Thursday, May 17, 2012

10 Sebab Kenapa Datuk Seri Najib Mesti Terus Jadi PM..


 

Pada 13 Mei 2012 jam 10 malam, Jokiden telah mengikuti ceramah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Hj Ahmad Maslan  bertempat di Padang Awam Taman Panchor Jaya Seremban. Beliau telah menggariskan 10 sebab kenapa DSN harus terus menerajui Negara. Beliau juga menggariskan 10 sebab kenapa Nuar Brahim tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bagi orang politik, bagi orang yang tidak berpolitik sebab musabab kenapa DSN layak jadi PM dan kenapa Nuar tidak layak jadi PM adalah banyak. Begitu juga sebaliknya bagi penyokong pembangkang kenapa Nuar layak menjadi PM dan kenapa DSN tidak layak, sebabnya juga adalah banyak. Berpuluh sebab, malah mungkin beratus sebab boleh diberi. Ingat dulu ada buku 50 dalil dan buku 40 dalil kenapa dan mengapa.

Penerangan Datuk Hj Ahmad Maslan adalah ringkas tetapi berkesan dan mudah difahamii. Dalam menjelaskan tentang kenapa Nuar tidak layak menjadi PM beliau juga melontarkan cabaran kepada Nuar, sila saman dia jika kenyataan dia tidak benar.

"Apa yang saya sampaikan adalah benar belaka dan tidak ada yang tidak benar, melainkan benar semuanya, saya juga nak masuk syurga.." Antara kata-kata beliau.

Antara sebab kenapa DSN mesti terus sebagai PM ialah pengalaman beliau yang luas dalam pentadbiran  negara dan dalam politik tempatan serta antara bangsa. 35 tahun sudah beliau terlibat secara langsung dalam urusan negara. Secara tidak langsung pula beliau sebenarnya terlibat dalam urusan negara sejak lahir, maklumlah anak kepada Perdana Menteri ke dua.

Allahyarham Tun Ghaffar Baba pernah berkata kepada Jokiden suatu waktu dulu, rekod beliau sebagai Ahli Parlimen tidak mungkin dapat dipecahkan oleh mana-mana ahli politik kecuali Datuk Najib.(Sebagai catatan Jokiden pernah bawa Allahyarham Tun Ghaffar ke kampung Jokiden di Sg Jelutong)

35 tahun DSN penuh dengan pengalaman. Beliau faham sepak terajang politik, beliau faham tentang bagaimana hendak menguruskan karenah ahli politik. Beliau mengenali hati budi pemimpin otai politik negara samada dalam kerajaan mahupun juga  dari kalangan pembangkang. Beliau telah bersama sepanjang masa dengan sebahagian tokoh politik negara masa kini samada dari kalangan BN, mahupun pembangkang. 

Selesai sahaja beliau mengangkat sumpah, Jokiden memberitahu isteri Jokiden iaitu masa akan menentukan bahawa DSN akan menjadi pemimpin negara yang hebat sama seperti Tun M, jikapun tidak lebih. Begitulah keyakinan Jokiden terhadap perlantikan DSN sebagai PM. Kini keterampilan beliau telah mula terserlah.

Bukan sedikit usaha dilakukan supaya beliau kelihatan melatah dalam tindak tanduknya, namun PM kekal tenang. Semasa menjadi TPM, didapati jelas beberapa usaha dilakukan supaya beliau segera menentang AAB, namun beliau tidak teruja dengan semua itu. Beliau bersabar dan banyak pihak yang mati akal.

Tun Mahathir juga pernah komen, jikalah DSN seorang yang gelojoh pastilah dia telah lama menjadi Timbalan kepada beliau. Ini tidak berlaku, DSN dengan rela hati memberikan laluan kepada Datuk AAB menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana situasi ketika itu memerlukan Tun Mahathir untuk melantik DAAB sebagai Timbalan beliau. DSN mengambil sikap mengalah..

Tidak akan lari gunung yang dikejar. DSN sebenarnya telah menyediakan diri beliau untuk menjadi pemimpin negara dalam semua aspek. Beliau sudah cukup matang dan bersedia menghadapi segala cabaran. Kepada beliau kita boleh menyandarkan harapan masa depan yang cerah.

Dalam tempoh 3 tahun nampaknya keadaan telah menyebelahi beliau. Sebab itu Nuar berusaha seboleh mungkin agar beliau tidak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tiga tahun dulu. Nuar faham bahawa jika teraju pemerintahan negara telah di pegang oleh DSN, masa depan politik beliau(Nuar) akan bertambah malap. 

Kekurangan yang DSN hadapi sekarang ialah beliau mengambil alih pemerintahan negara dalam situasi UMNO/BN berada dalam keadaan yang agak lemah. Ini sebenarnya membataskan segala tindakan beliau. Semua yang ingin dilakukan, beliau terpaksa amat..amat..amat berhati-hati. Sedikit kesilapan pastinya mengundang padah bukan sahaja kepada masa depan politik beliau, tetapi juga kepada parti keramat orang Melayu ini dan kepada negara.

Orang hebat selalu menjadi sasaran banyak pihak. DSN tidak terkecuali. Semua kisah silam beliau cuba diungkit kembali, namun beliau terus tenang dengan agenda manis serta indah beliau terhadap Agama Bangsa dan Negara.

"Jika saya tidak sanggup dikritik, maknanya saya telah tersalah memilih kerjaya" Itu antara katanya yang membuatkan pembangkang dan pengkritik beliau terkebil-kebil..

"Kita tidak pernah takut dan bimbang untuk bertarung dan bersaing di pentas politik dan demokrasi.." tambah beliau dan lagi sekali pembangkng terkebil-kebil. 

Kisah silam tentunya menarik. Mana lebih sesuai, jika dulu jahat, kini sudah baik atau dulu sangat baik tetapi apabila usia semakin meningkat senja menjadi tidak baik...
  
Benar, pengalaman beliau amat luas dan ini baru satu sebab kenapa beliau mesti diberi peluang untuk terus menjadi PM dan menerajui negara. Sebab-sebab lain akan menyusul kemudian.

Pertanyaan.. pemimpin pembangkang bolehkah di kritik?? tengok nasib Dr Hassan Ali, Tengku Aziz, Nasharuddin Mat Isa, Mohd Isa Saidi, Tan Chee Beng, Nakhaie dan ramai lagi..

Kafir mengkafir , syurga neraka, sembahyang dua iman , memulau kenduri, tidak makan sembelihan, kerjasama dengan syaitan, doa pecah perut dan  hinggalah ke tahap ada pasangan yang dinikahkan semula, semuanya Pas lakukan kerana dendam serta bencinya kepada Umno. Ayat Power RBF

No comments:

Post a Comment