Tuesday, November 20, 2012

TV3 Dan Utusan Malaysia Putar Belit..


MBNS sedang mengaminkan doa..
 

Selepas ini nanti, apabila semakin ramai yang mempertikaikan tentang doa sesat Pas yang di ameenkan oleh 30,000 orang itu, maka akan banyaklah fatwa dikeluarkan oleh 'ulamak Pas' supaya orang yang mempertikaikan doa tersebut segera bertaubat.
 
Jika ini tidak berlaku, tentunya kepimpinan Pas akan mengatakan TV3 atau Utusan Malaysia telah memutar belitkan doa berkenaan. Itu sahaja kaedah dan modal yang mereka ada untuk melepaskan diri yang tersepit.
 
Sebenarnya doa Pas untuk menjahanam umat sebangsa ini telah banyak kali berlaku. Doa seperti ini bukan sahaja diadakan di dalam masjid-masjid, di atas padang di dalam stadium malah dipasang merata-rata menggunakan kain rentang, papan kenyataan malah didinding lori sekalipun. Terdesak je doa, terdesak je doa..
 
Doanya semua menjurus ke arah untuk kemusnahan sahaja. Doa pecah perut pemimpin UMNO/BN, doa supaya UMNO/BN menerima azab dan pelbagai lagi doa yang tidak masuk akal. Ini telah berlaku sejak berpuluh tahun dahulu.
 
Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan ramai ulamak  kini kekal bersama UMNO kerana mereka sedar bahawa apa yang dilakukan oleh Pas itu adalah perkara mungkar dan wajib dijauhi.
 
Ulamak yang tidak menyokong Pas ini pula dilabelkan dengan pelbagai gelaran yang menjijikan seperti ulamak cari makan, ulamak Dato', ulamak UMNO, ulamak upahan dan sebagainya.
 
Malah ulamak tersohor dari luar negarapun sekiranya membuat kenyataan yang menyebelahi UMNO dan kerajaan BN ini akan juga diberi gelaran yang menghinakan. Begitulah hebatnya ilmuan yang terdapat di dalam Pas.

Doa-doa sebegini bertujuan semata-mata untuk menunjukan puak Pas ini berada dipihak yang benar. Ia bertujuan untuk mengikat penyokong mereka agar tidak lari meninggalkan perjuangan Pas. Doa sebegini akhirnya akan menyeru kepada perpecahan masyarakat sebangsa dan seagama.

Doa-doa sebeginilah juga yang membuatkan ribuan ulamak yang berada di dalam UMNO/BN semakin menjauhkan diri daripada perjuangan PAS. Ulamak ini menyedari betapa bercelarunya pemikiran ulamak Pas yang lebih mementingkan politik daripada kesatuan ummah.

Antara ulamak yang bersama UMNO/BN yang tidak bersetuju dengan cara perjalanan dan perjuangan PAS ialah Tan Sri Harussani. Beliau yang merupakan Mufti Perak ini sering menjadi sasaran pihak Pas apabila beliau mempertikaikan sesuatu kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pas yang bertentangan dengan fitrah agama.

Terkini Harun Taib meminta Tan Sri Harussani bertaubat kerana katanya dia menolak perjuangan Islam apabila menegur kenyataan Nurul Izzah.

Tan Sri Harusssani dengan jelas mengatakan bahawa seluruh kehidupan beliau adalah berjuang untuk Islam. Pemimpin Pas yang bermulut celupar harus merasa malu dengan kenyataan Mufti Perak ini. Beliau menginsafi betapa Pas banyak menyeleweng sejak penubuhan parti itu 58 tahun dahulu. Ikuti kenyataan beliau seperti yang dilapurkan oleh akhbar seperti di bawah:
 
Sepanjang hidup saya perjuang Islam - Harussani
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyangkal dakwaan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa beliau tidak menyokong perjuangan Islam.
Tegas Harussani, Islam akan terus beliau perjuangkan sepanjang hidupnya termasuk isu-isu berkaitan perpaduan umat.
"Sepanjang hidup, saya akan terus memperjuangkan Islam dan belum pernah saya tak bercakap mengenai Islam.
"Cuma, saya tak menyokong perjuangan parti yang menamakan dirinya Islam tetapi perjuangannya hanya menyeru perpecahan dan menanam kebencian sesama ummah hingga berlaku perpisahan (perpecahan) dalam kalangan orang Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Harun yang memintanya bertaubat kerana tidak menyokong perjuangan Islam seperti dipetik dalam portal berita milik Pas, Harakahdaily hari ini.
Harun mendakwa sedemikian ekoran nasihat Harussani agar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bertaubat serta menarik kenyataannya berhubung kebebasan beragama di kalangan orang Melayu.
Kenyataan Harun berbunyi: "Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam."
Harussani berkata, isu perpecahan umat Islam telah mula 'berputik' sejak 50 tahun kebelakangan ini sehingga membuatkan sesama Islam saling membenci.
"Inilah yang telah berlaku. Sepanjang itu saya menyeru supaya orang Islam bersatu. Perkara itu sangat penting. Dia (parti yang menggunakan nama Islam) tak akan berjaya. Kerana kecewa dan sakit hati, sebab itu mereka suka menghukum orang lain. Perkara seperti ini yang membuatkan orang lain semakin membenci Islam," katanya
Ulasan Tan Sri Harussani tentang doa kehancuran Pas di SINI 
 
  
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment