Sunday, May 19, 2013

Yang Ini Akan Sentiasa Diingati...

  
Ada sesiapa yang kenal dia ni...

Seorang tokoh koperat telah diumumkan akan dilantik sebagai Senator dan akan mengangkat sumpah sebagai seorang Menteri pada 6 Jun akan datang. Pada pandangan DS Mohd Najib beliau adalah layak untuk menambahkan lagi keyakinan sektor perbankan dan sektor koperat kepada Kerajaan Transformasi.

Di Dalam Mingguan Malaysia hari ini Karpal Singki secara terbuka mempertikaikan kewujudan Dewan Negara sebagai membazir, tidak berfaedah dan biasalah hendak memainkan emosi rakyat dengan mengatakan bahawa duit rakyat digunakan untuk menampung segala keperluan Dewan Negara.

Karpal Singki ternyata tidak senang dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Amir Sham dan terkini Datuk Seri Wahid Omar dalam membantu membangunkan negara ini. Sebab itu bagi Karpal Singki perlantikan Senator oleh kerajaan dan Kabinet seharusnya dianggotai oleh mereka yang terpilih dalam PRU sahaja. Begitulah semangat DAP.

Apapun yang memungkinkan Datuk Seri Wahid Omar di lantik sebagai Senator ialah sebab UMNO berkuasa. Yang memungkinkan Azran Osman Rani menjadi CEO Air Asiax ialah sebab negara ini aman dan perniagaan berkembang pesat. Sekali lagi ianya disebabkan oleh kemampuan UMNO mentadbir negara ini.

Yang turut memungkinkan UMNO masih kekal berkuasa dan tokoh koperat boleh menjawat jawatan tinggi di GLC dan Sektor Swasta ialah dengan adanya pengorbanan 'budak-budak UMNO' seperti yang pernah disiarkan di sini. Pengorbanan mereka bukannya sedikit. Kesanggupan mereka menjadi jentera dalam memenangi hati rakyat dengan sedikit upah atau 'duit' teh semasa kempen PRU13 yang lalu amatlah besar maknanya.

Sementara Mymassa hari ini menulis tentang kegagalan kakitangan Air Asia memahami situasi penumpangnya dan mahukan Azran Osman Rani yang begitu celupar menganggap Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis dan dia kononnya merupakan Melayu yang tidak rasis sama sekali. Angkuh je dia hendak menarik iklan Air Asia daripada Utusan Malaysia.

Tidak cukup dengan itu beliau turut menempelak Pertubuhan Peribumi Perkasa dengan mengatakan para pemimpinnya berfikiran sempit dan membuatkan Orang Melayu tercicir dan tertinggal kebelakang.

Reaksi pembaca dalam mempertahankan Utusan Malaysia amatlah diluar dugaan dan CEO Air Asia tersebut tiba-tiba menyedari bahawa kenyataannya tidak langsung mencerminkan jiwa nurani Orang Melayu yang kini sedang diambang kehilangan kuasa politik. Kenyataan kurang bijaknya tidak pernah diundang sama sekali.

Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia dakwa akhbar rasis


KUALA LUMPUR 12 Mei - Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.Azran turut menyifatkan Utusan Malaysia sudah tidak relevan dengan jumlah pembaca semakin merosot, walaupun hakikatnya jualan akhbar ini bukan sahaja tidak merosot, malah meningkat sebanyak 1,000 naskhah sehari.

"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia," tulis ahli korporat Melayu baharu itu.

Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.

Laporan berkenaan mendapat liputan meluas sehingga seorang wartawan berketurunan Cina mempersoalkannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar beliau.

Bagaimanapun, Najib dengan tenang menjawab: "Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa?."

Dalam pada itu, Azran turut memperlekehkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila menyifatkan bahawa fikiran sempit pertubuhan itu yang membuatkan orang Melayu terkebelakang.

"Perkasa? I think Malaysia has proven that they are irrelevant. Its Perkasa's narrow-mindedness that's holds Malays back. (Perkasa? Saya fikir Malaysia telah membuktikan bahawa mereka tidak relevan. Fikiran sempit Perkasa yang menyebabkan Melayu ketinggalan.)"
 
 
 
.

No comments:

Post a Comment