Tuesday, October 16, 2012

PAS Masih Perlukan Kepimpinan Nik Aziz..Kah..Kah..Kah..Kah..


Kenapalah depa ni masih perlukan ambo ni.. ambo nak berdiri [pun tak larat..
 
 
Tapi takat nak pijak2 ni tak ada hal punya..
 
 

Pas masih perlukan kepemimpinan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pas masih memerlukan kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu kerana tiada cacat celanya corak kepimpinan Menteri Besar Kelantan tersebut dalam mengemudi parti. (Kih..kih..kih..kih..)
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, atas sebab itu juga tiada dalam kalangan ahli Pas atau ahli Majlis Syura Ulama yang meminta Nik Abdul Aziz berundur daripada memimpin Pas.
“Setakat ini, tiada pula ahli Pas atau ahli Majlis Syura Ulama yang meminta Tuan Guru berundur sebagai Mursyidul Am. Ini berlaku kerana kepimpinan Nik Abdul Aziz tiada cacatnya dan masih diperlukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.(Kah..kah..kah..kah.. sah kalau orang UMNO berkata demikian terhadap Tun Mahathir mereka akan dikata pembodek, penjilat dan pengampu)
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang meminta Nik Abdul Aziz menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Haron Din demi menjaga keutuhan parti tersebut seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.
Kata Hasan, sudah sampai masanya Nik Abdul Aziz memikirkan menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat Pas sebagai penjaga kepada perjuangan Islam.
Kenyataan Hasan itu rentetan penegasan Nik Abdul Aziz Khamis lalu bahawa Pas akan tetap bekerjasama dengan DAP demi mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun mendapat tentangan ahli Pas di peringkat akar umbi.
Mengulas kenyataan Hasan itu, Mahfodz berkata, bekas Naib Presiden Pas berkenaan bukan lagi ahli Pas.(Bukan ahli PAS tak boleh komen pasal PAS??? jadi bukan ahli UMNO jgn komen pasal UMNO Kih..kih..kih)
“Hasan bukan ahli Pas dan tidak payah mengajar Pas. Jagalah Jati (Pertubuhan Jalur Tiga) yang katanya hendak mempertahankan akidah," katanya

Yalah kalau Nik Aziz tak ada siapa pulak nak mengatakan orang 'panjang lidah' nanti kan.. Biarlah dia kekal, kerana dia masih diperlukan.

 
 
Belum ada pengganti yang setara Nik Aziz mampu dilahirkan oleh PAS. Belum ada pelapis. lagipun jika Nik Aziz tak ada siapa pulak nak membela Nuar Brahim bila berhadapan dengan pelbagai masalah nanti. Tun M masa usia dia 78 tahun dah sibuk puak-puak pembangkang ni mendesak dia bersara termasuk Nik Aziz.. ish..ish..ish..

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Monday, October 15, 2012

Hebatnya Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib..


Sejarah Terukir Sudah, PM Malaysia Tersenyum Puas
 
 
Dunia hari ini terpegun. Amerika melapurkannya, Australia melapurkan, negara-negara Arab, negara-negara Eropah semuanya memberikan liputan yang meluas apabila Bangsamoro mendapat kuasa autonomi di Wilayah Selatan Filipina. PAS dan Nuar???? hanya mampu meroyan.
 
Penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. Bukan senang hendak menyelesaikan dua pihak yang bertelingkah sejak berpuluh tahun dahulu. Hari ini semuanya menjadi kenyataan dan dunia mengkagumi usaha murni Malaysia. Sebut Malaysia mestilah kerajaan UMNO/BN, PM mestilah DS Mohd Najib.
 
Sejarah rakyat Moro disembelih oleh tentera Filipina ini sudah diketahui oleh dunia. Tentera Pembebasan Moro juga banyak melakukan kerosakan di bumi Selatan Filipina yang mereka tuntut. Semua ini telah berakhir dan kini menjadi tanggung-jawab Malaysia dan Filipina untuk sama-sama membangunkan wilayah berkenaan. barulah tepat slogan Membangun Bersama Islam. Sesungguhnya UMNO/Bn ada saham di sana tu. PAS, DAP dan PKR ada???
 
Amerika??? mereka hanya mampu membuat filem sahaja daripada kisah manis ini kelak.Jikalah Amerika dan Nato mengambil pendekatan Malaysia sudah tentu semua Negara Teluk berada dalam keadaan aman damai, harmonis dan maju dengan hasil buminya. Ini tidak atas nama dan alasan demokrasi mereka menghasut rakyat peribumi bangun memberontak untuk meruntuhkan sesebuah kerajaan yang sah. Biasalah mereka akan memprojekkan pemimpin yang ingin mereka tukar tersebut sebagai seorang yang zalim, menindas rakyat, kuku besi dan macam2 gelaran lagi.
 
Kehadiran Perdana Menteri Malaysia yang dikasihi lagi dikagumi bersama-sama dengan rakan sejawatannya di Filipina membuktikan dasar luar Malaysia sangat berjaya. Ini kejayaan diplomatik yang tinggi nilainya kepada Perdana menteri.
 
Berkuasa bermakna harga diri dan maruah bangsa dan agama akan terpelihara. Selepas ini rakyat Bangsa moro boleh menyambut Hari Kebesaran Umat islam iaitu Hari Raya Aidil Adha dengan penuh kesyukuran dan riang raya. Mereka tidak lagi memikul senjata dan bertempiaran di dalam hutan ketika datangnya hari lebaran sebaliknya akan berkumpul dalam suasana aman sambil menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha kelak.
 
Di bumi yang mana Islam tidak berkuasa ada rakyatnya yang masih menderita seperti di Selatan Thailand, Afghanistan dan Rohingya di Manymar. Bantuan terpaksa di tagih dari pelbagai pihak dalam mahupun luar negara.
 
Peranan Putera UMNO yang sentiasa perihatin dengan nasib saudara seagama di mana juga yang yang memerlukan bantuan dan simpati amatlah dihargai. Jika ada pihak yang tidak menghargai mungkin hanya PAS dan DAP. Bagi mereka jika tidaK ada keuntungan politik buat apa pergi menggadai nyawa, lebih baik duduk dalam negara berceramah siang malam dan memaki hamun sesama bangsa dan agama.
 
Sepatutnya PAS mencontohi usaha murni Putera UMNO yang bergadai nyawa untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sepatutnya juga PAS tidak bersekongkol dengan DAP untuk memusnahkan kerajaan yang dipimpin oleh Orang Islam ini. Sepatutnya PAS menyokong UMNO dan bukannya memusuhi UMNO hingga ke hari kiamat.
 
Sepatutnya PAS pergi keluar negara untuk menaikan imej negara Islam Malaysia ini dan bukannya ke luar negara menemui dan menghasut pelajar-pelajar Malaysia di seberang laut dengan menabur pelbagai fitnah jahaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttt!!! dengan mengatakan semua pemimpin UMNO/BN kerajaan adalah busuk-busuk belaka. Yang wangi hanyalah Nuar dan Lim Guan Eng.
 
Sepatutnya Ambiga tidak pergi merintih dan menyembah ke Parlimen Australia mencemuh sistem piliharaya negara ini yang kononnya tidak bersih. Malu besar dia apabila Parlimen Australia menolak segala hujahnya. Malu besar dia apabila diberitahu bahawa di pendalaman Sarawak hanya ada seorang pengundi berdaftar, itupun SPR usahakan untuk dia keluar mengundi. Berpuluh ribu ringgit dibelanjakan untuk mengankut kertas undi sehelai, mengankut, wakil pemerhati pembangkang, mengankut pati undi dan pegawai SPR. Malu besar Ambiga yang disokong kuat oleh puak-puak PAS ini.  Malu..malu!!!
 
Jika dia mempunyai sekelumit harga diri dia patut memohon suaka politik di Australia atau sekurang-kuranganya memohon untuk menjadi warga negara Uncle Sam tersebut.
 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Sunday, October 14, 2012

Mungkin Inikah Penthouse Milik George Soros Di KL..??.


 
 
 
 
 
 
 
 

Jik Pakatan Haram akhirnya berjaya memegang tampuk kuasa selepas PRU13 kelak, mungkin Soros akan berpindah ke Malaysia. Dia mungkin membeli sebuah Penthouse Mewah di ibu kota dengan harga mencecah RM18juta.
 
Dari situ dia akan duduk bersantai memandang pemandangan cantik dan indah Bandar Raya Kuala Lumpur sejauh mata memandang dengan hati yang puas. Dia mungkin akan berkata-kata dalam hati betapa hebatnya rakyat Malaysia dengan hanya bantuan yang tidak seberapa darinya untuk menaja beberapa kelompok individu dan media supaya memainkan agenda sulitnya maka kerajaan telah dapat ditukar dengan boneka dia.
 
Tentulah ketika itu dia dengan berani dan bebasnya menunjukkan diri seberapa kerap yang boleh di negara ini. Orang2 PKR yang telah termakan budi dia dengan pemberian dana yang tak seberapa pasti akan mengusung dia ke hulu ke hilir dan dia akan mendapat taraf VVIP di sini kelak. Dia mungkin akan selalu 'launch' dengan Mr Bean Malaysia di hotel-hotel 6 bintang sambil memuji-muji peranan Mr Bean dalam gerakan menukar kerajaan.. Hahaha dalam negara yang mengamalkan sistem Demokrasi apa sahaja boleh berlaku.
 
Kesilapan sesaat boleh menyebabkan penyesalan untuk seumur hidup. Setiap undi penting dan penentu kepada masa depan. Bilalah KDN nak bertindak ke atas portal berita Malaysiakini ni..?? 
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Saturday, October 13, 2012

Nepotisme.. Mabuk Ke Dia Ni??


 

Memanglah Nepotisme tidak salah bagi Karpal Sinki ni, sebab dia sejak dari dulu, kini dan selamanya mengamalkan perkara tersebut. Dalam DAP perkara ini biasa, anak beranak membolot semua jawatan penting. Sebab itu mereka angkuh, sombong dan tokong.
 
Kita nak dengar apa komen PAS selepas ini. Cuba perkara ini keluar dari mulut Mantan Perdana Menteri Tun M dan Tun Abdullah, agaknya mahu tak cukup kertas mereka mengutuk, mahu siang malam dalam ceramah mereka tidak ada cerita lain.
 
Kisah Nepotisme, suku sakat dan kroni ini sebenarnya hanyalah tuduhan pemimpin pembangkang kepada pemimpin UMNO/BN semata-mata untuk menaikan suhu kemarahan rakyat terhadap kerajaan. UMNO/BN tidak boleh mengamalkan perkara ini tetapi tidak mengapa jika puak pembangkang yang mengamalkannya. Memang dasar doubble standard.  
 

Tidak salah amal nepotisme - Karpal


PULAU PINANG 6 Okt. - Amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga seperti dipraktikkan dalam pakatan pembangkang tidak perlu dibimbangi.
 
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik.
 
Menurutnya, berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.
 
"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng telah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang.
"Jadi saya fikir nepotisme dalam pakatan pembangkang tidak perlu dikhuatiri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Beliau mengulas senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.
 
Berdasarkan senarai tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri bukan sahaja menyenaraikan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri malah, turut meletakkan anaknya, Nurul Izzah sebagai anggota Kabinet.
 
Mengenai Kabinet bayangan itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menjelaskan, pakatan pembangkang tidak percaya pada senarai sedemikian.
 
"Kami percaya kepada realiti. Apabila tiba masanya nanti, pakatan pembangkang akan mendedahkan senarai Kabinet sebenar, bukan lagi bayang-bayang.
 
"Kami tidak percaya kepada wayang kulit," ujarnya


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Friday, October 12, 2012

CEO Tabung Haji Pula Dicemuh


 
 
Dulu Tan Sri Yahya Ahmad, Tan Sri Halim Saad, Mirzan Mahathir, Mokhzani Mahathir, Tajuddin Ramli dan Tun Daim Zainuddin menjadi sasaran serangan PAS. Yang benci sangat kepada sekelompok  Melayu yang kaya raya ini ialah DAP. PAS hanya menjadi peluru penabur kepada DAP sejak dulu dalam isu kekayaan Usahawan Melayu ini. Alasan biasa ialah mereka kroni UMNO.
 
Apa gunanya Melayu memegang tampuk kuasa jika Usahawan Melayu terus berputih mata dan merempat sambil melihat bangsa asing mengaut segala keuntungan hasil negara ini. UMNO ternyata membantu dan ada Orang Melayu yang berjaya dan ramai juga yang gagal. Jika tidak dibantu pula UMNO juga akhirnya akan dipersalahkan.
 
Ketika itu usahawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar tidak langsung disentuh. Agenda sulit DAP sebenarnya ialah untuk mendapatkan kuasa seterusnya menguasai beribu-ribu  jawatan penting dalam GLC. Tetapi kekayaan Pengerusi Karang Kraf yang memiliki beratus penerbitan tidak pula di salak oleh PAS khususnya Mahpooozzz Beannnnnnnnnnnnnnnnnnn..
 
Pada tahun 1990an ramai tokoh usahawan Melayu yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan MKT antaranya termasuklah Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Dr Hanafiah Nordin. Perwakilan UMNO ada yang tidak senang dengan kehadiran usahawan Melayu ini. Namun Nuar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri memberi laluan kepada usahawan Melayu ini kerana dia perlukan sokongan daripada tokoh-tokoh koperat Melayu dari segi mendapatkan dana.
 
Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun gagal mencapai matalamat meningkatkan pegangan ekuti Orang Melayu dalam sektor koperat ternyata telah memberikan keuntungan kepada semua pihak Melayu, Cina dan India.
 
Kini suara sumbang PAS dalam mempertikaikan kekayaan Orang Melayu kembali nyaring. Yang menjadi sasaran ialah Tan Sri Syed Mokhtar. Ramai juga orang UMNO termasuk Zaharin Yassin tidak suka dengan cara Syed mokhtar ini mendapat kekayaan.
 
Siapa di belakang suara nyaring Mahpooozzzz dan PAS ini tidak sukar diduga. Tan Sri Syed Mokhtar lebih hebat dikecam sejak syarikat beliau mengambil alih Bernas, Kilang Gula dan Roti Gardenier. Kenapa PAS bising sangat??? Jika dibandingkan kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar dengan 9 lagi Usahawan Cina dan India yang kaya raya tersebut jumlahnya menjadi ciput je iaitu dalam lingkungan satu peratus sahaja. Itupun mereka nak dengki.
 
Kini tidak cukup dengan tokoh seperti Syed Mokhtar maka CEO Tabung Haji pulak menjadi sasaran Mahpooozzz Bean ini. Lagi sekali siapa yang suruh dia menyalak tersebut. Isu-isu sebegini sengaja ditimbulkan supaya rakyat menjadi benci kepada CEO tersebut, benci kepada TBH seterunya benci kepada kerajaan.
 
Memang perangai PAS ini tidak cukup masak, sudahlah kerajaan Orang Islam hendak diruntuhkannya kerana bermusuh dengan UMNO, kini Institusi Islam yang terpenting seperti TBH juga hendak diruntuhkannya. Sedikit masa dahulu Bank Islam juga menjadi sasaran mereka.
 
Kalau ya pun berkawan dengan pemimpin yang menyokong Prularisme seperti Ambiga dan Nuar, janganlah kesemua Instituis tersebut hendak dijahanamkan. Besar sangat dosanya kelak, kok tak tertanggung dek badan nanti.
 
