Saturday, April 7, 2012

JASA MU DIKENANG!!!!


Jokiden antara orang UMNO yang tidak bersetuju dengan cadangan atau ura-ura DSSAJ untuk menentang penyandang Ketua Wanita ketika itu iaitu Datuk Rafidah Aziz. Setiap hari saya dan beberapa orang rakan memantau situasi dan perkembangan dalam Pergerakan Wanita ketika itu.

Pengorbanan dan jasa Rafidah Aziz terhadap Pergerakan Wanita, UMNO, BN dan negara bukanlah sedikit. Sumbangannya amat besar. Sebab itu apabila ada orang hendak menentangnya saya kurang bersetuju. Sehingga DSSAJ kembali dari tanah suci Mekah saya mengharapkan agar beliau tidak jadi mencabar ketuanya. Namun semua itu telah tinggal sejarah.

Apabila beliau dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita, perlahan-lahan Jokiden memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Sehinggalah beliau menghadapi masalah apabila timbul kes NFC. Apapun yang berlaku selepas kes itu menjadi rahsia umum, Jokiden tidak pernah mengharapkan DSSAJ meletakan sebarang jawatan samada dalam parti mahupun kerajaan. 

Jokiden sentiasa mengharapkan agar semua pihak berdiri teguh di belakang beliau dalam menghadapi isu berkenaan. Maruah, moral dan isu pemimpin pembangkang bagi Jokiden sebenarnya sepuluh kali lebih teruk daripada kes yang melibatkan DSSAJ. 

Namun perhitungan lain mungkin lebih besar dan utama dan akhirnya DSSAJ terpaksa juga melepaskan jawatan Menteri. 

Beberapa saat lagi, menjelma 8/4/12, beliau akan berhenti sebagai Menteri penuh. Semuga beliau akan dapat menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk membawa jentera wanita dengan lebih mantap lagi dalam menghadapi PRU13. 

JASA MU TETAP DIKENANG.   

PUJI PM DAN PSC, TOKOH VETERAN DAP AKAN DIPECAT




Rupa-rupanya ada juga tokoh veteran pembangkang yang memuji kesungguhan PM DSN yang dianggapnya sangat ikhlas apabila bersetuju menubuhkan PSC seperti yang didesak oleh pakatan pembangkang. Tokoh yang terkenal dengan kefasihannya Berbahasa Malaysia dalam nada lembut ini,  ketika berbahas di Parlimen telah memuji komitmen PM dalam mempastikan tidak berlaku penyelewengan dalam PRU di negara ini.

"Saya seronok betul apabila saya mendengar kenyataan Perdana Menteri yang mana beliau mahu perjalanan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bersih dan itu memang baik," katanya.

Sebagai seorang ahli politik veteran, dan telah bertanding dalam PRU sejak berpuluh tahun dulu, beliau sebenarnya amat menyakini bahawa bahawa sistem pilihanraya di Malaysia adalah adil, telus dan betwibawa. Tokoh berkenaan ialah Dr Tan Seng Giaw.

Malaysia akan lebih aman sekiranya lebih ramai ahli politik pembangkang yang berfikiran terbuka seperti tokoh lama DAP ini. Malangnya pada hari ini disebabkan oleh keupayaan diri amat terbatas maka ramai ahli politik pembangkang yang lebih suka kepada cara yang merosakan daripada cara yang membina. Ramai ahli politik pembangkang yang mirip menggunakan undang-undang rimba daripada menerima realiti politik hari ini. Mari kita baca komen tokoh DAP ini di bawah:

Usaha PM tubuh PSC memang baik

KUALA LUMPUR 5 April - Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini mengakui usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Jawatankuasa Pilihan Khas merupakan satu tindakan yang amat baik kerana ia bermatlamatkan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil, bersih dan saksama.

Malah Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) juga begitu gembira dengan komitmen Perdana Menteri itu memastikan kemenangan setiap parti termasuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang bukan dengan secara menyeleweng.

"Perdana Menteri sendiri memberitahu motif beliau menubuhkan PSC adalah untuk menyaksikan proses pilihan raya dijalankan secara bebas, adil dan saksama kerana beliau tidak mahu menang secara menyeleweng.

Friday, April 6, 2012

MAHFOOOZZZ BEAN DAN MAT SABU NAK BERTANDING KO TIDAK..???




"Siapa buat hospital ni??? UMNO!!!!!"


 
Kalut betul dengan Naib Presiden PAS yang super cerdik ni mengatakan terdapat taskforce untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing. Timbalan Presiden Mat Sapu juga turut menyokong dakwaan bean ni.

Baiklah, kalau dah ada bukti apa perlunya nak tubuhkan lagi Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes tersebut. Bawalah bukti tu dan tunjukan depan mata pegawai2 SPR biar terbeliak biji mata dia orang. Untuk kebaikan tak perlu dah nak buat2 press statemen dah.. pergi je kat pejabat SPR bawa bukti dan minta SPR selesaikan. Lepas tu launch nasi lemak bersama dengan Pengerusi SPR. Tak yah nak cari publisiti murahan.

Kalau tak betul minta SPR saman kau, mintak denda tinggi-tinggi sikit atau masuk penjara lebih lama sikit, supaya kau tidak layak bertanding dalam pilihanraya umum nanti. Masuk pilihanraya pun apa gunanya jika SPR menipu, dah tentu kau kalah Mahfoozzz oii!!, Jangan sengaja menimbulkan dakwaan untuk mencari alasan nak buat demo Bersih3. Ingat rakyat nak ke datang demo hang tu.. adalah dalam lima enam ribu, nak capai sampai 500,000 macam yang diangan-angankan oleh Susahterawan Pak janggut Samad Said tu jangan haraplah. Tak de mendanya rakyat nak bersusah payah menempuh trafik jam, panas terik dan kesesakan yang menggila tanpa ada tujuan sihat tersebut.

Dalam dunia ni mana ada orang yang sempurna Datuk Mahpoosss bean oii, termasuklah SPR dan pegawai-pegawainya. Yang sempurna dan tiada cacat celanya ialah kau, Nuar, Mat Sabu dan Nik Aziz. Rakyat nampak tu. Rakyat tahu tu. Inilah harapan rakyat. Parti yang tiada cacat celanya ialah PAS, DAP dan PKR, WANGI!!!. UMNO/BN ni penuh dengan noda dan maksiat dan BUSUK!!!. 

Ingat senang-senang je ke nak bagi kerakyatan kepada warga asing ni. Warga negara pun dah banyak dah, hampir 30 juta, tak perlu lagi dah warga asing. Singapore tu lain, rakyatnya sikit 5 juta, takpelah dia nak amik warga asing jadi warga negara dia. Jumlah rakyat akan bertambah tahun demi tahun, ini yang datang secara halal dan harampun dah berjumlah dekat2 6 juta orang ni, dah cukup ramai dah.

Cari alasan lainlah Mahpoozzz kalau nak buat juga demo Bersih tu. Puak pakatan haram memang suka nak menyusahkan rakyat, menyusahkan pelancong, menyusahkan peniaga, menyusahkan orang ramai, menyusahkan polis, menyusahkan orang nak berihat, membeli belah dan membawa keluarga bersiar-siar pada hujung minggu. Sebagai penganjur tertanggung ke dosanya oleh kamu bila bergantang sumpah seranah orang ramai nanti. Ingat sikit, banyak kenduri kahwin di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang pada 28 April tu nanti. Sebab program Bersih besok banyak kenduri kendara yang gagal seperti dulu dan banyak nasi yang dibuang ke longkang. Fikirlah sikit kebajikan rakyat, jangan nak memuaskan nafsu serakah sendiri sahaja wahai pakatan.

Puak pakatan memang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah mereka nikmati. Rumah besar, kereta besar, duit elaun besar, tanah banyak, saham banyak, duduk di hotel mewah, keluar negara kerap, baju berjenama mewah, hilang dah semua jubah dan ketayap. Mereka bergaya sakan, sedangkan rakyat tidak mereka pedulikan. Yang mereka pentingkan ialah kedudukan mereka selamat ke tidak dalam senario politik negara hari ini.

Bapak munafiklah pemimpin-pemimpin pembangkang ni. Depan orang kampung bukan main lagi pakai kain pelikat, nak ambil hati konon, nak kelihatan alim konon, nak kelihatan susah kononnn!!!sampai di KL kain pelikat entah kemana, ketayap entah kemana, dompet tebal dengan duit.

Rakyat terus disusahkan dengan meminta-minta derma setiap kali buat ceramah, rakyat di tipu derma untuk perjuangan suci, jihad, cheh!! sebahagian diut derma masuk kekantung mereka. Rakyat dapat apa??? rakyat dapat modal lapok untuk bahan borak di kedai kopi ke esokan harinya. Jihad punya pasal, duit derma tidak pernah diodit. Rakyat tidak perlu ambil tahu atau ambil kisah kemana duit itu pergi. Kalau di soal atau di tanya, derma jadi tak ikhlas, tak dapat pahala. Cukup, cukuplah menipu rakyat ni..Cukuplah memperbodohkan rakyat ni.

Pertanyaan, ramai ke yang dibagi taraf kerakyatan ni wahai Naib Presiden yang tercerdik? Berapa juta orang?? Lagipun apa jaminan yang warganegara baru ni dikatakan akan mengundi BN, siapa nak pantau dalam dewan mengundi tu. Apo ko bangang bona Naib Presiden PAS ni. Entah2 semua yang diberi kerakyatan tu semua dah ditapis oleh CIA dan agen yahudi, kan ke naya nanti mereka mengundi Roket, Bulan dan Mata. Apa faedah yang BN dapat, selain daripada merosakan nama baik BN sendiri. Di mana lokasinya pengundi warga asing ni Mahpooosss?? Kalau bukan setempat ada bawa kesan ke? Katalah 30 orang di Sabak Bernam, 15 orang di Pokok Sena, 50 di Permatang Pauh?? ada kesan ke?, Majoriti Nuar 15,000 orang, masuk 50 ke BN kalah ke Nuar?. Lagi sekali apo ko biul atau dungu bona kau ni??

Majoriti PM DSN yang dihebohkan dulu sebanyak 261 undi, itu sebab berlaku kesilapan pegawai-pegawai beliau yang sepanjang masa memberikan gambaran baik datuk, ok datuk, tiada masalah datuk..sebab itu majoritinya merudum. Sekarang mintak maaflah.. berpuluh ribu majoriti. Tak terpindahkan oleh PAS pengundi2 hantu ke situ doh.

Kan ke kerja memindahkan pengundi ni dulu menjadi amalan PAS, sebab mereka nak monang, nak sonang dan nak konyang. Mahpoozzz nak nafikan ke, berani kau bersumpah di mana-mana masjid yang kau tak tahu PAS memindahkan pengundi ni??? berani??? Dalam muktamar PAS di Taman Melawati beberapa tahun dulu kan heboh strategi ini ditimbulkan oleh perwakilan PAS hingga memaksa pengerusi tetap menegurnya. Kau ingat rakyat lupa?? Ish  ish, nak tipu sapa ni.

Pak Samad janggut nipun satu hal, entah apa yang dia tak puas hati, kitapun tidak tahu. Penginapan kelas pertama, penerbangan kelas pertama, hospital kelas pertama dan banyak lagi kemudahan yang kerajaan dan DBP sediakan. Dia ni kan suka bersiar-siar, berjalan-jalan dari satu stesyen ke satu stesyen setiap hujung minggu sambil bawa beg galas, tetiba sok dia juga terperangkap dalam kesesakan orang ramai, mahu lemas dia tu.

Selain daripada Dataran Merdeka, boleh tak buat kat Komtar di PP tu, di Klang, Brickfield dan Shah Alam. Di London, Juruselam dan New York dengarnya nak buat serentak. Hebat PAS dengan Yahudi ni bersekongkol.  Kau tunggulah balasan setimpal wahai Mahpoozzz, sebab kau menyusahkan orang lain. Banyak lagi benda baik dalam dunia ni yang boleh pembangkang buat dan lakukan, kenapa pilih benda buruk yang bakal menyusahkan. Rakyat sudah MUAK!!!!! 

Thursday, April 5, 2012

TANDA-TANDA SOHEH BN AKAN MENANG BESAR....

Apa mimpi mereka ni semua??? Tafsirkanlah sendiri.

Nuar: Kamu nak tidur!!! tidurlah tapi jangan lupa isu-isu besar ni untuk dimainkan dalam PRU 13. Apa isu-isu tersebut? Tak banyak, tiga empat isu dah cukup untuk kita membodohkan pengikut tegar kita.

1. Wujudkan sentimen kebencian terhadap PM, UMNO/BN dan kerajaan. Sebut isu-isu peribadi walupun fitnah ia akan menguntungkan pembangkang. Kaitkan PM dengan isu Altantunya, kutuk habis-habis Rosmah Mansor, kaitkan dengan cincin RM24 juta. Kroni PM, UMNO habiskan duit rakyat. Ala cakaplah rakyat susah, harga barang naik, harga minyak RON97 naik.

Rasuah!!! Sebut kes Khir Toyo. Kes Pelabuhan Klang, Kes NFC..bla..bla.. sebut, sebab kes rasuah dan penyelewengan ini kan dekat dengan hati nurani rakyat. Bagi rakyat marah je..bila sebut kes mereka, rakyat akan lupa kes kita. Kes kita kan bersepah-sepah tak habis-habis blogger BN sebut.

2.  Mainkan isu pengundi hantu. Rakyat mesti marah punya walaupun dah diulang-ulang sejak 20 tahun lalu. SPR diperalatkan..tak telus, menipu, mesti rakyat marah. Katalah ada 1 juta pengundi hantu, rakyat mana tau, mesti mereka percaya punya. Buat Bersih 3, ni, jemput wartawan luar negara. panggil wikileak, CNN, BBC..Bla..bla..

3.  PAS mesti sebut balik isu hudud.. tu je modal PAS nak terus berkuasa di Kelantan. War-warkan Tok Guru Nik Aziz masih kekal sebagai MB. Jangan cuba nak kata dia tak bertanding..soheh UMNO akan menang besar nanti. isu hudud ni untuk kekalkan penyokong tegar supaya terus bersama kita. Kata UMNO tolak hudud, jangan lupa kaitkan dengan Dr Mahathir sekali, kompem rakyat akan naik marah dan terus sokong kita. Jangan sebut sangat isu Hassan Ali dan JATI ni..rosak kita.

4.  DAP mainkan isu perkauman macam yang kita buat di Sarawak. Bakar semangat Dong Zong tu..kompem orang cina akan tolak MCA dan Gerakan.

5.  PKR akan mainkan isu PTPTN, isu royalti minyak, isu membela rakyat. lagipun PKR kan kurang jentera, kurang anggota, ahli kita cuma sekitar 60,000 orang je, sekali dilanyak dek Puteri mampus kita. Puteri UMNO ada 300,000 ahli tu. Tapi PKR banyak duit, dana, kita akan support logistik..

Cukuplah tu, kita pusing-pusinglah, putar belitlah biar rakyat keliru. Kalau rakyat keliru kompem kerja kita akan jadi mudah.
   
Kah!! kah!! kah!!...Kih!!! kih!!! Kih!!! Senyum dalam tangisan!!!

"Kalau betul UMNO letakan Ku Li jadi MB Kelantan ni parah aku ni"

"Dah sampai Putrajaya nanti aku taulah macam mana nak buat dengan kamu"
                     Ada persamaan dalam hati Kit Siang dan Hj Hadi kot.


"Apalah yang Mat Sapu ni merepek ni..ngantuklah..meh tidur"

"Baik aku main tweet dan sms drp membahaskan masalah rakyat, apa aku dapat"

"PRU13 ni habislah aku..rakyat akan tolak sebab aku asyik tidur je.."


"Jauh lebih baik rupanya puak-puak UMNO ni daripada puak-puak PAS yang gila projek"

Jokiden:

Sedar atau tidak rakyat sebenarnya sudah semakin muak dan meluat dengan pembangkang ni yang tidak ada kerja lain selain asyik membangkang je. Rakyat sudah semakin tidak sabar untuk menghukum pembangkang dalam PRU13 nanti.

Benda salah dia bangkang, benda baikpun mereka bangkang. Inilah perangai pembangkang yang rakyat tidak dapat terima. Kesilapan UMNO/BN dan kerajaan mereka perbesarkan, kesilapan mereka yang sebesar gunungpun mereka cuba sembunyikan dan alihkan perhatian rakyat kepada kesilapan kerajaan, sedangkan kemungkaran yang mereka lakukan lebih besar lagi.

 

Wednesday, April 4, 2012

PANAS BERAPI BEB... HABISLAH FELDA, UMNO DAN BN... MOHD ISA DAH BUAT KENYATAAN

Mari tengok video yang dimuatkan ke youtube ni... Baru 82 view..


Siaplah kau Mohd Isa, berapa juta UMNO dah bayar untuk membuat kenyataan ini???? Konspirasi terbesar ni. Berniat jahatttttt!!!! ni.

Pengajaran, mesej atau yang tersirat daripada kenyataan Mohd Isa Saidi ini ialah semakin ramai penyokong PKR yang akhirnya sudah mula tidak tahan lagi dipersendakan dan diperbodohkan dengan sikap pemimpin mereka yang cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap.

Sudah semakin ramai yang tidak tahan lagi dengan segala helah dan penipuan pemimpin mereka. Jika dulu hanya mereka yang hampir sahaja atau yang dalam inner circle sahaja yang nampak segala kepincangan Nuar, Azmin, Khalid, Wan Azizah, Tian Chua dan Nurul Izzah dan mereka telahpun ramai yang meninggalkan PKR.

Rakyat akan menyaksikan pemimpin barisan hadapan seperti Saifuddin Nasaution, Badrol Amin, Badrul Hisham, Sam Kemetot, Rafizi, S. Ambiga dan Johari Abdul juga akhirnya akan naik muak dan mengambil langkah meninggalkan PKR. Soalnya kemana mereka hendak pergi??? Mungkin ramai yang akan menyertai PAS atau mungkin mendiamkan diri untuk beberapa waktu sebagai tempoh bertenang.

Kapal PKR yang sarat dengan segala sampah dan masalah akhirnya akan pecah. Satu demi satu Cabang selepas ini akan menyuarakan bantahan dan desakan kerana mereka tidak sanggup lagi diperkudakan.

Rakyat yang mendengar ceramah pemimpin PKR dengan segala retoriknya mungkin ada yang terpesona, namun dengan segala kemudahan yang rakyat ada, sumber maklumat yang banyak, rakyat akhirnya akan faham dan membuat penilaian sendiri. Mereka sudah jemu digula-gulakan, mereka sudah muak disuakan dengan bahan yang sama.

Rakyat dan penyokong tegar mereka sudah mula menyampah dengan hujah-hujah dangkal yang dihamburkan oleh Nuar yang lebih auta dari fakta, sedangkan rakyat melihat dan menyaksikan PM DSN begitu gigih hendak menyelamatkan negara, menyelamatkan rakyat dan memajukan semua pihak. Akhirnya rakyat akan memutuskan bahawa mereka sebenarnya lebih buruk daripada segala keburukan pemimpin kerajaan yang mereka dedahkan.

Hari ini setelah genap 3 tahun DSN memegang tampuk kuasa, rakyat telah melihat hasilnya, keberkesanan polisi beliau, sifat tenang yang beliau tunjukan, tidak terusik dengan tohmahan dan kutukan lawan, terus bekerja untuk kebajikan rakyat dan semua itu sebenarnya telah memikat hati rakyat pelbagai kaum. Mereka telah mula mempunyai keyakinan kepada kerajaan BN.

Oleh kerana pembangkang kehabisan idea dan modal hendak mencari kesilapan kerajaan maka mereka beralih secara total untuk mengwujudkan kebencian terhadap PM, isteri dan keluarganya. Hanya itu yang mereka mampu lakukan dan tidak mustahil semua strategi tersebut akan memakan diri sendiri kelak.

Apabila PM mengatakan "jika saya tidak boleh menerima kritikan, bermakna saya telah tersalah pilih kerjaya saya.." maka pembangkang nampaknya terpukul teruk dengan sikap DSN ini.

Sesungguhnya bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nyiru dan ahli PKR sendiri sudah tidak tahan lagi.      

Video juga boleh ditonton di Blog Akar Umbi