Sunday, February 24, 2013

Era DS Mohd Najib Tun Razak, Kerajaan Tidak Memerlukan Pembangkang??


Wajah-wajah yang tidak diperlukan..
 

Malaysia tidak memerlukan pembangkang selepas PRU13 kelak. Biar betul ni?? Ini negara demokrasi berparlimen, setiap rakyat berhak menentukan siapa yang mereka inginkan untuk memerintah negara ini.
 
Setiap rakyat berhak dengan satu undi dan setiap undi dijamin sulit oleh SPR. Takkan SPR nak halang pulak rakyat membuang undi. Takkan SPR tidak mahu pula mengadakan pilihanraya. Takkan SPR tak benarkan parti-parti politik selain daripada BN untuk mengambil bahagian dalam PRU??
 
Di mana-mana negara sekalipun pembangkang tetap diperlukan. Pembangkang berperanan sebagai check and balance dalam sesebuah negara. Pembangkang diperlukan untuk mengawasi penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan yang memerintah. Lalu kenapa di era DS Mohd Najib menjadi Perdana Menteri ini peranan pembangkang sudah tidak diperlukan lagi??? Siapa yang mengambil alih peranan tersebut daripada pembangkang??
 
 
Janji ditepati..
 
 
Diakui bahawa perangai puak pembangkang di Malaysia ini tidak beberapa sihat untuk pembangunan negara. Perangai mereka tidak beberapa sesuai untuk memperkasakan sistem demokrasi negara. Mereka bukannya membangkang untuk tujuan kebaikan, sebaliknya mereka membangkang semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik.
 
Di negara lain pembangkangnya bersifat rasional dimana segala yang baik yang kerajaan lakukan, mereka akan sokong, yang tidak baik mereka akan bantah. Di sini segala-galanya pembangkang akan bantah atas nama kebebasan bersuara. Samada sesuatu program itu baik atau tidak, bagi pembangkang ianya mesti ditentang habis-habisan semata-mata kerana keuntungan politik mereka.
 
Pembangkang di negara lain berpolitik hanya diwaktu Pilihanraya hendak diadakan. Mereka akan berkempen membogelkan segala keburukan kerajaan yang memerintah disamping menonjolkan program alternatif mereka sekiranya diberi peluang.
 
Berbeza dengan pembangkang di Malaysia ini, mereka berpolitik sepanjang masa, sepanjang tahun tanpa henti sehingga memeningkan kepala rakyat dan menyusahkan kerajaan untuk membuat program pembangunan untuk rakyat.
 
Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009 yang lalu DS Mohd Najib  seolah-olah telah berjaya membuktikan bahawa pembangkang sebenarnya tidak relevan langsung dalam sistem pentadbiran negara ini. Bunyi agak melampau tetapi itulah hakikatnya.
 
Dengan slogan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, kini telah lebih daripada 140 pengisian dilakukan oleh kerajaan. PM pernah berkata "The best is yet to come.." 
 
Pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri sesungguhnya tidak tergambar atau terfikirkan oleh sesiapa sahaja di negara ini dan juga negara luar, termasuk oleh pembangkang sendiri. Pada peringkat awal slogan itu diperkenalkan ianya menjadi bahan ejekan momokan pembangkang dan begitu ramai yang skeptikal dengannya.
 
Namun selepas satu, satu lagi transformasi diperkenalkan untuk menjayakan kongsep 1Malaysia ini, akhirnya rakyat menerima baik kerana ianya ternyata berfaedah untuk kebajikan rakyat. Perdana Menteri amat tegas dengan pendiriannya bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir. Kini kerajaan perlu mendengar denyut nadi rakyat.
 
PM dengan mudah mendapat maklumat daripada pelbagai sumber, bukan sahaja daripada pihak kakitangan kerajaan, sektor koperat, rakyat marhean malah segala medium komunikasi digunakan oleh PM untuk mendapatkan maklum balas atau input. Segalanya digunakan oleh beliau untuk mengambil tindakan atau keputusan.
 
Agensi kerajaan yang bermasalah dikenal pasti dan diperbaiki seadanya. Rintihan rakyat yang berpendapatan rendah dilayani sepenuhnya. Penyalahgunaan kuasa dikalangan pentadbir diurus sebaik mungkin. Program pembangunan untuk semua kategori rakyat disusun dengan begitu rapi.
 
Pengurusan ekonomi yang cekap dan berhemah telah menyelamatkan Malaysia daripada kemelut ekonomi yang dihadapi oleh dunia. Sebagai perbandingan sebuah negara hebat seperti Singapura mengalami pertumbuhan ekonomi pada tahun lepas sebanyak 1 % sahaja. Malaysia berjaya menjana pertumbuhan sebanyah 5.6 %. Pertumbuhan ekonomi China turun dari 8%, begitu juga Indonesia, sebaliknya Malaysia menunjukkan peningkatan. 
 
Era 4 tahun pemerintahan beliau di lihat pernuh warna warni dan beliau mampu menanganinya dengan begitu berjaya sekali. Segala ganggu gugat yang beliau tempuhi berjaya dihadapi dengan bijaksana. Pencapaian beliau selama empat tahun ini boleh disamakan dengan pencapaian untuk sepuluh tahun.
 
"Sesungguhnya pemikiran kita , perancangan kita dan perlaksanaan kita adalah untuk mempastikan transformasi nasional ini memberi menafaat kepada rakyat" Begitu katanya sebentar tadi sewaktu merasmikan projek bersepadu Seremban Sentral.
 
Oleh kerana segala-galanya beliau mampu hadapi dengan penuh bergaya  dan oleh kerana beliau sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dari pelbagai sumber dan dari pelbagai sudut serta perspektif , rasanya memang Malaysia tidak memerlukan sebarang check and balance daripada puak pembangkang.
 
Segalanya akan lebih baik, lebih aman, lebih makmur, lebih tertib, lebih harmoni dan lebih ceria tanpa campur tangan pembangkang di negara tercinta ini. Para blogger boleh mengambil alih peranan pembangkang dengan lebih berkesan lagi nanti.
 
Pada malam tadi di I-City, MCA Selangor mengatakan orang India sudah kembali, orang Melayu sudah kembali dan orang Cina juga sudah kembali menyokong BN. Apa lagi??? Nampaknya ramalan BN akan monang bosa dengan 171 kerusi Parlimen terpaksa diubah sekali lagi. Kini UMNO/BN bakal memenangi 215 kerusi Parlimen. Rakyat mampu melakukannya. Yakin boleh.    
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment