Thursday, March 21, 2013

Inilah Kerja Amerika Dan Yahudi..

 
 
 
      

Cara Amerika memainkan jarumnya dalam memperak-perandakan negeri orang sebenarnya tidak susah untuk difahami. Regime Change.
 
Mulanya Amerika akan menggunakan cara diplomasi dengan sesebuah negara tersebut. Sekiranya masih tidak mengikut telunjuk mereka, maka mereka akan mula mengapi-apikan sentimen anti kerajaan. Amerika akan berpihak kepada pembangkang di sesebuah negara tersebut.
 
Pembangkang akan dihasut secara halus supaya bangun menentang kerajaan yang tidak sehaluan dengan dasar Amerika. Pelbagai bantuan diberikan. Apabila penentangan rakyat semakin kuat maka Amerika akan mengenal pasti sesiapa yang disukainya.
 
Tokoh tersebut akan digilap, selalunya tokoh tersebut berada di luar negeri sebagai pelarian politik atau dibuang negeri.
 
Dengan penentangan rakyat semakin kuat, sesebuah negara itu akan menjadi lemah. Sementara puak penentang menjadi semkain kuat kerana menerima bantuan bukan sahaja daripada Amerika tetapi juga daripada sekutu Amerika.
 
Bantuan bukan sahaja berbentuk logistik, tetapi juga meliputi bantuan kewangan dan ketenteraan. Logiknya tanpa bantuan Amerika tidak ada pemberontak dalam sesebuah negara itu yang mampu menandingi kekuatan pasukan keselamatan apa lgi untuk menumpaskannya.
 
Dunia faham, apabila pemimpin pemberontak sudah dijemput balik kenegerinya atau ditabalkan di luar negara bermakna sesebuah negara itu, tidak beberapa lama lagi akan jatuh ke tangan pemberontak. Presiden, Raja atau Perdana Menteri bersedialah untuk berundur atau ditangkap dan disula. 
 
Kita bimbang, apa yang berlaku di Lahad Datu juga bakal mengundang campur tangan Amerika dan lanun-lanun tersebut akhirnya menerima bantuan daripada Amerika dan sekutunya. Bantuan akan bermula dengan bantuan kemanusiaan, seperti bantuan makanan dan pakaian, kemudian bantuan kewangan seterusnya bantuan peralatan ketenteraan.
 

Ghassan Hitto dilantik PM wilayah pemberontak

Ghassan Hitto (kanan) menerima ucapan tahniah dari pemimpin Perikatan Nasional Syria, Moaz al-Khatib selepas dipilih sebagai Perdana Menteri wilayah yang dikuasai pemberontak Syria di Istanbul, Turki, kelmarin. - AFP
 
ISTANBUL 19 Mac - Kumpulan pemberontak utama di Syria, Perikatan Kebangsaan Syria, melantik eksekutif komunikasi dan aktivis Islam, Ghassan Hitto, sebagai Perdana Menteri bagi wilayah yang dikuasai pemberontak di negara itu.
 
Seorang anggota perikatan itu, Hisham Marwa memberitahu wartawan di Istanbul, Turki, lewat semalam, Hitto, yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) selama beberapa dekad, menerima 35 undi daripada 49 undi keseluruhan.
 
Keputusan itu dibuat dalam rundingan tertutup lebih 14 jam dalam kalangan 70 anggota kanan perikatan dengan sesetengahnya menyifatkan Hitto sebagai calon yang disokong oleh kedua-dua pihak dalam pembangkang iaitu daripada pergerakan Islam dan liberal.
 
Namun, beberapa anggota perikatan bertindak keluar daripada mesyuarat sebelum undian dijalankan, sekali gus menunjukkan berlaku perpecahan dalam kalangan mereka.
 
Ketika undian itu diadakan, anggota perikatan yang tinggal membuang kertas undi di peti lutsinar yang diletakkan di hadapan dewan persidangan.
 
"Ini adalah satu proses pengundian yang demokrasi dan bersih," kata ketua perikatan itu, Ahmed Moaz al-Khatib.
 
Menurut anggota-anggota perikatan, tugas pertama Perdana Menteri ialah membentuk kerajaan sementara dan Hitto merancang untuk membuka pejabat di wilayah yang dikuasai pemberontak di Syria.
 
Hitto mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam syarikat telekomunikasi dan teknologi tinggi, termasuk 16 tahun terlibat dalam pengurusan eksekutif.
 
Beliau meletak jawatan pada November lalu untuk menyertai revolusi Syria dan menjadi ketua bantuan kemanusiaan yang beribu pejabat di Turki, menurut jurucakap Perikatan Kebangsaan Syria, Khaled al-Saleh.
 
Pemberontak Syria kini dilaporkan menguasai sebahagian besar kawasan di utara dan timur Aleppo serta bahagian bawah tengah negara itu iaitu antara Idlib dan Hama.
 
Dalam perkembangan terbaru di Syria hari ini, tentera kerajaan didakwa mengebom kawasan sempadan antara Syria dan Lebanon. - AFP

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

U Tak Terima Rasuah I Saman you..


 
Akhirnya Papagomo kena saman juga dengan Nuar Brahim. Tujuan saman ini selain daripada menuntut bayaran berjuta ringgit tentulah juga untuk menutup atau menghalang pihak-pihak berkenaan daripada terus memainkan isu ini. Taktik Nuar ini memang telah lama dimaklumi.
 
Dia paling tidak 'mempercayai' mahkamah, namun dia juga yang paling banyak menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya.
 
Awang Selamat pernah menulis dalam ruangan bisik-bisik suatu masa dulu, bahawa cubaan untuk merasuah orang-orang tertentu supaya membuat pengakuan yang memihak kepada Nuar bukanlah perkara baru.
 
Di dalam kes yang melibatkan beliau sememangnya pihak Nuar cuba memancing sesiapa sahaja supaya berpihak kepadanya. Awang Selamat menyebut ada cubaan untuk memancing pihak peguam, pihak pendakwaraya dan pihak polis.
 
Terkini menerusi sidang akhbar Tan Sri Rahim Thamby Chik dikatakan Datuk Eskay juga sedaya upaya cuba di rasuah supaya membuat pusingan U. Tentang bayaran jangan dipersoalkan, sebut sahaja banyak mana. Ngeri kita mendengarnya. Rujuk kepada artikel Agenda Daily yang dipautkan di bawah. 
 
Nyatalah PRU13 sudah hampir sangat, sebab itu Nuar akan menggunakan segala kaedah supaya segala perilaku beliau tidak diperbincangkan di khalayak umum.
 
Mari kita lihat siapa yang kena selepas ini?
 
Apakah Ezam akan di saman, apakah Roslan Kassim akan disaman, apakah Ummi Hafilda juga akan disaman sekiranya tidak berhenti berceramah.
 
U mahu duit atau you mahu kena saman???
 

Video seks: Anwar fail saman terhadap Papa Gomo

KUALA LUMPUR 21 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman malu terhadap pemilik laman blog Papa Gomo kerana didakwa menyiarkan perkataan-perkataan fitnah berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu dengan seorang lelaki.
  
Anwar memfailkan saman itu terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris melalui Firma guaman, Tetuan Daim & Gamany di pejabat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.
 
Menurut peguam N. Surendran, plaintif akan menuntut ganti rugi RM100juta. - UTUSAN
 
AgendaDaily juga melaporkan bahawa Datuk Eskay telah cuba di pujuk rayu, supaya membuat U Turn dan membersihkan nama Nuar.
 
 
  
 
 

 
 
 
 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Janji Ditepati..BR1M 3.. Tak Lama Lagi..



Mana ada!!!

Penyampaian BR1M telah hampir ke penghujungnya. Hampir 4 juta rakyat telah menerima habuan daripada kerajaan BN dengan jumlah keseluruhan hampir mencecah RM2 billion. Yang menerima secara terus sebanyak RM500.00 satu hal, yang menerima tempiasnya secara tidak langsung juga ramai.

Dalam ceramah pembangkang ada penceramah yang mengatakan "ala ciput yo' RM500.00, bukan bulih buek ghumah batu.." Gila ke apa dia orang ni, RM500.00 memanglah tak boleh buat rumah batu tapi dengan jumlah sebanyak itu telah boleh pergi duduk hotel tu kat Batu Feringgi. Boleh beli air batu, boleh pergi dangdut, boleh derma kat parti demi jihad. Boleh beli minyak kereta atau motor untuk pergi dengar ceramah.

Bagi yang kaki rokok, RM500.00 boleh beli rokok Kent sebanyak 50 bungkus tu, jika menghisap sekotak sehari, hampir dua bulan tu dapat rokok free. Pendek kata dengan jumlah RM500.00 tu banyak perkara dan banyak urusan boleh selesai.

Kita sebenarnya tahu untuk menilai dan pemberian sebanyak RM500.00 itu sebenarnya adalah amat bererti kepada rakyat yang memerlukan. Bersyukurlah..Yang peliknya si pencacai dan penjilat pembangkang ini boleh pulak memuji melangit akan kebaikan budi pekerti LGE Ketua Menteri Pulau Pinang dengan pemberian RM100.00 kepada Imam2 dan warga emas di sana. Baginya LGE sangat baik dan dia lupa bahawa "baik ada makna tu.." Dia ni tak tahu ke mengikut lapuran audit PP semua sektor atau Jabatan perbelanjaan melebihi 80% bagi tahun 2011, tetiba je bagi Jabatan Ketua Menteri perbelanjaan cuma 54%, kenapa sikit sangat, sebabnya banyak projek yang ditangguhkan. Projek apa? semua projek yang berkaitan dengan agama Islam. Lupa lagi ke pencacai ni, pada tahun pertama LGE jadi Ketua Menteri, sanggup pergi berarak dalam majlis Maulidulrasul, sekarang ada lagi ke perarakan sedemikian di PP?? Nak tahu banyak pasal PP ni baca blog Dr. MiM dan MPP

Sebenarnya pembangkang juga yang silap. Suatu ketika mereka sibuk dengan negara berkebajikan, dan jika dapat memerintah, semua nak di beri percuma, elaun warga emas setiap bulan dinaikan (BN bagi lama dah), elaun guru naik, air percuma, api percuma, beras percuma, tusyen anak percuma, tol percuma, cukai jalan percuma etc..etc.. Mak oi mudah sangat mereka kelentong. Bila ditanya mana nak cari duit untuk itu semua, wah!!! untung Petronas berbillion tu yang nak diagih-agihkannya. Senang cakap.

Entah bila pulak mereka nak spin mengatakan BR1M itu adalah hasil perjuangan mereka. Sekali fikir ada juga betulnya sebab apa sahaja yang mereka jeritkan semuanya DS Najib penuhi. Mereka jerit pasal ISA, PM hapuskan, mereka jerit pasal AUKU, PM hapuskan, mereka jerit pasal hak kebebasan berhimpun, PM benarkan, mereka jerit pasal cuti 16 September, PM luluskan, mereka jerit pasal SPRM, BN luluskan, mereka jerit pasal Suruhanjaya Diraja untuk Beng Hock, PM buatkan, mereka jerit pasal hudud, PM benarkan..mereka jerit pasal dakwat kekal PM ikutkan dan banyak lagilah. Yang terkini mereka jerit pasal NFC dan DS Shahrizat, pun PM benarkan.

Anihnya semua yang BN dan kerajaan ikut kehendak mereka tu, tidak pula memberikan kelebihan kepada mereka sebaliknya memberikan kelebihan kepada PM dan BN. Lalu sepatutnya mereka berhenti menyalak dan menuntut itu ini menjelang PRU13, kerana jika terus menyalak dan PM luluskan, takut-takut semua mereka yang bertanding kelak gigit jari, sebab rakyat beralih memberikan undi kepada BN. possible..possible..Jadi janganlah minta PTPTN dihapuskan, nanti jika PM luluskan bertambah parah Pakatan.

Ada pencacai Pakatan berkata, "dah 54 tahun merdeka, baghu sokali dapek bantuan kerajaan..bla..bla.." Eh buta huruf, buta sejarah dan buta hati betul dia tu atau kufur nikmat???. Segala nikmat yang dibawa oleh BN selama 54 tahun ni tak pulak disebutnya. Konsep Negara Berkebajikan ini telah diamalkan oleh kerajaan BN sejak dahulu lagi menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Cuma sekarang negara telah maju, cerdik pandai telah ramai, maka untuk mengunkit-ungkit jasa kerajaan dan BN sudah tidak sesuai lagi. Cer citer apa yang BN dan kerajaan tidak buat untuk rakyat selama ini...cer citer..semua dah ada.. Tapi nak duduk rumah saja tanpa berbuat apa-apa lepas tu minta kerajaan masukan dalam akaun setiap bulan RM5,000, RM6,000 memanglah tak logik. Duit kena cari sendiri ok..

PM dan TPM sendiri suruh sebut selalu-selalu jasa kerajaan dan BN ni, tapi inilah yang rakyat tak suka dengar. Sebut sikit boleh kot, pergi ke mana-mana asrama UiTM tengok jumlah pelajar yang ada di situ, cuba kira kos sewaktu mendaftar berapa??? bayaran untuk masuk sekolah tadika lebih tinggi dari kos mendaftar di UiTM. Kira juga kos makanan sehari setiap pelajar. Kemudahan lain tak yah ceritalah..berlambak.. PTPTN kena bayar balik???, yes betul..namapun pinjaman. Orang lain nak belajar juga. Tak balas jasa tak apa, tak kenang budi tak apa tapi jangan ajar anak-anak waris bangsa menggigit tangan orang yang pernah memberi kepada mereka.

Ratusan ribu cerdik pandai dan profesyenal Melayu yang kerajaan lahirkan selepas era DEB ini sebenarnya sesuatu yang harus disyukuri. Namun ratusan ribu ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah profesyenal kaum lain..jangan buat-buat lupa tentang fakta tersebut.

Ratusan ribu pelajar balik dari luar negara, dari Amerika, Rusia, England, Indonesia, Mesir, Libya, Syria, India, Australia, Jepun dan Korea, berapa ramai yang bersyukur??? Biasalah ada yang bermulut celupar mengatakan itu tanggung-jawab kerajaan dan mereka berhak menerima segala bantuan..eh wah, tahu pulak mereka pasal hak. Mereka ditanamkan sifat supaya jangan berterima kasih kepada kerajaan oleh puak-puak pembangkang, dengan itu mereka tidak rasa bersalah apabila menentang kerajaan sekembalinya ke tanah air.

Sebenarnya jasa BN selama 54 tahun ini terlalu besar jika hendak dicatatkan, tidak cukup 881 muka surat sekiranya hendak disenaraikan. Maknanya celik mata waktu pagi, lihat di sekeliling, apa yang mereka lihat ialah jasa BN. Jika bukan BN yang buat siapa lagi???

Jadi walaupun BR1M jumlahnya kecil bagi setiap orang, namun jumlah keseluruhan adalah besar dan rakyat yang lain turut menerima tempiasnya apabila wang tersebut dibelanjakan. RM2 billion untuk terus merangsang ekonomi negara.

Juga tak perlulah pencacai pembangkang ni mengatakan BR1M sebagai rasuah politik, rasuah BN, rasuah kerajaan. Kalau dah yakin itu rasuah, jangan ambil, mudah dan tidak perlu bertegang leher mengenainya. Mengaibkan sekiranya mulut mengatakan rasuah, namun secara sembunyi BR1M diambil juga. Buktinya baca di Sel13, sini.

Jika puak-puak pembangkang ini ingin melupakan semua jasa BN, silakanlah..Tidak mahu bersyukur tak apalah, cuma kalau boleh yang satu ni marilah diinsafi dan disyukuri bersama iaitu Negara kita aman damai, aman makmur dan kita selamat. Pergilah ke mana saja yang kita suka dan pada jam berapa kita hendak mula, kita sebenarnya selamat. Lalu slogan pembangkang "Selamatkan Rakyat Malaysia" sudah tidak ada makna lagi.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.

Wednesday, March 20, 2013

Baru Acah Budak Cerdik Dah Terkeluar Kencing..

Presiden 'Mursi' @ Ghafir sedang berucap 
  

Samada telah terlalu konfiden atau telah hilang keyakinan, Nuar Brahim @ budak cerdik dikatakan telah berura-ura untuk meninggalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh dan mencari lokasi baru untuk ditandingi.
 
Nik Aziz mengatakan payah UMNO nak tolak budak cerdik ni. Dia hebat, boleh dapat majoriti berpuluh ribu jika bertanding di Permatang Pauh. Mungkin merasakan Parlimen Permatang Pauh sudah pasti berada di dalam dakapan, Nuar selaku Hero kena mencari satu kawasan lain untuk menambahkan koleksi kerusi Parlimen untuk pakatan.
 
Ini tidak menghairankan kerana beberapa orang tokoh pembangkang sememangnya sudah berura-uran untuk meninggalkan kawasan lama masing-masing kerana telah gagal membela rakyat dikawasan tersebut dan ingin menipu rakyat di kawasan baru.
 
Sallehuddin Ayub dikatakan akan ke Johor, Lim Kit Siang Ikan juga akan ke Johor. Saiffuddin dikatakan akan kembali ke Kulim. Banyak lagi pemimpin pakatan akan berhijrah untuk 'menawan' kawasan baru.
 
Nuar sendiri mengatakan dia mungkin berpindah ke kawasan baru di Perak ataupun di Selangor. Tentunya ke kawasan yang lebih selamat kerana ada juga berita mengatakan bahawa Permatang Pauh bukan lagi merupakan kerusi yang selamat untuk beliau.
 
Utusan Malaysia juga melapurkan bahawa sekarang ini UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menumpukan gerak kerja yang tersusun dalam usaha untuk menawan kembali kerusi tersebut daripada pakatan.
 
Permatang Pauh kini sedang digempur habis-habisan dan jentera UMNO pelbagai peringkat dikatakan telah bersatu tenaga dalam mempastikan misi tersebut berjaya.
 
Agaknya itu yang membimbangkan Nuar kerana dia tidak akan sanggup menghadapi dunia sekiranya ditewaskan oleh BN di kubu kuatnya sendiri. Hai takkan UMNO baru nak acah gempur, Nuar dah terkeluar kencing.. Baca seterunya di bawah.
 
 
10072010580
 
 
Gempur Permatang Pauh mahu menangi semula tiga kerusi
 
 

 
 
SABTU lalu UMNO Permatang Pauh melancarkan Program 100,000 Gempur Permatang Pauh. Sebanyak 1,000 sukarelawan yang terdiri daripada anggota wanita dan pemuda UMNO akan mengedarkan 100,000 risalah mengenai Barisan Nasional (BN).
 
Ia juga sebagai isyarat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa, UMNO tidak akan memberi kemenangan mudah malahan bersedia untuk merampas kembali kerusi itu. Ketika ini di Permatang Pauh, perang bendera parti politik juga sudah bermula. Bilik gerakan PRU juga dibuka. Cuma aktivitinya belum rancak. Seterusnya..

Baca juga di sini.
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Gambar Yang Lim Kit Siang Tak Sanggup Tengok..

Majlis MCA bersama PM di Seremban minggu lepas.
 
 
Rekod kutipan untuk Tabung Perwira..
 
 
Semalam Jokiden sudah menulis tentang "Bye..bye.. Datuk Satim Diman.." Jokiden menjangkakan beliau tidak mampu mempertahankan kerusi yang beliau sandang sekarang. Namun hari ini MCA Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa MCA mampu menang di 4 kerusi Parlimen dan di 7 kerusi DUN dalam PRU13 di seluruh Selangaor.
 
Baguslah, dan kita mesti berfikiran positif. Realitinya sekarang ini, selain daripada Wilayah Persekutuan, Kedah dan Kelantan, Selangor paling banyak menyumbang kerusi Parlimen kepada pakatan. Mereka mempunyai 17 kerusi Parlimen sementara BN 5. Pecahannya PKR 8, DAP 4 dan PAS 4. Majoriti undi yang dimenangi oleh pakatan di Selangor dan Wilayah adalah besar iaitu antara 5,000 ke 23,000 undi.
 
Berdasarkan jumlah majoriti undi tersebut adalah merupakan satu tugas berat kepada MCA untuk memusingkan undi yang pernah mereka perolehi dalam PRU11 pada 2004 dahulu. Namun tidak mustahil MCA mampu melakukannya. Antara syarat-syaratnya ialah:
 
Jangan ada pergolakan tentang calon. Jangan ada yang sabotaj. Jangan ikut rentak DAP yang memainkan isu perkauman. MCA boleh kutuk Pas tetapi jangan sentuh tentang sensitiviti umat Islam. Mana-mana ahli Pas yang berhasrat hendak memberikan undi kepada calon MCA kelak, mereka akan berfikir dua kali sekiranya MCA menghina Islam.
 
Tugas melanyak Pas ini serahkan kepada UMNO. Sementara tugas MCA dan Gerakan ialah melanyak DAP. Jangan ambil lopak orang.
 
DAP berbeza, jika dalam ceramah di dalam komuniti Cina mereka melanyak UMNO, mereka untung. Jika mereka melanyak MCA mereka untung. Jika mereka melanyak Pas mereka untung. Jika mereka memuji Pas sekalipun mereka akan untung.
 
MCA tidak boleh mengikut rentak DAP, mampus nanti.  MCA mesti mempertahankan kerjasama erat dengan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. MCA mesti mengingatkan masyarakat Cina bahawa selama kerjasama ini berlangsung,  mereka sentiasa untung.
 
Dasar ekonomi baru menguntungkan kaum cina. Toleransi dalam bidang pendidikan menguntungkan kaum Cina. Perlaksanaan Trasnformasi Ekonomi menguntungkan kaum Cina. Rangsangan ekonomi yang kerajaan buat melalui BR1M 1dan dua menguntungkan masyarakat peniaga Cina.
 
Jangan dimusnahkan segala yang baik ini. Yang ramai millionaire adalah kaum Cina. yang ramai profesyenal di dalam negara ini ialah kaum Cina. Yang ramai pemilik hartanah di negara ini ialah kaum Cina. Ini adalah kesan baik yang nyata hasil kerjasama antara UMNO, MCA dan MIC. 
 
Di saat-saat genting ini anggota BN saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya MCA tersilap langkah dan dalam usaha untuk menawan hati pengundi Cina mereka juga seperti DAP turut mengutuk UMNO, maka tunggulah padahnya nanti. Undi orang Cina yang mereka harapan belum tentu dapat dan undi orang Melayu dari UMNO pula akan lenyap. Berhati-hatilah dan fokuslah tentang kebaikan BN ini.
 
Masyarakat Cina sekiranya tidak dibakar secara melampau emosi mereka pastilah akan bertindak rasional dan akan kembali menyokong BN. Petanda jelas sudah ada. Di Penang sambutan terhadap BN amat menggalakkan. Di Johor masyarakat Cina menerima baik kehadiran PM dan TPM.
 
Begitu juga di Seremban tempoh hari, kaum Cina berduyun-duyun keluar menyambut PM dalam jamuan yang sangat meriah. Ini sesuatu yang amat positif.
 
Ada orang yang berpendapat, kehadiran mereka yang melebihi 35,000 orang itu, tidak melambangkan sokongan. Mereka datang hanya untuk makan semata-mata. Come on lah.. mereka boleh makan di mana-mana sahaja. Jika mereka tidak suka walaupun disediakan makanan bertaraf lima bintang, mereka tidak akan datang. 
 
Jika di dalam hati mereka tidak suka, diberi cabutan bertuah sebuah ferrari pun mereka belum tentu datang. Panggillah abah Psy atau Angelina Jollie sekalipun, jika mereka tidak suka mereka tidak akan datang. Kemudian mereka sanggup pula menyumbang kepada Tabung Perwira sebanyak RM1.2 juta sudah tentulah ini membuatkan pakatan menjadi domam tak kobah.
 
Kita berharap sasaran Datuk Donald Lim adalah betul.
 
 
Bersama PM RM1.2 juta untuk Tabung Perwira.
 
 
 

Jamuan bersama PM di Seremban.

MCA yakin menang 11 kerusi di Selangor

 
PELABUHAN KLANG 20 Mac - MCA Selangor yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 11 kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, daripada jumlah kerusi itu, sebanyak tujuh ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat lagi kerusi Parlimen.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan dua bilik gerakan Pilihan Raya Umum Ke-13 Barisan Nasional (BN) di Kampung Sungai Lima dan Kampung Baru Bagan Pulau Ketam di sini hari ini. - UTUSAN



Masyarakat Cina Kelantan sumbang RM100,000 kepada Tabung Wira PDRM

KOTA BHARU 20 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan daripada masyarakat keturunan Cina di Kelantan menghulurkan sumbangan RM100,000 kepada Tabung Wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk wira Ops Daulat di Sabah.

Antara yang memberikan sumbangan sekitar RM1,000 hingga RM5,000 ialah Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Dewan Perniagaan Cina Kelantan dan Wanita MCA Kelantan. Utusan.

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.