Thursday, May 23, 2013

Kecanggihan Teknologi Tidak Mampu Menyekat Musibah Ini..


 
Ranap..
 
 
Akibat Tornado..
 
 
Hanya Allah yang mengetahuinya. Kita tidak pasti apakah musibah ini ada kaitan dengan perbuatan Paderi-Paderi Amerika yang sekejap sekejap hendak membakar Al-Quran. Marah sikit hendak memijak-mijak Al-Quran.
 
Kemudian puak-puak di Barat ini sewenang-wenang dan sesuka hati mereka sahaja jika hendak menghina Baginda Rasulullah SAW. Pelbagai bentuk Karektor mereka lakukan. Mereka memang mempunyai kecangghan teknologi, termasuk dalam sistem pertahanan negera mereka. Namun bencana alam seperti ini tidak ada pihak yang mampu untuk menahannya apabila ia datang.
 
Renungkanlah.

Puting beliung landa Oklahoma City, 91 terbunuh

Dua orang kanak-kanak berdiri di hadapan bangunan yang runtuh akibat dilanda puting beliung di bandar Oklahoma City. Sebanyak 91 orang terkorban termasuk 20 orang kanak-kanak dalam bencana itu, kelmarin. - REUTERS
 
MOORE, Oklahoma 21 Mei - Sekurang-kurangnya 91 orang termasuk 20 kanak-kanak dikhuatiri terbunuh apabila satu puting beliung sebesar 3.2 kilometer melanda pinggir bandar Oklahoma City, semalam memusnahkan kediaman penduduk dan sekolah.
 
Menurut pihak hospital, sekurang-kurang 60 daripada 240 mangsa yang cedera merupakan kanak-kanak.
 
Sebuah sekolah rendah, rumah-rumah dan sebuah hospital merupakan antara bangunan yang ranap mengakibatkan penduduk bandar yang didiami kira-kira 50,000 orang itu terkejut dengan kemusnahan dan kehilangan jiwa.
 
Presiden Barack Obama mengumumkan kawasan bencana besar di Oklahoma dan mengarahkan bantuan Persekutuan bagi membantu usaha kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan Moore.
 
Krew kecemasan bertungkus-lumus mencari sisa runtuhan Sekolah Rendah Plaza Tower yang menerima kesan langsung puting beliung yang berlaku pada sebelah petang, kata Gabenor Oklahoma, Todd Lamb kepada CNN.
 
Laman Facebook sekolah itu 'dibanjiri' mesej daripada pengguna dari seluruh negeri yang merayu: ''Sila cari kanak-kanak ini''.
 
Pemeriksa perubatan Oklahoma berkata, 20 daripada 91 orang yang dipercayai terbunuh merupakan kanak-kanak.
 
Jabatan itu telahpun mengesahkan kematian seramai 51 orang dan mendapat maklumat daripada perkhidmatan kecemasan untuk menerima lebih 40 mayat yang ditemui daripada runtuhan bangunan.
''Kami sangka kami telah mati kerana kami berada di dalam bilik bawah tanah yang turut diterbangkan angin. Sisa bangunan mula menghempap kami dan kami menyangka kami telah mati,'' kata Ricky Stover semasa memeriksa kesan kemusnahan rumahnya.
 
Bandar Moore kini musnah dengan serpihan bangunan berada di mana-mana, papan tanda hilang, lampu rosak, rumah musnah dan kenderaan tercampak akibat bencana itu. - REUTERS

 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Wednesday, May 22, 2013

Antara Kenang Budi Dengan Melepaskan Anjng Tersepit.


       
 

Seorang rakan fb membuat posting dengan mengatakan bahawa DS Zahid Hamidi Menteri baru KDN telah tidak mengenang budi kerana pernah menjadi anak emas Nuar Brahim. Jokiden jawab rengkas sahaja di ruangan tersebut.
 
Darah Nuar dikatakan mendidih dengan tulisan DS Zahid Hamidi dalam Utusan Malaysia. Dia mengatakan jika hendak sangat sistem undi popular, berhijrahlah ke negara yang mengamalkan sistem tersebut. Bukan payah sangatpun, buat permohonan kepada kerajaan dan kerajaan akan meluluskannya.
 
Kenyataan tersebut telah berjaya membangkitkan nafsu amarah Nuar dan di dalam ceramah haramnya Nuar dilaporkan berkata "Negara ini bukan mak bapak dia punya" Maka DS Zahid telah menjawab kembali dengan mengatakan "Betul, bukan mak bapak saya punya, tetapi bukan juga mak bapak Nuar punya.."
 
Jawapan itu adalah tepat seperti bagaimana rentak begitulah tarinya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Memang dunia mengetahui bahawa DS Zahid pernah menjadi sekutu rapat Nuar dan dia bersama dengan Datuk Roslan Kassim pernah di tahan polis pada tahun 1998 kerana membela dan menyokong Nuar. Ketika itu mereka hanya tahu Nuar ini seorang yang bersih dan suci.
 
Bagi mereka Nuar ini telah dianianya oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Ada berjuta rakyat yang bersimpati dengan Nuar ketika itu termasuklah DS Mohd Zahid Hamidi ini. Namun setelah penyokong tegar dan 'orang kanan' Nuar ini menyedari siapa Nuar yang sebenarnya maka satu persatu mereka menjauhkan diri daripada Nuar dan tercatatlah di dalam sejarah dunia bahawa Nuar adalah satu-satunya 'pemimpin' yang pernah ditinggalkan oleh terlalu ramai pengasas partinya. Itu fakta. Manusia jarang mahu terus-terusan ditipu oleh orang lain.
 
  
Mereka yang insaf.. tak sanggup ditipu lagi.
 
Tidak sesuai untuk mengatakan DS Zahid sebagai tidak mengenang budi seperti yang dimomokkan oleh pemilik akaun fb tersebut sekiranya dia mengetahui latar belakang Nuar dan hubungannya dengan DS Zahid.
 
Menteri KDN yang baru ini juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada DS Mohd Najib dalam tempoh waktu yang lama. Hubungan mereka juga rapat. Memang benar Nuar pernah menjadikan DS Zahid Hamidi ini sebagai orang kanan dan semasa dia menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, namun di dalam soal negara ini beliau tiada pilihan selain daripada mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan seorang insan yang diragui akhlak dan moralnya untuk menjadi pemimpin.
 
Pendirian DS Zahid dalam menjauhkan diri daripada Nuar adalah betul dan tepat. Jika alasan kenegaraan tidak menjadi keutamaan beliau maka terdapat alasan lain untuk dia berbuat demikian iaitu Nuar sendiri telah memberikan contoh teladan yang harus diikuti dan dicontohi.
 
Apakah Nuar seorang yang mengenang budi??? Apakah dia seorang yang tahu berterima kasih dan menghargai pertolongan atau sumbangan orang lain????
 
Bukan sedikit tokoh-tokoh UMNO yang berasa pedih hati apabila Tun Mahathir menantang Nuar sebagai menatang minyak yang penuh dan memberikan beliau dulang emas untuk Nuar berjaya dalam dunia politik dan kepimpinan negara. Melompat-lompat Nuar menaiki tangga hiraki kepimpinan UMNO atas bantuan Tun Mahathir, Tan Sri Sanusi dan Tun Daim. Ada Nuar berterima kasih dan menghargai jasa mereka.????
 
Sebaik di pecat sahaja maka Nuar telah memilih untuk memaki, mencaci dan menghina orang-orang yang pernah berjasa dan membantu beliau dahulu. Kisah ini telah beribu kali di ceritakan namun sesekali perlu diulang supaya orang yang masih belum sedar dan tahu akan akhirnya tahu juga.
 
Wamakaru, wamakarallah.. Perancangan manusia, perancangan UMNO dan perancangan tun Mahathir ialah untuk menjadikan Nuar sebagai Perdana Menteri dan pemimpin nombor wahid. Itu peranacangan manusia biasa. Perancangan Allah SWT pula ialah seperti yang kita lihat Nuar tidak akan menjadi pemimpin kepada negara Islam ini. Berlakulah sebab musabab untuk tidak membolehkan atau memungkinkan nuar menjadi seorang Perdana Menteri.  Tak kan itupun susah sangat nak faham.
 
Pak Lah dikatakan telah berusaha untuk menyelamatkan Nuar dan membebaskannya dari penjara. Ini budi bicara seorang pemimpin dan tidak ada salahnya. Tun Mahathir juga selepas dua hari mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 pernah membebaskan tahanan ISA paling ramai ketika itu. Dia juga menasihatkan Agung supaya mengampunkan Dato' Harun Idris  yang dipenjara atas isu rasuah semasa menganjurkan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dengan Joe Burgner.
 
Apabila ditanya oleh wartawan asing tidakkah Nuar berasa terhutang budi kepada Pak Lah yang telah berusaha membebaskan beliau dari penjara dengan selamba sahaja dia menjawab "siapa suruh bebaskan saya". Kemudian pernah wartawan Thailand bertanyakan soalan kenapa dia menentang Tun Ghaffar kerana sebelumnya telah berkali-kali dia mengatakan yang dia tidak akan melawan Tun Ghaffar  dengan sengeh dia menjawab "sebab itu jangan percaya apa yang orang politik cakap" Ada Nuar nak berterima kasih kepada orang yang pernah menyelamatkan dia termasuk KJ yang menghantarkan pass port ke rumahnya????
 
Jadi tidak perlulah sesiapa mengatakan DS Zahid Hamidi sebagai lupa daratan, tidak mengenag budi, kacang lupakan kulit dan 'stupid' semata-mata kerana menjauhkan diri daripada Nuar Brahim. Keselamatan Negara ini jauh lebih penting daripada hayat politik seorang insan bernama Nuar Brahim.
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

Tuesday, May 21, 2013

Berapa Gaji Menteri-Menteri Kita....


   
Yang tidur kena potong gajiiiiiii!!!!
 

Posting Jokiden kali ini adalah daripada hal gaji. Menghairankan juga DUN Sarawak tidak pernah menyemak gaji ADUN mereka sejak 1992. Sekali disemak mak oii aii. naik tigo kali gando.. amikkau..
 
Para Menteri patut mempunyai gaji yang agak tinggi, memandangkan kos sara hidup sudah naik. Kenaikan gaji juga boleh membuatkan mereka akan bekerja untuk membela rakyat dengan lebih bersemangat lagi. Juga boleh menghindarkan gejala rasuah.
 
Pembangkang tentulah menjerit apabila melihat senarai kenaikan gaji ADUN Sarawak ini. Namun wakil DAP sebanyak 16 orang itu tentulah gembira. Tidak mustahil selepas ini Pulau Pinang akan menaikan elauan ADUN-ADUN mereka dan diikuti oleh Selangor serta Kelantan.
 
Dulu bolehlah mana-mana YB pergi ke majlis perkahwinan hulur RM20 atau RM30 je. Sekarang tidak ada lagi. Kurang-kurang mahu RM50 atau RM100. Begitu juga dengan ziarah kematian. Mesti kena hulur punya. Dengan kadar elaun yang ada sekarang kompem tidak cukup dan hujung bulan para YB terpaksa ikat perut kecuali yang perniagaan mereka menjadi.
 
Para Menteri Sarawak juga nampaknya tidak akan lompat partilah selepas ini, kerana gaji mereka sudah melebihi gaji Perdana Menteri.
 
Sebagai seorang yang mata duitan Jokiden menyokong penuh kenaikan gaji ADUN2 Sarawak ini.
 
 

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji

 
KUCHING 21 Mei - Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
 
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
 
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
 
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
 
"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
 
Soon koh berkata, rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lalu. - BERNAMA


 

Monday May 20, 2013

 

Abdul Wahid and Paul Low taking huge pay cuts

By EILEEN NG

Wahid (left) and Low are giving up big salaries. Wahid (left) and Low are giving up big salaries.

PETALING JAYA: Corporate figures Datuk Seri Abdul Wahid Omar and Datuk Paul Low Seng Kuan will be giving up their lucrative annual salaries upon taking up posts in the new Cabinet.
 
 
Former Malayan Banking Bhd chief executive officer Wahid earned RM6.26mil from the banking giant last year, according to data from Bloomberg.
 
The Star had also reported that Wahid took home RM2.96mil for the six months ended Dec 31, 2011, which is the new financial year end for the banking group.
 
His total remuneration was RM4.68mil and RM4.7mil for the financial years (ended June) of 2011 and 2010 respectively, Maybank's annual report showed.
 
Both Wahid and Low have been appointed ministers in the Prime Minister's Department.
 
Low draws at least RM560,000 a year from his various corporate positions.
 
He is paid a monthly salary of RM30,000 as the managing director of Malaysian Sheet Glass Sdn Bhd and RM200,000 a year as an independent director of both Sunway Holdings and Pos Malaysia Bhd.
 
However, Low, 66, who is also Transparency International-Malaysia (TI-M) president, said he did not draw any salary from TI-M as it is a donor organisation and his work is voluntary.
 
As ministers, Wahid and Low will now draw a minimum annual salary of RM179,642.40 (or RM14,970.20 a month) and also RM49,353.48 (or RM4,112.79 a month) each as senators.
 
Both are also entitled to a number of allowances for official duties and other perks.
 
 

MPs can earn up to RM10,000 per month

 

 
 
PETALING JAYA: Elected Members of Parliament can earn up to RM10,000 in monthly perks and allowances.
 
According to Statute Paper No. 235 of the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980, MPs are afforded monthly allowances such as for entertainment (RM1,500), personal driver (RM1,200), travel (RM1,500) and telephone (RM900).
 
It said MPs are also paid an allowance of RM200 per day when they attend meetings in Parliament and RM150 when they attend any meeting, briefing, seminar or event organised by ministries or government agencies at the federal or state level that they are officially invited to.
 
Besides that, MPs can also claim, while on official duty, food allowances (plus 25% for tips) and funds for hotel room and laundry charges, parking and toll fees, and money for them to buy warm clothing and ceremonial attire.
 
Other perks MPs enjoy are free medical treatment for themselves, their spouse and children below 21 at government hospitals and clinics, computer, car and housing loans, free firearm and motor vehicle licences, as well as pension and gratuity for their services under certain terms and conditions.
 
 
 

Dah 'Hidup' Balik Dia Ni..


 
 
 
 
'Hero' inipun muncul jugak???



Pembetulan!!! Not all Malaysian with him. I'm not that stupid.. sama pulak dengan ayat Kalimullah "rakyat bersatu untuk mengutuk Utusan Malaysia yang rasis"
 

Lama dah dia ni senyap sunyi, menyepi diri dan mulutnya agak terkunci terutama selepas Nuar kelentong dia dalam Bersih3. Kemudian timbul pula isu kebobrokan DAP dalam pemilihan CEC, sekali lagi dia menyepi seribu bahasa.

Kemudian dia tidak terpilih untuk bertanding dalam PRU13, lagilah dia menyendiri. Kini dia dapat modal terbaru untuk bersekongkol dengan pelaku kesalahan. Dia mahu membela pesalah. Dia mahu jadi hakim. Dia mahu pemfitnah dan penghasut menjadi 'hero'.

Maka muncullah dia kembali dengan corong pembesar suaranya di hadapan Balai Polis Jinjang. Memanglah niat dan hasrat dia tidak beberapa nak betul. Kenapa dia sibuk sangat?????

Biarkanlah undang-undang mengambil tempatnya. Budak itu ditahan untuk disoal siasat. Kenapa kalut sangat. Kenapa nak wujudkan persepsi apa sahaja yang pembangkang lakukan adalah betul dan persepsi apa sahaja yang polis lakukan adalah zalim.

Siapa yang zalim ni??? Polis yang hendak melakukan siasatan atau pembela yang belum apa-apa sudah memainkan sentimen untuk meracun pemikiran rakyat.
 
Woi Ambiga!!! patuhilah undang-undang negara ini, awak tu seorang peguam dan bekas Presiden Majlis Peguam yang bermesyuarat tidak pernah cukup korum.  Takkan benda mudah tu pun tak faham.
 
 
 
 
 
 
Kerja anak aku.,br 6 thn.,aduii
Pembetulan!!! Yang menipu ialah Pakatan sampai warga negara keturunan India guna nama Cina dikatakan Bangla. Kemudian melutut2 minta maaf takut kena saman.. Kerosakan telah berlaku juga. Sebahagian penyokong sudah terpedaya juga.


PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT MENOLAK PAKATAN.
 

Sunday, May 19, 2013

Yang Ini Akan Sentiasa Diingati...

  
Ada sesiapa yang kenal dia ni...

Seorang tokoh koperat telah diumumkan akan dilantik sebagai Senator dan akan mengangkat sumpah sebagai seorang Menteri pada 6 Jun akan datang. Pada pandangan DS Mohd Najib beliau adalah layak untuk menambahkan lagi keyakinan sektor perbankan dan sektor koperat kepada Kerajaan Transformasi.

Di Dalam Mingguan Malaysia hari ini Karpal Singki secara terbuka mempertikaikan kewujudan Dewan Negara sebagai membazir, tidak berfaedah dan biasalah hendak memainkan emosi rakyat dengan mengatakan bahawa duit rakyat digunakan untuk menampung segala keperluan Dewan Negara.

Karpal Singki ternyata tidak senang dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Amir Sham dan terkini Datuk Seri Wahid Omar dalam membantu membangunkan negara ini. Sebab itu bagi Karpal Singki perlantikan Senator oleh kerajaan dan Kabinet seharusnya dianggotai oleh mereka yang terpilih dalam PRU sahaja. Begitulah semangat DAP.

Apapun yang memungkinkan Datuk Seri Wahid Omar di lantik sebagai Senator ialah sebab UMNO berkuasa. Yang memungkinkan Azran Osman Rani menjadi CEO Air Asiax ialah sebab negara ini aman dan perniagaan berkembang pesat. Sekali lagi ianya disebabkan oleh kemampuan UMNO mentadbir negara ini.

Yang turut memungkinkan UMNO masih kekal berkuasa dan tokoh koperat boleh menjawat jawatan tinggi di GLC dan Sektor Swasta ialah dengan adanya pengorbanan 'budak-budak UMNO' seperti yang pernah disiarkan di sini. Pengorbanan mereka bukannya sedikit. Kesanggupan mereka menjadi jentera dalam memenangi hati rakyat dengan sedikit upah atau 'duit' teh semasa kempen PRU13 yang lalu amatlah besar maknanya.

Sementara Mymassa hari ini menulis tentang kegagalan kakitangan Air Asia memahami situasi penumpangnya dan mahukan Azran Osman Rani yang begitu celupar menganggap Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis dan dia kononnya merupakan Melayu yang tidak rasis sama sekali. Angkuh je dia hendak menarik iklan Air Asia daripada Utusan Malaysia.

Tidak cukup dengan itu beliau turut menempelak Pertubuhan Peribumi Perkasa dengan mengatakan para pemimpinnya berfikiran sempit dan membuatkan Orang Melayu tercicir dan tertinggal kebelakang.

Reaksi pembaca dalam mempertahankan Utusan Malaysia amatlah diluar dugaan dan CEO Air Asia tersebut tiba-tiba menyedari bahawa kenyataannya tidak langsung mencerminkan jiwa nurani Orang Melayu yang kini sedang diambang kehilangan kuasa politik. Kenyataan kurang bijaknya tidak pernah diundang sama sekali.

Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia dakwa akhbar rasis


KUALA LUMPUR 12 Mei - Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.Azran turut menyifatkan Utusan Malaysia sudah tidak relevan dengan jumlah pembaca semakin merosot, walaupun hakikatnya jualan akhbar ini bukan sahaja tidak merosot, malah meningkat sebanyak 1,000 naskhah sehari.

"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia," tulis ahli korporat Melayu baharu itu.

Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.

Laporan berkenaan mendapat liputan meluas sehingga seorang wartawan berketurunan Cina mempersoalkannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar beliau.

Bagaimanapun, Najib dengan tenang menjawab: "Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa?."

Dalam pada itu, Azran turut memperlekehkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila menyifatkan bahawa fikiran sempit pertubuhan itu yang membuatkan orang Melayu terkebelakang.

"Perkasa? I think Malaysia has proven that they are irrelevant. Its Perkasa's narrow-mindedness that's holds Malays back. (Perkasa? Saya fikir Malaysia telah membuktikan bahawa mereka tidak relevan. Fikiran sempit Perkasa yang menyebabkan Melayu ketinggalan.)"
 
 
 
.