Wednesday, April 4, 2012

PANAS BERAPI BEB... HABISLAH FELDA, UMNO DAN BN... MOHD ISA DAH BUAT KENYATAAN

Mari tengok video yang dimuatkan ke youtube ni... Baru 82 view..


Siaplah kau Mohd Isa, berapa juta UMNO dah bayar untuk membuat kenyataan ini???? Konspirasi terbesar ni. Berniat jahatttttt!!!! ni.

Pengajaran, mesej atau yang tersirat daripada kenyataan Mohd Isa Saidi ini ialah semakin ramai penyokong PKR yang akhirnya sudah mula tidak tahan lagi dipersendakan dan diperbodohkan dengan sikap pemimpin mereka yang cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap.

Sudah semakin ramai yang tidak tahan lagi dengan segala helah dan penipuan pemimpin mereka. Jika dulu hanya mereka yang hampir sahaja atau yang dalam inner circle sahaja yang nampak segala kepincangan Nuar, Azmin, Khalid, Wan Azizah, Tian Chua dan Nurul Izzah dan mereka telahpun ramai yang meninggalkan PKR.

Rakyat akan menyaksikan pemimpin barisan hadapan seperti Saifuddin Nasaution, Badrol Amin, Badrul Hisham, Sam Kemetot, Rafizi, S. Ambiga dan Johari Abdul juga akhirnya akan naik muak dan mengambil langkah meninggalkan PKR. Soalnya kemana mereka hendak pergi??? Mungkin ramai yang akan menyertai PAS atau mungkin mendiamkan diri untuk beberapa waktu sebagai tempoh bertenang.

Kapal PKR yang sarat dengan segala sampah dan masalah akhirnya akan pecah. Satu demi satu Cabang selepas ini akan menyuarakan bantahan dan desakan kerana mereka tidak sanggup lagi diperkudakan.

Rakyat yang mendengar ceramah pemimpin PKR dengan segala retoriknya mungkin ada yang terpesona, namun dengan segala kemudahan yang rakyat ada, sumber maklumat yang banyak, rakyat akhirnya akan faham dan membuat penilaian sendiri. Mereka sudah jemu digula-gulakan, mereka sudah muak disuakan dengan bahan yang sama.

Rakyat dan penyokong tegar mereka sudah mula menyampah dengan hujah-hujah dangkal yang dihamburkan oleh Nuar yang lebih auta dari fakta, sedangkan rakyat melihat dan menyaksikan PM DSN begitu gigih hendak menyelamatkan negara, menyelamatkan rakyat dan memajukan semua pihak. Akhirnya rakyat akan memutuskan bahawa mereka sebenarnya lebih buruk daripada segala keburukan pemimpin kerajaan yang mereka dedahkan.

Hari ini setelah genap 3 tahun DSN memegang tampuk kuasa, rakyat telah melihat hasilnya, keberkesanan polisi beliau, sifat tenang yang beliau tunjukan, tidak terusik dengan tohmahan dan kutukan lawan, terus bekerja untuk kebajikan rakyat dan semua itu sebenarnya telah memikat hati rakyat pelbagai kaum. Mereka telah mula mempunyai keyakinan kepada kerajaan BN.

Oleh kerana pembangkang kehabisan idea dan modal hendak mencari kesilapan kerajaan maka mereka beralih secara total untuk mengwujudkan kebencian terhadap PM, isteri dan keluarganya. Hanya itu yang mereka mampu lakukan dan tidak mustahil semua strategi tersebut akan memakan diri sendiri kelak.

Apabila PM mengatakan "jika saya tidak boleh menerima kritikan, bermakna saya telah tersalah pilih kerjaya saya.." maka pembangkang nampaknya terpukul teruk dengan sikap DSN ini.

Sesungguhnya bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nyiru dan ahli PKR sendiri sudah tidak tahan lagi.      

Video juga boleh ditonton di Blog Akar Umbi

No comments:

Post a Comment