Wednesday, July 11, 2012

Kalau Anak Jantan Minta Maaflah...


Roadshow politik Malaysia hampir menyamai roadshow pemilihan Presiden Amerika. Budaya ini dicetuskan oleh Nuar Brahim secara meluas dalam pemilihan UMNO pada tahun 1993. Sebelum itu berlaku juga tetapi tidak sehebat mulai tahun 1993.

Di Amerika pembelian undi tidak kepada individu tetapi 'penyumbang dana' dikehendaki menyumbang kepada badan-badan kebajikan atas nama parti. Lagi banyak sumbangan bermakna lagi banyak dan kuat sokongan. Presiden Baracck Obama berusaha keras untuk mengatasi saingannya kali ini dalam kutipan derma sehingga mencecah kepada USi bilion.

Politik di kebanyakan negara luar termasuk Amerika adalah bermusim dan tertumpu kepada masa pemilihan pucuk pimpinan ataupun pilihanraya umum.

Di Malaysia senario politik agak aneh sedikit di mana parti politik di sini berpolitik sepanjang masa. Tidak ada masa tertentu. Jika politik dikaitkan dengan kempen propaganda, maka ianya berlaku setelah sebaik sahaja keputusan pertama pilihanraya diumumkan sehinggalah kepada pembubaran Parlimen akan datang. Sentiasa ada isu yang dimainkan terutamanya oleh parti pembangkang.

Pembangkang di Malaysia agak istimewa. Mereka tidak menguasai kerusi majoriti tetapi mereka menguasai suasana politik harian.  Di negara lain fakta kepada sesuatu isu amat dititik beratkan. Di Malaysia fakta menjadi perkara kedua selepas auta. Pembangkang seolah-olah mempunyai kuasa veto dalam isu fakta ini.

Di Malaysia juga mengambil strategi beberapa pendekatan politik dari negara lain, pembangkang berusaha keras mengwujudkan politik kebencian dikalangan rakyat. Mereka tidak boleh menang dengan isu fakta dan rekod pemerintahan BN. Lalu mereka cuba meracuni pemikiran rakyat dan mengalihkan setiap isu supaya memihak kepada mereka. Mereka menjuarai politik persepsi.

Gambaran seburuk mungkin mestilah dicipta terhadap kerajaan, UMNO dan BN supaya rakyat tidak terus-terusan terpesona dengan rekod kejayaan BN sepanjang menerajui negara ini.

Yang menjadi sasaran utama mestilah pemimpin negara dan pemimpin UMNO/BN. Tidak ada rasa belas kasihan dalam hal ini. Akhirnya UMNO/BN terpaksa juga membalas dan menggunakan taktik yang sama. Di sinilah perkara pokok selalunya tidak menarik perhatian sebaliknya fitnah menjadi bahan atau ramuan penting dalam memenangi sesuatu perdebatan.

Melihat kepada perkembangan sejak selepas PRU11 tahun 2004 tumpuan pembangkang jelas terarah kepada personaliti TPM ketika itu iaitu DS Mohd Najib. Tidak cukup dengan kisah latar belakang beliau dizaman remaja, pembangkang turut mengaitkan juga isteri dan keluarga beliau.

Ini ialah kerana pembangkang berusaha sekeras mungkin supaya beliau tidak dinobatkan sebagai Presiden UMNO seterusnya memegang tampuk kuasa selaku Perdana Menteri. Di Malaysia percaturan politik setakat hari ini amat mudah iaitu sesiapa yang menjadi Presiden UMNO iaitu parti terbesar umat Melayu, maka dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Sehari dua ini bukan sahaja kisah zaman remaja PM menjadi bahan ceramah, tetapi turut juga dikaitkan ialah kisah silam nenek moyang beliau. Kisah ayah beliau dan  kisah datuk beliau.

Pembangkang sepatutnya memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana ternyata beberapa isu yang dikaitkan dengan beliau adalah fitnah semata-mata.

Perancangan jahat pembangkang ini tidak terbatas kepada penglibatan rakyat tempatan tetapi juga turut cuba dikaitkan ialah penglibatan pihak berkuasa luar.

Pembangkang patut segera memohon maaf atas isu cincin berlian berharga RM24 juta, apatah lagi rekod cincin termahal di dunia hari ini ialah sekitar RM9 juta sahaja.

Pembangkang harus memohon maaf atas keterlanjuran mengaitkan bakal menantu PM dan bakal besan PM kerana isu tersebut tidak relevan sama sekali dengan politik Malaysia.

Pembangkang harus memohon maaf atas tuduhan penglibatan PM dalam kes pembunuhan model Monggolia iaitu Altantunya. Tiada kaitan langsung tetapi pembangkang berusaha keras sehingga sanggup menggunakan pihak luar negara.

Pembangkang harus memohon maaf kerana menuduh PM mengambil komisyen atas pembelian kapal selam scorpene yang pada mulanya dikatakan sebanyak RM114Euro, bersamaan RM540 juta kemudian menaikan lagi jumlah tersebut sehingga mencecah RM3 bilion, sedangkan harga sebenar kapal tersebut tidak sampai sebanyak komisyen yang diterima.

Pembangkang harus memohon maaf kepada PM kerana mengatakan PM telah di sapina oleh mahkamah Perancis untuk menjadi saksi dalam kes pembelian scorpene itu, sedangkan perkara tersebut ridak timbul sama sekali.

Pembangkang mesti memohon maaf kerana menuduh PM berkongspirasi dengan Saiful dalam kes tuduhan liwat ke atas Nuar hanya kerana Saiful pernah pergi mengadu hal kepada TPM ketika itu.

Pembangkang mesti memohon maaf kerana menuduh isteri PM berbelanja sakan di luar negara kononnya menghabiskan duit rakyat untuk membeli harta peribadi.

Pembangkang mesti memohon maaf kerana sering menuduh PM takutkan isteri dan menggambaran dalam setiap ceramah mereka bahawa segala keputusan besar tentang negara ini adalah dibuat oleh isteri beliau. Mana ada Perdana Menteri dalam dunia ini yang 'takutkan' isteri.

Banyak lagi fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap PM, isteri dan keluarga yang menyakitkan hati rakyat Malaysia. Pembangkang harus memohon maaf tanpa syarat.

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment