Showing posts with label PAS.. Show all posts
Showing posts with label PAS.. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Lagi Bukti PAS Memperalatkan Agama..

 

11 fakta PAS bukan mendaulatkan agama, sebaliknya hanya memperkudakan agama untuk mendaulatkan kuasa.

1. Maksud perjuangan untuk dunia dan bukan akhirat. Lisan kata untuk keredhaan Allah, perbuatan lebih menampakkan untuk mencapai keredhaan makhluk.

2. Niat tidak ikhlas kerana Allah dan bertindih-tindih. Untuk Allah ya, untuk kuasa pun ya.

3. Nabi mendaulatkan agama dengan kasih sayang tapi PAS daulatkan agama dengan mengadaikan silaturrahim dan umat Islam berpecah.

4. Nabi tolak tawaran untuk menjadi raja demi kedaulatan agama, tapi PAS memang berusaha untuk jadi penguasa untuk mendaulatkan agama juga katanya. Jadi cara PAS sama sekali bertentangan dengan cara nabi.

5. Nabi tak yakin dengan kuasa, kedaulatan agama boleh tercapai, tapi PAS yakin hanya dengan kuasa kedaulatan Islam boleh terpelihara. Jelas, yakin Nabi dengan yakin PAS sama sekali bertentangan. Jika yakin nabi kepada Allah, yakin PAS pula selain kepada Allah, yakin juga kepada yang selain dariNya.

6. Nabi laksana hudud di atas kerelaan si pesalah, iaitu dengan pengakuan secara rela kerana mengakui kesilapan dan ingin bertaubat seterusnya meminta dia dihukum di dunia lagi sebagai bukti mereka benar-benar bertaubat. PAS pula mahu amal hudud melalui kuatkuasa undang-undang yang perlu diluluskan oleh 2/3 ahli dewan rakyat. Masalah kerelaan dan taubat tidak timbul langsung.

7. Maksud hudud nabi adalah kejayaan selepas mati untuk si pesalah yang bertaubat sebelum mati. Maksud hudud PAS adalah untuk memberitahu rakyat bahawa parti mereka mahu melaksanakan hudud tapi dihalang oleh UMNO. Maknanya, mereka mahu memberitahu rakyat bahawa UMNO tolak agama. Itu saja. Tiada hubung kait dengan "kerana Allah" dan kehidupan selepas mati. Jika pesalah dihukum rejam melalui hudud paksa PAS, belum tentu si pesalah itu bertaubat dan mendapat kejayaan syurga selepas mati.

8. Bagi PAS, perjuangan yang dibawa oleh UMNO, salah dari sudut agama dan tidak boleh dikompromi, tetapi perjuangan mereka menggunakan landasan demokrasi berparlimen dan sistem undi juga jelas bukan datang dari Islam. Boleh pula dikompromi dan tidak salah.

9. Perjuangan nabi adalah untuk memastikan setiap dari umatnya beriman dengan Allah dan bersaksi bahawa Muhammad itu utusanNya. Seterusnya setiap manusia akan mendapat kejayaan di alam yang kekal abadi. Perjuangan islam PAS, perjuangan berpilih-pilih ibarat kasih bertompok-tompok, benci melata-lata. Yang patut dikasihi, dibenci. Yang patut dibenci dibuat kawan. Yang patut disokong, ditentang. Yang patut ditentang, dia subahat pula.

10. Nabi tidak pernah menjatuh hukum seseorang itu kufur dan jatuh kafir, walaupun baginda tahu ada 83 orang munafik di kalangan sahabat ketika itu. Baginda hanya memberi senarai munafikun ini kepada penyimpan rahsia baginda, Huzaifah r.a dan tidak menghebahkannya kepada umum. Tapi PAS, hari-hari ceramah menjatuh hukum kepada sesiapa saja yang tidak sealiran dengan perjuangannya.

11. Perjuangan Islam PAS tidak dapat bebas dari sifat yang dibenci nabi, iaitu bohong, fitnah dan dusta, sombong, riak dan takabbur. Jika tak percaya selalu-selalulah pergi dengar ceramah PAS.

Kesimpulannya,

Perjuangan PAS bukan perjuangan untuk mendaulatkan Islam. Realitinya, PAS hanya menjadikan Islam sebagai perkakas untuk menyempurnakan cita-citanya untuk berkuasa.

Kononnya hanya dengan cara melalui kuasa saja Islam boleh didaulatkan di negara ini. PAS menjatuhkan hukum syirik kepada Umno, apabila ada kalangan pemimpin Umno berkata, "hanya Umno yang mampu memimpin negara ini".

Bagaimana pula hukumnya, apabila PAS berkata, "hanya dengan cara mendapat kuasa terlebih dahulu, barulah Islam dapat didaulatkan"???


Dicilok dari blog Kepal Nasi Kepal Beras

Sunday, June 17, 2012

Kebenaran Muncul Lagi..Nik Aziz Semakin Terpinggir..

Artikel ini tidak memerlukan ulasan lagi. Ianya sudah lengkap. Jokiden masukan dalam blog ini untuk sesiapa yang tidak sempat membacanya di akhbar. Ia juga untuk tujuan rekod Jokiden. Hayati bersama.   

Siaplah, silap hari bulan Ahli Akademik dari Arab Saudi Ahmad Hamad Al-Jilani akan dituduh sebagai tidak memahami Islam dan mungkin juga dituduh sudah dibeli oleh UMNO. Silap haribulan Nik Aziz akan berkata "Itu dia punya pasallah.."

Hudud tidak wajar jadi isu politik

SEBAHAGIAN peserta mencatat maklumat penting semasa menghadiri sesi pembentangan kertas kerja oleh ahli panel pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Jun - Mana-mana pihak yang menggunakan hukum pelaksanaan hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya disifatkan hanya mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah.

Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.

Jelas beliau, sebelum mewajuikan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu.

''Apa yang penting kita perlu mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia.

''Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Sesi kedua seminar itu dipengerusikan oleh Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Ismail Ibrahim.

Turut hadir Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Prof. Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin.

Mengulas isu sama, Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, pelaksanaan hukum hudud merupakan sebahagian kecil atau satu persepuluh daripada syariat Islam.

Menurut beliau, pemimpin negara Islam perlu mengambil kira keadaan dan pengetahuan yang membolehkan pelaksanaan hukum itu selain masyarakat dan negara sudah bersedia.

''Hukum hudud tidak boleh dilaksana begitu mudah kecuali ada keadaan membolehkannya kerana ia bukan satu perkara utama dalam Islam.

''Ini termasuk jika timbulnya keraguaan, maka ia tidak wajib dilaksanakan kerana Islam telah menggariskan prasyaratnya,"katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia.
             
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Thursday, March 29, 2012

BN NAK TAWAN KELANTAN??? ALA SONANG EA

 

Apa yang bermain di benak pemikiran pemimpin-pemimpin BN selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan? Bagaimana penilaian mereka terhadap pentadbiran PAS di Kelantan selama ini. Tidak adakah jawapan konkrit kenapa BN terus-terusan tumbang dalam setiap kali pilihanraya.

Sudah dikenalpastikah punca kekalahan. Jika sudah dikenal pasti sudahkah dirangka jalan penyelesaiannya. Cer citer. Kuat sangat kah PAS di Kelantan sehinggakan habis segala senjata dan peluru digunakan untuk menyerang, hasilnya bukan makin bertambah baik, sebaliknya bertambah malang nasib BN di sana. Cer citer.

Tak ada langsungkah pemimpin BN di Kelantan yang berwibawa untuk menandingi kehebatan pemimpin PAS di sana. Apa sebenarnya yang berlaku. Orang luar hanya pandai bercakap, orang sana lebih tau. Orang luar hanya tau memberi pendapat, orang sana kan lebih maklum.

Hebat sangatkah Nik Aizi, Husam Musa dan Nik Abduh hinggakan Tok Pa, Anuar Musa, Awang Adek dan Tengku Razaleigh Hamzah TKO dalam setiap pertandingan. Cer citer.. Kita orang luar kurang faham sikit dengan persekitaran di Kelantan ni. Tapi kita nak jugak tengok Kelantan kembali ke pangkuan BN terutamanya selepas PRU13 akan datang.

Apa ramuan terbaik untuk merampas semula Kelantan, setakat ni dah puas hatikah semuanya dengan strategi yang dirangka, atau strategi ala kadar sahaja. Apakah ada anggapan bahawa, biarlah Kelantan terus di bawah PAS, menteri ada juga dari Kelantan ni. Biarlah Kelantan terus di bawah PAS, peruntukan pembangunan mencurah-curah juga datang dari pusat. Semua nikmat kita dapat.

Pengundi Kelantan nipun satu, kalau DUN berikan undi pada PAS, apa salahnya Parliamen berikan undi pada BN...

Bersambung..

Monday, March 26, 2012

TAMAT!!!!! SOHEH PAS BERHENTI MEMBELA NUAR

"Cuku! cukup!, enough is enough...sampai di sini sahaja..." Mulai sekarang PAS tidak akan membela atau mempertahankan Nuar lagi. "Lu tanggunglah sendiri..", Berani buat berani tanggung" itulah antara intipati pendirian pemimpin PAS sekarang ini dalam isu Anwar/Nallakarupan.

 

Kenyataan tersebut di atas disampaikan oleh jurucakap PAS iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man seperti yang dilaporkan oleh hhalem.blogspot.com. Sebenarnya lama dah pemimpin PAS ni muak bersekongkol dengan Nuar dan PKR ni. Mereka sedar menegakan benang yang basah bukannya mudah, ianya satu kerja yang amat sukar seperti mendaki gunung Everest. Itulah yang selama ini dipikul oleh PAS.

Jika diimbas sejarah lampau, suatu ketika dahulu PAS cuba memancing Nuar ni sejak awal lagi. Nuar yang mempunyai cita-cita setinggi puncak Kinabalu, memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya untuk menjadi pemimpin nombor wahid di negara ini.

Ketika Nuar menyertai UMNO, PAS terkejut beruk dan tidak percaya dengan langkah yang diambil Nuar, kerana kononnya masa itu PAS lebih sesuai menjadi batu landasan atau batu untuk Nuar meloncat dalam dunia politik negara, kerana dia mempamir penampilan diri sebagai pejuang Islam.

Tindakan Nuar menyebabkan dia diceraikan talak tiga.(kena guna cina buta tu, pinjam istilah Kepal Nasi) Semuanya masih segar dalam ingatan betapa Nuar teruk di caci maki, siang dan malam oleh pemimpin PAS. Segala bentuk penghinaan dihamburkan oleh penceramah PAS tanpa belas kasihan. Segala kudis Nuar dibuka seluas-luasnya tanpa sedikitpun rasa bersalah. Akhirnya Mat Sabu menggelarkan Nuar sebagai Al-Juburi. Satu penghinaan yang tiada tolok bandingannya di dalam kehidupan seseorang insan, terhadap pemimpin, sedangkan Nuar ketika itu adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa yang sama Nuar juga terpaksa membalas dan masih segar dalam ingatan segala cacian Nuar terhadap PAS. Apa yang dia tidak sebut tentang pas sehinggakan ulamak PAS digelarnya Ulamak Terompah...bla..bla... banyak lagilah.

Itu dulu. Episod kedua ialah selepas Nuar dipecat dari UMNO dan kerajaan dan menentang kerajaan serta UMNO/BN, sedikit demi sedikit PAS menunjukan rasa simpati dan sedikit demi sedikit mula mempertahankan Nuar. Bagi PAS matalamat menghalalkan cara, yang lain belakang kira. keuntungan politik dan keuntungan dunia harus diutamakan dalam segala tindakan. PAS dan Nuar menyedari keperluan untuk bersama, menyedari keuntungan bersama dan menyedari mempunyai musuh politik yang sama, akhirnya bersatu semula. Kahwin semula, guna cina butalah tu, untuk menentang UMNO.

PAS dan Nuar terpaksa menjilat segala ludah dan kahak yang pernah mereka semburkan dulu semata-mata untuk memenuhi hajat dan impian bersama iaitu untuk menggapai kuasa politik di bumi yang bertuah ini. Nuar walaupun PAS menyedari dia mempunyai banyak masalah, cuba digambarkan sebagai insan suci, tidak ada cacat celanya. Mereka mempertahankan segala perbuatan Nuar dan mengalihkan semua yang dihadapi oleh Nuar ialah kerja kotor dan kerja jahat UMNO.

PAS memang sedar dari awal lagi, bersama Nuar bererti mendukung biawak yang hidup, pasti biawak akan mencakar sepanjang masa. Kuku biawak biasanya panjang dan tajam. Sampai bila mereka mampu mempertahankan Nuar??????? Habis calar balar kena cakar...berdarah..pedih. Saban hari penuh dengan segala masalah, lepas satu, muncul lagi satu, muncul lagi dan lagi. Muuuaaaak!!!!! itulak agaknya, akhirnya PAS sudah jelak.

Kemuncaknya bila Nuar nak saman Nalla, rakan baik suatu masa dulu. PAS tidak mahu masuk campur, itu masalah peribadi.. hahahahahaha!!!!!....kah!!!..kah!!!...kah!!!... budak kecikpun ketawa. Selama ni bukan masalah peribadi???????

“Jika ada pihak yang menuduh Pas mendesak Datuk Seri Anwar, itu tidak betul, kita tidak pernah bincang hal ini dan kita juga tidak mahu masuk campur dalam hal ini”
“Pada pandangan Pas, isu itu adalah masalah peribadi antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Nallakarupan,” – TIT Man.
 Habislah kau Nuar...sekutu rapat sudah mula mahu menjauhkan diri. Masalah peribadi, tanggung sendiri, jawab sendiri dan sendiri mau ingatlah...

Bukannya PAS tidak tahu apa yang Nuar lakukan, bukan PAS tidak kenal Nuar luar dan dalam...Mungkin tindakan seterusnya PAS akan meninggalkan Pakatan haram ini. Tak ada ke fatwa ulama PAS tentang apa hukumnya bersekongkol dan bersyubahat dengan orang yang mereka pernah labelkan dengan pelbagai masalah moral....