Monday, February 18, 2013

Soalan Mudah Pun Tak Boleh Jawab...


Kadang-kadang pelik juga kita. Sudah sebulan orang kampung asyik bertanyakan satu soalan mudah, namun sehingga ke hari ini mereka masih belum mendapatkan jawapannya.
 
Sepatutnya soalan mudah akan mendapat jawapan mudah juga. Samalah a stupid question will get a stupid answer.
 
 
 
 
 
Sejak Lim Guan Eng mempolimikkan isu Kalimah Allah pada sambutan Krismas lalu, sehingga kini nampaknya isu tersebut tidak juga reda. Puas pemimpin PAS nak bersilat dan cuba menepis segala asakan para ahli dan juga rakyat Malaysia yang beragama Islam, namun semuanya masih lagi samar-samar.
 
Lim Guan Eng masih tebal dengan keegoaannya walaupun sudah meminta maaf kepada pegawai kanan kerajaan dan barisan exconya pada mesyuarat terakhirnya beberapa hari lepas mengambil kira bahawa dia tidak lagi menjadi Ketua Menteri selpeas PRU13 kelak.
 
Selepas dia menimbulkan isu Kalimah Allah, apabila siang dan malam, pagi dan petang ahli dan pemimpin Pas bercakaran maka Lim Guan Eng telah dengan angkuhnya berkata, "Bukan masalah saya jika pemimpin Pas nak bertelagah tentang isu Kalimah Allah, itu masalah mereka." Lihatlah betapa bongkak dan sombongnya dia.
 
Tidak pernah terjadi seperti yang kita dapat lihat pada hari ini di mana ahli-ahli akar umbi Pas bangun menentang pucuk pimpinan mereka dalam isu ini. Walaupun jumlah mereka tidak ramai dan masih boleh diperlekehkan oleh Hj Hadi dan Nik Aziz, namun pernyataan bantahan tersebut pastinya memberikan imej buruk kepada kepimpinan ulamak.
 
Di mana-mana sahaja, di NSDK, di Melaka, di Pahang, Kota Baru, Kedah dan Pulau Pinang ahli akar umbi Pas bangun menunjukkan bantahan sambil bertanyakan soalan mudah sahaja iaitu mereka ingin tahu
 
"APAKAH HUMKUMNYA KAMI MEMBANTU ATAU MENGUNDI PKR DAN DAP DALAM PRU13 KELAK"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ish..ish..ish.. mudahnya soalan yang mereka tanya. Itupun sudah sebulan pemimpin Pas tidak dapat menjawabnya. Terpaksa pula Persatuan Ulama Pondok Kelantan tolong jawabkan iaitu "HARAM MENGUNDI PAS" Hah kan jelas tu, tak perlu nak pusing-pusing.
 
Jokiden sudah berpuluh tahun dah dalam ceramah mengatakan berdosa mengundi Pas. Berdosa bersyubahat dengan Pas ini. Berdosa menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam ini, walaupun Nik Aziz kata UMNO tolak Islam.
 
Wajib mematuhi pemimpin yang dipilih samada dalam perkara yang kamu suka ataupun perkara yang kamu tidak suka. Patuhi pemimpin tersebut walaupun dia terdiri daripada hamba abdi yang hitam legam kulitnya. 
 
Ahli Pas ini cuma ingin tahu apakah mereka berdosa membantu DAP dalam PRU13, bukan soalan yang berbelit-belitpun. Tak perlu nak spin. Jawab je lah. Pertanyaan tersebut semua orang dengar, ahli Pas dengan Spek hitamnya berkumpul dan menanyakan soalan, seluruh Malaysia nampak dan mendengar soalan tersebut. Apa ke payah sangat pemimpin Pas nak menjawab ni..
 
Dalam hal ini tak perlu nak rujuk-rujuk Nuar doh, berikan je jawapan biar ahli Pas akar umbi tersebut puas hati. Seperkara lagi tak perlu nak kait-kaitkan dengan UMNO tolak Islam, soalan itu tak ada kaitan dengan UMNO. Mereka bertanya dan pemimpin Pas sila jawab. Habis cerita.
 
 
 
Bantahan ahli Pas di Kota Bharu Kelantan..
  
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment