Saturday, March 2, 2013

Nuar Mengamuk Manifesto Pakatan Tenggelam Sebab Wanita Ini....


  

Sedang dia menjelajah ke seluruh negara untuk mencanangkan tentang Manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' tetiba berlaku kejutan yang menyebabkan rakyat tidak berminat lagi dengan apa juga yang cuba untuk diterangkan oleh Nuar ataupun jenteranya.
 
Di Ketereh selamba je dia di hadapan penyokong tegar Pas, beria-ia dan berapi-api siap dengan lenggok pinggang dan tangan mengatakan dia tidak mengubah sedikitpun karangan yang dibuat oleh Hj Hadi berkenaan dengan kenyataan Kalimah Allah. Dia ikut semua tanpa sebarang pindaan. Tidak ada sesiapapun yang sudi bertepuk tangan.
 
Masih segar diingatan penyokong tegar Pas bahawa Nuar baru sahaja menghina Presiden mereka di Sabah beberapa minggu yang lalu dengan mengatakan bahawa Hj Hadi tidak tahu apa-apa, dia hanya pak turut semata-mata.
 
Terkini Nuar cuba menjadi hero dengan membuat kenyataan media 'untuk edaran segera' menuduh kerajaan mengambil mudah tentang isu keselamatan negara apabila dua orang Komando Polis telah terkorban.
 
Disamping itu suku sakat dia dalam PKR masih ada yang mengatakan ini adalah agenda UMNO/BN nak menakut-nakutkan rakyat menjelang PRU umum. Bekas Jeneral TLDM membuat kenyataan dalam KeadilanDaily. Tian Chua juga membuat kenyataan dan pastilah akan ramai lagi yang akan membuat andaian itu dan ini. Ada yang mengatakan kematian tersebut cuma lakunan dan sandiwara semata-mata. Pelik kita dengan kedunguan puak-puak pakatan ini.
 
Sebenarnya Nuar mungkin bengang kerana tragedi di Lahad Datu ini bisa menenggelamkan kisah hebat Manifesto Harapan Rakyat yang sedang sibuk dipromosikan sekarang ini. Mungkin sehari dua ini tidak ada sesiapa yang berminat untuk mendengar kisah khayalan manifesto berkenaan.
 
Mungkin juga rakyat tidak berminat untuk mendengar kisah penglipur lara yang sedang di ulang tayang oleh PI Bala selepas ini. Rakyat ingin memberikan perhatian kepada isu yang lebih besar yang dihadapi oleh negara iaitu isu Raja Sulu.



Dari blog Dr MiM.




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment