Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

Berita Ini Menyebabkan Demam Nuar Bertambah...


  
Melihatkan kehadiran sebanyak 80,000 orang di majlis sambutan Tahun Baru Cina di PP tempoh hari, Nuar menjadi tidak tentu arah. Tidak kisahlah jika orang hadir sebab PSY atau sebab PM datang atau sebab kedua-duanya sekali.
 
Ucapan PM pada malam tersebut walaupun pendek tetapi padat dan  amat terkesan serta  menyintuh hati rakyat Pulau Pinang. Ternyata majlis tersebut berjaya membuatkan pemimpin pakatan rungsing dan mengelabah.
 
Pencacai mereka sibuk mencari kelemahan di mana ada untuk di spin. Maka mereka menemui antaranya PM kena 'boo' dan kos membawa PSY sebanyak 'RM2 juta' lalu digembar gemburkan dengan begitu hebat sekali.
 
Jokiden mengikutinya secara live ucapan PM melalui blog Pisau, tak ada pulak terdengar orang ramai begitu kuat menjawab 'NO' apabila PM bertanya "are you ready for BN" Peliknya itulah yang cuba di spin oleh puak pembangkang ini. Jika jawapan 'NO' begitu hebat takkanlah PM nak ulang pertanyaan yang sama sampai tiga kali. 
 
Yang nyata pada majlis sambutan tersebut ialah rakyat PP tidak mematuhi saranan Ketua Menteri Tokong nya upaya rakyat hadir dengan baju merah, kuning dan hijau. Adalah dua tiga kerat yang memakai baju kuning dan mereka seperti rusa masuk kampung atau seperti orang yang tersalah kain.

Untuk menonton konsert orang sehebat PSY yang mengatasi Justin Bibber dalam hit di youtube sudah tentu memerlukan seseorang membayar ratusan ringgit atau ribuan ringgit. Ini cuma sekadar RM25 je seorang.

Untuk membawa Tiger Wood bermain golf di negara ini promoter terpaksa membayar RM3 juta. Untuk membawa Amstrong ke D' Tour De Langkawi RM1.7 juta diperlukan. Oklah tu jika RM2 juta untuk membawa PSYdan 80,000 orang pula berpeluang menyaksikannya. Munasabah. Tak perlulah Persatuan Siniman atau artis Malaysia meroyan.
 
Fakta kehadiran 80,000 orang dan hanya 10 memakai baju kuning tersebut membuatkan Nuar mula pening dan demam.
 
Kemudian kini timbul pula 'fatwa' baru yang mengatakan haram mengundi PAS dalam PRU 13 kelak. Nuar bimbang sangat jika penyokong Pas tidak menyebelahi mereka. Dia tahu sangat bahawa tanpa undi dari penyokong Pas maka dia sudah boleh mengangkat bendera putih. Dia tahu tanpa pengundi Pas, tiada kerusi yang bakal boleh di menangi oleh PKR. TIADA.
 
Dalam dia pening-pening lalat tersebut Presiden MCA pula membawa lagi satu berita  yang membuatkan dia hampir pitam iaitu orang Cina sudah membuat pusingan U. Dr Chua Soi Lek mengatakan pengundi Cina akan memberikan undi kepada BN dalam PRU akan datang. Baca kenyataan Presiden MCA seperti di bawah:
 

 

Sokongan pengundi Cina kepada BN bertambah - Soi Lek


LABIS 13 Feb. - Sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin bertambah berbanding 2008 kerana mereka semakin sedar pentadbiran pakatan pembangkang tidak mampu membela nasib mereka.
 
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pelbagai isu yang gagal mendapat kesepakatan dalam kalangan pemimpin pembangkang sepertia siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya mereka memerintah telah menyedarkan pengundi.
 
"Kegagalan pembangkang menunaikan janji di negeri-negeri dikuasai mereka juga menjadi penyebab pengundi Cina bertindak membuat pusingan U dengan kembali menyokong BN," katanya semasa menghadiri Majlis Pertunjukan Kebudayaan Cina di Chaah semalam. - UTUSAN




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Saturday, March 31, 2012

LIM GUAN ENG MAHARAJA RASIS!!!! SOHEH KATA SOI LEK




DAP cenderung isu perkauman

KUANTAN 29 Mac – DAP didakwa semakin giat memainkan isu perkauman termasuk meminta masyarakat Cina bersatu memberi sokongan kepada mereka bagi membolehkan negeri lain turut mengikut ‘jejak langkah’ Pulau Pinang yang diterajui oleh parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, malah di hadapan masyarakat Cina, pemimpin DAP mendakwa segala masalah yang berlaku di negara ini berpunca daripada UMNO dan oleh itu orang Cina perlu bersatu menyokong mereka.

Menurutnya, DAP juga menuduh MCA sebagai penghalang kepada usaha mereka untuk menguasai negeri-negeri lain.

“Sekarang DAP memainkan isu-isu perkauman. Kebelakangan ini juga, ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di mana-mana sahaja, dia suka menyentuh kejayaan membentuk kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh pemimpin DAP.

“Dia memberi harapan palsu kepada masyarakat Cina kononnya dengan menyokong DAP, mungkin ketua dan pemimpin negeri-negeri lain akan datang juga daripada DAP dan berketurunan Cina.

“Ini satu pembohongan besar kerana DAP hanya boleh menjadi ‘maharaja’ di negeri Pulau Pinang sahaja. Ini adalah kebenaran,” katanya ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Paya Besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gambang, di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi BN Parlimen Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar.

Sementara itu, Soi Lek sekali lagi menyifatkan hasrat DAP meletakkan beberapa calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang sebagai hiasan politik semata-mata.

“DAP tidak dapat lari daripada hakikat yang parti itu masih bergantung kepada sokongan masyarakat Cina walaupun ia cuba menampilkan wajah sebagai parti berbilang kaum,” jelasnya.

Dalam pada itu, Soi Lek berkata, subsidi untuk barangan keperluan asas yang disalurkan oleh kerajaan perlu diberi publisiti sebaik-baiknya bagi memastikan keprihatinan kerajaan BN itu mendapat respons positif daripada rakyat.

“Subsidi untuk minyak misalnya, ia tidak disedari oleh rakyat. Tetapi kita lihat kerajaan DAP Pulau Pinang akan mencanangkan ke seluruh dunia walaupun memberi bantuan RM100 untuk warga emas setahun sekali.

“BN selama ini hanya pandai membuat kerja dan sudah sampai masanya kita kena fikirkan publisiti positif kepada usaha kita itu. Subsidi minyak misalnya, setiap liter kerajaan tanggung subsidi kira-kira RM1.

“Maknanya kalau seorang belanja petrol 200 liter sebulan, kerajaan telah beri kepada dia RM200 sebulan. Tetapi siapa yang sedar dengan pemberian itu,” katanya

Komen Jokiden:

Macam mana kita faham Nuar putar belit, kaki kelentong, Nik Aziz guna agama untuk politik, begitulah kita faham bahawa LGE bapak segala rasis. Percayalah DAP tidak akan hidup hanya semata-mata rekod lampau. DAP masih bernafas adalah disebabkan pendekatan rasisnya sewaktu mendampingi kaum Cina.

Yang jelas dan yang kita ketahui hanya sedikit sahaja sedangkan yang tersembunyi melalui akhbar bahasa cina, kain rentang, blog, facebook, sms adalah lebih dasyat daripada yang dapat kita bayangkan. Di atas adalah kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang mengesahkan bahawa LGE adalah maharaja rasis.

Mereka kelihatan tidak rasis kerana lakonan mantap mereka dikala berada dalam komuniti Melayu. Mereka kelihatan tidak rasis kerana terdapat segelintir orang Melayu yang sanggup jadi boneka mereka. Mereka kelihatan tidak rasis kerana berjaya menggambarkan bahawa UMNO dan Perkasa yang rasis. Hakikatnya dalam kempen-kempen mereka, pendekatan rasis tersebutlah yang membuatkan mereka diberi undi seperti yang berlaku di Sarawak.

UMNO/BN telah berkongsi kuasa dengan MCA begitu lama dan telah terbukti ramuan tersebut adalah berjaya dan semua bangsa di sini merasai nikmatnya. Semua maklum, ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina dan India. Adalah seorang dua orang Melayu yang kaya (itupun dituduh kroni oleh Nuar) siang malam diungkit oleh Nuar, tak cukup dalam ceramah politik, dibawa pula ke dalam Parliamen. Begitu marah dia jika ada orang Melayu yang dibantu oleh UMNO supaya menjadi kaya.

Bagi Nuar, jika boleh biarlah Melayu terus merempat di bumi sendiri. Semua usaha baik yang UMNO/BN cuba lakukan untuk orang Melayu, Nuar sehabis daya akan menggagalkannya, menerusi kritikan yang tidak berasas dan bernada sinis. Jahat kau Nuar. Tengoklah di Parliamen baru-baru ni betapa Nuar cuba untuk menjatuhkan martabat Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Apakah ada agenda tersembunyi??? Apakah Nuar di minta oleh Robert Kaut untuk menghentam Bernas dan Tradewin??.

Jika Nuar dan LGE terlupa jumlah kekayaan yang orang Melayu miliki dikalangan 20 orang yang terkaya di Malaysia hanyalah 1.9% je. Tak sampai 2% Nuar oii, apa yang kau bising sangat dengan 'towkey2' Melayu ni. Syed Mokhtar buat masjid berpuluh-puluh buah, Nuar ada ke buat masjid?? Kenapa sakit hati sangat???

UMNO bantu salah, UMNO tak bantu salah, habis apa yang betulnya??? DAP nipun satu, agak-agaklah sikit nak mainkan isu perkauman tersebut. Pengorbanan orang Melayu terlalu besar dalam menjamin kelangsungan keharmonian kaum di negara ini.
   
Ni Khalid gagap ni telah beberapa kali nak menghapuskan DEB, nak sama rata, nak adil. Konsep keadilan yang macam mana yang dia hendak.??? Tolong sikit Khalid, DEB tu adalah matalamatnya untuk mengwujudkan perpaduan kaum, supaya tidak ada kaum yang terlalu kaya dan tidak ada kaum yang terlalu miskin. Perlaksanaannya melalui serampang dua mata iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Kan masa kecik-kecik dulu dah belajar.

Selepas tamat tempohnya, DEB taklah gagal sangat walaupun tak tercapai sepenuhnya. Kaum Cina meningkat ke angka 45%, India 28% dan Melayu 18%, oklah tu. Siapa kata DEB tidak menguntungkan orang Cina. Kekayaan mereka bertambah, Vecient Tan sendiri mengakui bahawa dia berjaya berniaga kerana adanya DEB. Cuma ekuiti Melayu tidak mencapai sasarannya 30%. Tetapi peningkatan dari 7% ke 18% kira oklah. Memanglah kaum Cina bila beri betis nak peha, beri peha nak dada, itu biasalah, yang orang Melayu terbawa-bawa dengan agenda halus DAP pasal apa.

50 tahun Kemas memberi bantuan kepada warga susah, berbillion-billion yang disumbangkan, eh tup-tup LGE bagi RM100, dah elok sangatlah budi pekerti LGE ni. Sekolah mana yang ajar kita berfikiran demikian. Cer citer. Samalah kisah dengan mana-mana isteri yang 20 tahun dibelikan oleh suaminya epal dan pisang, tiba-tiba datang jantan lain bawa buah anggur, lalu dia lupa segala jasa baik suaminya selama 20 tahun dek buah anggur setengah kilo. Siang malam dia puji jantan tu, tup tup kena tangkap khalwat..

Dalam berpolitik, dalam usaha hendak meraih sokongan, jangan kita jadi seperti kacang lupakan kulit. Jangan dengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan, sok kok kono minum air longkang. Jangan panas setahun lenyap oleh hujan sehari. Jasa UMNO/BN ni besar kepada semua. jangan saja-saja nak nafikan. Ada orang yang sekarang ini berusia 50 tahun, dari zaman dia bersekolah dulu menerima bantuan kerajaan hinggalah hari ini samada anak dia atau cucu dia masih terus menerima bantuan kerajaan. Nak nafi ke??? tengok diri sendiri dulu Itu baru satu bidang iaitu pendidikan. Bagaimana dalam pelbagai bidang yang lain??

Wah ada yang berfikiran terlalu kehadapan, maka dia kata, ah itu semua dah tanggung-jawab kerajaan, mak oii ai..Ada juga yang terlalu cerdik bertanya, tu bangunan dan jalan raya yang kat Jamaica tu UMNO/BN ke yang buat??. Kan malas kita nak layan orang yang kufur nikmat seperti itu.

Negara ini diurus dengan baik walaupun tidak sempurna. Kalau tak diurus dengan baik hah, itulah jadinya bertahun-tahun menanti air bersih, tak berdosa ke tu membiarkan rakyat menghirup air yang tak bersih, sedangkan urusan mentadbir negara terletak di bahu mereka. Ini kena tanya ulama' ulama' ni. Kang kita salah sebut kang, dia kata kita ni jahil ugama, yang cerdik ugama puak depa je.. Orang UMNO ni semua tak alim..ilmu cetek..Ish..ish..

Puak pembangkang ni dalam ceramah mereka cer citer tentang subsidi yang kerajaan tanggung ni, ceritalah berapa subsidi gula, berapa subsidi tepung, subsidi minyak, subsidi beras, susu, minyak disel, komputer, api, air, gas memasak, tol lebuh raya dan pelbagai lagi. Chua Soi Lek cuma sebut minyak je lebih kurang RM200 ke RM300 sebulan rakyat menerima subsidi. Memanglah tak nampak oleh rakyat. Sebenarnya subsidi yang rakyat dapat ni jumlahnya beribu-ribu sebulan.

Sibuklah pembangkang nak menaikan suhu kemarahan rakyat, maka dia katalah duit rakyat pembayar cukai??? Oii banyak mana rakyat bayar cukai ni, siapa yang bayar cukai, yang melalak siang malam tu pernah ke bayar cukai??? cer citer sikit. Siapa pembayar cukai terbesar di negara ni.. Yang bercakap tu bila kali terakhir dia isi borang cukai pendapatan...??? Kadang-kadang ponek kito donga, duit rakyat..duit rakyat.. itulah modal dia. Memanglah bila rakyat merasakan hak mereka disalah gunakan, melentinglah rakyat marah...bila rakyat marah, merekalah dapat faedah..itu saja.

Wah kadang-kadang dia bakar lagi perasaan rakyat dengan mengatakan rakyat sudah cerdik, rakyat tahu menilai, rakyat sudah bermaklumat, bla..bla.. betul dan benar, rakyat juga tahu pembangkang menipu, rakyat tahu pembangkang putar belit, rakyat nampak juga pembangkang mengamalkan kroni, rasuah, tender tertutup, pembangkang pilih kasih dan rakyat juga tahu bahawa pembangkang juga banyak kudis dan kurap, serta banyak membazir...

Dalam pada tu, mereka cuba tambahkan minyak ke api lagi, kroni sana, kroni sini, rasuah sana, rasuah sini.... Oii yang banyak rasuah ni bukan orang politik aaa.. mengikut data SPRM rasuah yang terbesar ialah dikalangan kakitangan yang memegang kuasa di bidang penguatkuasaan. Itupun jumlahnya sudah tinggal sedikit sangat dah.. Dulu-dulu ye, sekarang ini orang dah sedar dah, tak mahu lagi rasuah-rasuah ni.. orang dah tau dah perasuah dan penerima rasuah adalah ahli neraka. Orang dah takut dah..Ni tak habis-habis dengan isu rasuah setiap kali buka mulut. Rakyat ponek dah.. Tunggulah PRU13, rakyat hakim negara...siapa pilihan rakyat kelak.

Jangan nanti bila rakyat menolak pembangkang, hah siang malam pulak mereka mengatakan SPR kena beli, pengundi hantu, mengundi berpuluh kali, pendatang diupah supaya mengundi BN, SPR tak telus, SPR memihak, TV tak adil, akhbar arus perdana tak adil, bla..bla..bla..ponek laie kito. Habis tu yang Kelantan menang 22 tahun tu, semua pengundi hantu mengundi mereka, atau di Kelantan tu SPR super telus?? Yang di Wilayah tu, ada kerusi yang BN tak pernah menang sepanjang hayat??? apa hal tu??? tak ada hantu atau terlebih hantu di situ??? Stop.