Saturday, April 7, 2012

PUJI PM DAN PSC, TOKOH VETERAN DAP AKAN DIPECAT




Rupa-rupanya ada juga tokoh veteran pembangkang yang memuji kesungguhan PM DSN yang dianggapnya sangat ikhlas apabila bersetuju menubuhkan PSC seperti yang didesak oleh pakatan pembangkang. Tokoh yang terkenal dengan kefasihannya Berbahasa Malaysia dalam nada lembut ini,  ketika berbahas di Parlimen telah memuji komitmen PM dalam mempastikan tidak berlaku penyelewengan dalam PRU di negara ini.

"Saya seronok betul apabila saya mendengar kenyataan Perdana Menteri yang mana beliau mahu perjalanan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bersih dan itu memang baik," katanya.

Sebagai seorang ahli politik veteran, dan telah bertanding dalam PRU sejak berpuluh tahun dulu, beliau sebenarnya amat menyakini bahawa bahawa sistem pilihanraya di Malaysia adalah adil, telus dan betwibawa. Tokoh berkenaan ialah Dr Tan Seng Giaw.

Malaysia akan lebih aman sekiranya lebih ramai ahli politik pembangkang yang berfikiran terbuka seperti tokoh lama DAP ini. Malangnya pada hari ini disebabkan oleh keupayaan diri amat terbatas maka ramai ahli politik pembangkang yang lebih suka kepada cara yang merosakan daripada cara yang membina. Ramai ahli politik pembangkang yang mirip menggunakan undang-undang rimba daripada menerima realiti politik hari ini. Mari kita baca komen tokoh DAP ini di bawah:

Usaha PM tubuh PSC memang baik

KUALA LUMPUR 5 April - Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini mengakui usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Jawatankuasa Pilihan Khas merupakan satu tindakan yang amat baik kerana ia bermatlamatkan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil, bersih dan saksama.

Malah Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) juga begitu gembira dengan komitmen Perdana Menteri itu memastikan kemenangan setiap parti termasuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang bukan dengan secara menyeleweng.

"Perdana Menteri sendiri memberitahu motif beliau menubuhkan PSC adalah untuk menyaksikan proses pilihan raya dijalankan secara bebas, adil dan saksama kerana beliau tidak mahu menang secara menyeleweng.

"Saya seronok betul apabila saya mendengar kenyataan Perdana Menteri yang mana beliau mahu perjalanan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bersih dan itu memang baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Pertimbangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama di Dewan Rakyat, hari ini. Sumber  Utusan Malaysia.

Kenyataan beliau seperti di atas sudah tentunya mengundang reaksi yang kurang senang dikalangan pemimpin DAP yang ultra kiasu, kerana bagi mereka walaupun sesuatu itu baik, ianya mestilah dilihat sebaliknya supaya kerajaan BN tidak mendapat keuntungan politik. Ada kemungkinan pemimpin veteran ini akan digugurkan daripada menjadi calon DAP dalam PRU13 akan datang. Sama-sama kita tunggu.  
 

No comments:

Post a Comment