sekongkolan mereka.


Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan .. dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
 
 
Tidak ada bezanya Tuan Guru anatara calon-calon DAP dan sesetengah calon PKR dengan perbandingan yang tuan Guru buat di atas. Semua anutan dan faham tersebut ada dalam parti DAP dan PKR. Sebab itu ada kemungkinan kerjasama itu tidak mendapat restu Illahi.
 
 
Kenyataan di atas Jokiden ambil dari blog rakan-rakan. Jika nak tonton video klik sini.


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment