Wednesday, May 2, 2012

ALAHAI TAK HABIS LAGI CERITA POLIS NI..

Ini susah ese nak toghimo dan susah ese nak maafkan ni, bosa bona ko kosalahan polis ni??..Ini akibat hasutan Nuar, apo komen bar cansel??
 

Berpuluh-puluh kisah kepincangan dalam negara ni yang tidak diulas oleh Bar Council, tiba je pasal polis, terus mengelurkan kenyataan. Biasalah seperti kata kebanyakan penulis blog, kenyataan paling 'bahalol' mereka keluarkan iaitu polis memulakan provokasi. Baca di GAP sini

Cuba jawab bar cansel, apa komen kamu jika polis dan FRU tidak ada seorangpun bagi mengawal suasana ketika demontrasi bersih tempoh hari?? Berlaku pulak kemusnahan teruk seperti pembakaran bangunan, pergaduhaan akibat kasut hilang,  rompakan, kereta dimusnahkan, kedai dipecahkan untuk cari air minuman,  bla..bla.. cer citer.

Agaknya masa tu semua jari termasuk bar cansel akan menuding ke arah polis jugak kan.. "mana polis, polis makan gaji buta, polis tak perihatin, polis tak bertanggung-jawab, berdosa membiarkan Dataran Merdeka huru hara.. KL hancur akibat polis tiada..bla..bla..." 

You all ingat Nuar suka ke jika polis taka ada?? Kalau polis tak ada hari tu dia akan mencuka, sebab hilang satu modal politik kerana dia nak salahkan polis. Hilang modal dia nak buat provokasi, hilang modal dia nak jadikan polis sebagai kambing hitam. Sesia dia jemput wakil Gay dari Australia tu kalau polis tak ada. Lagi satu kalau dia turut dibedal, siapa nak jaga keselamatan dia. Ingat Nuar suka ke polis tak ada di situ..?? cer citer. Lagi ramai polis lagi dia suka, tau tak???

Kalau polis tak ada, FRU tak ada, gas tak di bawa, apa modal Nuar nak cakap, Silap-silap diapun tak mahu datang demontrasi tu. Kalau polis tak ada takkan dia nak tuduh bar cansel pulak, takkan dia nak tuduh Tantawi pulak, takkan dia nak tuduh Hassan Ali pulak, takkan dia nak tuduh Tian Chua pulak yang memulakan rusuhan.

Lagipun tak ada polis tak syoklah, atas alasan apa dia nak suruh orang merusuh. Silap besarlah jika dia suruh orang pecah kedai ambil mineral water. Jika tak ada polis di sana hari itu, skrip dia nampak hambarlah.. Itupun bar cansel tak  boleh nak faham??  Bab skrip Nuar ni bar cansel kena tanya Datuk Zulkifli Nordinlah atau Ruslan Kassim atau Ambigaaaaaaaaaaaa!!!!!. Lagi satu semua kena tau bar cansel ni tiap kali AGM tak pernah cukup korum...

Mano poie ea ghamai loyar-loyar daghi UMNO, MCA dan MIC tu yang jadi ahli majlis poguam, poie lah mosyuarat agung, pilihlah oghang yang pro kerajaan jadi Presiden.. sonang sikit.. 

Dari sejak malamnya lagi polis sudah dicaci maki dan di provok, polis diam je, buat bodoh je, malas nak melayan orang-orang bodoh tersebut. Ada ke dalam dunia ni manusia yang tahan kena maki dengan sgala kata kesat selain daripada polis Malaysia??. Ada ke??? Polis diam je.. tak jawab pun apa yang pendemo termasuk budak hingusan mahasewel tu sumpah seranah mereka.

Mereka yang berani maki polis ni pun sebab mereka tau polis tak react, mereka tau polis akan buat pekak badak je. Mereka berani sebab mereka ramai. Cuba maki seorang dengan seorang, dalam tandas umpamanya, belum sempat habis ayat ketiga penumbuk sudah hinggap ke muka. Ini ditengah lapang, depan wartawan asing, depan kamera TV, bolehlah maki hamun polis.

Sesabar mana pun seseorang itu tidak akan tahan bila kena hina dan caci. Polis?? sabar je mereka, menahan perasaan je mereka bila anak bangsa sendiri menghamburkan kata-kata kesat, buat do no je.

Nik Aziz tahan??? Nuar tahan kena maki??? Baru kena dengan soalan wartawan dah melenting, muka dah herot merot, J Marriot, dan keluarlah segala jawapan merapu termasuklah mengatakan wartawan bertanya soalan itu wartawa upahan UMNO. Kok wartawan UMNO pun jawablah Nuar. Kok wartawan upahan pun jawablah. kau dah merosakan imej negara dan Kuala Lumpur, wartawan tu rakyat jugak, rakyat nak tahu... yang kau muka herot merot bila dengar soalan tu pasal apa..?? 

Kadang-kadang mereka ni bercakap ikut sedap mulut je macam yang si Nuar tu lakukan. Dengan penuh beremosi yang dilebih-lebihkan, dengan mata buntangnya, dia cuba mengatakan yang kerajaan Malaysia lebih teruk dari Hitler dan Stalin masa sidang medianya, sedangkan Azmin dan Wan Azizah gelak dalam hati."Real bos, real non..." Kah..kah..kah..kah.Nak buat rakyat marahlah tu.You failed Nuar. 

Dalam paparan beratus-ratus video tu, hanya satu yang nampak polis bertindak kejam, selebihnya semasa huru hara tersebut mana ada polis berhampiran. Tu yang kejar-kejar kereta polis macam kena rasuk tu, terbang atas bawah, depan belakang, mana ada polis selain yang terperusuk dalam kereta tu je. Yang mengalih-alihkan kon dan merosakan harta benda tu mana ada polis kat situ.

Mana provokasi polisnya. Mana ada langgar orang???
 

Polis sembur gas dan sembur air sebab pendemo dah hilang arah, dah mula nak merusuh. Jika setakat maki hamun, cacian serta sumpah seranah polis diam je. Tetapi bila dah mula nak masuk kawasan larangan, nak tawan Dataran Merdeka dan nak Merdekan Dataran Merdeka, maka polispun bertindaklah. Selama 20 jam polis bertugas di situ, pendemopun tak buat apa-apa, hanya sekadar memaki hamun, polispun tak kisah. Makilah sepuas hati, cacilah bagai tak ingat dunia, polis selamba je, sesekali tersengeh melihat telatah pendemo semua. Itupun bar cansel tak mahu memahami.

Mereka tu pakar undang-undang. Di sana ada tanda-tanda kawasan larangan, tak boleh masuk, perintah mahkamah telah diperolehi, maka penceroboh akan didakwa.. Yang Nuar dan Azmin suruh masuk..masuk..masuk tu pasal apa??

Pendemo yang tidur baring secara kurang ajar di depan polis, terlentang, tertangkup, menonggeng dan membuat isyarat lucah, kan semua itu mengganggu ketenteram awam dan polis perlu membendungnya. Masih tak faham kah bar cansel.??

Mana kejamnya polis-polis ni? Mana zalimnya seperti yang Nuar gambarkan polis sebagai penindas, dan rakyat sebagai yang ditindas. Soheh nak mainkan sentimen rakyat semata-mata. Berapa ratus yang mati Nuar, berapa baldi darah yang menitik seperti yang mat Sabu harapkan???  Kau kata polis kejam sebab semata-mata nak tutup kesalahan tindakan rimba dan bebal oleh penyokong-penyokong kamu je.

Susah kalau orang tak mahu faham ni. Susah kalau orang tak pernah rasa bersalah apabila melakukan kesalahan kerana dia sentiasa mampu mengalihkan kesalahan sendiri kepada orang lain. Sentiasa membuatkan orang lain memikul kesalahan diri dia. Tangan lain yang mencincang, bahu lain pula yang terpaksa memikul.

Ambiga dan Susahterawan Negara yang menganjurkan Bersih, dia pulak yang buat press statement. Jokiden dengar Ambiga dah merajuk dah, bawak diri ke Amerika. Samad Said lagi merajuk sebab tak dapat baca puisi de depan satu juta pendemo.  

Daripada '300,000' orang yang hadir tu, berapa ribu yang merasai pukulan polis??? Yang kena asap dan air serta yang hilang kasut memanglah ramai. Patuhlah pada undang-undang Nuar oii, di R&R tupun tempat parking untuk orang cacat orang tak masuk letak kereta sesuka hati, sebab rasa bersalah, rasa malu dan rasa menghormati hak orang lain. Ini kan pulak dah diarahkan oleh mahkamah, jangan masuk.. tapi kau suruh masuk..masuk..masuk.. Apa ni Nuar???

Lepas tu kau pergi canang seluruh dunia mengatakan polis Malaysia kejam, ganas dan penindas. Tak logik Nuar tapi itulah yang kau lakukan dan itulah yang kau mahu seluruh dunia percaya. Well, ada orang yang percaya dan ada orang tidak percaya. Jangan juga lupa bahawa makin ramai yang bertambah meluat kerana terpaksa mengalami peristiwa hitam dalam negara yang aman damai ini.

'Beribu-ribu' pemimpin UMNO yang kau tuduh rasuah, kejam, zalim, mengamalkan kroni, merompak harta rakyat, menyamun siang malam, namun rakyat tidak pernah rasa terancam sebegini, kerana keperihatinan kerajaan terhadap rakyat.


Habis lingkup dah duit negara ini disapu oleh pemimpin UMNO/BN, seperti yang kau tuduh, namun rakyat masih aman damai, bebas keserata tempat tanpa rasa takut, bebas memandu ditengah malam buta, tapa gerun. Rakyat masih bebas dan mampu bercuti dihujung minggu di pusat-pusat peranginan walaupun semua duit pemimpin UMNO/BN dah kebas.

Hancur punah dah ekonomi negara akibat rakusnya dan cerdiknya pemimpin UMNO/BN menteadbir negara seperti yang kau tuduh Nuar oii, namun rakyat masih mampu menghirup udara segar di Frasser Hill atau Cameron Highland. Rakyat masih mendapat semua kemudahan di hospital. Sekolah masih berjalan, beras masih ada di pasaran, nelayan masih turun ke laut. Shoping Complex masih beroperasi dan rakyat masih mampu berbelanja.


Rakyat masih mampu mengisi minyak dan kenderaan bertali arus di lebuh raya, bangunan masih di dirikan walaupun duit sudah kering kontang di kikis oleh pemimpin UMNO/BN seperti yang kau tuduh setiap malam.


Bersyukurlah Nuar yang kau tidak seperti pemimpin UMNO/BN yang kejam dan menyeksa rakyat. Kau terlalu baik, kau bersih, tidak menipu, tidak ada skandal, tidak mengorat dan kau semua membela rakyat. Bersyukurlah kerana kau tidak seperti pemimpin UMNO/BN.

 
Peristiwa memaki hamun polis secara di luar batasan ini bermula pada tahun 1974 sehinggakan Hishamuddin Rais hilang IC dan tak dapat kahwin serta merempat di luar negara selama berpuluh tahun. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, akhirnya hari ini dia pulang semula ke negara aman damai ini, bukan untuk disyukurinya, tetapi untuk dikejinya.

Semasa dia menjadi pelarian, kebebasan bersuaranya agak terbatas, namun bila dia kembali, dia dapati di sini rupanya lebih bebas daripada yang dia bayangkan. Begitu juga dengan RPK, sikit hari lagi akan kembalilah tu.. setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jugak. Siapa yang memulakannya pada tahun 1974 itu??. Siapa Pegawai Polis yang menangkap Ketua pendemo masa itu??

Demontrasi jalanan reda sebentar selepas itu, namun kembali berkembang biak dan kemuncaknya pada tahun 1978. Siapa yang memulakannya?? Siapa pula Ketua Polis Negara ketika itu. Jawapannya orang yang samaaaaaaaaaaaaa!!!!.

Berhentilah menuduh polis, nanti jika betul-betul polis merajuk dan semua meletakan jawatan, kita akan sama-sama susah. Atau memang itu yang Nuar harapkan supaya semua orang susah dan dia rasa dengan cara itu dia mudah mendapat kuasa.

Jokiden bukan peramal, bukan ahli nujum, namun jauh di sudut hati ini mengatakan Nuar tidak akan menjadi Perdana Menteri. Terimalah hakikat dan bersaralah. Allah berikan kuasa kepada sesiapa yang dia kehendaki dan dia berkuasa menarik kuasa daripada sesiapa yang dia kehendaki.

"Anwar Ibrahim has created enough  trouble for this country..Anwar Ibrahim harus bertaubat" Itu dari lubuk hati Kapal Sink. Cukup, cukuplah. Setiap sesuatu mesti ada titik nokhtahnya. Terimalah nasihat peguam tersebut. Dari sejak dia boleh berlari, berjalan laju sehinggalah saat dia tak mampu lagi berjalan, dia asyik berurusan dengan Nuar je dalam pelbagai urusan. Kesian dia.

 

  

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment