Showing posts with label Syria. Show all posts
Showing posts with label Syria. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Inilah Kerja Amerika Dan Yahudi..

 
 
 
      

Cara Amerika memainkan jarumnya dalam memperak-perandakan negeri orang sebenarnya tidak susah untuk difahami. Regime Change.
 
Mulanya Amerika akan menggunakan cara diplomasi dengan sesebuah negara tersebut. Sekiranya masih tidak mengikut telunjuk mereka, maka mereka akan mula mengapi-apikan sentimen anti kerajaan. Amerika akan berpihak kepada pembangkang di sesebuah negara tersebut.
 
Pembangkang akan dihasut secara halus supaya bangun menentang kerajaan yang tidak sehaluan dengan dasar Amerika. Pelbagai bantuan diberikan. Apabila penentangan rakyat semakin kuat maka Amerika akan mengenal pasti sesiapa yang disukainya.
 
Tokoh tersebut akan digilap, selalunya tokoh tersebut berada di luar negeri sebagai pelarian politik atau dibuang negeri.
 
Dengan penentangan rakyat semakin kuat, sesebuah negara itu akan menjadi lemah. Sementara puak penentang menjadi semkain kuat kerana menerima bantuan bukan sahaja daripada Amerika tetapi juga daripada sekutu Amerika.
 
Bantuan bukan sahaja berbentuk logistik, tetapi juga meliputi bantuan kewangan dan ketenteraan. Logiknya tanpa bantuan Amerika tidak ada pemberontak dalam sesebuah negara itu yang mampu menandingi kekuatan pasukan keselamatan apa lgi untuk menumpaskannya.
 
Dunia faham, apabila pemimpin pemberontak sudah dijemput balik kenegerinya atau ditabalkan di luar negara bermakna sesebuah negara itu, tidak beberapa lama lagi akan jatuh ke tangan pemberontak. Presiden, Raja atau Perdana Menteri bersedialah untuk berundur atau ditangkap dan disula. 
 
Kita bimbang, apa yang berlaku di Lahad Datu juga bakal mengundang campur tangan Amerika dan lanun-lanun tersebut akhirnya menerima bantuan daripada Amerika dan sekutunya. Bantuan akan bermula dengan bantuan kemanusiaan, seperti bantuan makanan dan pakaian, kemudian bantuan kewangan seterusnya bantuan peralatan ketenteraan.
 

Ghassan Hitto dilantik PM wilayah pemberontak

Ghassan Hitto (kanan) menerima ucapan tahniah dari pemimpin Perikatan Nasional Syria, Moaz al-Khatib selepas dipilih sebagai Perdana Menteri wilayah yang dikuasai pemberontak Syria di Istanbul, Turki, kelmarin. - AFP
 
ISTANBUL 19 Mac - Kumpulan pemberontak utama di Syria, Perikatan Kebangsaan Syria, melantik eksekutif komunikasi dan aktivis Islam, Ghassan Hitto, sebagai Perdana Menteri bagi wilayah yang dikuasai pemberontak di negara itu.
 
Seorang anggota perikatan itu, Hisham Marwa memberitahu wartawan di Istanbul, Turki, lewat semalam, Hitto, yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) selama beberapa dekad, menerima 35 undi daripada 49 undi keseluruhan.
 
Keputusan itu dibuat dalam rundingan tertutup lebih 14 jam dalam kalangan 70 anggota kanan perikatan dengan sesetengahnya menyifatkan Hitto sebagai calon yang disokong oleh kedua-dua pihak dalam pembangkang iaitu daripada pergerakan Islam dan liberal.
 
Namun, beberapa anggota perikatan bertindak keluar daripada mesyuarat sebelum undian dijalankan, sekali gus menunjukkan berlaku perpecahan dalam kalangan mereka.
 
Ketika undian itu diadakan, anggota perikatan yang tinggal membuang kertas undi di peti lutsinar yang diletakkan di hadapan dewan persidangan.
 
"Ini adalah satu proses pengundian yang demokrasi dan bersih," kata ketua perikatan itu, Ahmed Moaz al-Khatib.
 
Menurut anggota-anggota perikatan, tugas pertama Perdana Menteri ialah membentuk kerajaan sementara dan Hitto merancang untuk membuka pejabat di wilayah yang dikuasai pemberontak di Syria.
 
Hitto mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam syarikat telekomunikasi dan teknologi tinggi, termasuk 16 tahun terlibat dalam pengurusan eksekutif.
 
Beliau meletak jawatan pada November lalu untuk menyertai revolusi Syria dan menjadi ketua bantuan kemanusiaan yang beribu pejabat di Turki, menurut jurucakap Perikatan Kebangsaan Syria, Khaled al-Saleh.
 
Pemberontak Syria kini dilaporkan menguasai sebahagian besar kawasan di utara dan timur Aleppo serta bahagian bawah tengah negara itu iaitu antara Idlib dan Hama.
 
Dalam perkembangan terbaru di Syria hari ini, tentera kerajaan didakwa mengebom kawasan sempadan antara Syria dan Lebanon. - AFP

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

Monday, March 4, 2013

Inilah Kerja Amerika Yang Sebenarnya...


Kekuatan kapal ini boleh menakluki mana-mana negara kecil ni..Dikhabarkan kapal ini kini tetiba je berada di 'sini',
     

Dilaporkan pemimpin pemberontak Syria telah kembali ke tanah airnya. Bila ini terjadi bermakna tugas campur tangan Amerika dan kunco-kunconya di Syria atau dalam sesebuah negara tersebut hampir mencapai matalamatnya. Presiden Bashar Al-Assad kini menghitung hari.
 
Amerika dan sekutunya melalui pelbagai agensi dan pertubuhan akan menghuru-harakan pentadbiran sesebuah negara yang tidak sesuai dengan dasarnya dengan memberikan segala bantuan kepada pasukan yang menentang sesebuah kepimpinan atau kerajaan yang sah tersebut.
 
Selalunya Amerika mengerakan penentangan itu daripada luar negara dan berselindung di sebalik human right atau sebagainya. Apabila keadaan sudah semakin gawat dan sesebuah kerajaan itu sudah hampir pasti akan runtuh maka pemimpin pembangkang yang disokong oleh Amerika dan sekutunya itu akan pulang ke tanah air dari buangan untuk 'menyudahkan kerja-kerja' terakhir.
 
Ada kalanya kerajaan buangan ditubuhkan terlebih dahulu di luar negara dengan segala kos kewangan ditanggung oleh Amerika. Jahat sungguh perangai Amerika ini.
 
Cara Amerika amat mudah iaitu sediakan dana tanpa had, kemudian hasut pemimpin pembangkang dan rakyat sesebuah negara itu supaya bangkit menentang kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyatnya. Amerika tidak pernah berselindung dengan dana ini seperti NED atau NID.
 
Tempoh masa yang diambil oleh mana-mana rakyat yang memberontak tersebut untuk menggulingkan kerajaan atau Ketua kerajaannya mungkin lama atau mungkin cepat. Amerika tidak peduli semua itu asalkan hasratnya tercapai.

Apa yang terjadi kepada rakyat dan negara tersebut selepas kerajaannya digulingkan oleh rakyatnya sendiri, bukanlah merupakan keutamaan Amerika. Sama seperti ulasan Lim Guan Eng yang mengatakan bukan urusan dia dan bukan masalah DAP apabila Pas hendak bertelagah sesama mereka atas isu Kalimah Allah.
 
Iraq menjadi mangsa. Libya menjadi mangsa. Tunissia, Mesir, Iran, Turki, Yamen dan akhirnya kelak Arab Saudi di mana Kiblat orang Islam berada. 
 
Hanya rakyat sesebuah negara yang begitu patriotik sahaja yang boleh  menggagalkan hasrat Amerika untuk menukar sesuatu regim tersebut seperti di Cuba dan Venezula. Namun di negara-negara Arab seolah-olah kesemua agenda Amerika ini terlaksana akhirnya. Satu persatu negara Arab yang aman damai akhirnya akan kucar kacir dan runtuh.
 
Jokiden masukkan posting ini kerana kita tidak menolak peristiwa di Lahad Datu ini mungkin juga diperhatikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan secara dekat dan sekiranya ada ruang mungkin mereka akan melibatkan diri.
 

Pemimpin pemberontak Syria kembali ke tanah airnya

 
AMMAN 4 Mac - Pemimpin pemberontak Syria yang dibuang negeri, Moaz Alkhatib melawat Syria untuk kali pertama sejak keluar dari negara itu tahun lalu, semalam.
 
Alkhatib yang merupakan Presiden Perikatan Kebangsaan Syria (SNC), sebuah kumpulan antikepentingan Presiden Syria Bashar al-Assad, yang cuba mendapat pengiktirafan antarabangsa, memasuki utara Syria dari negara jiran Turki dan melawat bandar Jarablus serta Minbij.
 
Bekas khatib Masjid Umayyad di Damsyik itu dipilih sebagai pemimpin SNC November lalu dan lawatannya dilihat sebahagian daripada usaha meredakan keraguan di kalangan beberapa pasukan pemberontak terhadap perikatan itu.
 
Beliau turut dikatakan bersedia mengadakan rundingan dengan wakil kerajaan Syria dalam usaha menyelesaikan konflik yang berlaku hampir dua tahun di negara itu. - REUTERS




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.