Saturday, April 7, 2012

JASA MU DIKENANG!!!!


Jokiden antara orang UMNO yang tidak bersetuju dengan cadangan atau ura-ura DSSAJ untuk menentang penyandang Ketua Wanita ketika itu iaitu Datuk Rafidah Aziz. Setiap hari saya dan beberapa orang rakan memantau situasi dan perkembangan dalam Pergerakan Wanita ketika itu.

Pengorbanan dan jasa Rafidah Aziz terhadap Pergerakan Wanita, UMNO, BN dan negara bukanlah sedikit. Sumbangannya amat besar. Sebab itu apabila ada orang hendak menentangnya saya kurang bersetuju. Sehingga DSSAJ kembali dari tanah suci Mekah saya mengharapkan agar beliau tidak jadi mencabar ketuanya. Namun semua itu telah tinggal sejarah.

Apabila beliau dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita, perlahan-lahan Jokiden memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Sehinggalah beliau menghadapi masalah apabila timbul kes NFC. Apapun yang berlaku selepas kes itu menjadi rahsia umum, Jokiden tidak pernah mengharapkan DSSAJ meletakan sebarang jawatan samada dalam parti mahupun kerajaan. 

Jokiden sentiasa mengharapkan agar semua pihak berdiri teguh di belakang beliau dalam menghadapi isu berkenaan. Maruah, moral dan isu pemimpin pembangkang bagi Jokiden sebenarnya sepuluh kali lebih teruk daripada kes yang melibatkan DSSAJ. 

Namun perhitungan lain mungkin lebih besar dan utama dan akhirnya DSSAJ terpaksa juga melepaskan jawatan Menteri. 

Beberapa saat lagi, menjelma 8/4/12, beliau akan berhenti sebagai Menteri penuh. Semuga beliau akan dapat menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk membawa jentera wanita dengan lebih mantap lagi dalam menghadapi PRU13. 

JASA MU TETAP DIKENANG.   

No comments:

Post a Comment