Thursday, January 24, 2013

Sebab Munasabah Kenapa Rakyat Selangor Mesti Mengekalkan Kerajaan Pakatan..


 

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan Khalid Gagap dalm kes saman ibu tunggal memberi pengertian atau isyarat bahawa jangan main-main dengan manifesto pilihanraya..
 
Rakyat tidak boleh ditipu sewenang-wenangnya. Kerajaan yang terpilih selepas setiap pilihanraya mesti menunaikan sebaik mungkin segala janji yang dibuat.
 
Keputusan mahkamah ini juga memberi amaran kepada DAP, PAS dan PKR  agar jangan mudah sangat berjanji hlan dan bintang, kerana sekiranya berjaya mempengaruhi rakyat dengan janji-janji tersebut dan memenangi pilihanraya, maka ianya wajib ditunaikan.
 
Apabila terdesak pakatan ini mudah sahaja mengatakan bahawa manifesto pilihanraya bukannya janji, habis apa, tipu muslihat. Janji ini termasuklah janji yang tidak 'disengajakan' seperti yang dikatakan oleh pemimpin DAP dari Pulau Pinang.
 
Nampaknya Khalid mempunyai modal untuk merayu supaya rakyat Selangor mengekalkan Kerajaan Pakatan untuk sepenggal lagi bagi menyelesaikan isu tersebut dan isu tertangguh yang lain.. hahaha..
 
Khalid akan bertambah gagap dalam kempen PRU13 ini dan akan mempengaruhi rakyat dengan janji terbaru disamping berjanji untuk memenuhi janji yang telah terabai sejak 4 tahun lalu.
 
Dia akan berkata, sepenggal tidak cukup untuk melaksanakan segala janji-janji yang bertimbun itu. Kerajaan PAS Kelantan akan terus berjanji perkara yang sama sejak 22 tahun dahulu tanpa rasa bersalah jika tidak ditunaikan.
 
Selepas ini tunggulah saman-saman daripada pihak-pihak lain selain daripada IBU TUNGGAL dari Selangor itu.
 
Penduduk Kampung Buah Pala juga boleh menyaman Nuar Brahim kerana berjanji nak menyelesaikan isu kampung tersebut hanya dalam tempoh 2 minggu selepas PRU12 dulu.
 
Para pelajar di Selangor boleh mengemukakan saman selepas ini menuntut bantuan yang dijanjikan oleh Pakatan dalam kempen mereka.
 
Rakyat Kelantan boleh menyaman Nik Aziz dan kerajaan PAS kerana tidak menunaikan janji sejak 22 tahun dahulu. Bila kita cakap, ramailah yang berkata jangan hina ulamaklah, taubatlah, tak baiklah dan ada pulak yang percaya PM rembat duit rakyatlah.. Ish..ish.. Nak tau apa yang boleh di saman oleh rakyat Kelantan, baca di sini. Valid tu.
 
So Pakatan akan kata BN sudah perintah 55 tahun tetapi masih banyak janji yang belum ditunaikan atau ditepati. Lalu berilah peluang kepada pakatan untuk sepenggal lagi di Selangor ni supaya segala janji yang lalu dan terkini akan dilaksanakan.. Lagipun Khalid akan kata, kalau kita tak menang macam mana nak selesaikan kes mahkamah ni nanti.. Rakyat dan ibu tunggal jugak akan rugi.. ish..ish bersilat lidah lah pulak.
 
Tunggulah Khalid disaman oleh kanak-kanak tadika selepas ini.
 
 



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment