Saturday, February 23, 2013

Nik Aziz Juga Layak Menerima BR1M...


 
 


 

Terdengar di siaran berita tadi bahawa Nik Aziz mengatakan dia bagi pihak rakyat berhak menerima BR1M. Biar betul, apakah dia sebenarnya bersedia menjadi 'bapa' atau 'ayah' kepada 'haiwan' pulak.
 
Dia masih mempertahankan apa yang dia sebut semasa berucapa di depan pintu Stadium tempoh hari. Dikatakan juga Azhar Idrus telah memberikan sokongan ke atas kenyataan beliau tersebut. Dalam PRU12 dulu Azhar Idrus ni begitu lantang sekali menjadi jurucakap Pas dalam setiap ceramahnya. Jadi tidak menghairankan jika kali ini dia tampil mempertahankan Nik Aziz.
 
Sebenarnya sebagai manusia biasa dan kerdil, seseorang itu tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Terlanjur kata ini biasa bagi ahli politik. Ulamak selalunya tutur katanya terpelihara. Jadi jika sudah terlanjur Nik Aziz sepatutnya memohon maaf sahaja daripada rakyat, daripada saudara mara, daripada ahli dan penyokong Pas sendiri.
 
Memohon maaf adalah mulia di sisi Islam. Sementara itu mempertahankan sesuatu yang batil adalah tidak wajar sama sekali. 
 
Apapun mungkin ada benarnya yang Nik Aziz ini memang layak menerima BR1M bukan berdasarkan dia mengwakili rakyat tetapi kerana dia sebagai Ketua keluarga mungkin berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, pra syarat untuk menerima BR1M.
 
Ini ialah kerana walaupun dia menjadi MB dan bergaji besar serta layak untuk menerima pelbagai elaun yang mana jumlahnya mungkin melebihi RM30,000 sebulan, namun sejak dahulu lagi dikhabarkan oleh kebanyakan orang bahawa dia tidak mengambil sebarang gaji dan sebarang elaun.
 
Gaji dan elau bulanan dia 'habis' diberikan kepada rakyat dan sesiapa sahaja yang memerlukan. Maksud lain ialah semua pendapatan dia habis di dermakan. Tidak pula diketahui samada yang menerima derma dari beliau itu adalah 'ayam' atau 'lembu'.

Dia juga berkata sepatutnya dia yang mengagihkan BR1M itu. Jika dia agihkan apakah penerima tidak lagi diumpamakan sebagai binatang. Baca sini.
 
Perdana Menteri mengatakan "Tidak mahu membela rakyat tidak mengapa, tidak mahu menjaga rakyat tidak mengapa, tetapi jangan menghina rakyat.." 
 
 
  [admin] YAB Tuan Guru menikmati hidangan makan malam bersama YB Azmin Ali selepas solat magrib di Himpunan Wanita Kelantan di perantauan sebentar tadi....
Majlis Himpunan wanita Kelantan diperantauan.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment