Monday, July 9, 2012

RM600 Juta Duit Habis Begitu Sahaja... Ish..ish..

 

Kelantan tidak akan mampu selesai masalah air


KOTA BAHARU 8 Julai - Kerajaan Kelantan tidak akan mampu menyelesaikan masalah air bersih di negeri itu walau sebesar mana sekalipun jumlah peruntukan yang diberi kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, ini kerana kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan isu tersebut.

"Bagi pinjaman pun tak selesai juga. Seperti mana pinjaman mudah yang disalurkan sebanyak RM600 juta dahulu. Duit habis begitu sahaja.

"Adalah lebih baik serahkan sahaja kerajaan negeri ini kepada Barisan Nasional yang saya pasti masalah ini akan selesai bagi tempoh sepenggal sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi di sini, hari ini. - BERNAMA

Masuk angin keluar asap. Begitulah kenyataannya. Macam mana penolakan sekalipun rakyat Kelantan terhadap UMNO/BN, Kerajaan Persekutuan tetap membantu rakyat Kelantan dalam pelbagai bidang. Itu faktanya yang tidak mampu diselewengkan, hinggakan peruntukan untuk Kelantan lebih banyak daripada peruntukan negeri Melaka.

Ada mereka kisah dengan segala bantuan tersebut?? Ada mereka nak rasa berterima kasih?? Ada mereka berasa nak memberi kemenangan kepada UMNO/BN?? Tak adaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

Datuk Fatmi minta rakyat serahkan Kelantan kepada BN??? Biar betul?? Apa lagi yang tinggal sebagai kebanggaan menjadi anak Kelantan sekiranya Kelantan diberikan kepada BN.??

Datuk Fatmi jangan mengharapkan guruh di langit..Guruh berdendum-dentum tetapi hujan tetap tak jadi.

Kelantan gagal mengurus air dengan baik. Selangor telah mula kelihatan gagal. Dulu Dr Khir Toyo ada mengatakan kerajaan pakatan haram boleh memberikan air percuma sebanyak 20 liter padu sebab kerajaan BN sebelumnya telah berjaya menguruskan air Selangor dengan baik. Kini bermacam masalah timbul. Maknanya bukan senang nak menguruskan air.

Jika kerajaan Selangor dengan jumlah penduduk yang ramai dan kilang-kilang yang banyak beroperasi di sana, terus mempolitikkan isu air, tunggulah akibat buruk akan menimpa rakyat Selangor dalam waktu terdekat.

Kelantan boleh kembali kepada BN seperti yang nyaris berlaku pada tahun 2004. Syaratnya jangan usik Tok Guru Nik Aziz. Jentera mesti nampak besemangat. Jadikan Ku Li MB. Tak yah cabar-cabar anak Kelantan yang merantau kerana mencari peluang di negeri lain sebab memang itu kegemaran mereka dan bila kembali mereka tetap bangga mengundi dan memberi kemenagan kepada PAS. 

Pemimpin UMNO/BN jangan main cah keting. Jangan dengki orang ini naik, orang ini turun. Berpadu tenaga. Bersatu dalam semua hal. Jangan berasa takut kepada tokoh ini dan tokoh itu. Kembalikan semangat BN yang kental. Bukan nak mengajar tetapi setelah 22 tahun masih gagal memahami hati budi rakyat maknanya sesuatu kena diubah. 

Keputusan undi di setiap DUN dan Parlimen dalam PRU yang dulu kan ada dan boleh dijadikan panduan. Semaklah dimana undi lebih, dimana undi kurang. Golongan mana yang lebih condong kepada UMNO/BN, Kawasan mana yang hitam pekat atau kelabu.. Atau tiada sesiapa yang berminat hendak menyelidikinya??? Sekian dulu.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. BERILAH APA SAJA BANTUAN PADA RAKYAT KELANTAN MEREKA AKAN TETAP PILIH PAS. SEHINGGA RAKYAT YANG MERANTAU MENCARI REZEKI DINEGERI BN PUN AKAN BALIKA KEKELANTAN UNTUK MENGUNDI DENGAN MOTTO "SELAMAT KAN BULAN" TIDAK HAIRANLAH KALAU PAS AKAN TERUS TEGAK SUKAR DGUGAT.

    ReplyDelete