Friday, August 31, 2012

Memang Wajar Kerajaan UMNO/BN Ditukar Selepas 55 Tahun Merdeka. Sebabnya Ialah..


             
 
Sebelum posting ini berpanjangan rasanya elok dicatatkan di sini bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien On akan kehilangan jawatan dalam hiraki kepimpinan UMNO selepas ini. Dia akan terkeluar daripada pemimpin pelapis pilihan pada masa akan datang. Banyak faktor yang mungkin menyebabkan ianya berlaku.
 
Peristiwa pijak memijak gambar PM, kisah tukar bendera dan kisah mengcangkung ke atas gambar PM sudah mengundang satu masalah besar yang jika gagal dibendung, akibatnya akan memudaratkan negara yang aman ini dan akan menggembirakan Nuar Brahim dan LKS, LKY dan LGE.
 
Sebenarnya dalam perkara tertentu keberanian bertindak adalah juga dilihat sebagai kebijaksanaan. (Wisdom) Gagal bertindak memelihara kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat adalah satu kesilapan dan ini semua malangnya terpikul ke atas bahu Datuk Seri Hisham...
 
 

 
Di kala pemimpin UMNO/BN khusyuk di atas sejadah di dalam surau, masjid dan madrasah memohon restu Ilahi supaya negara ini kekal aman bahagia sempena sambutan Merdeka ke 55 tahun, terdapat pula segelintir warga negara dan di sertai warga asing mencemar kesyahduan malam dengan melakukan pelbagai perkara mungkar di Dataran Merdeka. Benar, perbuatan mereka mengguris hati nurani rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian di negara ini.  
 
Membiarkan perosak bangsa dan negara melahirkan kebencian terhadap pemimpin negara secara melampau dengan cara yang tidak bertamadun adalah satu perbuatan penghinaan yang keterlaluan. Melepaskan mereka daripada sebarang tindakan pula adalah lebih hina atau bacul. Nasi sudah menjadi bubur, cacing sudah naik ke mata.
 
Menjaga hati dan perasaan orang yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih dan membiarkan pula perasaan dan hati penyokong tegar terguris seolah-olah kerajaan tidak memperdulikan suara majoriti yang diperolehi. Mandat ini sudah disalah ertikan. Bukankah segala-galanya ada batas atau hadnya. Berpada-pada dalam semua hal. Lu fikirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrlah sendiri.
 
Kembali kepada tajuk posting ini... Jokiden mengakui bahawa keluarga Jokiden semuanya tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang hebat. Sebab itu dari dulu, kini dan mungkin selamanya Jokiden akur dan terus menyokong kerajaan UMNO/BN ini. Jika anak-anak Jokiden terdiri daripada orang yang hebat tentu mereka juga akan turut serta bersama Pak Samad atau Hishamuddin Rais di Dataran Merdeka. Jokiden suruh pergi mereka tak mahu pergi. Mereka ada alasan sendiri. Mereka penakut. Takut hilang dompet, takut kena raba, takut kena suruh pijak gambar PM, takut terkandas, takut kereta pecah cermin, takut pada FRU, takut pada polis, takut sesak nafas dan pelbagai ketakutan lagi yang membuatkan mereka menyambut ambang kemerdekaan ke 55 tahun di depan peti TV.
 
Jokiden suruh mereka boikot TV3 dan RTM, mereka juga enggan. Ini pada pendapat Jokiden adalah satu sebab kenapa kerajaan BN yang telah memerintah lebih 5 abad ini perlu ditukar kerana kerajaan ini gagal membentuk keluarga Jokiden menjadi keluarga yang berani.
 
Kemudian semalam berita melaporkan bahawa jumlah pelancong yang datang ke Malaysia dalam setengah tahun pertama ialah seramai 11.8 juta orang. Kedatangan pelancung yang ramai ini telah menyumbang kepada pelbagai keuntungan dan kerugian dan ini bukti kejayaan kerajaan UMNO/BN. Dari itu ia perlu di tukar supaya pada masa akan datang jumlah kedatangan pelancung akan berkurangan.
 
Bank-bank terbesar di negara ini mengumumkan keuntungan setengah tahun mereka dengan meraih laba yang besar yang ke semuanya melebihi satu billion ringgit. Syarikat-syarikat besar juga memperolehi keuntungan yang besar dan menyumbang pula kepada kerajaan dalam bentuk cukai yang banyak. Ini tidak boleh dibiarkan kerana bank, syarikat multinasional serta kilang-kilang adalah milik kroni UMNO/BN. Ianya mesti dihentikan dan caranya kerajaan yang penuh berjasa ini mesti ditukar dalam PRU13 kelak supaya ekonomi tidak berkembang, supaya peruntukan pembangunan menguncup, supaya pelabur lari dan supaya keuntungan kroni UMNO/BN menjadi ciput je. Dan yang lebih penting supaya syarikat yang diterajui oleh Tan Sri Syed Mokhtar jatuh muflis dan ke semuanya termasuk PTP dibeli dan di miliki oleh warga Singapura.
 
Sebelum terlupa kerajaan ini juga mesti ditukar kerana di kedai-kedai runcit, di kedai buku, di kedai kopi terdapat majalah Roket, Harakah dan Suara Keadilan dijual dengan bebas walaupun tertulis edaran hanya untuk ahli. Apabila kerajaan baru yang diketuai oleh Pakatan Haram memerintah kelak semua undang-undang akan dipatuhi dan akhbar parti politik tidak akan dibenarkan lagi dijual di mana-mana premis perniagaan.
 
Di kala kerajaan Sepanyol tengah bergelut dengan masalah ekonomi dan kerajaan Greece pula telah bankrap serta kerajaan baru Mosni di Mesir telah menerima dana IMF, kerajaan Malaysia terus berupaya mengurus ekonominya dan dijangka tumbuh antara 4.5 hingga ke 4.7 %. ini tidak boleh dibiarkan kerana kemampanan ekonomi ini telah menyebabkan lebih 6 juta warga asing datang mencari rezeki di sini. Sebab itu kerajaan ini mesti ditukar supaya pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang kekal sekadar 1 hingga 2 peratus sahaja.
 
Kerajaan UMNO/BN ini juga mesti ditukar kerana jika ia terus memerintah akibatnya LKS dan LGE akan mendesak pula pembinaan jambatan ketiga di Pulau Pinang. Sedangkan dulu mereka ini sanggup berguling-guling atas jalan raya membantah pembinaan Jambatan pulau Pinang tersebut.
 
Tukar..tukar dan tukar supaya kadar pengangguran yang berada di tahap terendah pada hari ini dapat ditingkatkan sedikit pada masa akan datang. Biar ramai sedikit dikalangan rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai kediaman supaya keadaan di bawah jejantas serta jambatan menjadi lebih meriah dengan orang-orang miskin.
 
Hari ini semua Petrol Stesyen penuh dengan minyak. Semua Pasar Raya milik asing dan milik warga tempatan penuh dengan barang-barang dan setiap bulan membuat promosi harga runtuh. Elok kita tukar kerajaan ini supaya Pasar Raya ini kurang sedikit dikunjungi oleh orang ramai.
 
Rakyat miskin dengan kenderaan kecil mengisi minyak sekali isi RM10, mereka dapat subsidi cuma RM5. Nuar dengan kenderaan berkuasa tingginya sekali isi minyak RM200.00 dia akan menikmati subsidi sebanyak RM100.00 Sebab itu elok kerajaan ini ditukar kerana jika dia berkuasa kelak dalam 100 hari pertama semua subsidi untuk orang kaya dihapuskan dan minyak diberi harga minima untuk orang berpendapatan rendah. Silap-silap dapek minyak free macam air kek solangor tu..
 
Lagipun di Singapura subsidi minyak ini tidak ada, mereka berebut-rebut membeli minyak di Johore. Apabila kerajaan bertukar nanti kerajaan Singapura akan berasa gembira, senang hati dan Malaysia tidak lagi menjadi saingan kepada mereka. Untuk menyelesaikan salah satu masalah Singapore ni elok kita tukar kerajaan yang sedia ada ini.
 
Pemimpin UMNO/BN ni semuanya perasuah dan penyamun duit rakyat seperti kata Abby Abadi, Aishah dan Hairie sebab itu tidak ramai rakyat yang menderita. tidak makan, tidak ada pakaian dan tidak ada kediaman. Segelintir tu memang ada. Sebab itu kerajaan ini mesti ditukar supaya akan bertambah kadar kemiskinan dan rakyat yang tidak mempunyai rumah akan bertambah kerana harga rumah patut dinaikan seperti di Pulau Pinang. Walaupun masa itu kadar kemiskinan bertambah namun  rakyat akan bersyukur kerana tidak ada lagi peluang pemimpin UMNO/BN nak merompak duit rakyat dan mengkayakan diri sendiri.
 
Sekarang ini rakyat dizalimi  oleh pemimpin UMNO/BN, jadi wajarlah kerajaan ini ditukar supaya semua bentuk kezaliman ini berakhir kelak.
 
Siang dan malam rakyat kini berada dalam ketakutan, tidak ada kebebasan bersuara, tidak ada kebebasan akhbar, tidak ada kebebasan berhimpun. Highway lengang sepanjang masa, kebanyakan kereta parking di rumah sebab bimbang keselamatan diri dan keluarga serta harga minyak yang mahal. Apabila kerajaan baru memerintah kelak semua ini akan berakhir dan rakyat akan jadi berani termasuklah anak-anak Jokiden.
 
Polis kini amat zalim dan mengikut arahan UMNO/BN. Bila kerajaan ini bertukar kelak semua polis akan kecut perut dengan rakyat. Rakyat boleh berbuat sesuka hati. Rakyat bebas menghina raja, rakyat boleh bebas menghina sesama jiran. Orang kafir boleh bebas menghina agama Islam sesuka hati mereka.
 
Pegawai kerajaan selepas kerajaan bertukar kelak akan mendapat durian runtuh berkali-kali, kerana semua duit yang disamun oleh pemimpin UMNO/BN itu dikembalikan untuk menjaga kebajikan kaki tangan awam. Durian runtuh kepada peneroka FELDA akan dikaji semula dan penyenaraian FGVB akan ditarik semula supaya peneroka dapat kembali menikmati cara hidup lama mereka dan tidak lagi asyik ditipu oleh kerajaan siang dan malam. Jadi kerajaan ini wajar sekali ditukar.
 
Hari raya yang lepas di sebuah rancangan Felda semasa mengunjungi saudara di sana terdengar perbualan antara sepupu Jokiden dengan salah seorang peneroka Felda yang telah menerima RM5,000 untuk dia dan RM5,000 untuk isterinya. Peneroka tersebut walaupun mengambil duit berkenaan sepanjang perbualan mengatakan warga peneroka ditipu oleh kerajaan. Itu tipu, ini tipu, sana tipu, sini tipu.  Lalu sepupu Jokiden bersuara begini bunyinya: "Dah 25 tahun ekau ditipu dek Felda dan kerajaan ni, apo ko bangang bona kau. biakan pulak kono tipu sojak 25 tahun dulu.. kau amik duit tu kau cabutlah daghi Felda ni..joki ado kek mano-mano.. jgn biakan lagi dighi kau ditipu..bialah eden yo yang toghus kono tipu kek sini aaa..." Jelas sepupu Jokiden pun menjadi rakyat yang penakut dan tidak berani macam rakannya itu. Wajar sangatlah kerajaan ini ditukar supaya sepupu Jokiden juga menjadi seorang yang hebat dan berani kelak.
 
 
 
Hishamuddin Rais seorang yang hebat. jika dia suruh pijak, pijaklah.. jika dia suruh bakar, bakarlah, jika dia suruh ludah, ludahlah. Apa yang dia suruh adalah benar dan betul, rakyat kena akur. 

 
 
 

 
Pijak memijak ini juga ajaran LKS dan LGE. Jika pemimpin sesuka hati je mereka pijak, apalah sangat dengan rakyat biasa ni.. mereka boleh pijak bila-bila masa mereka suka. Sebab itu kerajaan ini wajar ditukar supaya pemimpin DAP ini kelak dengan mudahnya memijak gambar sesiapa yang mereka suka.
 
Sebelum tahun 1980 anak dara sunti ke sekolah dengan memakai skirt senteng. Guru-guru lelaki yang mengajar selalu teruja. Sekarang ini sudah pakai baju kurung. Penerapan nilai-nilai Islam berlaku sedikit demi sedikit. Kini murid2 juga turut memakai tudung ke sekolah. Akibatnya tidak ramai lagi kaum lelaki yang teruja untuk menjadi guru. Ramai sangat guru wanita kini di semua peringkat pengajian dan pembelajaran. Sebab itu kerajaan ini wajar ditukar dalam PRU13 akan datang supaya pakaian ke sekolah ini dapat diubah semula.
 
Majlis-majlis sosial yang sebelum tahun 1980 dan selepas 1981 amatlah berbeza. Masa itu kebanyakan majlis ada minuman keras, tak percaya tanya Majlis Peguam. Selepas itu budaya menghidangkan minuman keras ini beransur2 hilang dan kini sudah lenyap. Untuk mengembalikan budaya ini elok sangat kerajaan ini ditukar seperti yang sedang mula bercambah di Pulau Mutiara.
 
Sekarang ini dunia luar asyik memuji Tabung Haji kerana pengurusan Jemaah Haji yang bermutu tinggi pada setiap kali musim haji. Elok sangat kerajaan ini ditukar supaya rakyat boleh menguruskan diri sendiri di tanah suci dan Tabung haji tidak perlulah bersusah payah menjaga kebajikan para penyimpannya. Selagi UMNO/BN berkuasa selagi itulah Tabung Haji ini akan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatannya dismping itu ramai kroni UMNO/BN yang mengaut keuntungan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan di sana. Semua ini harus dihentikan dan caranya ialah dengan menukar kerajaan yang sedia ada ini.
 
Sesiapa yang ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan pada masa ini dikenakan bayaran antara RM1 hingga RM5 termasuk ubat-ubatan. Ini tidak adil sama sekali. Pemimpin UMNO/BN menyapu berjuta-juta ringgit sedangkan rakyat hanya mendapat RM1. Sebab itu kerajaan ini wajar ditukar supaya perkhidmatan di hospital kerajaan dapat diberi percuma, tidak ada langsung bayaran. Jika doktor atau jururawat lewat melayan orang sakit, kita bebas memaki hamun mereka kerana kita membayar cukai dan gaji mereka dibayar oleh duit rakyat.
 
Kerajaan juga wajar ditukar kerana selama ini ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina. Berbillion-billion nilai perniagaan mereka sedangkan kroni UMNO hanya memperolehi ciupt je. Untuk berlaku adil kerajaan yang ada mesti ditukar kerana apabila kerajaan pakatan rakyat memerintah kelak, pembahagian kekayaan adalah sama rata dan orang Melayu akan dibantu sepenuhnya untuk muncul sebagai usahawan Melayu yang berjaya. Yang penting mereka itu bukan lagi kroni UMNO.
 
Kerajaan UMNO/BN juga wajar ditukar dalam PRU13 akan datang kerana harga kereta import terlalu mahal disebabkan hendak menguntungkan kroni UMNO BN yang menjual kereta mewah tersebut. Banyak ke kroni UMNO/BN ni selain daripada Naza Motor tu? Banyak,  jumlah peniaga kereta kroni UMNO/BN ni beribu-ribu jumlahnya. Kalau mereka tidak menjual kereta mereka akan menjual AP. Semua ini harus dihentikan dan untuk menghentikannya ialah dengan cara menukar kerajaan. Apabila kerajaan baru berkuasa kelak harga kereta import mewah ini cuma sekadar RM100,000 atau kurang. Ini membolehkan semua lapisan rakyat memiliki kereta mewah. Kereta Nasional???? pedulilah dengan kereta Nasional itu kerana kereta Nasional tu dimiliki oleh kroni UMNO, patut sangatlah jatuh muflis selepas ini nanti. Bukan rakyat dapat untung pun, dia seorang je yang kaya raya. Rakyat telah begitu lama menderita ni, sudah lebih 55 tahun sengsara di bawah pemerintahan UMNO/BN.
 
Keadaan di Malaysia lebih buruk dari di Mesir, lebih buruk dari Etophia, Lebih miskin dari Sudan, lebih daif dari Bangladesh dan India. Entah apa yang kerajaan UMNO/BN buat selama ini sehingga menyebabkan rakyat menderita, tanpa air bersih, tanpa jalan raya yang elok, tanpa elektrik dan tanpa kemudahan asas yang baik. Asyik mengkayakan diri sendiri sahaja sehingga nasib rakyat tidak dibela. Sekarang ini sudah lahir seorang pemimpin yang super dalam membela rakyat, segala-galanya rakyat, jaga dan tidurnya hanya memikirkan untung nasib rakyat semata-mata iaitu Brother Nuar Bin Brahim. Patut sangat rakyat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau. Selama ini beliau sering dianianya, sering disekat dalam serba serba, beliau ditakuti sangat kerana jika beliau berkuasa kelak beliau akan membongkar segala salah laku pemimpin BN termasuk salah laku bekas Presiden UMNO iaitu Tun Dr Mahathir. Dia inilah diharapkan oleh Amerika dan Singapura agar dapat mengubah senario politik Malaysia pada masa akan datang.
 
55 tahun kerajaan UMNO/BN berjaya mengekalkan perpaduan kaum melalui pendekatan rasis UMNO, MCA dan MIC. Sebab itu ianya wajar ditukar kerana DAP tidak mengamalkan cara rasis sama sekali. Perkongsian kuasa ini sudah lapuk dan tidak menguntungkan negara serta rakyat. Ia wajar ditukar. Budaya saling kunjungi mengunjungi pada masa perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Thaipusam sudah ketinggalan zaman dan mesti dihentikan dengan cara menukar kerajaan yang sedia ada ini.
 
