Sunday, March 24, 2013

Tun Dr Mahathir Memuji Perwira Negara...



 
 


Terkini mengikut Tun Dr Mahathir, hati dan jiwa rakyat adalah bersama dengan kerajaan. Buatlah apa yang pembangkang suka, hakikatnya kata beliau rakyat majoriti sudah menetapkan pilihan mereka dalam PRU13 ialah untuk bersama dengan kerajaan.

6. In the first place the people’s hearts and minds are already with the Government. True there are some, including leaders of the political opposition who are not with the Government but they are not able to influence the minds and hearts of the vast majority of the people. Seterunya di sini. 
 
Dalam entri terbarunya di blog beliau Tun Mahathir telah melahirkan rasa penghargaan tinggi beliau terhadap jasa dan pengorbanan parajurit tanah air yang kini seedang bertarung nyawa di Lahad Datu.
 
 Tidak lama dahulu dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, Tun Mahathir menjelaskan beliau akan pergi kemana sahaja jika diarahkan oleh Perdana Menteri untuk berkempen bagi pihak BN. Beliau ternyata telah menunaikan tanggung-jawab tersebut dengan jayanya dan bukan sedikit impak yang beliau ciptakan dalam senario politik tanah air sekarang ini.
 
Beliau mungkin tidak bersetuju dalam banyak perkara, namun seperti janji beliau sebelum ini demi untuk membantu kemenangan BN, beliau sanggup mengenepikan segala perbezaan pendapat tersebut.
 
Beliau pernah mendapat nikmat kuasa atas sokongan rakyat dan parti, maka menjadi tanggung-jawab beliau kini untuk membalasnya kembali dengan berkempen tanpa jemu untuk UMNO/BN.
 
Seperti orang lain, beliau juga tidak terlepas daripada cacian dan makian pihak lawan, namun beliau memilih untuk bersama parti keramat bangsa Melayu ini seterusnya bersama BN. Untuk terus dikenang dan relevan, beliau tidak memilih untuk menjauhkan diri daripada arus perdana kepimpinan negara masa kini.
 
Kehadiran beliau di mana sahaja masih mendapat sambutan yang hebat. Buah butir tutur kata beliau masih diterima pakai dan nasihat beliau amat dihargai terutamanya oleh Perdana Menteri sendiri.
 
 
   
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment