Monday, April 30, 2012

AMBIGA BERCUTI MAKAN ANGIN KE NEW YORK...


Tiga wajah, dua darinya meloyakan.



 
Selesai sudah bersih 3, bersih 4 bakal menjelma. Ambiga dan Nuar tersenyum lebar. Apa yang dia idam-idamkan telah tercapai. Secara bersembunyi dia terbang ke luar negara bercuti sambil memberikan laporan tentang Bersih 3 kepada rakan sekutunya disamping untuk bertemu muka dengan pendemo bersih3 di luar negara.

Tak ada apapun yang mereka sebut pasal SPR, tak ada buktipun yang mereka mampu tunjukan kepada puluhan ribu pendemo tersebut tentang bukti-bukti pengundi hantu, pendatang di beri IC biru, pengundi dipindahkan tempat mengundi dan pilihanraya tidak telus. Niat berhimpun ialah untuk menunjukan ke kuatan sokongan, itu sahaja.

Mereka nak test je apakah PAS masih setia bersama PKR dan DAP. Sekarang mereka merasa lega sebab Mat Sabu berjaya menggerakan jentera PAS untuk membuktikan seia sekata antara pakatan haram.

Jadi sekarang apa pula selepas ini. Skrip mesti cantik, lakonan mesti real dan bersahaja. Mereka mulanya akan saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Pihak akhbar dan TV pun satu hal, apa faedahnya memberi liputan kepada manusia yang tidak ada hati perut ini??? Selepas puas menuding jari antara mereka maka akhirnya yang di persalahkan ialah:

PM DSN,
PDRM,
UMNO/BN,
KERAJAAN,
PERKASA,
PGA,
SPR TETAP JADI ALASAN,

Tak percaya??? kita tunggulah spin puak mereka sehari dua lagi.

Lagi yang tinggal ialah sampah sarap, kemusnahan harta benda, wartawan yang dimasukan ke ICU, polis yang berdarah, serta pendemo yang masuk hospital. Dia tidak ambil pusing dah, dia tak ambil peduli lagi dah.. misi dia sudah terlaksana, imej negara sudah tercemar, provokasi terhadap polis sudah menjadi.

Jokiden akan bersimpati sekurang-kurang terhadap petugas DBKL yang terpaksa bekerja lebih masa untuk membersihkan sisa-sisa peninggalan pendemo, bagi mengindahkan semula pemandangan di sekitar Dataran Merdeka.

Nuar juga sudah berkira-kira untuk cabut, malas nak melayan pendemo, malas nak melayan soal siasat dan dia mempunyai alasan kuuuukuuuhhhh!!! untuk keluar negara, untuk menenangkan diri. Hahaha menenangkan diri. Tinggallah pendemo yang dapat dua tiga puluh ringgit sedangkan pemimpin mendapat jutaan ringgit dan boleh digunakan untuk makan angin di luar negara.

Setelah segala kemusnahan ini terjadi semua pihak mahu menunjukan budi pekerti mulia. Semua ingin menunjukan keluhuran hati, semua ingin menunjukan rasa simpati yang entah kepada siapa.

Ambiga mula berlakun kononnya Unit amal PAS yang memulakan provokasi terhadap polis. "Saya suruh depa duduk je.. bantah je.. tapi puak PAS ni merempuh polis, saya tidak boleh berbuat apa-apa.. mereka harus bertanggung jawab" Patut diludah je muka penyek ni. Dah seribu kali diingatkan akan kesan serta risikonya mengadakan himpunan haram tersebut, tapi dia berkeras juga nak melakukannya. Tau dah tak de mana mampunya Ambiga nak mengawal keadaan penyokong yang penuh emosi tersebut.

Bila Ambiga salahkan PAS, Maka Nik Aziz cepat-cepat kata penyokong PAS amat berdisplin dan tak mungkin melakukan rempuhan tersebut. Mereka tidak akan menyalahkan kinyitan mata Nuar dan bakaran semangat Azmin Ali sebagai punca rusuhan penyokong mereka.

Akhirnya semua jari akan menuding ke arah UMNO. UMNO, PM dan TPM yang harus bertanggung-jawab ke atas semuanya itu. Memang tak masuk akal tetapi itulah cara mudah untuk mencuci segala kekotoran yang terpalit kepada mereka.

Tetapi yang paling mudah dan mujarab ialah..... salahkan poliiiiissssss kepada segala puncanya. Itulah kata putus dari mereka seperti  yang cuba dilakukan oleh LGE.

Ya semua yang buruk berpunca dari polis. Polis pakai baju kuninglah, polis memulakan provokasilah. Polis kejamlah, polis cari pasallah... Polis tak ada salah juga. polis ada salah juga.. polis ni semuanya berada di pihak yang salah, kambinnnnnnggggg hitam!!!!!. polis tak sembur gas salah, polis sembur pun salah. Memang nasib kaulah polis. Baik letak jawatan semua.

Lepas ni pulak polis tak dakwa salah, polis dakwa salah.. ish..ish.. mau pitam Jokiden ni.

ROSAK.. ROSAK.. KEROSAKAN TELAH BERLAKU. RAKYAT MAJORITI SEDANG MEMERHATI NI.

Puak pakatan akan berharap sangat agar tiada tindakan diambil terhadap mereka dengan alasan supaya orang ramai melihat isu tersebut sebagai kelemahan KDN di bawah Naib Presiden UMNO.

Pihak berkuasa pulak amat berhati-hati ni, supaya segala tindakan tidak dilihat sebagai cuba menzalimi rakyat... Habis??? dua-dua situasi puak pakatan haram ni untung.

Oklah, seluruh rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa jika berlaku demontrasi dalam jumlah yang ramai inilah akibatnya. Tak ada mananya dapat mengawal penyokong yang berkobar-kobar,  dan tak ada mananya aman sesuatu perhimpunan tersebut. Letihlah mendengar cemuhan dan hinaan terhadap saudara mara kita yang bertugas di Jabatan Polis dan SPR. Kemusnahan pasti terjadi. Mereka dah siap skrip, pihak kerajaan dah ada skrip ke belum???

Apa yang UMNO/BN dan kerajaan harapkan dari demo ini??? Nak harapkan rakyat menilai siapa pembangkang yang sebenar??? dah lama dah rakyat membuat penilaian. Tahu dah. Nak harapkan penyokong tegar mereka berubah???? Jauh panggang dari api. makin bersemangat adalah, makin berasa lebih kuat adalah. Mereka ni bukan jenis manusia yang tahu mengenang budi. Bukannya mereka tahu berterima kasih atas kelembutan orang lain.

Apa lagi yang pihak berkuasa harapkan dari demo ini selain menyerlahkan lagi kelemahan pelbagai Agensi Penguat Kuasa. Habis sekarang apakah semua pihak dah berasa lega??? Demontrasi dah berakhir??? Pengundi atas pagar diharap nak beralih arah kepada BN ?? Belum tentu, mereka ini mahukan kerajaan yang boleh menjamin ketenteraman awam, mereka rasa dilindungi, mereka rasa selamat. Silap hari bulan pengundi atas pagar inilah yang akan berkata kerajaan atau KDN cakap tak serupa bikin. Seribu amaran, tapi tetap tak berkesan. Baik kita undi pembangkang.

Tadi Jokiden sempat sms seorang Timbalan Menteri, dia tak kenalpun Jokiden, tapi itu je nombor telefon Menteri yang ada dalam simpanan, Jokiden minta dia supaya akhbar tidak menyiarkan satu gambar esok, kerana gambar tersebut boleh mejadi bahan senda gurauan atau ejekan mungkin.

Nik Aziz mengaku dia bagi duit untuk pendemo pergi ke Kuala Lumpur, duit minyak, duit makan, duit hotel dan duit karoeke. Dia tanya balik.. "so what??"

Esok lusa Nuar pulak mengaku ya saya dalam video lucah tu.."so what??" Esoknya Azmin pulak mengaku "Ia saya tahu hubungan Shamsidar dengan Nuar " so what???"

Adakah pengakuan mereka kelak menyebabkan penyokong tegar mereka beralih arah atau pengundi atas pagar kembali kepada BN..???

Kalau TV minta pendapat orang yang PRO kerajaan memanglah mereka akan berkata segala yang tidak baik tentang Bersih 3 ni. Menyusahkan, huru hara, kedai ditutup, jalan sesak, bla..bla.. Cuba pergi tanya penyokong mereka pulak, dengar pendapat mereka.

Dulu kaum Cina takut keluar berdemontrasi ni, nak jaga keselamatan, nak jaga perniagaan mereka. Sekarang??? Mengikut sesetengah bloggers 65% pendemo ialah kaum Cina.

Nuar selalu cakap dalam ceramahnya "apa lagi yang UMNO tidak aibkan saya, perempuan, jantan, depan belakang.. semua depa dah sebut dah.. tinggal lembu je lagi yang mereka belum kata..." Itupun boleh mendapat tepukan gemuruh. Mereka lali dah..Esok Nuar akan tambah selepas menyebut benda-benda di atas dia akan sambung " sekarang ais krim pulak dah..." pasti pendengarnya akan bertepuk gemuruh.

So what next.. rasanya UMNO/BN mulai saat ini jangan fikirkan sangat strategi yang belum tentu menjadi. Biarkan mereka puak pembangkang terjun dengan labu-labunya. Jaga 3 juta ahli UMNO, 1 juta ahli MCA, 400,000 ahli MIC, 300,000 ahli Gerakan, 300,000 Polis, 180,000 Tentera, 1 juta kakitangan awam... SOHEH MONANG. STOP!

AMBIGA, SELAMAT BERCUTI DARI JOKIDEN..TAK PERLULAH TUNJUK BAIK SEKARANG INI. 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

3 comments:

  1. apa yg pukimak ambabiga ni heran...

    yg penting ahli PARTI ANJING SETIA(PAS)yg bodoh akan sentiasa berada untuk membuka mulut untuk dikencing...

    walau pompuan paria ni kencing bersembur tapi org PAS akan menganggap air kencing tu sebagai holywater untuk diclaim di ssyurga PAS...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. berjayakah polis menghantar perusuh ni kepenjara?harap KDN penuhi harapan ramai rakyat supaya perusuh ni menghuni penjara segera agar dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan berhari raya tanpa keluarga,jangan ikut sangat cakap boss besar kdn akan ambil tindakan.tapi hapah!!!!!!

    ReplyDelete
  3. PAS = Parti Ambiga Setan

    ReplyDelete