Banyak lagi sebab-sebab kenapa kerajaan UMNO/BN ini harus ditukar dan ditamatkan dalam PRU13 kelak. Kerakusan pemimpin UMNO/BN yang menyebabkan rakyat menderita, sengsara, takut, cemas, tidak bebas harus sampai ke titik nokhtahnya. Hanya rakyat yang boleh menghentikan ini semua. Jokiden tidak mengajak sesiapa juapun untuk bersetuju dengan posting ini, tidak isteri dan juga anak-anak Jokiden. Mereka seharusnya belajar menjadi hebat dan tidak seperti Jokiden. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 TAHUN.
    
 

Wednesday, August 29, 2012

Kenapalah DSN Yang Jadi PM, Kenapa Tidak Nuar Brahim

 
 
 
 
DSN dengan bekas calon Presiden Amerika..
 

 
 

 
Allah beri kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah juga berkuasa menarik kuasa daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Allah maha mengetahui.
 
Jika semuanya akur dengan ketentuan tersebut agaknya tidaklah politik Malaysia begitu gawat seperti yang berlaku hari ini.
 
Malaysia sebenarnya berada dalam landasan yang betul dari segi hala tuju pembangunannya dan pentadbirannya. Berlaku sedikit sebanyak kepincangan di sana sini adalah lumrah dan boleh diterima dan kerajaan yang diterajui oleh BN ini secara berterusan memperbaikinya.
 
Namun gambaran yang diberikan oleh pihak pembangkang dengan kerjasama rakan sekongkolan mereka media luar terutamanya media Barat adalah sebaliknya seolah-olah Malaysia ini bakal terjerumus ke kancah anarki yang serious, Malaysia bakal jadi padang jarak padang terkukur dan untuk menyelamatkan keadaan, rakyat mesti menukar regim ini dari BN kepada pembangkang dalam PRU 13 nanti.

Ramai berpendapat politik Malaysia tidak bermusim lagi.. ianya sepanjang masa sehinggakan tumpuan kerajaan yang memerintah terpaksa dibahagikan kepada dua agenda utama. Satu untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat dan satu lagi untuk menangani kerenah politik yang ditimbulkan oleh pembangkang. Lihat di sini.

Menangani kerenah pembangkang ini sebenarnya amat membebankan kerana mereka bukannya membangkang demi kebaikan atau bukannya membangkang secara membina. Mereka membangkang untuk kemusnahan, untuk membunuh dan untuk mendapatkan kuasa. Segala yang baik yang kerajaan lakukan cuba disembunyikan dan segala yang tidak baik didedahkan secara berlebihan tanpa belas kasihan. Ada juga cerita atau fitnah yang sengaja dicipta untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.

PM DSN telah berkali-kali menyatakan dia tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan pembangkang dalam cara yang demokratik dan penuh berhemah. Namun pendekatan yang diguna pakai oleh puak pembangkang amatlah kotor dan menjijikkan.

DSN telah begitu lama dalam senario politk negara dan beliau mendaki tangga sehingga ke kemuncak kerjaya ini dengan penuh tertib bermula sejak berusia 22 tahun.

Pelbagai jawatan parti dan kerajaan yang beliau sandang sehingga mematangkan beliau. Beri sedikit masa lagi rakyat akan dapat merasai nikmatnya. Malaysia akan mempunyai seorang lagi Dr Mahathir jika DSN terus mendapat mandat dari rakyat.

Beliau menjadi PM sebabnya ialah beliau dipilih oleh Allah menjadi Presiden UMNO. Takkanlah beliau menjadi Presiden UMNO tetapi pada masa yang sama Presiden PKR pulak iaitu Dr Wan Azizah yang menjadi Perdana Menteri. Senario seperti di India di mana Presiden parti yang berkuasa tidak menjadi Perdana Menteri mungkin lambat lagi berlaku di sini.

Di Malaysia buat beberapa tempoh lagi, sesiapa yang ingin menjadi Perdana Menteri mestilah terlebih dahulu berusaha untuk menjadi Presiden UMNO, iaitu parti politik terbesar di negara ini. Hakikat ini disedari oleh semua orang. Hj Hadi sedar tu. Nuar Brahim faham hakikat tersebut. Kit Siang juga sedar tentang senario ini.

Presiden Morsi, Presiden Barrack Obama dan Presiden Sosilo juga ngerti tentang hakikat ini. Sebab itu ramai yang berhempas pulas untuk menjadi Naib Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya Presiden UMNO.

Selepas ini apakah Tan Sri Muhyiddin, Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hisham atau Datuk Shafie akan menjadi Presiden UMNO seterusnya menjadi Perdana menteri? Hanya Allah yang tahu. Cuma rekod sebelum ini sesiapa yang memakai gelaran 'Tan Sri' belum ada yang menjadi Perdana Menteri. Jika Datuk Ali Rustam, KJ atau Datuk Mukhriz nak jadi Perdana Menteri, jangan terima anugerah 'Tan Sri' bila di tawarkan.. Hahaha... 

