Friday, November 23, 2012

Konspirasi Terhebat Berniat Jahaaatttt!!!.. Tahun Ini


"Habislah kau Nuar!!"
 

Melampau UMNO ni, sehinggakan sanggup berkonspirasi dengan Bob Carr semata-mata hendak menghalang Nuar Brahim menang PRU13 dan menjadi Perdana Menteri. Agak-agaklah sikit.. susah payah Nuar menulis surat...
 
Kalau yepun UMNO/BN nak berkonspirasi dan berniat jahaatttt!!!, janganlah sampai melibatkan pihak luar, negara luar, pemimpin luar. Cukuplah sekadar melibatkan tokoh-tokoh dalam negara sahaja. Ini sukar nak diterima ni.
 
"Australia tolak rayuan Anwar" (UM 22/11. ms 4) 'Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihanraya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia" Jelas Nuar meroyan dengan Senator Australia ini kerana tidak menyokong beliau. Malu besar dia.
 
Tetapi adakah patut Nuar ni nak menyamakan taraf pilihanraya di Malaysia dengan tiga negara yang dia jadikan rujukan tersebut. Budak sekolah menengahpun tahu kedudukan demokrasi di tiga negara itu jika dibandingkan dengan demokrasi di Malaysia yang pernah memberikan dia kerusi empuk dan kuasa tegar suatu ketika dahulu. 
 
Australia sendiri amat menghormati intergriti SPR Malaysia. Australia memahami batas hubungan diplomatik dan tidak mahu mencampuri urusan dalam negara ini. Urusan negara ini adalah tanggung-jawab rakyat negara ini, apa pasal pulak negara asing nak campur tangan. Australia sendiri tidak mahu dan tidak suka jika ada rakyat negara ini yang sibuk untuk menentukan perjalanan pilihanraya di negara mereka. Itupun Nuar ni gagal memahaminya. Sengaja tak? nak jadikan isu. Sengaja nak sediakan alasan bila kalah nanti.
 
Macam-macam pula nak dikaitkan dek Nuar ni bila surat dia ditolak mentah-mentah oleh Bob Kereta. Dia sanggup kata Australia sedang berunding dan berkonspirasi dengan DS Najib tentang pertukaran suaka politik sebab itu permohonan dia ditolak. Ish..ish..ish karutlah Nuar oii..

Bagi negara yang mengikuti perkembangan politik di negara Malaysia ini secara dekat, berminat dan teliti seperti Amerika, Turki, Indonesia, Australia dan Singapura, mereka telah dapat membuat congakan bahawa parti2 pakatan yang diketuai oleh Nuar bakal akan menerima nasib malang dalam PRU13 kelak.

Sebab itu semua negara dan pemimpinnya sekarang ini secara bersungguh-sungguh cuba menjalinkan hubungan akrab dan mantap dengan Perdana Menteri DS Mohd Najib. Mereka mahu hubungan selesa sambil mengucapkan tahniah kepada DSN dan rakyat Malaysia kelak.

Bagi penyokong UMNO/BN termasuk parti-parti komponen BN yang lain, mereka telah dapat menghidu apa yang bakal menimpa pakatan hasil daripada penolakan oleh rakyat secara total nanti.

Bagi Nuar, Hj Hadi dan pemimpin pakatan haram yang lain mereka sebenarnya sudah nampak langit cerah ditutupi oleh awan mendung, rakyat bakal memilih UMNO/BN dalam PRU13 kelak kecualilah berlaku sesuatu yang besar yang tidak mampu ditangani oleh UMNO/BN.

Sebab itu mereka perlu mencari alasan yang sesuai untuk menjustifikasikan sebab kekalahan  mereka kelak. Metreka mahu bila kalah nanti, itu bukan bermakna penolakan rakyat, tetapi itu sebenarnya disebabkan oleh penipuan UMNO/BN dan SPR. Come on lah Nuar, enough is enough lah.. Stop it.

Janganlah rendahkan sangat harga diri yang memang telah sedia rendah tersebut sehingga ketahap yang memualkan. Usahlah timbulkan kisah budak berusia dua tahun atau 12 tahun didaftarkan sebagai pengundi. Apa faedahnya. Kok mereka didaftarkan pun bukannya mereka boleh masuk ke pust mengundi. Jika mereka masukpun takkanlah wakil pakatan yang ada di dalam pusat itu membiarkan sahaja, tutup mata dan mudah dirasuah oleh UMNO/BN.

Kesilapan teknikal mungkin berlaku satu dua. Manusialah katakan. Nombor kad pengenalan boleh sahaja menjadi silap, seperti 6 menaji 9, 3 menjadi 8. Di SPR sendiri terdapat 'orang2' yang bersimpati dengan pakatan. Mana tahu mereka sengaja melakukan kesilapan semata-mata untuk memburukkan imej SPR.

Kalau pengundi yang kad pengenalannya tak sama dengan yang ada dalam daftar undi kelak cuba-cuba nak masuk ke dewan mengundi, maka gilalah wakil pakatan yang ada di situ jika dia membenarkannya. Jika orang lain nak bawa kad tersebut, kononnya nak mengundi dua kali, maka dia terpaksa pulak memotong jarinya yang telah di calit dengan dakwat kekal yang Pas gila nak sangat gunakan itu.

Bukan senang nak menipu undi ni. Dalam pemilihan parti PKR, DAP dan Pas bolehlah kerana jumlah undi tidak banyak sekitar 1000 ke 1500 orang je. Ini ada 12 juta. Kok benarpun ada pengundi hantu yang berjaya mengundi 7 atau lapan kali ini, jumlahnya tidak ramai. Jika berlaku simpan jelah bukti tersebut dan buktikan di mahkamah kemudia supaya kemenangan mana-mana calun boleh dibatalkan.

Isu ini sudah menjadi isu  dungu. Jika kita sudah dungu janganlah ajak orang lain menjadi dungu sekali bersama kita. Ini macam tak masuk akal mengadu sehingga ke Australia mengatakan budak berusia 2 tahun dan 12 tahun menjadi pengundi. Berdasarkan kad pengenalan kan boleh diketahui di mana pengundi itu menetap, tangkaplah bawak ke SPR, betulkan kesilapan tersebut, bukan banyak sangat belanjanya. Jangan suruh orang lain tangkap, Nuar sendiri pergi tangkap, masukkan dalam bas mewah tu, bawak ke mana-mana cawangan atau pejabat pos, betulkannnn.

Contoh No IC 110101055555, nama Botet Bin Bulat, alamat Taman Bukit Chedang, Seremban, NSDK. Kesilapan mungkin berlaku semasa memasukkan data. sepatutnya no kad pengenalan  Botet bin Bulat ialah 910101055555.

Kenapa nak bising-bising sampai ke negara luar ni, urusan dalam negara, selesaikanlah dalam negara ini. Namun jika Nuar nak kalah disebabkan oleh budak dua tahun pergi mengundi, nasiblah. Terimalah kadak dan kadar tersebut.

Sepatutnya dalam tempoh yang singkat ini, Nuar bukannya asyik nak mencari kesalahan pihak lain. Sepatutnya dia gunakan masa kecederaan ini untuk membaik pulih mana-mana kudis atau pekung yang pakatan ada, yang janji tidak ditunaikan, masalah sosial yang teruk di negeri pakatan dan masalah rakyat yang tidak terurus oleh mereka. Cakap bukan main lagi, berdegar-degar, etapi setelah mendapat kuasa semuanya lupa daratan.

Sepatutnya masa inilah untuk meminta maaf kepada rakyat yang telah mereka zalimi dari pelbagai sudut yang tak cukup kertas jika hendak disenaraikan segala kepincangan dan kemungkaran kerajaan pakatan ini dari soal pembangunan sehinggalah ke masalah khutbah Jumaat.

Saman ibu tunggal 2020 beberapa hari dahulu, samada saman tersebut berjaya, berhasil atau ditolak oleh mahkamah bukanlah soalnya. Pokonya ialah maruah MB Selangor yang gagal menjaga kebajikan mereka seperti yang dijanjikan.    
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment