Monday, September 24, 2012

Sebelum Pembentangan Bajet Jumaat Ini, Jangan Kunjungi Tempat2 Berikut..


 

Rakyat Malaysia yang tidak berkepentingan dinasihatkan agar tidak mengunjungi tempat-tempat berikut buat sementara waktu, sekurang-kurangnya sehingga pembentangan Bajet 2013 oleh PM. Ini ialah kerana tempat-tempat tersebut tidak selamat untuk dikunjungi sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu ini. Antara tempat-tempat tersebut ialah:
 
Outlet Sate Kajang, di mana juga,
Semua gerai makan Tomyam,
Pusat Membeli Belah di semua bandar2 Besar termasuk yang di MIRI dan SIBU,
Zoo Air Keroh Melaka,
Pantai Peranginan Port Dickson,
Semua Taman Tema termasuk Gambang, Bukit Merah dan Genting,
Kolam Air Panas Pedas,
Cameron Highland dan Frasser Hill,
Tasik Raban,
Menara Condong di Teluk Intan, Perak,
Bukit Bendera dan Gurney Drive Pulau Pinang,
Semua Hyper Market seperti Giant, Econsave, Tesco Extra dan Carrefore,
Semua kawasan R&R di Lebuh Raya Utara Selatan seperti Tapah, Sg Perak dan Gunung Semanggol,
KLCC, MidValley dan SOGO,
 
 
 
  Photo: 2 BUAH  PAPAN TANDA YANG DI NAIKKAN OLEH PARTI PEMBANGKANG UNTUK MENIPU RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN , SEBUAH PARTI YANG TIDAK JUJUR SESAMA SENDIRI YANG TIDAK IKHLAS DALAM PERJUANGAN. LIHAT BETUL BETUL PADA PAPAN TANDA INI. PERSOALANNYA 1. MANA  PEMIMPIN DAP , LIM KIT SIANG ATAU ANTHONY LOKE..TAKUT NAK LETAK GAMBAR DAP KENAPA Takut , bukan kah DAPig Keluarga paling akrab. 2) CUBA LIHAT : JIKA MEREKA MEMERINTAH ; MATI LAH KITA KENA PERINTAH , BN MENTADBIR DIA MEMERINTAH : NAK MEMERINTAH YOOOO........... LOTIH LAH.....
 
Jika anda pergi juga, risiko tanggung sendiri. Segala kesusahan yang anda alami kelak semasa berada di tempat-tempat tersebut jangan salahkan UMNO/BN. Jika berjam-jam tidak mendapat tempat duduk di R&R Sg Perak, jangan salahkan orang lain nanti. Begitu juga jika anda terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk pesanan 50 cucuk Sate Kajang. Tempat Solat di mana-mana R&R juga sesak.
 
Bukan apa, minggu ini kakitangan awam telah menerima gaji, semua tempat-tempat tadi penuh sesak dengan pengunjung. Jadi sesiapa yang tidak berkenaan, eloklah elakan daripada menambahkan kesesakan di tempat-tempat berikut.
 
Apa yang Jokiden ingin sampaikan ialah, Malaysia ini cukup makmur, cukup aman dan damai. Tidak seperti yang ditohmahkan oleh puak-puak pakatan ini. Slogan PAS di atas tersebut tidak relevan langsung "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" 
 
Cuma Jokiden tidak beberapa pandai hendak mengolah tentang ke makmuran Malaysia ini, lalu Jokiden buat dalam bentuk Amaran Keras di atas. Segala-galanya di depan mata. Masih ada yang kurang di sana sini, transformasi DSN bakal menyelesaikannya.
 
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Saturday, September 22, 2012

Ulang Tonton, Bagi Nik Aziz Segalanya Politik.. Patutlah



 

Nampaknya marah sangat, berbuku sangat dan meroyan sangat puak-puak DAP dan PAS bila Pemuda UMNO mengadakan perhimpunan bagi melahirkan bantahan terhadap penerbitan video menghina Rasulullah. Kalau boleh biarlah puak mereka sahaja yang berdemo kerana bagi mereka hanya demo mereka sahaja yang ikhlas. Demo yang lain daripada mereka semuanya ada udang di se balik batu.
 
Demo Pemuda UMNO. demo  PERKASA, demo JATI dan lain2 NGO adalah bermotifkan politik dan ingin menunjuk-nunjuk.
  
Demo salah, tak demopun salah. Kalau tidak ada inisiatif Pemuda UMNO untuk menunjukan bantahan terhadap isu ini maka akan timbullah kutukan lain pulak. Melalaklah mereka bertanyakan mana suara Pemuda, mana suara JATI dan mana suara PERKASA. Akan keluarlah tuduhan Pemuda tidak ada taring, Pemuda tidak ada telur dan Pemuda UMNO Dayus.
 
Demikianlah kotor dan jumudnya pemikiran puak-puak PAS ini. Pelbagai kecaman kedengaran dan pelbagai pembelaan pula mereka lakukan untuk menghalalkan kecaman Pengerusi DAP Perak terhadap Ketua Pemuda.
 
Timbulah semula kisah pisau cukur Gillette dan jangut Rasulullah seperti yang pernah mewarnai dunia politik Malaysia suatu waktu dulu. Anihnya terlupa pula mereka kepada hinaan yang dilakukan oleh Nik Aziz yang menyamakan kelahiran junjungan Besar Nabi Muhamad SAW sama dengan kelahiran mamat-mamat di Kelantan itu.
 
 
 
Apa mereka peduli jika benar Ketua Pemuda ingin mendapatkan keuntungan politik dalam isu ini. Apa mereka peduli samada tindakan Pemuda itu ikhlas atau tidak. Mana ada ikhlas. Yang ikhlas hanya perbuatan puak-puak Pakatan sahaja. Yang islamik hanya perbuatan puak-puak pakatan sahaja. Perbuatan dan tindakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO mana ada yang islamiknya.
 
Jika benarlah puak-puak pakatan ini terlebih tahu, terlebih islam, terlebih mulia, terlebih mahir dalam seluk beluk agama dan sering pula menyuruh orang lain bertaubat.. apa kata cuba buat perbandingan antara orang UMNO dengan puak mereka.
 
Perbandingan dalam satu perkara sahaja. Bandingkan siapa lebih banyak dosa dan siapa lebih banyak pahala... Puak mana agaknya yang lebih mendapat ke redaan Allah SWT, puak pembangkang atau puak kerajaan..???? Ulamak mana yang lebih mulia, ulamak pembangkang atau ulamak kerajaan..???

Bagi puak pakatan tentu tidak susah nak membuat penilaian ini kerana mereka selamanya berpendapat puak mereka sahaja yang betul. Percakapan mereka sahaja yang betul. Perhimpunan mereka sahaja yang betul. Sembahyang mereka sahaja yang betul. Pergaulan mereka sahaja yang betul. Mereka sahaja yang layak bercakap pasal Islam. Mereka sahaja yang maksum. Mereka sahaja yang alim. Jadi tentu mudah sahaja nak buat perbandingan tersebut.. buatlah.. mari kita tengok.
 
Beberapa hari yang lalu apabila PM berkata 55 tahun BN memerintah dan mendapat rahmat Allah SWT dan negara maju, aman dan damai, maka ada pulak pencacai pakatan yang bertanya apakah 300 tahun Firaun memerintah Mesir juga mendapat rahmat Allah SWT... wajarkah perbandingan dan pertanyaan tersebut??? Kalau itu nak dibuat perbandingan kita nak juga bertanya apakah pemilihan Mat Sapu sebagai pemimpin tertinggi PAS tersebut dan menjadi ketua pula kepada ulamak-ulamak dalam PAS itu merupakan rahmat atau bala...??? Tetapi mungkin mereka ada hujah iaitu patuhlah kamu kepada pemimpin kamu walaupun ia dari kalangan hamba abdi yang hitam legam kulitnya...
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Friday, September 21, 2012

Rumah Mewah, Kereta Mewah, Bas Mewah, Hotel Mewah Dan Jet Mewah..


Berapalah sewanya jika Jet ini hendak di sewa dalam 5 atau 6 jam??? 
 
 
Apakah dia hanya meninjau2 dalam jet ini sambil bergurau senda dgn kawan2nya kemudian turun dan naik Airasia ke Labuan dan Sabah..?
 
 

"Sekali lagi saya menjadi mangsa serangan peribadi UMNO dan mereka yang bersubahat dengannya.
Acapkali saya menjadi mangsa tohmahan mereka yang kian kekuncupan dan bankrap idea mahu menjatuhkan maruah saya sebagai manusia yang bersih dari amalan rasuah, kronisme dan nepotisme.
 
Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya fitnah dan tohmahan yang dilemparkan seolah-olah saya memiliki wang ratusan jutaan ringgit untuk dibazirkan."

Petikan di atas di ambil dari blog Gelombang Wangsa Maju

Dari kereta mewah yang menelan begitu banyak subsidi minyak, ke bas mewah dan seterusnya ke Jet mewah. Itulah gambaran sebenar cara hidup yang diamalkan oleh Nuar Brahim yang dari mulutnya tidak habis-habis mengatakan ingin membela rakyat dan sering memberi gambaran bahawa dirinya asyik difitnah, dizalimi dan dianianya. 
 
 
Jom lah turun kito naik Airasia yo.. mampuih kono kutuk kang kalau kito naik jet ni.. 

Rakyat biasa kurang mengetahui tentang cara berbelanja berlebihan yang diamalkan oleh Nuar dalam memprojekan diri sebagai pemimpin rakyat masa depan. Dia memiliki segala-galanya seperti rumah besar, percutian mewah, kenderaan mewah, penginapan mewah, pergaulan mewah, persidangan mewah dan pakaian mewah. Dia ditaja dan menaja.
 
Namun apabila sahaja memegang mikrophone dan berhadapan dengan pendengar ceramahnya, maka mulalah dia menggambarkan dia seorang yang teranianya, termiskin, terbaik, terpinggir, hidup melarat, dikongkong, diseksa, dizalimi, difitnah, dicaci dan diaibkan bla..bla..blah..Dia tanpa sedikitpun rasa malu akan menggambaran diri sebagai sesuci yang mungkin..
 
Manusia hebat dalam memanipulasi setiap keadaan dan setiap peristiwa ini tidak pernah mahu belajar daripada sejarah silam dan pengalaman lalu. Idolanya mungkin Estrada dan Aquino.. Bukan sedikit rakyat yang tertipu dengan segala gerak laku dan tutur bicaranya...
 
Nuar antara pemain politik yang sanggup menggunakan pendekatan negatif demi untuk meraih sokongan dan simpati rakyat.  Malanglah sesiapa sahaja yang terpedaya dengan tipu muslihat Nuar ini. Apa sahaja cara asalkan memberikan keuntungan politik kepada beliau, dia tanpa ragu akan menggunakannya.
 
Dia boleh berkhutbah atas mimbar pada siang hari, kemudian pada malamnya pula berjoget di disko mewah dalam atau luar negara. Ketika berada di hadapan penduduk desa imejnya adalah sebagai seorang yang paling alim dalam dunia ini. Watak dan wajahnya bertukar 360 darjah apabila berada di tempat lain terutamanya di luar negara. Ramai yang tertipu dengan penampilan Nuar dan ramai yang bersimpati. Itupun yang dia kehendaki.
 
Pertukaran wajah yang sering dilakukannya menyebabkan ada penulis barat yang menggelarnya sebagai sesumpah. Ada dia kisah???? Tidak.
 
Yang kekal bersama Nuar sekarang ini dianggap sebagai pejuang kental yang berjiwa rakyat yang memusuhi setiap perilaku yang salah seperti rasuah, kronisme, rakus, kezaliman dan kejelekan.
 
Yang lari meninggalkan beliau dianggap sebagai lalang, tidak ada pendirian, dibayar berjuta ringgit dan merupakan talibarut UMNO/BN. Berpuluh yang termasuk dalam kategori ini seperti Datuk Seri Zahrain, Roslan Kassim, Chandra Mudzaffar, Datuk Zulkifli Nordin, Ezam, Lokman Nor Adam, Zahid, Datuk Sallehuddin, Woo Chee Keong dan ramai lagi.
 
Hakikatnya Nuar hanya ingin mengejar kuasa untuk memuaskan nafsu untuk menjadi Perdana Menteri dan bukannya untuk membela rakyat seperti yang selalu dia gambarkan..Rakyat tidak ada dalam agenda politiknya.
 
Ulang Tayang kisah silam..
 
 Oleh kerana dia tidak mampu untuk merencanakan sesuatu yang jitu untuk masa depan rakyat, maka selaku penasihat ekonomi Selangor dia bersetuju dengan bayaran hanya RM1. Oleh kerana dia tidak mampu untuk mempertontonkan sesuatu yang praktikal dan munasabah untuk menarik sokongan rakyat maka dia beralih kepada politik kebencian. Dia merekasaya fitnah secara berlebihan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dan membenci kerajaan, seterusnya memberikan undi kepada puak dia.

Memang ada yang teramat bangang lalu terpengaruh dengan agenda dan muslihat Nuar Brahim ni. Untuk menutup segala kebangangan mereka itu maka mereka menuduh pula penyokong tegar UMNO yang berjumlah sebanyak 3.5 juta orang itu yang bangang dan dungu. Menuduh orang lain bangang terutamanya orang2 UMNO, tidak sekali-kali mencerdikan diri mereka pula.

Untuk menimbulkan politik kebencian dan menaikan suhu kemarahan orang atau rakyat ini tidak susah. Pusingkan sahaja segala yang baik, terbalikan supaya seoalah-olah bertujuan jahat dan untuk kepentingan sekelompok orang, maka wujudlah kebencian dan kemarahan.

Yang paling rakyat marah ialah apabila dikatakan UMNO/BN menyalahgunakan kuasa, mencuri wang rakyat, rakus, rasuah, mengamalkan kroni, pilih kasih, zalim, menyekat kebebasan dan lain-lain momokan.

Semua yang mereka cakap akhirnya kembali kepada mereka kerana rakyat dapat melihat segala bentuk kemungkaran yang mereka lakukan bila mendapat sekelumit kuasa. Untuk menutup kemungkaran mereka tersebut, maka semakin galak lah mereka membuat tuduhan-tuduhan baru yang lebih hebat demi untuk menutup kelemahan mereka.

Pelbagai dakyah palsu yang mereka sebarkan berulang kali, telah banyak kali diperjelaskan, namun mereka terus dengan isu-isu tersebut dan jika pihak kerajaan ingin berterusan memberikan penjelasan sudah tentulah kerja2 lain untuk membela rakyat akan tergendala.

Mereka sanggup membodohkan diri mereka dan pengikut mereka dengan isu-isu penipuan SPR, dengan isu pembunuhan Altantunya, isu Scorpene dan komisyen, isu konspirasi liwat 2, isu pengundi hantu, isu hudud PAS, isu Royalti minyak, isu subsidi, isu kroni UMNO/BN, isu Syed Mokhtar, isu rambut DS Rosmah dan isu pendaftaran pengundi baru..

Membuat janji pula sesuka hati sahaja, namun realitinya janji-janji yang ditabur ada kalanya tidak masuk akal langsung.

Sebenarnya budaya fitnah dan caci mencaci ini sudah wujud sejak dahulu, diamalkan oleh para pemimpin PAS yang kononnya takut dengan dosa pahala tetapi sepanjang masa melakukan dosa kerana kepada mereka itulah cara untuk mencari pahala. Dari dulu hingga kini jika dihalusi, para pemimpin UMNO dan kerajaan lebih takutkan dosa jika dibandingkan dengan pemimpin pembangkang.

Budaya politik sebegitu, kini menjadi lebih dominan apabila Nuar Brahim tercampak keluar dari UMNO dan dipungut oleh PAS, bekerjasama pula dengan DAP. Keharmonian berpolitik di Malaysia sudah tidak seperti dulu lagi. Persaingan untuk mendapat kuasa di bumi Malaysia ini seolah-olah menghalalkan semua cara demi untuk mencapai matalamat.

Semua ini pasti berakhir selepas PRU13 kelak dengan syarat rakyat menolak ke tepi PKR, DAP dan PAS. DAP akan terus memenangi beberapa kerusi, begitu juga PAS. Namun PKR rasanya akan terus lenyap kerana rakyat telah dapat melihat segala Transformasi yang di bawa oleh DS Najib amat berkesan dan berjaya. Negara akan lebih aman sekiranya Nuar dan Nik Aziz sudah tidak berada lagi dalam senario politik negara...  
 
 "Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Thursday, September 13, 2012

Berakhirnya Hari Raya Muncul Pula Pilihanraya...



Aidilfitri sampai juga ke penghujungnya. Ribuan majlis berbuka puasa dan majlis jamuan Hari Raya di seluruh negara anjuran pelbagai pihak sampai juga ke titik nokhtahnya. Bukan sedikit perbelanjaan yang terlibat. Jika dicampur dengan pelbagai jenis bantuan yang dihulurkan dan persiapan menyambut ketibaan hari lebaran, jumlahnya sudah pasti berbillion ringgit. Ratusan ribuan peserta mengambil bahagian.
 
Majlis perayaan pada kali ini ternyata meriah dan mendapat sambutan di mana juga. Begitulah hebatnya Malaysia negara ku yang tercinta ini. Namun masih ada rakyat yang tidak selamat, masih ada rakyat yang menjerit tentang kezaliman kerajaan, masih ada rakyat yang mati kebuluran, masih ada rakyat yang merempat di bumi bertuah ini.
 
Berjuta warga asing berada di bumi bertuah ini untuk menumpang mencari rezeki yang melimpah ruah kurniaa Allah swt, namun masih ada rakyat yang mengatakan Malaysia ini tidak selamat. Pemimpin Malaysia tidak perihatin, ekonomi Malaysia hanya gimik dan retorik politik parti pemerintah. Malang sungguh menjadi pemimpin di negara yang aman damai ini.
 
Dua tiga orang serikandi yang dulu hidup dalam dunia penuh glamour dan kini cuba mengubah untung nasib hidup mereka dengan menyertai parti pembangkang, lantas dengan semberononya menuduh pemimpin yang ada pada hari ini rakus, tidak islamik, menindas rakyat dan bla..bla..bla.. Maka jadilah mereka pejuang hebat untuk rakyat dan mereka lupa menilai diri sendiri. Fatwa terkini dari salah seorang dari mereka ialah semua pemain bola sepak di negara ini tidak layak menjadi wali kerana memakai seluar pendek lebih dari tiga kali...adoiiii!!! Sedap mulut je dia. Agaknya kini dia siang dan malam asyik mentelaah kitab2 tersohor..
 
Jokiden ingin berkongsi suasana sambutan majlis berbuka puasa dan sambutan Majlis Hari Raya di NSDK negeri Jokiden. Semua pemimpin, Menteri Kabinet, Menteri Besar, Timbalan Menteri, EXCO, Ketua Bahagian, Jabatan-jabtan tertentu, NGO, Taman-taman perumahan dan komuniti tertentu tidak ketinggalan dalam penganjuran majlis-majlis tersebut. Rasanya pada hari hari Ahad ini adalah penutupnya.
 
 
 
 
 
 
 
Untuk menghadiri kesemua majlis tersebut amatlah mustahil kerana terlalu banyak. Para pemimpin terutamanya Menteri Besar mempunyai jadual yang amat padat dan sebulih-bulihnya beliau ingin memenuhi setiap jemputan.
 
Berdasarkan suasana sambutan yang begitu meriah dalam kesemua majlis tersebut, nyata rakyat di Negeri Sembilan berpuas hati dengan suasana politik dan pentadbiran di negeri ini. Adatlah terdapat seorang berdua yang suka menjadi kera sumbang dan asyik mencari salah silap orang dengan melupakan salah silap diri sendiri. Orang sebegini terdapat di seluruh dunia. Jangan kita kisah sangat.
 
 
 
 
 
 
 
Juga berdasarkan sambutan rakyat nampaknya pembangkang sekali lagi akan berputih mata untuk menawan Negeri Sembilan yang penuh beradat ini. Bolehlah kita simpulkan mereka hanya setakat angan-angan Mat Jenin.
 
Taburlah berapa banyak janji, naikkanlah berapa banyak papan iklan, buatlah beribu ceramah, rasanya Jokiden boleh kompemkan bahawa Negeri Sembilan tetap selamat dan kekal di bawah pemerintahan BN. Insyaallah.
 
Dari segi pembahagian kerusi, ternyata DAP mempunyai kelebihan di negeri ini. PAS dan PKR tidak akan cukup majoriti untuk mengetuai pentadbiran. Nak buat macam mana ibarat kain senteng, tarik ke atas nampak bawah, londehkan ke bawah nampak pusat. Tak cukup kain. Atau jawab pertanyaan Jokiden ini, apakah PAS boleh menang semua kerusi yang mereka tandingi kelak??????????
 
Ini diposkan oleh rakan ke wall fb Jokiden. Ontah apo yang nak diubah ea dek PAS ni ontahlah..Ontah apo yang nak di solamatkan ontahlah.. ese kurang paham..
 
Terdapat 12 janji yang mereka buat, tunaikan belum tentu maklumlah manifesto PRU tidak semestinya ditunaikan. Janji-janji tersebut menarik dan boleh memancing undi namun apabila membaca "Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia" budak kocikpun togolak boguling-guling.. Onam juta rakyat asing mencari makan di sini dengan selamatnya, ado ko patut puak-puak pakatan ni mengatakan Malaysia tidak solamat.
 
Jika budak kecil ketawa terbahak-bahak, orang Cina ketawa sinis. Orang Amerika berpendapat politik pakatan ini tidak matang dan tidak berpijak dibumi nyata. Orang Singapura pula berpendapat tak ada isu lain ke yang pakatan ini nak jaja untuk meraih sokongan.
 
Berakhirnya Hari Raya bermakna munculnya Piliharaya. Jika PM membubarkan Dewan Rakyat pada bulan November ini, negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan telah sepakat, tidak akan membubarkan DUN mereka, kecuali Kelantan. Sebabnya mudah sahaja.. mereka TAKUT untuk menghadapi rakyat kerana banyak janji semasa kempen PRU12 dulu sehingga kini masih belum tertunai. Sebab itu jangan cepat sangat nak cakap besar.
 
Memerintah bukan semudah mengkritik. Berjanji memang mudah, namun untuk menunaikan payah. Sebab itu berpada-pada dalam berjanji, jangan terkatup bibir atas dengan bawah sudah terkeluar janji. Masa 4 atau 5 tahun bukannya lama sangat.
 
Semasa berkempen macam bertih digoreng terhambur segala macam tuduhan terhadap pemimpin UMNO/BN. Apabila mereka dapat tampuk kuasa rakyat dengan mudah dapat melihat segala macam kemungkaran yang mereka lakukan walaupun dulu itulah modal politik mereka.
 
Dalam masa empat tahun mereka lebih rakus dari UMNO/BN yang telah memerintah lebih 50 tahun. Dalam masa empat tahun mereka lebih gelojoh menghirup hasil bumi dan negara berbanding dengan kegelojohan UMNO/BN selama 50 tahun. Tender dan kontrak semua mereka sapu. Mereka tuduh UMNO/BN mengamalkan kroni, dalam masa empat tahun mereka lebih banyak kroni dari UMNO/BN.
 
Negeri yang kaya suatu waktu dulu, kini hampir muflis akibat ketidak cekapan mereka memerintah. Dulu mereka menelanjangkan segala salah laku pemimpin UMNO/BN kini mereka pula sedang ditelanjangkan untuk tontonan rakyat. 
 
Apa modal mereka sekarang??????? setelah satu persatu program Tranformasi Kerajaan berjalan dengan baik dan diterima dengan senang hati oleh rakyat. Maka berbaliklah mereka kepada isu persepsi, isu basi, isu Altantunya, isu SPR, isu hudud PAS, isu royalti dan isu polis... Kah..kah..kah.. rakyat sudah tidak termakan lagi dengan dakyah puak-puak pakatan ini.
  
 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Sunday, September 9, 2012

Nafsu Kuat Kudrat Sudah Agak Lemah..


 

Pembaca blog Jokiden tolong nilaikan gambar ini dan buat persepsi sendiri. Agak-agaknya larat ke atau mampu ke dia ni mengangkat buah durian gergasi tersebut..
 
Kalau dia mampu angkat, berapa lama agaknya dia boleh bertahan tambahan dengan duri yang tajam tersebut.
 
Kalau lelaki ni tak berjaya mengangkat buah durian ni maka bermakna Nuar Brahim juga tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
 
Dekat-dekat nak jadi tu adalah, half way kata omputih.. Kita tengok je lah nanti..
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.