Nuar Brahim telah hampir sangat untuk menjadi Presiden UMNO seterusnya menjadi Perdana Menteri, namun apakan daya dia sendiri sudah tentu tidak mampu menolak takdir Allah swt. Allah menetukan DSN menjadi Perdana Menteri Malaysia, so berlakulah sebab musabab yang tidak memungkinkan Nuar Brahim menjadi Perdana Menteri. Apapun dia masih boleh terus berusaha..  

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Friday, August 24, 2012

Lagi Pasal Hudud PAS...


Ni siapa merestui siapa ni..? Tapi bukan senang nak pegang kepala Tok Guru ni.
 

Kenapa isu hudud sering dimainkan oleh PAS setiap kali menjelang pilihanraya umum? Selain tu isu royalti minyak untuk Kelantan yang sebanyak RM600 juta tu dihebuhkan siang dan malam. Yang Kelantan dapat RM4 billion tu  atas ihsan Kerajaan Pusat tak pula mereka bersyukur atau berterima kasih. 
 
Mudah je kenapa isu ini sering diputarkan kembali. Sebab isu agama ni dekat dengan hati dan jiwa orang Islam. PAS sedaya mungkin dengan seribu penyelewengan, dengan seribu kemungkaran, dengan seribu kegagalan dan dengan seribu pembohongan cuba untuk menambat penyokong setianya agar tidak beralih arah menyokong UMNO dan BN. Itu je sebabnya.
 
Beberapa orang akan diprogramkan supaya memainkan isu tersebut mengikut waktu yang tertentu. Perdebatan atau lakonan atau sandiwara cuba dimainkan oleh orang tertentu supaya nampak seolah-olah semua orang Islam di Malaysia ini akan masuk ke neraka akibat menolak hudud PAS. Mereka terlupa bahawa umat-umat Nabi yang terdahulu hanya akan masuk ke syurga setelah semua umat Muhamad selesai masuk syurga.
 
Lain-lain hukum hakam agama tidak pula puak-puak PAS ni menitik beratkan seolah-olah dosa yang lain-lain tersebut amat kecil jika dibandingkan dengan dosa menolak 'hudud PAS' tersebut. Mereka seolah-olah tidak kisah bahawa dosa kerana gagal melakukan sesuatu yang bersifat Fardu kifayah juga adalah besar untuk dibuat-buat lupa.
 
Kisah Tun M menolak 'hudud PAS' dulu dikitar semula untuk menimbulkan kebencian yang berteruskan kepada UMNO/BN. Bila Karpal Sinki menolak hudud dan penubuhan negara Islam boleh pulak puak-pauk tersebut berkompromi atas alasan Karpal tu sudah sedia kafir. Singkat sungguh cara mereka berfikir.
 
Bila Nuar Brahim menolak hudud dalam kerjasama antara pakatan, tidak pulak juak-juak tersebut membebel siang dan malam. Bila Khalid Samad menolak hudud pun mereka tidak bising sebaliknya mereka lebih rela memaki hamun Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Md Isa daripada melanyak Khalid, Karpal, LGE dan LKS.
 
Bila Hj Hadi menolak hudud tidak pulak mereka memaki hamun Presiden mereka tersebut. Bila Hj Hadi mempopularkan Negara Berkebajikan demi untuk memenuhi hasrat murni DAP, mereka membisu pula kecuali dua tiga kerat seperti Hassan Ali yang akhirnya kena pecat. 
 
Semua tindakan tersebut membuktikan nawaitu sebenar PAS ialah berpaksikan politik. Mereka melihat segala-galanya dari sudut politik.
 
Matalamat PAS inginkan kuasa sama juga seperti mana-mana parti politik lain dalam dunia ini iaitu hendakan elaun, hendakan laba GLC, hendakan kontrak buat jalan, hendakkan kompartment balak, hendakan primies perniagaan, hendakan kemudahan itu, kemudahan ini, wad kelas pertama, hotel kelas pertama, penerbangan kelas pertama dll. Maknanya mereka juga hendakan laba dunia. Rakyat belakang kira. Samalah tujuan mereka dengan apa yang mereka tuduh UMNO/BN lakukan selama ini.
 
Sekurang-kurangnya UMNO/BN memerintah rakyat selamat. Rakyat yang tidak selamat itu hanyalah ilusi mereka sahaja. Negara aman damai. Pembangunan rancak berkembang. Dulu anak-anak orang PAS yang berjaya ke menara gading boleh dibilang dengan jari. Kini beratus ribu anak orang PAS mendapat nikmat daripada kerajaan UMNO yang zalim dan kejam ini.
 
Sekurang-kurangnya UMNO meletakan agama Islam di tempat sepatutnya. Dunia mengakui Malaysia adalah negara Islam contoh, Malaysia Negara Islam yang maju. Hakikat ini diakui oleh samada negara kafir ataupun negara Islam sendiri, Malah Israel dan Amerika juga mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.  Yang tidak mengiktiraf  Malaysia sebagai negara Islam hanyalah DAP dan PAS, sebab itu mereka boleh bersekongkol.
 
Jokiden nak ulang satu perkara, di mana-mana pun kecuali di Kelantan sebelum PAS menghadirkan diri di satu-satu kawasan tersebut, tempat itu akan aman damai, masyarakatnya bersatu padu, keharmonian jelas terpampang. Namun bila sahaja PAS melalui kader-kadernya berada dan bertapak di satu-satu kawasan tersebut maka bibit perpecahan mula kelihatan. Pulau memulau mula berlaku. Sindir menyindir mula terjadi. Orang itu lebih Islam, orang ini kurang Islamik mula berputik. Perkara ini pernah di ulas oleh Mufti Perak Tan Sri Harussaini dalam Mingguan Malaysia tidak lama dahlu.
 
Kesimpulannya PAS ini memang sama sahaja dengan DAP, patutlah mereka boleh berkawan dengan intimnya sejak kebelakangan ini. Dulu di bibir mereka sahaja perkataan kafir harbi ni, sekarang harbi-harbi ni semua sudah diterima pakai.
 
Ps: Posting akan datang ialah tentang kenapa DSN yang jadi PM, kenapa tidak Nuar Brahim.
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Thursday, August 23, 2012

Nik Abduh Tanya LGE.. Makan Babi Apa Hukumnya?


 
alt


Betul ke apa yang kl-pos tulis dalam entri terbarunya ini? Baca di sini. sini dan sini
 
Dalam menjalani kehidupan ini ada benda-benda yang tidak memerlukan pakar atau ilmuan untuk menerangkan atau menjelaskan sesuatu isu atau tentang sesuatu hukum.
 
Biar betul apa yang budak ni cakapkan atau tanyakan atau cabarkan atau lontarkan kepada pemimpin besar DAP ni.
 
Lainlah kalau dalam isu seperti Lynas, memang memerlukan pandangan pakar. Dalam isu membina bangunan di lereng bukit juga perlukan nasihat pakar.

Tetapi dalam isu asas atau pokok tidak memerlukan seseorang itu masuk Haward atau Oxford untuk mengetahui tentang hukum hakamnya. Sebagai contoh:

Tak perlu tanya Kit Siang apakah hukumnya makan babi bagi orang Islam. Tak perlu nak cabar-cabar apakah dia akan mengatakan halal pula walaupun tidak di zaman darurat.

Tanpa wuduk tak boleh sembahyang. Itupun tak perlu nak tanya siapa-siapa tentang hukum hakamnya. Tanpa mandi junub tak boleh pegang Al-Quran.

Tetapi tanpa lesen memandu yang sah, seseorang itu secara curi-curi jika pandai masih boleh bawa kereta dan apabila terjumpa polis, berlagak selamba je..
 
Dalam isu hudud ni tak yah nak berlakunlah... PAS memang tak berniat nak laksanakan hudud, dan DAP pulak buat-buatlah gempar menentang bagai nak rak.. Dalam hati masing-masing tahu itu semua untuk gimik pilihanraya sahaja.



"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

MCA Pun Turut Terjebak Dengan Isu Hudud... Cekap Sungguh Pembangkang Ni..



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

 
Presiden MCA, MCA Kedah dan MCA Selangor akhirnya terseret sama dalam isu hudud PAS. Dulu selama berkongsi kuasa dengan UMNO, MIC serta lain-lain komponen parti, MCA tidak langsung hairan dengan isu hudud ini. Kini keadaan telah menjadi bertambah rumit dengan komen-komen yang dikeluarkan oleh pemimpin parti komponen kedua terbesar BN ini.
 
Memangpun PAS dan DAP berhasrat mengheret bukan sahaja MCA, bahkan juga MIC dalam isu hudud ini. PAS tahu sebahagian besar orang UMNO akan naik suhu kemarahannya sekiranya ahli dan pemimpin MCA kerap menyebut isu hudud ini. Bagi orang UMNO dan Melayu Islam yang atas pagar, orang bukan Islam tidak selayaknya memperdebatkan isu-isu sensitif tentang agama Islam.
 
Samada DAP melalui Karpal Sinki dan PAS melalui Nik Aziz atau Taliban berdebat tentang isu hudud ini secara bersandiwara atau secara serious, mereka sebenarnya meraih keuntungan politik. Yang pemimpin MCA dan pemimpin UMNO hendak turut serta pasal apa. Sepatutnya kita gelakan sahaja mereka ini apabila sibuk memainkan isu hudud ini. Tak ke manapun. Tak ada mananya PAS nak laksanakan hudud ni.. 
 
Isu hudud, isu sekolah Cina, isu Budaya Cina, isu SPR, isu rasuah, isu moral, isu pengundi hantu dan isu royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Sabah pasti kedengaran setiap kali menjelang pilihanraya umum. Tidak ada apa yang hendak dihairankan. Isu Royalti minyak pula mereka akan cuba heret YBM Tengku Razaleigh Hamzah. ini sejak dahulu. Selepas sahaja pilihanraya selesai, semua isu tadi senyap sunyi, hilang entah kemana.
 
Wakil-wakil rakyat pembangkang yang menang akan menikus dan asyik mengira laba yang mereka dapat setelah menang di kawasan-kawasan tertentu. Ada mereka kisah dengan semua isu itu tadi selepas itu. TAK ADAAAAAAAAAAAAAAAAA....
 
MCA jikapun mereka menjadi juara kepada kaum Cina dengan isu-isu berkenaan, belum tentu pengundi Cina akan mengundi calon2 mereka.  Pengundi Melayu pula akan berasa tersinggung dan akan mengundi calon pembangkang atau tidak langsung keluar mengundi sebagai tanda protes dan akibatnya calon MCA akan banyak kehilangan undi.
 
Dalam semangat setiakawan BN sejak 50 tahun dahulu MCA sepatutnya mengaku timbul dan tenggelam bersama BN khususnya UMNO. Pasti calon MCA akan mengalahkan calon DAP. Mengapa nak menambahkan kerja dan tugas pemimpin BN untuk menangani isu ini pula.
 
Jika Karpal Singki dan pemimpin PAS kekal dengan pendirian masing-masing tentang isu hudud ini, maka penyokong setia masing-masing pasti kekal bersama mereka.
 
Nik Abduh bertanya apa bezanya Karpal Sinki menolak hudud dengan Tun M menolak hudud. Penyokong PAS cuba diyakinkan bahawa masih boleh diterima sekiranya Karpal Sinki menolak hudud sebab dia kafir, dan pada masa yang sama mereka cuba menggambarkan betapa tidak patutnya Tun M dan UMNO menolak hudud sebab mereka adalah Islam.
 
Bezanya ialah: Semasa Tun M menolak 'hudud PAS' (Hudud PAS dengan Hudud Allah adalah berbeza sebab itu pemimpin PAS pun takut nak melaksanakan hukum hudud mereka itu. Siapa cakap? Hj Hadi yang cakap.. bila dia cakap? masa dia dapat Terengganu dulu..) siang malam, pagi petang dan tidak cukup tanah puak-puak PAS ni mengutuk Tun M. Namun apabila Karpal Sinki menolak hudud, senyap sunyi pulak kebanyakan pemimpin PAS ini, malah ada yang cuba mempertahankan tindakan Karpal Sinki. Bila nik Abduh cuba mengaitkan Tun M dengan isu ini sekarang maka seolah-olah dia nak memberitahu bahawa tindakan karpal ini tak seberapa penting jika hendak dibandingkan dengan tindakan Tun M dulu. Ish..ish..ish..lomeh den.
 
Sebenarnya mereka berpakat, mereka bersandiwara dan mereka berlakon dalam isu ini. Lagi lama dimainkan, lagi mereka suka, sebab kedua-duanya mendapat keuntungan politik sekurang-kurangnya mengawal penyokong setia mereka daripada beralih angin. 
 
Malaysia di bawah BN selama 50 tahun ini sudah cukup baik dah.. Sedikit sebanyak kelemahan yang ada sedang diperbaiki pula oleh DS Najib. Kajilah dan hujahlah ikut manapun BN masih pilihaan yang terbaik untuk rakyat berbilang kaum di negara ini. Hakikat ini tidak mudah dinafikan kecuali oleh orang yang di dalam jiwanya memang telah sedia wujud sikap untuk membangkang sepanjang masa. Begitu juga dengan mereka-mereka yang ingin menjadi hebat...lalu merelakan diri mereka bersekongkol dengan puak-puak pembangkang ini.
 
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.