Monday, April 29, 2013

(20) (2) Nuar Brahim Doakan Nik Aziz Pula Supaya Mati Cepat..


 
 

Jokiden pernah menulis dalam blog ini, jika sesuatu perkataan yang terkeluar daripada mulut secara spontan ia adalah adalah melambangkan pernyataan hati. Maksudnya apa yang bermain difikiran seseorang itu dan selalu pula dia memikirkannya, bisa sahaja terkeluar dari mulutnya pula secara tidak dia sedari.
 
Contohnya dalam satu ceramah suatu ketika dahulu Karpal Singki pernah mengatakan bahawa sebelum dia mati dia ingin sangat melihat Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri. Dia bercakap secara spontan bermakna itulah perkara yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.
 
Dia sebenarnya tidak berminat langsung untuk membantu Nuar Brahim untuk menjadi Perdana Menteri. Dia mahukan seorang Cina dari DAP menjadi Perdana Menteri.
 
Apabila ketersasulan dia itu mendapat sanggahan dan bantahan daripada banyak pihak termasuk daripada ahli PKR, maka puaslah Karpal Singki bersilat lidah untuk membetulkan keadaan.
 
Kini Nuar Brahim pula telah mengzahirkan apa yang berbuku di hatinya selama ini iaitu dia sentiasa menganggap Nik Aziz sebagai liabiliti kepada pakatan dengan kenyataan yang menghiris hati kebanyakan orang lain.
 
Nuar sedar apa sahaja yang terkeluar daripada mulut Nik Aziz bakan mengundang kontroversi dan memudaratkan pakatan. Namun tidak ada sesiapa yang dapat melarang dia daripada mengeluarkan kata-kata.
 
Nuar amat menyedari bahawa Nik Aziz sudah lanjut usia. Nuar sedar Nik Aziz dalam kategori nyanyuk, namun demi keuntungan politik Nuar terpaksa juga menerima Nik Aziz. Nuar amat sedar yang Nik Aziz baru sahaja menyambut hari jadi yang ke 83. Nuar seperti pemimpin lain dalam PAS jika boleh mahukan Nik Aziz segera berundur daripada politik dan berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak menguntungkan pakatan.

Mungkin sebab itu Nuar jauh di sudut hatinya mahukan Nik Aziz 'berambus' segera daripada politik PAS. Mungkin di dalam hati Nuar terdetik supaya Nik Aziz lebih elok meninggal dunia cepat, supaya semua masalah 'fatwa' Nik Aziz tidak lagi membawa beban kepada pakatan.

Sebab itu dikala menyebut supaya Tun Mahathir mati cepat, Nuar tersebut usianya 83 tahun sedangkan Nuar amat tahu bahawa usia Tun ialah 87 tahun dan usia Nik Aziz 83 tahun.   
 
"Sudah mau mati, dah 83 tahun, berapa la lama lagi? kalau dah nak mati, mati sajalah..."


PARLIMEN PAYA BESAR BN.

PARLIMEN LIPIS BN.

BN 20, PAKATAN 2.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

(18) (2) Negeri Sembilan Rebah...


   
 

Lim Kit Siang yang berjaya menarik sedikit simpati dan mengundang pembantunya mengurut-ngurut belakangnya dengan air mata palsunya kini sudah menjadi peramal pulak. Baca sini dan sini. Kita fahamlah bahawa dia membuat ramalan tersebut untuk cuba menaikkan sedikit momentum jentera partinya yang telah merudum teruk sejak hari penamaan calon ini.
 
Seorang otai politik dan bertaraf Penasihat pula tentulah ramalannya akan menjadi bualan ramai. Tentulah akan ramai yang mempercayainya. Lainlah orang macam Jokiden yang membuat ramalan tentu tidak mendatangkan apa-apa kesan atau kurang impak. AIDC mencatatkan ramalan Lim Kit Siang Ikan ini seperti di bawah. Ramalan dia jauh berbeza dengan ramalan Jokiden iaitu PKR memenangi 5 kerusi, DAP memenangi 36 kerusi dan PAS memenangi 9 kerusi. Selebihnya akan dimenangi oleh BN.
 
 
AIDCNews – 29/04/13 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan pakatan pembangkang akan berjaya menawan Putrajaya dengan majoriti 126 kerusi iaitu PKR memenangi 45 kerusi; DAP, 40 kerusi dan Pas, 40 kerusi dan dicampur dengan 29 kerusi dari tiga negeri deposit tetap Barisan Nasional (BN), iaitu Sabah, Sarawak dan Johor
 
Khalid Gagap juga pernah membuat ramalan dan ramalannya berubah-ubah dalam tempoh seminggu. Mulanya dia meramalkan bahawa pakatan akan memenangi 215 kerusi. Kemudian angka itu dia turunkan kepada 115 kerusi dan mungkin minggu depan angka tersebut akan turun lagi lalu mengesahkan bahawa ramalan Jokiden akhirnya menjadi kenyataan.

Sebenarnya Kit Siang ini ingin memperli PAS dan PKR, dimana hanya DAP yang mampu menang melebihi 80% kerusi yang ditandingi. Sementara PAS dan PKR walaupun bertanding banyak kerusi, namun telah gagal untuk memenangi lebih daripada 50% kerusi.

Kit Siang juga tanpa segan silu meramalkan bahawa NSDK dan Perlis akan jatuh ke tangan pakatan haram selepas 5 Mei ini disamping akan kembali merampas Perak dari BN. Kesian kita pada Kit Siang ini.


Lagi kerusi untuk BN.

PARLIMEN KANGAR BN.

PARLIMEN KOTA SAMARAHAN BN.

BN 18, PAKATAN 2.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Sunday, April 28, 2013

Ahli PAS Bakal Menutup Seluruh Bilik Gerakan Mereka....

  
 

Tipu Muslihat Dan Menipu Itu Wajib Untuk Memenangi Peperangan Politik.. Nik Aziz.
 
Bijak betul Nik Aziz bila dia mengatakan bahawa politik adalah peperangan dan untuk memenangi sesuatu peperangan segala ilmu dan seni mestilah dipergunakan semaksimum mungkin termasuk menggunakan tipu daya dan tipu muslihat.
 
Patutlah kita melihat cara berpolitik PAS ada kalanya amat pelik, jelik dan tidak masuk akal. Dulu-dulu kita memang menyedari dan telah menjadi ungkapan menarik jika mengaitkan politik dengan PAS iaitu matalamat menghalakan cara.
 
Dipenghujung usianya Nik Aziz mengakui hakikat ini dan tanpa rasa malu mengakui bahawa menipu adalah budaya PAS demi untuk mencapai maksudnya. Maka secara tidak langsung PAS menerima pakai sebarang kaedah yang menguntungkan mereka dari segi politik tidak kira samada cara dan pendekatan itu bertentangan dengan perundangan negara, hukum hakam agama dan halal haramnya sesuatu tindakan tersebut.

"Kita kena sedar manusia tidak boleh selamat kalau kita berfikir cara kita, lebih-lebih lagi Umno tolak Islam...macam dia dengan Allah S.W.T lebih kurang sahaja. Allah S.W.T yang turunkan Islam, Allah S.W.T sifatkan Islam ini rahmat tapi Umno kata laknat. Ini kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Islam" - Nik Aziz, Putrajaya, 26 April 2013
 
Maka berterusanlah para pemimpin dan pengikut PAS berada dalam kesesatan yang nyata seperti yang pernah disarankan oleh TPM, MB Terengganu dan Persatuan Ulama Pondok Kelantan. Matalamat menghalal cara inilah yang membuatkan keseluruhan ahli PAS masih sanggup bersubahat dan bersekongkol dengan pemimpin mereka dalam melakukan kemungkaran.
 
Mempolitikkan segala-galanya termasuk agama, kehidupan seharian, institusi agama, penipuan dari segi perwatakan, percakapan, perbandingan yang tidak masuk akal, tazkirah, ceramah, amal jariah, hudud dan derma jihad semuanya menjadi sinonim dengan PAS. Pernah juga terdengar ungkapan dari Nik Aziz iaitu Al-Quran itu dari muka pertama hingga terakhir adalah politik.
 
Di sebalik kononnya semua itu adalah 'perjuangan' sebenarnya tersembunyi matlamat duniawi iaitu untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Tidak hairanlah apabila para pemimpin PAS terus bersandiwara dalam semua aspek kehidupan, terus hipokrit dan terus menipu rakyat demi kelangsungan politik mereka.
 
Kemurkaan Allah mungkin berpanjangan kepada PAS terutamanya para pemimpin mereka. Kita yang kurang ilmu agama selalunya berasa gerun setiap kali hendak mengaitkan sesuatu dengan Zat Allah SWT. Tetapi bagi pemimpin PAS itu perkara biasa demi meraih sokongan politik.

Inilah yang digunakan oleh PAS sejak berpuluh tahun untuk mengekalkan kuasa iaitu untuk menakut-nakutkan orang Islam yang kurang arif tentang agama supaya jangan melarikan diri dari PAS, jangan melarikan diri dari 'perjuangan' PAS, jangan meninggalkan PAS dan jangan membantu pihak lain kerana dibimbangi akan mendapat kemurkaan Allah.

Mereka seolah-olah sudah menerima pakai bahawa apa sahaja yang PAS lakukan adalah betul dan apa yang pihak lain lakukan adalah salah. Apa yang PAS lakukan adalah Islamik dan apa yang orang lain lakukan adalah tidak Islamik dan berdosa. PAS betul dalam serba serbi walaupun dalam hal tertentu ternyata ianya bercanggah dengan fitrah Islam, namun ahli PAS tetap mengatakan itu betul.

Kegilaan inilah yang berjaya mengikat sesetengah ahli PAS supaya terus kekal dalam kesesatan berpuluh tahun sebelum memperolehi keberanian untuk menyatakan kebenaran. Kegilaan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan serius dalam komuniti masyarakat. Kegilaan inilah yang membuatkan berlakunya cerai berai, berlakunya sembahyang dua imam dan sebagainya yang sudah menjadi lumrah dan ada yang masih kekal sehingga ke hari ini.  
 
Allah dikatakan mencarut, orang yang kurang ilmu pasti beristigfar mendengarnya dan memohon keampunan Allah. Allah tidak boleh menjadi perbandingan dengan manusia, kerana manusia adalah makhlukNya. Allah boleh mencarut, tetapi jika itu sifat Allah, takkanlah manusia hina dina ini juga layak untuk mencarut. Jika takabur itu sifat Allah, takkanlah manusia juga boleh bersifat takabur.
 
Nik Aziz mengatakan Nabi Muhamad SAW sama seperti budak-budak Mamat di Kelantan itu, justru kelahiran Junjungan Besar tersebut tidak perlu dimuliakan dan tidak perlu diraikan. Kenapa pula Nik Aziz memuliakan hari kelahirannya dan sanggup pula menikmati kek bersama musuh Islam yang nyata.  Demi politk Nabi juga sanggup dihina dan dipolitikkan. Tidak adakah sedikit rasa berdosa di dalam hatinya.
 
Bertentangan dengan Islam dan agama, namun jika untuk tujuan politik maka PAS membenarkannya. Mungkin tidak ada sekelumitpun atau sebesar zarah di dalam hati para pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud Allah di bumi Malaysia ini, namun kerana politik hukum hudud menjadi bahan dagangan murahan para pemimpin PAS terutamanya pada musim PRU.   
 
Sebab itu mungkin PAS terus mendapat kemurkaan Allah kerana mereka menyebut tentang hudud dan hukum hakam agama bukan kerana Allah semata-mata, tetapi hanyalah demi politik. Apabila tiba musim PRU hukum hudud bergema siang dan malam sehinggakan tidak ada perkara lain yang ingin dicanangkan oleh pemimpin PAS. Itu kerana politik.
 
Apabila selesai PRU dan ketentuan Allah telah terjadi, maka bisulah dan sunyilah isu hudud dari disebut oleh para pemimpin PAS sehinggalah tiba PRU yang akan datang. Tidak ikhlas, demi politik dan bukan kerana Allah, maka segala usaha PAS mengenai hudud tidak pernah mendapat restu Allah SWT. Kenapa perkara mudah ini gagal difahami oleh PAS dan pengikutnya. 
 
Bertentangan dengan akidah seperti penggunaan Kalimah Allah, namun demi politik ianya dianggap biasa oleh para pemimpin PAS. Ramai orang termasuk orang UMNO yang Jokiden temui ada yang kurang faham tentang isu ini dan mempertikaikan setiap tentangan terhadap LGE dengan mengatakan di Sabah dan Sarawak Bibble dicetak dalam Bahasa Malaysia sejak dahulu. Risalah PAS bertaburan di merata masjid kononnya untuk cuba menerangkan dan menyokong tindakan Nuar, tindakan Guan Eng dan Nik Aziz yang menyokong isu itu.

Cetaklah bibble dalam apa bahasa sekalipun, termasuk dalam Bahasa Malaysia, tidak ada larangan. Yang kita bantah ialah di dalam percetakan tersebut terjemahan 'god' mestilah 'tuhan' dan bukannya Allah. Itu sahaja. Kenapa perkara jelas ini hendak diputar belitkan sehinggakan Hj Hadi terpaksa pula memetik ayat Al-Quran untuk menghalalkan tindakannya. Malangnya sejak dulu dan kini orang PAS ini membaca ayat-ayat atau hadis Nabi tidak lengkap, hanya sekerat-sekerat sahaja yang merujuk kepada pepentingan mereka sahaja.

Kesedaran telah mula timbul. Keberanian sudah mula menjelma. Rakyat termasuk yang di Kelantan akhirnya membuka minda dan tidak lagi berasa takut untuk menyanggah segala apa yang PAS cuba 'fatwakan'. Zaman untuk pengikut tegar dan ahli PAS menelan bulat-bulat apa yang pemimpin PAS luahkan dan lakukan sudah berakhir.

Rakyat dan ahli PAS sudah berani secara jelas untuk mempertikaikan apa sahaja yang tidak betul yang cuba dilakukan oleh pemimpin PAS. Hasilnya wujud gelombang merah di Kelantan dan slogan 'TUKAR' kerana selama berpuluh tahun mereka sebenarnya dipaksa menerima ideologi PAS walaupun bertentangan dengan agama dan akidah.

Bukan semua ahli PAS kini yang menganggap Tok-tok guru mereka sebagai ulamak, sebaliknya mereka telah sedar tok-tok guru mereka juga adalah manusia biasa yang tidak punya kelebihan apa-apa seperti mereka juga.

Mereka telah cerdik seperti yang Nik Aziz mahukan lalu mereka insaf bahawa ulamak sebenar sentiasa dipelihara oleh Allah lidahnya daripada menuturkan perkara-perkara yang tidak baik. Rakyat sudah mula nampak perbezaan antara ulama sebenar dengan ulama' politik. Rakyat sudah mula faham bahawa ulama' sebenar tidak akan memperdagangkan agama Allah dengan harga yang murah demi secebis undi.

Rakyat semakin mendapat petunjuk dari Allah, sebaliknya para pemimpin PAS yang kononnya bertaraf 'ulamak' , sudah mula menerimah musibah satu persatu dan mungkin semakin jauh daripada rahmat Allah. Mereka akan terus terjun ke dalam lembah kehinaan sekiranya tidak bertaubat daripada segala perbuatan mereka kelak. Rakyat sedang memerhatikan.

Terlalu banyak petunjuk yang Allah berikan kini, mungkin juga disebabkan oleh doa-doa dan sembahyang hajat yang puak mereka sendiri lakukan. Namun jika petunjuk tersebut tidak menyebelahi mereka maka mereka tidak mahu menerimanya dan mengakuinya.

Petunjuk terkini ialah, di dalam manifesto Pakatan, tidak terdapat langsung perjuangan untuk menegakkan hukum Hudud. Sedangkan hudud adalah modal wajib PAS dalam setiap kali PRU.

Kemudian Hj Hadi menukar perjuangan PAS daripada ingin membentuk negara Islam kepada negara berkebajikan. Perjuangan PAS dipijak-pijak dengan hinanya oleh rakan sekongkolan PAS terutamanya oleh Karpal Singki. Ada lagi ke imbuhan pahala yang dijanjikan oleh pemimpin PAS kepada ahlinya jika menyokong perjuangan PAS.?? Tidak ada dah. Eloklah keluar dari PAS.

Antara petunjukNya lagi ialah pemilihan Mat Sapu sebagai Timbalan Presiden. Apabila tidak bersatu Islam akan lemah dan musuh akan menewaskan mereka. Oleh kerana tidak mahukan Utz Nasharuddin menang dalam pemilihan tersebut maka dipujuklah Tuan Man untuk turut serta. Mereka berpecah dan Mat Sapu menang selesa. Tiada pilihan lain ahli dan kepimpinan PAS terpaksa akur dengan demokrasi PAS isitu Mat Sapu telah menang.

Dengan rasa malu Hj Hadi mengatakan pasukan yang menang dalam pemilihan tersebut adalah kononnya 'pasukan piliharaya' Lagi niat mereka terbongkar, memang tidak ada agenda Islam sebaliknya agenda untuk merebut kuasa, habuan dunia dan PRU. Ditakdirkan Hj Hadi meninggal dunia atau bersara, 'ulamak' Pas terpaksalah berketuakan seorang yang tiada langsung latar belakang agama untuk memimpin mereka. Apakah ini bukan musibah???

Kemudian pentunjuk seterusnya terkeluar daripada mulut para pemimpin PAS betapa mereka menyokong pemimpin pruralisme secara melampau. Mereka memuja Ambiga, Nuar dan Sivarasa juga Tian Chua.

Kemudian keluar lagi perkataan bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan sia-sia. Kemudian menyamakan penerima bantuan BRIM sebagai haiwan. Kemudian bermati-matian mempertahankan Kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Empat tanda orang munafik iaitu apabila bercakap mereka berbohong, apabila berjanji mereka mungkiri, apabila diberi amanah mereka mengkhianati dan apabila berbahas mereka sahaja yang betul. Utz Azhar Idrus telah menambah satu lagi ciri yang melucukan. Kesemua ciri tersebut ada dan diamalkan oleh pemimpin dan ahli PAS.

Petunjuk seterusnya ialah persekongkolan mereka dengan musuh-musuh tegar Islam demi untuk mencapai tujuan politik sedangkan mereka amat sedar tentang hukum hakam iaitu haram bagi mana-mana umat Islam bersekongkol dengan musuh Islam berusaha untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam. Dalam kes ini kerjasama PAS dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan DS Mohd Najib amatlah jelik dan tidak boleh diterima dari sudut mana sekalipun.

Menyuruh penyokong dan ahli parti mengundi calon-calon DAP dan PKR samalah ibarat mengundi menyokong untuk menjaga keselamatan Israel.

PAS akan terus hanyut dari sehari ke sehari akibat daripada doa-doa yang bertentangan dengan fitrah manusia semata-mata untuk mendapat keuntungan politik yang mereka lakukan. Apakah terbongkarnya video sek SUA PAS tidak merupakan musibah kepada PAS.

Allah mungkin murka kepada pemimpin PAS yang siang malam bercakap pasal agama, pasal Islam, hendak menegakkan hukum Islam namun di hati mereka adalah berlainan. Mereka bercakap bukan kerana Allah tetapi kerana politik.

Apakah bukan musibah dan petunjuk dari Allah jika tiba-tiba sahaja pada bulan lepas Khalid Samad pergi melawat kilang arak di Shah Alam dengan alsasan ianya berada di dalam kawasan dia. Apakah bukan petunjuk apabila jawatankuasa masjid yang dikendalikan oleh PAS sewenang-wenangnya membenarkan wanita-wanita pemimpin pakatan memasuki ruang solat untuk berceramah.

Apakah bukan petunjuk apabila sekumpulan ahli PAS akan bertakbir apabila mendengar pemimpin DAP membaca surah suci dengan tunggang-langgang di dalam ceramah. Apakah keseluruhan yang hadir tersebut tidak berdosa.

Petunjuk seterusnya segala kemungkaran yang berlaku akan dipertahankan oleh para pemimpin PAS dan disubahatkan oleh para ahlinya. Segala yang baik yang dilakukan oleh UMNO/BN akan mereka tentang habis-habisan. Malah pemimpin PAS yang cuba bercakap benar dan cuba mempertahankan kesucian Islam juga menerima nasib malang dan dipecat tanpa sebarang keadilan oleh pemimpin PAS.

Perlakukan sek para pemimpin PAS danpakatan dipertahankan oleh mereka sehabis daya, sebaliknya jika terdengar ia dilakukan oleh para pemimpin UMNO/BN, maka mereka akan menyalak siang dan malam tanpa henti sehingga pemimpin tersebut kecundang.

Petunjuk seterunya, dizaman UMNO/BN memerintah Selangor, Kedah dan PP, kegiatan rumah urut, perjudian dan pusat hiburan amatlah terkawal, namun di bawah pentadbiran pakatan ianya bermaharajalela, bercambah da PAS gagal menghalangnya.

Malah petunjuk seterusnya demi untuk membuktikan bahawa PAS sudah terlalu toleransi, maka undang-undang yang diamalkan sejak 20 tahu dahulu sanggup mereka abaikan demi untuk menjaga hati rakan kongsi mereka.

Malang sungguh nasib ahli-ahli PAS yang yang masih berjaya ditipu oleh sekolompok pemimpin mereka demi politik dan bukan kerana Allah. Sedar dan insaflah wahai ahli PAS, tinggalkan parti sesat ini dan kembali kepada kesatuan ummah bersama UMNO demi masa depan agama, bangsa dan agama yang lebih cemerlang dan gemilang. Tutuplah semua pusat dan bilik gerakan kalian dengan segera. Itulah petunjuk sebenar kerana kalian terlepas daripada sebarang subahat.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

(16) (2) Husam Akan Kalah Teruk...Tun Mahathir.


 
Tiada ruang...
 
Artikel ini Jokiden ambil dari Utusan Online tanpa apa-apa pindaan, untuk bacaan mereka yang kurang tidur malam. Husam sepatutnya merasa malu untuk mencabar Tun Mahathir berdebat.

Pastikan Husam kalah teruk di Putrajaya - Dr. Mahathir




PUTRAJAYA 27 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengesa pengundi di Putrajaya agar memastikan calon Pas, Datuk Husam Musa kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali. Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya? Orang buat elok-elok baru bak balaih.

Kita tak boleh percaya orang macam ini," kata Dr. Mahathir dalam ceramahnya di Presint 9 hari ini. "Balik betulkan Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kuali, minyak kelapa dah pandai barulah jadi PM."

"Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat kamu. Betulkan dulu tempat kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelantan, selepas itu baru boleh minta kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat," tegas beliau.

Dr. Mahathir yakin penduduk Putarajaya akan mengekalkan pentadbiran Putrajaya di bawah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

Husam berhadapan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada PRU-13


Tun Mahathir, "Saya diberitahu Husam datang ke sini untuk bertanding. Semalam Nik Aziz datang ke sini. Saya sedih mereka yang dianggap ulama kerap berbohong."





Husam ini dihantar ke sini kerana percaya saya akan bertanding di Putrajaya. Semua orang tahu saya sudah bersara. Saya tidak mahu bertanding. Seluruh dunia tahu saya tidak berniat untuk bertanding.

Ini alasan untuk Husam bertanding di sini. Ini satu lagi penipuan yang datang daripada mulut orang bergelar ulama, mulut berbohong. Kononnya Pas itu Islam, Islam itu Pas. Maka tempat tak ada Pas tidak adalah Islam. Apakah 1.6 bilion orang Islam sudah tidak Islam? Sudah jadi kafir?

Niat Nik Aziz kafirkan semua orang Islam supaya dia seorang Islam. Ini sikap bongkak. Apa hak dia nak kafirkan orang UMNO? Tanpa usul periksa dia dengan mudah menuduh orang UMNO kafir.

Saya dilahir sebagai Islam membesar sebagai Islam. Saya sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji dan umrah.

Kalau dia nak tanya saya sembah selain Allah, kalau saya kata ya. maka saya kafirlah. Dia tak tanya pun. Ini satu kezaliman. Islam melarang kira melakukan zalim. Al-Quran menyuruh kita menghakimi dengan adil. Adilkan kaki pembohong ini, kononya senbahyang orang UMNO tak dapat pahala? Dia pergi sembahyang pun di masjid dibuat UMNO.

Putrajaya kononnya meniru orang asing sebab ada perkataan presint. Dia ada manifesto. Manifesto tu cakap Melayu ke? Dia tak tiru orang asing. Sebab tu jalan-jalan di Kelantan tidak ada tar. Kita yang bubuh tar. Dia tak pernah tengok kot orang bubub tar atas jalan.

Kita dirikan Putrajaya kerana Kuala Lumpur begitu sesak untuk pegawai kerajaan menjalankan pentadbiran negara.

Kita awal-awal sedar. Nik aziz tak kata apa. Pas tak kata apa. Kita sedar kesesakan akan datang. Itu persedian memindahkan pegawai-pegawai di kawasan yang baik.

Kalau tak ada Putarjaya KL tak boleh bergerak. Kerata banyak sebab orang banyak duit. Pegawai kerajaan gaji dinaikan berkali-kali. Masa saya dulu tak naik gaji. Itulah nikmat diterima.

