Thursday, May 31, 2012

Maklumat Akaun Peribadi Nurul Izzah Di Bocorkan...

Bekas orang kuat Nuar...cakap mereka kita boleh percaya..


Walaupun kes Rafizi dengan Public Bank ini merupakan kes terpencil, namun jika tidak diberi perhatian, maka akan ada pihak lain yang mengambil mudah perkara tersebut dan atas tujuan-tujuan tertentu penyata bank pelanggan mudah dibeli oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Suatu ketika dahulu orang-orang 'kaya' atau banyak duit akan menyimpan wang mereka di Swiss Bank, kerana bank di negara tersebut terkenal dengan kerahsiaannya. Mereka akan rasa terselamat dan kekayaan mereka tidak mampu didedahkan oleh sesiapa sahaja.

Ada juga rakyat Malaysia khabarnya menyimpan wang di Bank Israel. Mereka mempunyai akaun di situ kerana jumlah simpanan mereka terselamat kononnya dan tidak dapat diketahui.

Ramai juga rakyat negara ini yang menyimpan duit mereka di Bank-bank di Singapura dan Brunei semata-mata untuk mengelak diketahui oleh orang lain.

Jika saranan YB Zahrain Hashim tidak diambil berat dan tanpa arahan mahkamah, maka ada kemungkinan kaki tangan bank akan mudah membocorkan maklumat peribadi pelanggan hanya dengan sedikit imbuhan.

BAFIA perlu dipertahan sebelum krisis besar


KUALA LUMPUR 30 Mei - Semua pihak yang terlibat dalam industri perbankan negara perlu bertindak serius mempertahankan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 sebelum ia mengundang krisis yang lebih besar.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, berkata, negara akan berdepan pelbagai masalah jika maklumat peribadi pelanggan boleh dijual beli oleh sesiapa sekali gus membantutkan usaha kerajaan dalam mencapai negara berpendapatan tinggi.

Ini kerana, katanya, bank merupakan institusi terpenting dan asas kepada matlamat itu dan ia tidak mungkin akan tercapai sekiranya kedudukan dan nama baik bank-bank di Malaysia terjejas.

''Pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mendedahkan maklumat- maklumat sulit dan rahsia perbankan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) merupakan permainan politik yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan wadah perbankan negara.


Katalah tanpa arahan mahkamah seseorang itu dengan mudah mendapatkan maklumat akaun peribadi orang tertentu, maka ia boleh digunakan untuk menjatuhkan atau mengaibkan seseorang.

Apa akan berlaku sekiranya ada orang dengki terhadap Papa Gomo dan ingin mendedahkan kepada umum baki terkini dalam akaun beliau dan didapati jumlahnya tidak sampai RM31.05 tentu Gomo merasa tidak senang. Begitu juga tanpa arahan mahkamah, seseorang itu dengan bantuan kaki tangan bank dapat pula melihat baki terkini dalam akaun Neelofa berjumlah RM3.105.001.20 sudah tentu negara akan menjadi huru hara nanti.

Jadi seperti saranan YB Dato' Seri Zahrain ini, semua pihak harus memandang serious tentang perkara ini dan penulisan panjang lebar juga tidak perlu memandangkan setiap orang faham. Jangan disebabkan Nuar dan Pakatan Haram, semua benda yang tidak boleh dibolehkan. Jangan disebabkan Nuar, semua benda yang tidak wajar diwajarkan.

Atau kisah Rafizi dengan Bank Negara dan Public Bank ini hanya hendak mengesahkan lagi betapa talibarut Nuar masih berada di mana-mana. Musuh dalam selimut kepada kerajaan dan gunting dalam lipatan.

1 comment:

  1. Masa hang dalam PR semua kerajaan buat tak betul. Bilamana hang keluar PR hang kata PR tak betul. Secara mudah hang yang tak betul. Mula2 duduk kerusi Ketua Bahagian Tanjung pun gan cara yang tak betul. Tangan Anuar juga yang buat hang dapat kerusi itu. Jadi CEO Penang Port, hang rakus perabis duit PPSB. Apakah jenis manusia hang ni Zaharin. Orang luar PP boleh la hang tipu tapi kami yg tahu perangai busuk hang , hang jangan dok berlakukan lagi. Kalau takda Anuar hang tak jadi MP. Kalau iapun tak suka pada perangai Anuar, cuba lah kenang sikit jasa Anuar yang hang dapat. Bukan sikit Anuar tolong hang.kalau ikut kata orang Penag hang ni macam barua sial....kongkek serani punya manusia.

    ReplyDelete