Thursday, May 17, 2012

PAS Mula Ditimpa Musibah....Apa Lagi Tunggu..Ahli Pas, Cabutlah.


"UMNO bersetuju dan tiada masalah untuk bermuzakarah dengan PAS". Kata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin. Amik kau PAS. Mungkin ini catatan terakhir mengenai PAS sebelum muzakarah tersebut menjadi kenyataan. Semasa muzakarah berlangsung kelak demi kabaikan semua pihak Jokiden rasa sebarang komen atau tulisan tidak perlu.

Jokiden bukan nak bersangka buruk terhadap PAS dalam perkara ini. Untuk kebaikan orang Melayu, muzakarah ini harus disokong. Namun mengetahui cakap tak serupa bikin Nik Aziz, sesiapa sahaja mungkin bersikap tunggu dan lihat ataupun sekurang-kurangnya rasa sedikit terkejut apabila tetiba sahaja beliau berpusing 360 darjah daripada memandang hina terhadap UMNO kepada ingin duduk bersama untuk berbincang.

Apakah beliau mengharapkan UMNO akan menolak muzakarah tersebut supaya ia dapat dijadikan isu dan peluru terkini untuk menghentam UMNO. Atau beliau memang menyedari kini sokongan orang Melayu terhadap PAS sudah merudum dan hanya tinggal penyokong tegar sahaja yang masih kekal bersama PAS. Dari itu PAS perlu berbuat sesuatu untuk menahan ahlinya daripada keluar beramai-ramai meninggalkan parti tersebut sebelum pilihanraya ini.

Atau juga apakah Nik Aziz benar-benar ikhlas untuk menyatukan orang Melayu setelah berjaya memecah belahkan mereka sejak berpuluh tahun dahulu. Dalam usia emas melebihi 80 tahun ini rasanya molek Nik Aziz mengundurkan diri dari politik dan tanpa beliau kelak pastinya segala urusan parti PAS dengan UMNO akan lebih mudah lagi.

Nak menafikan apa yang PAS telah lakukan terhadap perpecahan masyarakat Melayu dari dulu hingga kini samalah dengan hendak menegakan benang yang basah terutamanya apabila ahli PAS melihat orang lain sebagai kurang Islamaik berbanding mereka. Jika sesiapa yang ingin kelihatan lebih Islam, maka mereka akan segera menyertai PAS tanpa menyedari mereka bersekongkol dan bersyubahat dalam melakukan penyelewengan. Baca semula komen RBF di sini. Antara catatan beliau ialah:

Bagaimana cara beliau bertahan atau strategi yang digunakan ? 

Guna agama, doa, munajat , sembahyang hajat, hudud, ayat quran , hadis , air tawar, air zam-zam , kismis dan tidak lupa juga syurga serta neraka. 


Akibat perbuatan pemimpin PAS menyelewengkan pemikiran ahlinya yang taksub melampau sejak dulu, maka kini PAS mula menerima musibah satu persatu. Ini semua adalah balasan yang hanya menunggu masa sahaja untuk menjelma. Benar, PAS telah begitu lama menyelewengkan pemikiran ahli mereka. Hinggakan ada waktunya ahli-ahli yang rasional berasa begitu sukar untuk mempertahankan segala tindak tanduk pemimpin mereka.

Apa yang PAS tidak sebut dan tidak halalkan demi untuk menjaga kepentingan politik dan kuasa dunia mereka. Darah orang UMNO juga sanggup mereka halalkan. Menuduh UMNO kafir tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu dan tanpa rasa takut. Sesiapa yang menuduh orang lain kafir, jika orang itu tidak kafir, maka tuduhan tersebut akan kembali kepada mereka. Jika ahli cuba menyokong saranan pemimpin mereka, maka mereka  juga sebenarnya bersyubahat dan mereka juga akan ditimpa musibah.

Keesanggupan PAS memperalatkan agama demi survival politik sehingga ketahap yang melampaui batas akhirnya mula menerima padah. Akidah dijadikan bahan hujahan remeh, Junjungan Besar Nabi Muhammad juga dikaitkan dalam setiap hujah. Tidak cukup dengan itu Syaitan turut dilibatkan. Malaikat juga terseret dalam politik PAS. Mengatakan Allah juga mencarut adalah tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Namun semua itu tidak sedikitpun mengurangkan keberanian pemimpin PAS dalam berhujah untuk menunjukkan semua perbuatan mereka adalah betul. Ahli pula tertipu dan merasakan itu juga betul dan benar dan perlu disokong serta dipertahankan. Kalaupun benar Allah mencarut, sebagai umat kerdil manusia adalah makhluk yang hina dina, tidak boleh meniru sifat Allah.

Hari ini sedikit demi sedikit keceluparan pemimpin PAS mula memakan diri. Jika mereka tidak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dan masih terus ingin menyesatkan pengikut mereka, PAS pastinya berkubur suatu hari nanti. Sebenarnya persekongkolan PAS dengan DAP walaupun dilihat sebagai strategi politik yang berkesan dan bijak oleh sesetengah pihak, namun ia juga boleh dilihat sebagai bala balasan yang mereka terpaksa terima akibat  perbuatan mereka dahulu.

Pertukaran arah perjuangan daripada memperjuangkan negtara Islam kepada negara berkebajikan, lihat dari sudut mana sekalipun ia tetap merupakan balasan setimpal kepada kemungkaran dahulu. Mencipta pelbagai alasan logik untuk menyokong pendirian Nuar Brahim dalam isu Israel juga merupakan balasan yang terpaksa PAS terima. Suatu ketika dahulu tanpa belas kasihan PAS akan ke jalan raya untuk membantah tentang Israel, kini mereka terpaksa menyokong pula.

Penggunaan isu Kalimah Allah yang dipertahankan oleh PAS kerana Nuar Brahim juga mempertahankannya sudah pasti demi politik semata-mata dan ini akhirnya terpaksa dipikul oleh bahu PAS. Segala-galanya dilihat dari segi keuntungan politik sehinggakan perbuatan demontrasi haram boleh dihalalkan demi untuk mempertahankan kuasa yang tentunya tidak kekal milik sesiapa juga.

Budaya fitnah, maki hamun dan cacian sesama umat Islam menjadi mainan di bibir penceramah PAS tanpa rasa takut kerana mereka dilihat lebih Islamik daripada ahli parti lain. terimalah akibatnya kelak.

Menuduh Dr Mahathir sebagai anti Islam dan dipercayai oleh pengikutnya adalah perbuatan songsang dan dipercayai oleh pengikutnya. Memanggil Dr Mahathir sebagai Maha Firaun adalah tidak wajar kerana jelas Firaun mengaku dirinya berkuasa seperti tuhan, juga disokong oleh pengikut PAS. Tunggulah balasannya.

Kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dilihat sebagai kemenangan pasukan untuk pilihanraya oleh Presiden sendiri.. Benarkah??? Tidak adakah yang melihatnya dari sudut lain, umpamanya sebagai balasan akibat daripada perbuatan melampau PAS.

Mendoakan kemusnahan orang lain terutama pemimpin UMNO yang banyak berjasa dalam memperkembangkan syiar Islam di bumi bertuah ini   dan berbuat apa sahaja demi Islam apakah dibenarkan oleh Islam. Namun itu diharuskan dan dipercayai oleh pengikut mereka sebagai lebih Islamik.

Kalau ini salah kenapa benarkan??


Banyak sangat perkara mungkar yang PAS lakukan jika hendak disenaraikan, tetapi dipercayai benar oleh pengikutnya kerana taksub kepada pemimpin mereka.

Menyokong Nuar, menyokong Ambiga, menyokong Israel, menyokong demontrasi haram, menghina ulama', menyokong DAP, melupakan hudud, melupakan pembentukan negara Islam, menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian dll....

Terimalah akibatnya.. dan carilah alasan munasabah untuk menghalalkan muzakarah dengan UMNO kerana selama ini apapun tentang UMNO mesti ditolak dan diperlekekkan.


Kini Tan Sri Rahim Nor telah bersuara, Tan Sri Harussani telah bersuara, Datuk Ahmad Said telah bersuara, Datuk Noh Gadut telah bersuara, Mufti Pahang telah bersuara, Mufti perlis telah bersuara... dan ramai lagi yang akan bersuara nanti..

No comments:

Post a Comment