Kita bangga orang mengunakan kereta dan banyak. Walaupun kononnya harga kereta mahal. Pembangkang nak turun kereta sehingga RM20 ribu. Ada kereta di Malaysia harga begitu. dah ada. Kereta edar ada. Pi la beli. Nak kereta besar harga RM25,000. Bila harga murah banyak kereta atas jalan sehingga kereta tidak bergerak. Inilah orang yang tak buat kira-kira.

Pada tahun 1981 lagi kita tahu bahawa kesesakan akan berlaku di KL. Justeru kita bina Putrajaya. Mereka kata membazir duit kerajaan. Nik aziz kata nak lelong Putrajayam Saya dah beli loceng supaya dia duduk depan masjid agar dia lelong masjid. Sekarang tak mahu lelong. Sekarang nak mai nak dirikan kerajaan.

Putrajaya bukan untuk Nik Aziz, Hadi dan sudah tentu bukan untuk Anwar. Anwar sudah tidak ada modal. Baru ni buat ucapan minta saya mati. Inilah kempen PKR. Itu bukan kuasa dia, kuasa tuhan. Niat buruk. Dia bolen niat, yang tentukan bukan Anwar . Dia boleh pergi ke mahkamah minta saya mati cepat.

Putrajaya bukan pembaziran ia kemudahan untuk negara yang kian maju. Kenapa Malaysia kian maju? Kerana Pas? Tengok Kelantan serambi Mekah. Malu kita, air dia tak boleh minun. Inikah Serambi Mekah. Janganlah menjatuhkan maruah Mekah. Banyak orang Arab Islam datang ke Malaysia sebab dengar Malaysia sudah maju. Negara contoh bagi negara Islam di dunia. Apakah mereka pergi ke Kelantan? Mereka datang ke KL, Putrajaya. Kagum bagaimana negara yang diperintah orang Islam dapat membangunkan.

Orang Kelantan nak dapat pekerjaan sampai mati kebuluran. Sebab itu mereka berhijrah ke negeri lain yang diperintah BN.

Kenapa tidak di Kelantan? Tak ada peluang kerja sebab kerajaan Pas tidak tahu mewujudkan pelung kerja. Pemerintahaan di Kelantan yang mundur salah kumpulan yang kononnya tuan guru, tetapi banyak berbohong, fatwa bohing. Saya ingat dia dah nyanyuk.

Saya ni umur 87. Dia 82 nak berdiri tak boleh, tapi nak bertanding sampai bila-bila. Suruh kita tukar, tukarlah diri kau dulu. Saya dengar kononnya calon Pas,Husam nak berdebat dengan saya. Siapa dia Husam? Umur saya dengan dia, dia masih lagi budak-budak berdebatlab dengan kawan-kawan kau yang sama umur. Jangan cabar-cabar, nak jawab saya pun tak boleh. Kita telah bangunkan Putrajaya bagi pemerintahan negara. Ramai yang mahu meniru, membina bandar-bandar pentadbiran. Bukan kita tiru orang. Orang tiru kita. Dulu Singapura takda F1 dia tiru kita. Semua kita buat orang tiru.

Kelantan nak tiru kita tapi ta mampu. Besar niat nak jadi kerajaan Federal. Perintah Kelantan baik-baik barulah ada angan-angan nak perintah. Bagi 5 tahun di Kedah tak ada apa-apa di Kedah. Cakap sahaja tapi tak buat apa-apa. Berkelahi sesama mereka.

Yang mula buat Pakatan ialah Anwar dia mahu jadi PM. Penipu besar. Hadi pun nak jadi PM. Anwar kaki tipu. Dia tipu saya. Saya nampak dia warak boleh jadi imam. Khutbah dalam mesjid. Kita ingat betullah dia baik. Masuk UMNO boleh bawa unsur Islam. Saya pun bodoh sikit. Saya nampak permukaan sahaja. Nampak jangut sikit. Kaki penipu besar. Dia sepatutnya masuk Pas. Cakap macam Pas. Kawan dengan Fadhil. 1982 saya dapat makluma Anwar nak masuk UMNO, saya teruja jugak, bagus. Saya terima, 10 tahun kemudian baru saya sedar kalau dia masuk Pas tak boleh jadi PM. Yang biasa jadi PM ialah UMNO. Kalau masuk Pas tak adalah peluang.

Masa Anwar jadi TPM, dia tunggu bila saya nak letak jawatan dia tunggu. Saya sakit bedah jantung dan sihat. Dia dok tunggu bila saya nak pi. Dia cucuk orang-orang dia kata saya ada kroni. Selain nak jadi PM, dia ada niat lain yang kita tak boleh benarkan. Orang macam ni tak boleh jadi PM. Bilik PM tu besar. Ada pegawai-pegawai masuk. Pegawai muda, saya takut apa akan jadi pada pegawai dia. Driver dia pun tak selamat. Ada pegawai-pegawai yang comel. Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada. Kalau dia jadi PM habis rosak. Sebab tu saya tanya kawan dalam UMNO dan mereka kata buang sahaja Anwar.


