Thursday, November 22, 2012

"10 % Je Untuk Ambo???" Nuar Tewaskan Nik Aziz....


"Aku  Tun M tak cadangkan, Tun Karpal pulak yang tersenarai"
 

Tak habis lagi nampaknya kisah siapa nak jadi PM ni. Kisah pancing ikan belukang sudah, kisah basikal baru sudah, kisah Tun Karpal sudah. Kini Sinar Online juga nak tumpang sekaki. 39, 51, 10
 
Selalunya Nuar Brahim yang meroyan dalam satu-satu isu. Kini giliran Nik Aziz pula bakal meroyan kerana rasa tersinggung, terpinggir dan rasa tak patut sama sekali. Adakah benar undian online Sinaran menunjukkan Nuar Brahim berjaya memperolehi 39% sokongan sebagai bakal PM sedangkan Nik Aziz cuma dapat 10% je. Tak patut..tak patut.
 
Jika pengundi tersebut merupakan puak-puak pakatan, maka mana benarnya mereka inginkan perjuangan Islam seperti yang Nik Aziz bawa kerana sokongan terhadap Nik Aziz sikit sangat.
 
Mungkin wakil perjuangan Islam itu melalui Hj Hadi kerana beliau memperolehi sokongan terbesar. Tengok paparan di RBF Online.
 
Jika yang mengundi pula merupakan kebanyakannya dari penyokong PAS, maka sekali lagi muka Nuar Brahim lebam, kerana ia membuktikan bahawa ahli akar umbi Pas sohih menolak Nuar sebagai pemimpin mereka.

Ahli akar umbi juga melalui undian ini memberi isyarat supaya Nik Aziz segera berundur dari politik Malaysia kerana mungkin akan menjadi beban kepada PAS dalam PRU13 kelak. Sebab itu 600 orang je yang mengundi Nik Aziz.

Apapun diantara 6089 yang mengundi tersebut agak-agaknya berapa orang kah pengundi hantu, pengundi Bangla, pengundi Manymar dan Indon yang diupah oleh UMNO/BN
 
Siaplah Sinaran pulak yang kena saman selepas ini kerana memandai-mandai nak buat undian online yang tidak menyebelahi Nuar. Sinar juga akhirnya kelak akan dituduh sebagai akhbar pemutar belit seperti Utusan Malaysia. 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Cerita Anak, Suami Dan Basikal Baru Versi Harakahdaily.com ...

 
Doge.. bosika den jangan usik!!!
 
 
 
 
 
Dalam posting yang terdahlu Jokiden secara ringkas memulakannya dengan kisah seorang isteri comel, seorang anak tunggal, seorang suami ganas dan sebuah basikal baru. Hari ini Jokiden nak perturunkan semula kisah ini tetapi mengikut versi atau olahan Harakahdaily seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.
 
Haji Hadi rupanya kaki pancing. Kisah dia pergi memancing dengan Azizan Razak diceritakan dalam Muktamar kali ini. Harapan nak dapat ikan tenggeri besar namun tak ado joki, dapek ikan belukang yang konit(kocik) bosa kelengking sahaja. Ada persamaan dengan kisah Basikal Baru ini.
 
Jika ada yang terlepas pandang mari kita hayati bersama di bawah ini:
 

Kenyataan sebenar Abdul Hadi


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Portal berita Harakahdaily milik Pas hari ini mendakwa akhbar The Star dan portal berita The Malaysian Insider menyiarkan laporan kurang tepat berhubung kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Harakahdaily turut menyiarkan transkrip dan rakaman sebahagian ucapan penangguhan Abdul Hadi berkaitan usul perwakilan Pas agar beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
 
Berdasarkan kepada transkrip itu, Abdul Hadi mengalu-alukan cadangan tersebut tetapi beliau bermohon kepada Allah SWT agar mengkabulkan cita-citanya memenangkan Islam sebelum meninggal dunia.
 
''Saya alu-alukan nak lantik saya jadi Perdana Menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah," katanya.
 
Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut menjadikan peristiwa yang berlaku semasa beliau memancing ikan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai analogi bagi memperjelaskan pendiriannya terhadap usul yang dibangkitkan perwakilan Pas itu.
 
''Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.
 
''Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelingking je. Ustaz Azizan ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah," ujarnya.
 
Abdul Hadi juga menasihatkan Pas agar mencontohi Nabi Muhammad SAW yang berserah kepada ketentuan Allah SWT apabila ditanya pemimpin-pemimpin kabilah tentang siapa bakal dilantik sebagai pemimpin mereka sebelum peristiwa hijrah ke Madinah.
 
''Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.
 
''Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.
 
''Jadi kita Pas ni kena ajar begitulah. Itulah caranya," katanya.
 
Selain itu, menurut Harakahdaily, Abdul Hadi dilaporkan dengan jelas menolak cadangan melantiknya sebagai Perdana Menteri sambil menyatakan beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada muktamar berkenaan. (Utusan Malaysia, 21/11 MS 5.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, November 21, 2012

Yang Tidak Diketahui Oleh Penyokong Tegar Pas..


Perjanjian Syaitoonn??? Cuba renung wajah 3 orang di atas tu betul2 


  Malaysia kita punyaaaaaaa!!!???  yeh..

Seorang suri rumah yang cantik molek dan ayu sedang menggoreng cucur kodok di dapur untuk menyediakan minuman petang untuk keluarga mereka.
 
Menanti di ruangan tamu ialah suami beliau berserta dengan anak tunggal berusia 10 tahun. Suaminya asyik berbual dengan anak sulong dan tunggal tersebut sehinggalah si anak meraung kesakitan akibat di belasah dengan teruk oleh si suami. Ikuti kisah ini.
 
Suami: Eden minggu dopan nak boli bosika, sonang den nak poie kono teh tarik kek kodai luar tu.
 
Anak: Elok tu ayah, sok boleh eden bawak bosika tu poie sokolah atau main futsal..
 
Suami: Mano bulih, bosika baghu, kau jangan usik..
 
Anak: Alah bulihlah ayah..: merayu..
 
Suami: Tak boleh, jangan nak cari pasal dongan eden..
 
Anak: Ayah boli sok eden bawak yo, tak kigho.. eden tak poduli..
 
Suami: Jangan.. kang kok kono leteng..
 
Anak: Tak poduli.. eden bawak yo..
 
Suami: Tanpa sedar dan bangun, menerajang dan menempeleng anaknya. Den dah cakap, bosika den jangan kau usik, doge bona.. mampus kau.. dia terus membelasah.. Anak meraung kesakitan akibat pukulan ayah yang macam orang hilang akal.. bengkak2 mata si anak. Si isteri yang ayu segera keluar dan terkejut mendapati keadaan anaknya yang teruk.
 
Isteri: Apo hal ni bang, apa salah anak kito.. habih bongkak2 dan ceme mato ea ni..
 
Suami: Dio doge eden dah kato jangan usik..jangan usik.. dio kojoan yo.. rasokan..
 
Isteri: Apo yang dio usik, apo yang dio kojoan???
 
Suami: Bosika baghu eden, eden sayang bona tu..??
 
Isteri: Mano deh bosika ea.. bosika mano pulak ni..??
 
Suami: Bosika baghu eden yang den nak boli minggu dopan tu..
 
Isteri: La.. bosika bolun boli anak dah bongkak bongkek.. bia boto abang ni.. Si suami baru tersedar dari keterlanjurannya..Moral cerita.. pembaca buat sendiri yo.
 
Inilah yang sedang berlaku dalam senario politik pakatan pembangkang hari ini. Mereka sibuk bertelagah tentang siapa yang bakal menjadi Perdana menteri sekiranya Pakatan Haram memenangi PRU kelak. Mereka seolah-olah sengaja mensensasikan perkara tersebut supaya minda rakyat terfokus ke arah situ. Menang belum pasti dah sibuk nak mencatur siapa nak jadi PM.
 
Bagi pendapat Jokiden, Perdana Menteri ialah Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional iaitu DS Mohd Najib. Dalam hal ini Jokiden amat jelas dan tidak berganjak dengan rasa dan gerak hati iaitu Nuar Brahim dan  Hj Hadi tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kok kito tunggu 200 tahun laie pun, poluang untuk mereka tidak ado, terimalah hakikat.
 
Allah dah beri peluang kepada Nuar, nasi sudah sampai ke mulut tetapi terjatuh kembali. Allah bagi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah berkuasa menarik kuasa daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Nuar sudah hampir sangat dengan kuasa suatu ketika dulu. Perancangan UMNO/BN dan Tun Mahathir ketika itu ialah Nuar bakal menjadi Perdana Menteri. Itu perancanagan manusia.
 
Allah juga merancang dan perancangan Allah ialah Nuar Brahim tidak akan menjadi Perdana Menteri. Tentulah perancangan Allah yang menang. Atas sebab musabab tertentu berlakulah peristiwa dan Nuar Brahim melepas daripada memegang tampuk kuasa.
 
Hj Hadi pernah di beri oleh Allah kuasa untuk mentadbir Terengganu untuk satu penggal. Dia gagal. Yang dia berjaya ialah meluluskan lesen pembalakan yang terbanyak dalam sejarah negara ketika dia berkuasa. Saban tahun Jokiden ke Terengganu ketika Hj Hadi memerintah, keadaaan amat menyedihkan terutamanya dari segi kebersihan persekitaran.
 
Menyorot kembali hasil Muktamar Pas minggu lepas. walaupun tidak dijadikan resolusi, namun ia sudah cukup untuk Nuar Brahim meroyan. Di depan lensa kamera memanglah kelihatan ceria dan 'bergaya' terutamanya bila keluar dari Dewan Rakyat.
 
Muktamar Pas tanpa dapat ditahan, pemimpin pelapis dan suara akar umbi jelas menolak Nuar sebagai pemimpin mereka dalam ucapan-ucapan yang disampaikan. Namun suara-suara tersebut tentulah akan dikatakan sumbang, pendapat peribadi, tidak mencerminkan keputusan pakatan dan suara individu oleh pemimpin atasan Pas. Suara itu tidak akan didengar, diperlekeh dan dibakul sampahkan akhirnya.
 
Bagi pemimpin atasan pakatan haram, mereka telah mempersetuji bahawa Nuar bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri walaupun  dalam tangisan beribu ahlinya.
 
Semalam Lim Guan Eng menyatakan dengan tegas tentang persetujuan mereka. Kasihan kepada ahli akar umbi Pas yang tidak mengetahui perkara ini. Mereka ditipu hidup-hidup dan mati-mati mereka percaya. Kenyataan LGE seperti di bawah:
 
"Berdasarkan persetujuan yang telah dicapai dalam pakatan pembangkang sebelum ini, tiada individu yang lebih layak menjadi Perdana Menteri selain Anwar. Setakat ini tidak ada permintaan atau perubahan berkenaan berkenaan perkara itu dan pendirian DAP masih sama seperti dahulu bahawa calon Perdana Menteri kita ialah Anwar" Katanya di lobi Parlimen. Utusan Malaysia ms 8.
 
Kenapa DAP begitu berminat dengan Nuar Barhim??? Masakan tempua bersarang rendah..jika tidak ada apa-apa. DAP jelas tidak sudi berketuakan Hj Hadi. Ini ahli Pas mesti sedar. 'Rahsia' Nuar semuanya berada dalam tangan DAP terutamanya Karpal Singki.
 
Ahli-ahli Pas berhentilah menyalak kerana suara kalian tidak akan dipedulikan. Jangan jadi seperti anjing menyalak bukit... tak ada mananya bukit itu akan runtuh.. tindakan terbaik kalian jika tidak mahu berketuakan Nuar ialah berhijrah beramai-ramai ke dalam UMNO atau sekurang-kurangnya berikan undi penting kalian kepada UMNO/BN dalam PRU13 kelak. That is the least you all can do.. 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Tuesday, November 20, 2012

Yang Ini Baru Betul-betul Zalim Dan Kejam..


Punca timbulnya doa supaya UMNO/BN hancur atau KO (Takat TKO masih boleh bangun sebelum bilangan genap sepuluh) adalah kerana seluruh (diulangi ikut cara Nik Aziz 'seluruh') ahli dan kepimpinan Pas percaya mereka dizalimi oleh UMNO/BN selama ini.
 
Mereka dizalimi dalam pembahagian hak royalti minyak, dizalimi dalam hak kebebasan bersuara, dizalimi dalam pembangunan, dizalimi dengan ISA, dizalimi dengan pengundi hantu, dizalimi dengan perlakuan rasuah pemimpin UMNO/BN, dizalimi oleh kerakusan UMNO/BN, dizalimi oleh kroni UMNO/BN.
 
Selain daripada itu puak-puak ini percaya mereka sepanjang masa dizalimi oleh polis yang kejam. Mereka dizalimi oleh peguam negara, dizalimi oleh MARA, UITM, UIA, dizalimi oleh TEKUN Nasional. Mungkin juga dizalimi oleh BR1M dan KR1M.
 
Puak Pas ini dizalimi dengan ditukarkan bertugas ke tempat nun jauh di pendalaman, tanpa semua kemudahan asas, dan gaji diturunkan pulak. Inilah antara perkara-perkara yang mereka canangkan dalam setiap ceramah mereka termasuk yang disampaikan oleh Ustaz Bob Lokman, Ustazah Abby dan Ustazah Aishah. Perkataan zalim, kejam dan perampas harta mak bapak dia ni tidak lekang daripada mulut penceramah Pas setiap kali mendapat pembesar suara. Semua itulah yang mengwajarkan mereka berdoa supaya orang yang mengzalimi mereka khususnya UMNO supaya dimusnahkan, dihancurkan dan didatangkan bala. Jelas di sini alasan tersebut membuktikan mereka adalah golongan yang kufur nikmat.
 
Lain-lain sebab tak ada. Nak kata UMNO zalim sebab suruh mereka makan babi, tak pernah dengar pulak. Nak kata UMNO zalim sebab suruk puak-puak Pas ni berzina, minum arak, berjudi atau berkahwin 4, tak ada pulak dengar selama ini.

Mereka merasakan dizalimi dengan kejam sekali oleh SPR, sebab itu mereka menang di Kelantan selama 5 penggal. Mereka juga dipaksa makan rasuah. Mereka dipaksa menanam padi dan menjahit pakaian batik dan songket untuk pemimpin UMNO. Pernah ke berlaku begitu???
 
UMNO juga tidak pernah melarang mereka daripada menunaikan solat dari pagi hingga ke petang,  hingga ke malam dan hingga ke subuh. Tak pernah UMNO larang, jadi mana zalimnya dalam hal ini. Tak ada. Malah UMNO menyediakan segala kemudahan untuk puak-puak Pas ini untuk mengerjakan amal ibadat kepada Allah. UMNO juga menyediakan semua kemudahan untuk anak-anak Pas menuntut ilmu supaya bila sudah banyak ilmu kelak, mereka jadi pandai dan berani mengkritik UMNO/BN.
 
UMNO/BN juga tidak pernah melarang pemimpin dan ahli Pas untuk memaki hamun sesiapa sahaja sejak bangun tidur hingga tidur kembali. Mana zalimnya. UMNO tidak pernah melarang puak Pas memasang bendera dipuncak bukit atau atas poko kelapa. Mana zalimnya.
 
UMNO tidak pernah melarang puak Pas mencetak kaset dan video untuk mencaci pemimpin UMNO/BN. Datin seri Rosmah tidak pernah mengambil tindakan mahkamah supaya pauk-puak Pas ini berhenti memfitnah beliau. Tak ada. Mana zalimnya. Apa lagi alasan kezaliman UMNO/BN yang mengwajarkan mereka beramai-ramai berdoa untuk kemusnahan UMNO/BN ni.???
 
Tidak pernah pula kita dengar puak-puak Pas ini dilarang bekerja makan gaji dengan kerajaan UMNO/BN walaupun belum tentu gaji yang mereka terima setiap bulan itu halal. Anak-nak puak Pas ini tidak juga disekat untuk menerima biasiswa jika memenuhi syarat.

Nak kata UMNO/BN melarang Pas daripada bertanding dalam mana-mana PRU atau PRK tak ada pula dengar. Tak pernah UMNO/BN melarang mereka daripada berangan-angan untuk ke Putra Jaya. Nak laksana Hudud Pas di Kelantan atau Kedah UMNO tak larang cuma diingatkan jangan berlaku kejam dan zalim dalam perlaksanaannya. Buatlah. Alasan yang mengatakan Tun M, DSN dan UMNO melarang tu cuma dibibir pemimpin Pas sahaja, alasan, tak tahu menari katalah lantai jungkang jungkit. Itu sahaja.  
 
Nak kata BR1M ini zalim, puak-puak Pas dapat juga, malah kebanyakan mereka dengan muka tak malu, berlumba-lumba untuk mengambil BR1M. Adalah hujah mereka untuk menghalalkan perbuatan berlumba-lumba tersebut.
 
Nak kata UMNO/BN dan kerajaan zalim sebab mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka, tak ada pula. Malah puak mereka paling sedikit membayar cukai kepada kerajaan dalam negara ini.
 
UMNO/BN tak pernah pula menegah mereka daripada menunaikan fardu haji. Tidak juga melarang mereka berniaga di pasar malam walaupun adakalanya perbuatan mereka menyusahkan rakyat lain.
 
UMNO/BN tidak pula melarang puak-puak Pas ini daripada membeli kereta Volvo, Porche dan Mercedes. Malah mereka tidak pernah dilarang untuk berkhalwat dalam keretapi, untuk memasuki sebarang tender terbuka, untuk membeli belah di shoping Komplek yang besar-besar dan tidur di hotel-hotel mewah. Tak pernah larang, tak pernah sekat, mana zalimnya.
 
Bila kutipan derma untuk Lebuh Raya Rakyat dilancarkan, tak ada pula UMNO/BN melarang tokoh2 usahawan dan peniaga di Kelantan daripada hadir dan memberi derma. Dalam ceramh2 mereka juga kantung berjalan, kutipan dibuat, tak ada pula UMNO larang. Kutiplah, makanlah, bahagilah sama rata, ada UMNO kisah??
 
Kata Dr Mahfodz rakyat Kelantan tertakan?????? yang berdoa tu bukan semua rakyat Kelantan, malah orang luar yang ingin kelihatan alim juga lepak kat tengah padang tu. Golongan muda di Kelantan ceria je menonton perlawanan bola yang melibatkan pasukan Kelantan, tak ada tertekanpun. Isshh..ish alasan dangkal betul puak-puak Pas ni.
 
Oleh kerana kemakmuran negara ini menyebabkan UMNO/BN dan kerajaan dianggap zalim maka peristiwa yang dipaparkan dalam gambar-gambar ini mungkin tidak zalim oleh puak Pas ini. Mari kita tengok: Dari Blog PANEH MIANG
 
   
Masjid punah
 
 

Apa dosa anak ini??
 
 

Penyokong Israel adalah bersubahat
 
 
 Mati dalam senyuman
 
 
 
Mengzalimi kanak dan orang awam. Mereka perlu berdoa
 
 
 Kesan kekejaman dan kezaliman
 
 
 
 
 

Mengzalimi penduduk


 Mengzalimi pemimpin


 Mengzalimi pengikut totok
 
 
 Zalim terhadap penjaga keselamatn negara dan rakyat
 

Ini dizalimi dan mengzalimi


Perjanjian Syaiton.. mengkhianati agama, bangsa dan negara
 
 
 
Ini semua mungkin tidak zalim kerana seperti kata Obama, Israel berhak untuk mempertahankan keselamatannya. Nuar Brahim menyokong segala usaha untuk menjamin kelselamatan Israel. Nuar Brahim  kawan Pas. 
 
Palestine bermandi darah, hospital musnah, rumah lebur, nyawa melayang akibat kekejaman Israel. Kebebasan penduduk Gaza disekat. Malas nak cerita. Jika puak-puak Pas ini tidak faham erti dan maksud kekejaman dan kezaliman, maka inilah contoh terbaik untuk mereka. Pertanyaan, apakah Pas mahu UMNO/BN bertindak sedemikian rupa terhadap mereka demi untuk menjaga keselamatan UMNO/BN???

Potret tersebut menceritakan segala-galanya, Mungkin bagi sesetengah orang ianya zalim dan kejam, tetapi bagi puak Pas semua itu adalah biasa. Kesimpulannya yang zalim dan kejam ialah Pas, pemimpinnya dan pengikutnya.

Kenapa Israel begitu zalim dan begitu kejam??? sebab dia disokong oleh Obama, great Britain, Perancis dan Nuar brahim. Kenapa Pas kejam sehingga sanggup mendoakan kemusnahan UMNO/BN??? sebab Pas mendapat sokongan DAP, Nuar dan PKR.
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

TV3 Dan Utusan Malaysia Putar Belit..


MBNS sedang mengaminkan doa..
 

Selepas ini nanti, apabila semakin ramai yang mempertikaikan tentang doa sesat Pas yang di ameenkan oleh 30,000 orang itu, maka akan banyaklah fatwa dikeluarkan oleh 'ulamak Pas' supaya orang yang mempertikaikan doa tersebut segera bertaubat.
 
Jika ini tidak berlaku, tentunya kepimpinan Pas akan mengatakan TV3 atau Utusan Malaysia telah memutar belitkan doa berkenaan. Itu sahaja kaedah dan modal yang mereka ada untuk melepaskan diri yang tersepit.
 
Sebenarnya doa Pas untuk menjahanam umat sebangsa ini telah banyak kali berlaku. Doa seperti ini bukan sahaja diadakan di dalam masjid-masjid, di atas padang di dalam stadium malah dipasang merata-rata menggunakan kain rentang, papan kenyataan malah didinding lori sekalipun. Terdesak je doa, terdesak je doa..
 
Doanya semua menjurus ke arah untuk kemusnahan sahaja. Doa pecah perut pemimpin UMNO/BN, doa supaya UMNO/BN menerima azab dan pelbagai lagi doa yang tidak masuk akal. Ini telah berlaku sejak berpuluh tahun dahulu.
 
Perkara-perkara sebeginilah yang membuatkan ramai ulamak  kini kekal bersama UMNO kerana mereka sedar bahawa apa yang dilakukan oleh Pas itu adalah perkara mungkar dan wajib dijauhi.
 
Ulamak yang tidak menyokong Pas ini pula dilabelkan dengan pelbagai gelaran yang menjijikan seperti ulamak cari makan, ulamak Dato', ulamak UMNO, ulamak upahan dan sebagainya.
 
Malah ulamak tersohor dari luar negarapun sekiranya membuat kenyataan yang menyebelahi UMNO dan kerajaan BN ini akan juga diberi gelaran yang menghinakan. Begitulah hebatnya ilmuan yang terdapat di dalam Pas.

Doa-doa sebegini bertujuan semata-mata untuk menunjukan puak Pas ini berada dipihak yang benar. Ia bertujuan untuk mengikat penyokong mereka agar tidak lari meninggalkan perjuangan Pas. Doa sebegini akhirnya akan menyeru kepada perpecahan masyarakat sebangsa dan seagama.

Doa-doa sebeginilah juga yang membuatkan ribuan ulamak yang berada di dalam UMNO/BN semakin menjauhkan diri daripada perjuangan PAS. Ulamak ini menyedari betapa bercelarunya pemikiran ulamak Pas yang lebih mementingkan politik daripada kesatuan ummah.

Antara ulamak yang bersama UMNO/BN yang tidak bersetuju dengan cara perjalanan dan perjuangan PAS ialah Tan Sri Harussani. Beliau yang merupakan Mufti Perak ini sering menjadi sasaran pihak Pas apabila beliau mempertikaikan sesuatu kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pas yang bertentangan dengan fitrah agama.

Terkini Harun Taib meminta Tan Sri Harussani bertaubat kerana katanya dia menolak perjuangan Islam apabila menegur kenyataan Nurul Izzah.

Tan Sri Harusssani dengan jelas mengatakan bahawa seluruh kehidupan beliau adalah berjuang untuk Islam. Pemimpin Pas yang bermulut celupar harus merasa malu dengan kenyataan Mufti Perak ini. Beliau menginsafi betapa Pas banyak menyeleweng sejak penubuhan parti itu 58 tahun dahulu. Ikuti kenyataan beliau seperti yang dilapurkan oleh akhbar seperti di bawah:
 
Sepanjang hidup saya perjuang Islam - Harussani
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyangkal dakwaan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa beliau tidak menyokong perjuangan Islam.
Tegas Harussani, Islam akan terus beliau perjuangkan sepanjang hidupnya termasuk isu-isu berkaitan perpaduan umat.
"Sepanjang hidup, saya akan terus memperjuangkan Islam dan belum pernah saya tak bercakap mengenai Islam.
"Cuma, saya tak menyokong perjuangan parti yang menamakan dirinya Islam tetapi perjuangannya hanya menyeru perpecahan dan menanam kebencian sesama ummah hingga berlaku perpisahan (perpecahan) dalam kalangan orang Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Harun yang memintanya bertaubat kerana tidak menyokong perjuangan Islam seperti dipetik dalam portal berita milik Pas, Harakahdaily hari ini.
Harun mendakwa sedemikian ekoran nasihat Harussani agar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bertaubat serta menarik kenyataannya berhubung kebebasan beragama di kalangan orang Melayu.
Kenyataan Harun berbunyi: "Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam."
Harussani berkata, isu perpecahan umat Islam telah mula 'berputik' sejak 50 tahun kebelakangan ini sehingga membuatkan sesama Islam saling membenci.
"Inilah yang telah berlaku. Sepanjang itu saya menyeru supaya orang Islam bersatu. Perkara itu sangat penting. Dia (parti yang menggunakan nama Islam) tak akan berjaya. Kerana kecewa dan sakit hati, sebab itu mereka suka menghukum orang lain. Perkara seperti ini yang membuatkan orang lain semakin membenci Islam," katanya
Ulasan Tan Sri Harussani tentang doa kehancuran Pas di SINI 
 
  
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.