Friday, February 22, 2013

Sebelum Nik Aziz Sangkal Yang Ini.. Dia Kena Minta Nasihat Karpal Dulu Ni..


Happy Birthday To you..
 

Jokiden ingat lagi, suatu ketika dulu Tun Dr Mahathir berucap di Perak dia mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Ketika itu dia agak penat mendengar polimik negara Islam yang ditimbulkan oleh banyak pihak.
 
Ketika itu UMNO/BN agak kuat maka tidak ada sesiapa yang berdocit atau berdehem atau membantah ucapan beliau tersebut samada dari komponen BN mahupun daripada DAP. Kit Siang menikus, Karpal senyap sunyi. Itulah buktinya bila UMNO kuat semua musuh Islam tidak akan berani bersuara.  
 
Perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini sudah menjangkau 80%. Itu pendapat salah seorang peserta muzakarah yang sedang berlangsung kini. Walaupun pengiktirafan diberikan kepada Malaysia, namun biasalah Nik Aziz dan Karpal Singki tetap tidak akan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Jikapun Nik Aziz tetiba nak menukar pendiriannya dan ingin bersama dengan majoriti penduduk dunia dalam memberikan pengiktirafan kepada Malaysia, rasanya dia kena minta 'izin' dahulu daripada Karpal Singki.

Sepatutnya setelah Pas menukar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan, dia tidak lagi memusuhi UMNO, kerana undi Pas bukanlah lagi disebabkan Pas memperjuangkan Islam, sebaliknya undi Pas akan datang dari perjuangan negara berkebajikan disamping undi juga akan datang dari ahli DAP dan ahli PKR. Apa yang Pas nak risau lagi.
 
Ini tidak ayatnya masih sama iaitu "UMNO tolak Islam.." Jadi walaupun pakar sudah mengakui Malaysia negara Islam, Nik Aziz tetap tidak mahu mengakui kerana hanya itulah modal yang dia ada untuk mengikat penyokongnya supaya mempercayai bahawa UMNO menolak Islam.

Banyak juga komen-komen dalam fb dan blog dimana pencacai pakatan terutamanya puak Pas yang masih menjadikan alasan untuk menyokong Pas ialah UMNO menolak hukum hudud. Susah betul nak memperbetulkan minda mereka tersebut. Itulah yang mereka percaya.

Telah dinyatakan beribu kali bahawa UMNO tidak menolak hukum hudud Allah, yang UMNO tolak dan suruh kaji semula ialah hukum hudud Pas yang tidak adil. Itu sahaja. Kini pakar telah mengakui bahawa 80% daripada hukum hudud tersebut telah terlaksana di negara ini.

Yang mungkin masih belum terlaksana ialah hukum jenayah syariah yang Pas sibuk-sibukkan itu, iaitu orang Islam mencuri dipotong tangannya. Sementara orang bukan Islam mencuri, tangannya tidak dipotong, dia boleh dibicarakan mengikut hukum kanun keseksaan yang sedia ada. Itu yang kita kata tidak adil.

Hukum hudud Allah mementingkan keadilan, sementara hukum hudud yang Pas nak bangga-banggakan itu adalah zalim.. zalim.. dan zalim.

Mengikut bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad, undang2 hudud Pas itu dibuat di hotel oleh 'pakar' kononnya. Terdapat 7 enakmen yang beliau cabar kerana dianggapnya mengarut. Dia juga mencabar supaya Pas menyatakan nama pakar tersebut. Mari kita baca kenyataan beliau ini:

"Sebagai bukti, dikemukakan tujuh fasal yang terkandung dalam kanun itu, Fasa 43 (1) saksi boleh membatalkan hukuman yang diputuskan oleh lapan orang hakim di dua mahkamah. Fasa 43 (2) dalam kes zina, seorang saksi boleh membatalkan hukuman mahkamah dengan menarik balik keterangan dan tiga saksi lain dikenakan hukuman qazaf, 80 rotan.

“Fasal 45 (3), penjenayah boleh membatalkan hukuman mahkamah, Fasa 66 Mahkamah Bicara Syariah Khas, tiga orang hakim, Fasal 67, Mahkamah Rayuan Syariah Khas, lima orang hakim.

“Fasa 68, kelayakan menjadi hakim; selain ulama orang bukan Islam dan orang perempuan layak menjadi hakim di kedua-dua mahkamah tersebut dan Fasa 49, keputusan Mahkamah Syariah Khas tidak sah melainkan setelah Mahkamah Rayuan Syariah Khas mengesahkannya, barulah sah," katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang tetap mendakwa Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 betul-betul berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah pembohongan yang besar kepada seluruh umat Islam kecuali dapat membuktikan tujuh Fasal itu tidak ada dalam Kanun Jenayah tersebut"


Ini tidak pencacai mereka sama je tegarnya dengan Nik Aziz, "UMNO takut melaksanakan hudud" atau "UMNO takut pada MCA sebab itu tak laksana hudud" Pelik kita dengan perangai pencacai ni.

Pencacai ini juga mungkin tidak pernah dengar atau terbaca komen Hj Hadi, komen Nuar Brahim, Khalid Samad dan Dr Zulkefli  tentang hudud ini. Sebab itu mereka masih dengan ayat2 kuno tersebut.
 

Malaysia sebuah negara Islam - Muzakarah Pakar


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Malaysia adalah sebuah negara Islam walaupun tidak semua prasyarat atau kriteria negara Islam seperti mana digariskan ulama dipenuhi, demikian rumusan Muzakarah Pakar, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).
 
Muzakarah bertajuk ‘Malaysia: Kemelut Negara Islam-Negara Sekular’ itu juga berpendapat bahawa untuk menafikan sifat Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah sesuatu yang keterlaluan dan bertentangan dengan prinsip kebijaksanaan.
 
Rumusan pakar itu juga menyebut bahawa pelaksanaan komprehensif undang-undang syariah umumnya, dan hudud khususnya, bukan satu-satunya prasyarat dalam menentukan sama ada sesebuah negara itu Islam atau sekular.
 
"Penentuan status sesebuah negara tidak semestinya terikat dengan penjenamaan, peruntukan atau perisytiharan dalam dokumen-dokumen rasmi dan perundangan. Ia juga boleh ditentukan oleh kecenderungan, amalan dan praktis yang dominan oleh sesuatu kerajaan yang memerintah," menurut rumusan yang dikeluarkan hari ini.
 
Muzakarah itu dihadiri 60 peserta terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai jabatan agama dan jabatan kerajaan, pakar akademik serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).
 
"Sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah bersifat sekular atau tidak beragama. Sebelum dan semasa pentadbiran British, agama Islam sentiasa menjadi nadi kepada sistem perundangan negara. Kemasukan undang-undang Inggeris mengehadkan skop undang-undang Islam tetapi ia tidak berjaya menukar sifat keagamaan negara kepada sifat sekular," katanya.
 
Menurut muzakarah itu juga, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan boleh dianggap memberikan identiti kepada Malaysia sebuah negara Islam. Realitinya, ia bukan sahaja diakui sebagai sebuah negara Islam, tetapi juga sebagai negara Islam contoh abad ini.
 
"Tiada apa-apa sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Parlimen daripada mengadakan atau melaksanakan undang-undang Islam.
 
"Ramai pengamal undang-undang sivil tidak sedar bahawa terdapat undang-undang sedia ada yang selaras dengan syariah manakala ahli-ahli syariah pula tidak tahu bahawa semangat dan prinsip-prinsip syariah telah pun diterjemah dan dijadikan undang-undang," menurut rumusan itu.
 
Muzakarah itu juga berpendapat bahawa terdapat banyak prasyarat dan ciri negara Islam mengikut penjelasan para ulama, tetapi tidak semuanya mesti dipenuhi secara tegar dalam menentukan status sesebuah negara sama ada Islam atau sebaliknya. - BERNAMA


Jangan pula nanti Nik Aziz kata kesimpulan Muzakarah ini juga mengarut.  



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment