Thursday, July 12, 2012

Dua Ingatan Kepada Pembangkang..Jangan Cari Pasal

 

Dua peringatan ini mungkin lebih sesuai ditujukan kepada parti PAS supaya tidak mengambil mudah dan enteng perkara tersebut. Ingatan pertama jangan sewenang-wenangnya hendak memainkan sentimen keagamaan dalam usaha hendak memancing undi.

Sementara ingatan kedua pula ialah supaya PAS tidak terlalu berangan-angan hendakkan kerusi yang lebih dalam PRU13 kelak. Pandai-pandailah membawa diri dan kena bersetujulah dengan pembahagian kerusi kelak. Apa pun sebagai bonus PAS mungkin akan diberikan  100% kerusi untuk ditandinginya di Kelantan. Kerusi di negeri lain jangan pertikaikan.

Mari kita baca peringatan tersebut seperti yang dilaporkan oleh Bernama. 

SPR rampas barang kempen langgar fatwa agama



IPOH 12 Julai - Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR) tidak teragak-agak untuk merampas barangan mana-mana pihak seperti kain rentang, cakera padat dan video yang mengeluarkan kenyataan dengan melanggar fatwa agama ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan itu diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Isu-isu agama ini sudah bangkit balik dan kita bimbang sekiranya terdapat barangan seperti kain rentang, video dan CD yang mempunyai kenyataan-kenyataan mengenai fatwa yang tidak betul sebagai contoh kain rentang "undi satu parti masuk syurga". Ini tidak betul dan kita akan turunkan kain rentangnya," katanya kepada pemberita selepas taklimat persediaan PRU-13 kepada pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Pilihan Raya negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah dan Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) SPR, Datuk Noordin Che Ngah.

Beliau berkata SPR akan bekerjasama dengan polis dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau perkara terbabit agar ia dapat dielakkan.

Selain itu, SPR juga akan menurunkan kain rentang yang menyentuh peribadi calon parti, mengkritik keputusan mahkamah, mempertikaikan isu raja dan sensitiviti sesuatu kaum. - BERNAMA

Blog pertahan DAP tanding 90 kerusi


KUALA LUMPUR 11 Julai - Blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com hari ini mempertahankan kenyataan bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut penulis blog itu, dia mempunyai dokumen bagi menyokong maklumat tersebut seperti senarai calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dan akan memperkenalkan nama-nama terlibat secara berperingkat mulai esok.

Dakwanya, DAP mempunyai kelebihan kerana ada maklumat menunjukkan parti itu mampu menawan 100 peratus undi Cina dan 50 peratus undi India sebagai tambahan kepada undi Melayu daripada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Selain itu, dakwanya, DAP wajar bertanding di 90 kerusi memandangkan ia merupakan sebuah parti berbilang kaum.

“Memang DAP dikuasai orang Cina, tapi itu berlaku secara kebetulan. UMNO saja yang memainkan propaganda bahawa DAP adalah sebuah parti Cina sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah parti berbilang bangsa - layak mewakili semua kaum di Malaysia," kata blog itu.

Isnin lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan blog itu mengenai hasrat DAP bertanding di 90 kerusi Parlimen, seterusnya menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.

Bagaimanapun pada hari sama, blog itu mendakwa akhbar ini memutarbelitkan maklumat tersebut kononnya dengan niat mahu menimbulkan kebencian penyokong pakatan pembangkang terhadap DAP.

No comments:

Post a Comment