Inilah Anwar yang mahu saya mati. Cari la jalan lain. Ada cara lain. Ini niat tak baik. Inilah orang yang bercita-cita nak jadi PM.
 
Nak jadi PM tak perlu berhempas pulas pun boleh jadi PM. Tunku pun tak tahu. Tiba-tiba jadi Preisden UMNO dan jadi PM.
 
Saya pun tak ada harapan nak jadi PM. Fikirkanlah, saya dulu jual goreng pisang. Tak mungkin jadi PM tapi akhirnya jadi. Ini dia hentam semua orang, sebab nak jadi PM. Orang seperti ini tidak layak jadi PM.
 
Masa dia jadi TPM rosak semua. Ini satu-satunya orang yang gila-gila nak jadi PM. Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali. Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya? Orang buat elok-elok baru bak balaih.
 



Kita tak boleh percaya orang macam ini. Balik betulkan Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kual ninyak kelapa dah pandai barulah jadi PM
 


Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan itu tempat kamu. Betulkan dulu tempat kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelanta, selepas itu baru boleh minya kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat
 



Saya tahu rata-rata penduduk Putarajaya mahu kekalkan tempat ini ditadbir oleh kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.
 
 
 
Putrajaya 28/4/13


 
 
 
PARLIMEN PUTRAJAYA BN.

BN 16, PAKATAN 2.

 

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Saturday, April 27, 2013

Nik Aziz Kempen Di Kelantan Cukuplah.. Tak Perlu Pergi Jauh-jauh.

 
  
Kenapa sampai jadi begini ni...????
 
 
Badan tu uzur, tak berapa nak sihat, namun demi seorang 'budak cerdik' digagahi juga untuk turun berkempen di Putrajya dan Lembah Pantai..
 
Punyalah sayangnya Nik Aziz kepada Nuar Brahim, sanggup dia datang ke Lembah Pantai untuk membantu kempen Nurul Izah anak kesayangan 'budak cerdik' tersebut. Menyedari kedudukan calon PKR Lembah Pantai ini berada di dalam keadaan kritikal dalam PRU13 ini maka Nuar mungkin meminta bantuan Nik Aziz sebagai crowd puller untuk meramaikan penyokong tegar PAS supaya datang menghadiri ceramah pakatan di sana.
 
Nik Aziz juga mungkin menyedari bahawa anak budak cerdik ini telah gagal sebagai seorang wakil rakyat dan gagal membela rakyat sepanjang 1,825 dia menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kawasan Lembah Pantai sebenarnya merupakan kawasan semi elit di pinggir Bandar Raya. Penduduknya bukan terdiri daripada orang yang buta huruf.
 
Pengundi Lembah Pantai telah melihat 'jasa dan sumbangan' ahli Parlimen mereka untuk tempoh 5 tahun yang lalu dan rasanya markah yang sesuai diberikan kepada wakil rakyat mereka hanyalah sekadar E-. Mengikut TPM jika itu gradenya maka jelaslah dia telah gagal.
 
Pengundi Lembah Pantai tidak mudah lagi dibuai dengan mimpi harapan dan janji kosong yang ditaburkan oleh pakatan. Mereka tidak mudah menerima bulat-bulat retorik pembangkang yang dihamburkan dalam setiap ceramah mereka.
 
Semakin dekat hari penentuan, maka semakin menipis pula sokongan terhadap pakatan dan di Lembah Pantai ianya tidak terkecuali. Sebelum hari penamaan calon, pemimpin pakatan masih boleh berarak ke mana sahaja untuk meramaikan kehadiran di ceramah mereka. Namun setelah calon-calon dinamakan setiap orang kelihatan sibuk untuk meraih sokongan daripada pengundi di kawasan yang mereka tandingi.
 
Masa sudah tidak ada lagi untuk berarak ke sana ke mari bagi memenuhkan majlis ceramah yang diadakan oleh pemimpin pakatan. Masing-masing terpaksa memberikan perhatian di kawasan sendiri dan tidak lagi boleh bergerak dengan bebas, nanti yang di kejar tidak dapat, yang dikendung pula berciciran.
 
Fenomena ini menyebabkan semua ceramah atau kempen puak pakatan menjadi hambar, lesu, tidak bertenaga dan kurang sambutan. Keriuhan suara dari kaset juga sudah tidak mampu lagi untuk menarik pendengar. Air batu atau buku-buku yang dijual  pada setiap kali ceramah diadakan sudah menjadi satu pembaziran kerana sudah tiada sesiapa yang ingin membelinya. Malah peniaga gerai segera yang sinonim dengan ceramah PAS juga dan pembangkang juga sudah begitu berkurangan.
 
Di depan Jokiden petang tadi di luar pagar Pusat Rekreasi Air Panas Pedas, seorang peniaga yang mengibarkan jentera PAS berhenti membeli 5 paket ais ketul untuk dijual pada sesi ceramah malam ini berhampiran rumah Jokiden. Jokiden tidak pasti kerana tidak menghadiri ceramah tersebut kerana terpaksa berada di Kuala Pilah, namun ketika melalui melalui kawasan ceramah untuk kembali ke rumah hampir jam 2.30 pagi, tiada langsung kesan-kesan yang menunjukkan ramai pengunjung yang datang. Yang banyak hanyalah bendera yang telah siap di pasang di depan bilik gerakan tersebut.
 
Dilaporkan oleh media di sana sini, kehadiran di ceramah pembangkang hanyalah setakat puluhan orang sahaja, tidak seperti sebelum hari penamaan calon tempoh hari. Malah di ceramah tokoh hebat atau 'tokoh besar' pakatanpun kehadiran amat merunsingkan para petugas yang ingin membuat kutipan 'derma jihad' 
 
Pasti dan sohih, kutipan derma jihad turut merudum dan PAS kenalah menggunakan derma Tabung Lahad Datu atau derma jihad Lebuhraya Rakyat untuk membiayai majlis kempen mereka sekiranya DAP dan PKR tidak mahu menyumbangkan derma dari dana Yahudi kepada PAS..
 
Jika Nuar dan Kit Siang atau Mat Sapu sudah tidak dapat lagi menarik minat pengunjung ceramah, maka Nik Aziz terpaksalah digunakan sebagai senjata terakhir untuk menjemput orang PAS supaya datang ke ceramah pakatan. Inilah yang dilakukan oleh Nuar dan Nurul Izah yang turut memberikan slot ceramah kepada Nik Aziz di Lembah Pantai.
 
Nik Aziz masih boleh meninggalkan songkoknya di DUN Cempaka sebagai alat berkempen dan dia akan mendapat undi. Nik Aziz masih boleh meninggalkan kubunya dan membantu calon-calon yang bermasalah. Nik Aziz masih yakin dia akan menang walaupun tidak berkempen di kawasannya. Nik Aziz tahu lawannya tidak akan mampu mengalahkan dia kecuali UMNO meletakkan Tok Mon sebagai calon untuk menentang dia di DUN Cempaka tempoh hari.
 
Di saat gelombang merah sedang mengganas di seluruh Kelantan dan Kelantan sudah hampir pasti akan tumbang, amatlah menghairankan kenapa Nik Aziz sanggup meninggalkan negerinya semata-mata untuk berkempen bagi pihak anak emas dia di Putrajaya dan anak budak cerdik di Lembah Pantai.
 
Puak Pakatan telah mengambil kesempatan daripada sedikit kelebihan yang diberikan oleh pihak SPR yang akur dengan desakan pembangkang supaya tempoh berkempen dipanjangkan dari 7 hari ke 11 hari dan mereka mendapat 15 hari. Ini memberikan ruang kepada Nuar Brahim untuk meninggalkan Permatang Pauh dan memberi ruang kepada Nik Aziz untuk meninggalkan Kota Bahru. Mereka merasakan masih mempunyai masa untuk memperbetulkan keadaan di tempat sendiri pada saat-saat akhir kelak.       

Tidak ada mana gahnya perkara yang disampaikan oleh Nik Aziz kepada pengundi Lembah Pantai selain daripada kata-kata berikut:

"Kalau BN bagi duit, kain atau gula kita ambil tetapi apabila mengundi nanti pilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Kita kena lebih cerdik dari BN baru mereka tidak boleh mempermainkan kita," kata beliau.


Nik Aziz terlupa dia sedang berkempen di kawasan Lembah ilmu dan bukannya di Hulu Kelantan. Nik Aziz terlupa ayat puaka Nuar Brahim yang telah kerapa memakan dirinya sendiri iaitu "rakyat bukan lagi mudah diperbodohkan. Rakyat tidak lagi bodoh, rakyat sudah cerdik dan rakyat sudah mampu menilai."

Nik Aziz mesti bijak membezakan cara berkempen di Kelantan dengan cara berkempen di Lembah Klang. Isu di Kelantan tidak sama dengan isu di Lembah Klang dan di Lembah Pantai. Ayat dia di atas mampu membuatkan pengundi di Lembah Pantai ketawa terbahak-bahak.

Calon UMNO/BN di Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik sendiri tidak berani mengeluarkan kata-kata seperti yang diungkapkan oleh Nik Aziz di atas. Calon BN tersebut ternyata tidak berani untuk meletakkan IQ pengundi di Lembah Pantai serendah andaian Nik Aziz tersebut. Malanglah Nurul Izah mendapat bantuan kempen daripada Tok Guru. Apapun mungkin dari segi kutipan derma jihad Calon PKR itu boleh menarik nafas lega, kerana pasti bertambah sedikit.

Kepada Nik Aziz diingatkan, jangan sekali-kali cuba merendahkan daya fikir dan daya nilai pengundi di Lembah Pantai. Sesungguhnya pengundi di Lembah Pantai tidak memerlukan kain atau gula, sebaliknya mereka memerlukan seorang wakil yang tahu bekerja, kuat bekerja dan sentiasa bekerja. Mereka tidak memerlukan seorang wakil yang hanya bijak menghamburkan kata-kata tetapi mensia-siakan amanah yang diberi.

UMNO/BN juga tidak pernah cuba mempermain-mainkan pengundi seperti sangkaan Nik Aziz. BN adalah pengamal Janji ditepati. Nik Aziz tidak perlu menyindir pengundi Lembah Pantai.


   putrajayareal
Cerita di Mykmu.. 10,000 orang hadir.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.