Apakah setelah 55 tahun Merdeka Orang Melayu tidak boleh menjadi kaya?? Apakah Orang Melayu tidak berhak untuk memiliki kemewahan, kereta besar, rumah besar dan Jet Mewah?? Apakah kereta mewah tersebut hanya layak di pakai oleh pemimpin pembangkang sahaja. Ratusan ribu anak-anak Orang Melayu yang berjaya dalam kerjaya Profesyenal mereka, apakah mereka tidak layak menikmati kemewahan hidup ini.
 
Oleh kerana kereta meewah tersebut milik anak-anak orang UMNO apakah semuanya didapati secara haram. Apakah semua kenderaan mewah anak-anak pemimpin pembangkang serta pemimpin pembangkang sendiri sahaja yang diperolehi secara halal. Kalau ye pun nak mengwujudkan sentimen kebencian terhadap UMNO, berpada-padalah sikit dalam kritikan tersebut. 
 
Orang UMNO pun tahu juga pasal dosa pahala ni. Sudah tentu pemilikan harta mewah tersebut atas usaha mereka sendiri.lagi. Adlah seorang berdua yang tergelincir tetapi untuk pukul rata ke semuanya adalah tidak adil sama sekali.
 
Yang tak takut dengan dosa ini ialah pemimpin Pembangkang dan ahli totok PAS. Cuba lihat air  muka mereka  ada yang berseri-seri??? tak ada, semuanya berserabut. Cahaya atau Nur tidak naik ke muka mereka lantaran siang malam melakukan dosa-dosa besar. Eh memfitnah sejak mula pandai bercakap hingga ke janggut menjadi putih, bukankah banyak dosa tu. Tetapi orang-orang PAS ni mana takut melakukan dosa sebab mereka perasan mereka alim, mereka betul dan mereka sahaja yang zuhud. Dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh... mereka tahu tu.
 
Memaki hamun siang malam lepas itu bertakbir maka mereka menghina  Allah dan dari penceramah sehinggalah kepada pendengar turut bersyubahat.. tentulah berdosa dan mana cahaya muka nak berseri??? Adalah seorang berdua yang wajahnya sedap dipandang mata, bersih dan bercahaya, namun kebanyakannya berserabut.
 
PAS ni ingat dia memegang tampuk kuasa dia terlepas dari segala macam musibah.. Mereka ingat tidak berbuat sesuatu untuk rakyat yang mereka perintah itu tidak berdosa?? Tak buat hospital tak berdosa?, tak buat jalan raya tak berdosa?, tak buat Bank Islam tak berdosa?, tak ada bekalan air bersih tak berdosa? tak buat pemeriksaan halal haram makanan tak berdosa? tak buat sekolah tak berdosa? tak beri bantuan seperti yang dijanjikan tak berdosa? Kutip derma setiap kali ceramah tak berdosa?? Eh banyak sangat Fardu Kifayah yang PAS tak pernah buat ni.
 
Buat hukum hudud sendiri yang tidak adil sama sekali tidak berdosa? berdolak dalih hendak melaksanakannya tak berdosa? menyokong komunis tak berdosa? Semua tu kelak tak perlu berjawab dengan Allah seperti yang mereka selalu kritik pemimpin2 UMNO BN tersebut.

Selain daripada tanggung jawab tersebut di atas yang ke semuanya dilaksanakan oleh UMNO, Islam juga terus dimartabatkan oleh UMNO. Bukan macam PAS asyik dengan slogan membangun bersama Islam... apa yang mereka bangunkan????.  Ruang solat untuk umat bermunajat kepada Allah juga UMNO yang buat. Ruang solat di R&R, di pusat membeli belah, di mana-mana stesyen LRT atau komuter, perhentian bas, di sekolah, di Universiti, di pasar, di lapangan terbang semua kerajaan UMNO/BN yang buat. Itupun PAS kata mereka membangun bersama Islam.. Ish..ish tak malu betul.
 
Sudah tentu selepas ini akan lebih banyak lagi CEO CEO Syarikat Multi Nasional milik Orang Melayu akan menjadi sasaran Mahpooozzz. CEO di GLC juga akan turut di cemuh kelak. Kita tengoklah nanti. 
 
Bising dengan gaji RM85,000.00 CEO tabung haji, gaji CEO Genting sebanyak RM9 juta sebulan tidak pulak dia bising. Gaji CEO PKNS tidak pula dia hebohkan.
 
Selain daripada gambaran sebagai kroni, pemegang jawatan penting di GLC ini juga akan digambarkan sebagai seorang yang angkuh, sombong, takbur, riak, menunjuk2 dan meninggi diri. Itu semua untuk menaikan kebencian di kalangan pemimpin totok mereka.
 
Benarkah CEO2 tersebut angkuh dan sombong?? apakah sudah terpalit perangai LGE kepada mereka. benarkah semua anak-anak pemimpin UMNO/BN  mempunyai perangai sama seperti Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut?? Tidak semestinya.
 
Yang angkuh dan sombong ini selalunya yang tidak beberapa nak kaya. Pemandu yang kurang ajar di lebuh raya bukanlah terdiri daripada  pemandu kereta mewah, sebaliknya yang memandu kenderaan2 yang agak kecil, yang tidak hairan jika kenderaan itu musnah. Pemandu kereta mewah selalunya amat berhati-hati.
 
Benci, marah, meluat dan iri hati kepada mereka Orang Melayu yang Allah berikan kemewahan pasal apa? Itu rezeki mereka. Ingat susah sangat ke nak beli kereta mewah tersebut?? Tak perlu bergaji sehingga RM85 sebulan. Pegawai Kanan Kerajaan yang bergaji RM8 ribu atau RM9 ribu sebulan, jika ada keberanian, bawalah penyata gaji ke mana-mana bank, pasti pinjaman akan lulus dalam tempoh dua hari dan bawalah pulang BMW, Mercedes atau Audi. Apa nak hairan. Anak2 UMNO atau anak2 PAS yang membuka Klinik sendiri atau menjadi peguam, pastinya mampu memiliki kenderaan mewah, tetapi tidaklah sampai Ferarri warna merah..
 
Lagipun yang banyak menyumbang dan membantu sebenarnya orang-orang kaya. Orang miskin apa nak diberikannya?? Yang banyak bersedekah setiap kali musim perayaan ialah orang kaya. Yang banyak menghantar makanan ke surau dan masjid ialah orang kaya. Orang miskin menderma RM2 tetapi orang kaya dalam sampul mereka berisi RM50. Kenapa nak marah orang menjadi kaya ini?. Pahala orang kaya sebenarnya lebih banyak daripada pahala orang miskin.
 
Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Orang kaya membayar bil elektrik setiap bulan di surau atau masjid untuk menerangi para jemaah yang berjemaah atau mendengar tazkirah, sudah tentu pahalanya besar. Orang kaya menghantar sejadah untuk kegunaan para jemaah sudah tentu selagi sejadah itu digunakan selagi itulah orang kaya tadi mendapat pahala. Takkan itupun susah sangat PAS nak faham. Takkan sebab menghantar sejadahpun PAS nak meroyan, apa takut penduduk di situ mengundi UMNO/BN ke??
 
Segala infrastruktur telah disediakan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk rakyatnya menjadi kaya raya. Carilah dan usahalah. Jangan asyik merintih, menyalak, menuduh itu ini tanpa bukti. Binalah kekayaan diri sendiri dan beramal ibadatlah apabila telah banyak duit kelak. Asyik menyalahkan dasar kerajaan sahaja tidak akan membawa apa-apa makna.

Mewahnya bumi Malaysia ini sehinggakan berbillion diangkut keluar ke negara asal oleh warga asing yang mencari makan di sini setiap tahun. Itupun PAS nak salahkan UMNO jugak.  
      
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.