Monday, January 21, 2013

Bila UMNO/BN Menang 2/3 Kerusi Parlimen.. Apakah Implikasinya..??


Seorang kawan baru sahaja menghubungi Jokiden. Dia bertanya betul ke Parlimen bubar 22 Februari hari Jumaat,.. Penamaan Calun pada 16 Mach Sabtu dan hari mengundi ialah pada 30 Mach..Sabtu.
 
 
 
Jokiden jawab tidak tahu, namun kemungkinan itu ada. Kini orang ramai rakyat Malaysia, sudah tidak ada lain tajuk yang seronok untuk disembangkan melainkan tajuk PRU13. Terima kasihlah PM DS Mohd Najib kerana berjaya mengwujudkan mood pilihanraya ini.
 
Jokiden juga mengatakan kepada kawan tersebut yang Jokiden tidak kisah dengan tarikh itu kerana akhirnya ia akan tiba juga. Doa Jokiden menjelang PRU13 ini ialah supaya diri ini sihat mental dan fisikal kerana Jokiden pasti akan melibatkan diri. Juga Jokiden minta ibu dan nenek Jokiden juga sihat kedua-duanya agar tidak menganggu tumpuan Jokiden semasa berkempen kelak.
 
Sekarang ini semuanya sudah cantik, kembali normal dan berpihak kepada UMNO/BN. Rating populariti PM dalam kajian pihak-pihak tertentu menjangkau atau mencecah sehingga ke 70%. Maknanya pembangkang berkongsi baki 30% tersebut dengan pihak lain. Jika di negara Barat, Rating 65% ke 70% populariti ini alamat puak pembangkang akan kalah teruk lah. Rating PM adalah juga rating UMNO/BN.

Jika rating PM jatuh 2 atau 3 peratus tak ada hallah.. Biasa tu, Jumlah itu tidak cukup besar untuk merudumkan sokongan kepada UMNO/BN. Jokiden juga berdoa agar menjelang bulan MAC ini tidak berlaku perkara-perkara besar yang tidak mampu ditangkis atau ditangani oleh UMNO/BN. Jika ini terjadi juga, mungkin segala yang cantik dan indah saat ini akan bertukar menjadi kelam pula.
 
Tun Mahathir telah mengatakan jika UMNO/BN tidak memperolehi 2/3 majoriti kali ini maknanya BN kalah. Kata beliau BN tetap akan menang, cuma jika tidak sampai ke 2/3 majoriti, kemenangan itu tidak membawa makna.
 
Walaupun Jokiden meramalkan UMNO/BN akan menang 171 kerusi, Bebas 1 kerusi, PAS 9 kerusi, PKR 5 kerusi dan DAP 36 kerusi, namun itu hanya sekadar bahan bualan dan perbincangan semata-mata. Hakikatnya kebimbangan tetap wujud di hati ini, maklumlah dalam semangat yang berkobar-kobar inginkan kejayaan UMNO/BN, faktor luar jangka mesti juga diambil kira.
 
Komen-komen dari puak pakatan tentang keputusan yang Jokiden paparkan itu mestilah negatif. Ada yang mencemek bibir. Namun dalam memberikan motivasi kepada diri ini, itulah yang sering Jokiden katakan. Mereka tentulah tidak mahu menerima hakikat atau omongan tersebut lebih-lebih lagi bila Jokiden mengatakan di Sabah UMNO?BN akan menang 100% kerusi DUN dan Parlimen. Sedangkan blog ini juga pernah menulis bahawa antara negeri yang mungkin memusnahkan BN dan berpaling tadah ialah Sabah.
 
Setakat itu, kita kembali kepada tajuk posting ini. Apa akan terjadi sekiranya UMNO/BN memperolehi majoriti dua pertiga:
 
UMNO/BN akan kembali bongkak?? Tidak mungkin kerana Tranformasi politik, ekonomi dan sosial yang diperkenalkan oleh PM tidak akan mengizinkan suasana itu kembali berulang.
 
Pindaan Perlembagaan Persekutuan mampu dipinda tanpa perlu sokongan puak pembangkang. Ini memudahkan kerajaan dalam menguruskan negara. Maknanya segala yang baik untuk rakyat akan mudah dilakukan oleh kerajaan tanpa mampu disanggah oleh pembangkang.
 
Tidak ramai lagi individu yang akan bermulut celupar, cakap ikut suka hati sahaja kerana mereka akan diheret ke muka pengadilan. Ketika itu segala provokasi yang boleh menimbulkan suasana tegang seperti isu perkauam, isu agama, isu hak bumiputra, isu pendidikan, isu raja-raja dan isu pendidikan pasti mudah dibendung. Kerajaan akan bertindak kerana mandat besar telah diperolehi.
 
Orang Cina akan mendesak kepimpinan DAP supaya menyertai atau bergabung dengan BN. Eh ke situ pulak?? Masyarkat Cina yang terkenal dengan dunia perniagaannya sudah tentu tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan negara semata-mata kerana DAP berfungsi secara sendirian. Tanpa sokongan kerajaan pusat DAP yang menguasai negeri sebenarnya tidak akan kemana. 
 
Segala suasana kalut yang dipelopori oleh puak pakatan sekarang ini akan berakhir, dan negara akan kembali aman tenteram. Pelabur asing akan berduyun-duyun datang dan turut memakmurkan negara ini.
 
Dua pertiga bermakna memudahkan kerajaan untuk merancang pembangunan negara dan gejala rasuah pasti dapat dikurangkan ketahap minimum. Tengoklah nanti.
 
Dua pertiga juga mungkin akan mengkuburkan terus perjuangan puak-puak LGBT, Kristianisasi dan PKR. Mereka akan hanyut ditelan arus pembangunan negara.
 
Dua pertiga juga pastinya memudahkan lagi perancangan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, negara di mana rakyatnya  berpendapatan tinggi.
 
Yang pentingnya Transformasi yang di perkenalkan oleh PM DS Mohd Najib akan terus berjalan dengan lancar demi untuk faedah rakyat pelbagai kaum di negara ini. 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment