Saturday, June 2, 2012

Jagalah Hati Dan Perasaan Mereka..



Dilaporkan di TV malam ini ialah sebanyak 688 orang ahli PAS di Bahagian Larut telah keluar PAS dan menyertai UMNO. mereka menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO kepada YB Datuk Hamzah Zainuddin.

Sedap hati dan sejuk mata memandang mereka. Mereka telah sedar dan insaf yang hanya UMNO memperjungkan Islam dan membela orang Melayu. Jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ada Cawangan UMNO hanya mempunyai keahlian dalam 160 orang. Bermakna sekurang-kurangnya 3 Cawangan baru UMNO boleh ditubuhkan dengan penghijrahan tersebut.

Datuk Hamzah Zainuddin ternyata gembira dan teruja menerima kemasukan tersebut. Mereka memberikan alasan sebab PAS bekerjasama dengan DAP dan mereka tidak dapat menerimanya, lalu keluar parti. Apapun alasan mereka meninggalkan PAS dan menyertai UMNO adalah perkara kedua. Yang penting PAS kehilangan sebilangan ramai penyokong dalam satu masa.

Sering juga kita baca kisah ahli parti lain yang keluar parti dan menyertai mana-mana parti komponen BN yang lain. Tahniah dan syabas kepada tindakan berani mereka.

Cuma yang hendak Jokiden sarankan ialah supaya ahli UMNO di bahagian yang berkenaan jangan sekali-kali meminggirkan mereka yang datang kemudian ini. Terima mereka seadanya dan layan mereka serta bawa mereka ke dalam semua program anjuran UMNO.

Jika boleh beri mereka peranan yang sewajarnya supaya mereka merasakan kemasukan mereka dihargai. Kita harus ingat mereka itu seperti orang mualaf, yang baru meninggalkan agama asal dan memeluk Islam.

Jika tidak kena cara didikannya mualaf-mualaf tadi mungkin kembali semula ke agama asal mereka. Orang UMNO mesti berjiwa besar dan menerima ahli baru seperti menerima ahli lama.

Jumlah 688 orang bukannya sedikit. Jika mereka dapat mempengaruhi keluarga terdekat, jumlah yang akan mengundi UMNO/BN mungkin menjadi 3 kali ganda.

Pertahankan mereka sekiranya menerima ejekan serta sindiran daripada rakan-rakan parti lama mereka. Tunjukkan dan buktikan kemasukan mereka ke dalam UMNO lebih membawa kebaikan daripada keburukan. Semuga akan lebih ramai lagi ahli PAS keluar parti dan menyertai UMNO. Tahniah Datuk Hamzah.

No comments:

Post a Comment