Showing posts with label JOKIDEN. Show all posts
Showing posts with label JOKIDEN. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Bapa Borek Anak Rintik..

 

Ketika posting ini mula di tulis, 5 Mei 2013, jam 10.49 pagi Jokiden dan isteri masih belum mengundi. Anak-anak Jokiden sudah kembali dari menunaikan tanggung-jawab mereka dan mereka mengundi untuk DUN Lenggeng dan Parlimen Seremban.
 
"macam mana nak hilangkan dakwat ni ayah..dah banyak kali dah basuh ni" tanya mereka. "tak apalah dakwat tu akan hilang sendiri.." Jokiden menjelaskan.
 
Jokiden dapati dakwat yang dicalit ke jari mereka sangat tebal, pekat dan hitam.  Mereka sangat gembira dan ceria kerana dapat mengundi dan bangganya mereka memberitahu bahawa mereka telah mengundi BN.
 
"Siapa kata orang muda tidak bersama BN,.." kata saya kepada isteri.
 
Segera terlintas di gambaran Jokiden tentang rakan-rakan rapat yang Jokiden ketahui pendirian politik mereka. Tentulah mereka juga merupakan pengundi BN dan anak-anak mereka juga pastinya mengundi BN.
 
Terbayang wajah seorang rakan baik bernama Rosli Ahmad tinggal di Taman Paroi Jaya, DUN Sikamat dalam Parlimen Seremban, yang siang malam mengikuti Jokiden berkempen, tentunya mengundi BN. Begitu juga dengan anak-anaknya.
 
Pada banyak kali selepas menghantar dia balik kerumah selalunya, lewat dinihari dan dalam perjalanan balik ke rumah Jokiden kerap terjumpa anak-anak Rosli masih gigih memasang poster dengan kawan-kawannya. Jasamu tetap dikenang.
 
Pada pagi ini subuh-subuh lagi Rosli telah datang ke rumah Jokiden kerana dompet duitnya tertinggal dalam kereta Jokiden. "kang tak dapek ngundi kang" Banyak kali dompet duitnya tertinggal dalam kereta Jokiden kerana dia selalu mengeluarkannya dari poket setiap kali hendak singgah bersembahyang. Dia dan keluarganya pasti memberikan 6 undi kepada BN. Bapanya borik anaknya rintik.
 
Terlintas juga di bayangan, rakan-rakan Jokiden yang diketahui tidak bersimpati dengan BN. Diantara mereka ada yang telah bersara, ada yang masih bekerja dan berjawatan tinggi samada dalam kerajaan ataupun swasta. Jokiden bayangkan dia dan isteri serta keluarganya tentulah mengundi parti yang mereka sokong. Itulah demokrasi di Malaysia di mana tidak ada orang akan mempengaruhi undi kita.
 
Sampai di sini dulu Insyaallah Jokiden dan isteri hendak kembali ke kampung untuk mengundi. Jaraknya agak jauh iaitu kira-kira 90 kilometer dari rumah Jokiden. Semuga kami selamat sampai. Untuk kesekian kalinya Jokiden berdoa agar BN mencapai kemenangan dalam PRU13 ini.
 
  
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI PAKATAN.
 

Wednesday, May 16, 2012

Pengundi Hantu..Pengalaman Jokiden..Part Two

Part Two
Tujuan baik untuk membantu jentera, tetapi dijadikan senjata untuk menikam tuannya. Kadang-kadang bas kilang yang menjemput pekerja untuk pulang ke rumah, terpaksa melalui kawasan mengundi, pasti akan dituduh membawa pengundi hantu.


Bolehlah dikatakan isu pengundi hantu setiap kali menjelangnya PRU atau PRK adalah sesuatu yang 'wajib' ditimbulkan. Jika tidak ada isu ini Pilihanraya tidak meriah. Ia samalah seperti isu lemang dan rendang semasa musim menyambut hari lebaran. Juga seperti lagu P Ramlee Dendang Perantau pasti bergema setahun sekali apabila tiba musim raya.

Sekali fikir elok juga ada pengundi hantu ini, sebab tidak ada sesiapa yang dapat mempastikan calon parti manakah yang hantu itu hendak undi. Hantu itu mungkin memberikan undinya pada BN atau kepada pembangkang. Dua-dua untung. Apa kecoh-kecoh..

Pada pilihanraya 2004 Jokiden mengalami sesuatu yang mengerikan disebabkan oleh pengundi hantu ini. Perang besar hampir berlaku antara Jokiden dengan mak mertua,  hanya disebabkan wujudnya pengundi hantu di peti undi kampung Jokiden. 4 ekor ayam daging menjadi mangsa.

Jokiden mempunyai 4 orang isteri. Jangan pula ada sesiapa yang terkejut atau jeles. Itu semua sudah 'joki den' nak buek macam mano. Pemimpin pembangkang juga ramai yang beristeri 2, 3 atau empat. Tetapi Jokiden bukanlah mengikut cara mereka. Nak kata Jokiden gatal atau miang, mungkin ada sikit benarnya. Jangan pulak disebabkan kisah ini pengunjung blog dari kaum hawa memboikot pulak blog ini.

Nak kata Jokiden handsome?, kacak? taklah seberapa, tetapi boleh tahan. Kalau bersaing dengan Mat Sabu atau Utz Badrolamin tu, Jokiden taklah kalah sangat dari segi rupa. Rakan-rakan blogger yang mengenali Jokiden boleh mengesahkan perkara tersebut. Ok, beristeri 4 bukan isunya. Salleh Yaakob juga mempunyai 4 isteri walaupun tak se kacak Jokiden.

Mungkin dunia alam siber dan dunia sms juga merupakan antara faktor kenapa isteri Jokiden sampai 4 orang. Dunia maya ada pro dan kontranya. Nasib baik dunia internet ini banyak menguntungkan pembangkang, jika tidak tengoklah mereka mengutuk internet ni. Ini belum dengar pulak mereka menuduh UMNO bertanggung-jawab dengan menyebarkan penggunaan internet secara meluas..Orang Kampung ada yang mengetahui kisah Jokiden kahwin 4, tetapi ramai yang tidak pasti.

Isteri-isteri Jokiden tinggal di taman-taman yang berasingan di Seremban, namun berhampiran antara satu sama lain. Tidak ada masalah. Setakat inilah. Mereka selalu berjumpa atas pelbagai urusan. Cuma pada setiap kali musim perayaan ada masalah sikit kerana masing-masing berkehendakan Jokiden balik ke kampung masing-masing. Yang lain-lain kira beres.

Isteri pertama berasal dari kampung yang sama. Membesar bersama, bersekolah bersama, bersukan bersama dan kami sama-sama jatuh cinta. Akhirnya berkahwin. Syukur kini masih bersama dan kami ada 5 orang anak. 3 orag sudah layak mengundi. Dua masih belajar.

Isteri kedua berasal dari Simpang Renggam Johor, seorang guru, bertugas di Senawang, Seremban. Isteri Jokiden yang ketiga berasal daripada Sg Buluh Selangor, seorang usahawan dan sangat cantik menawan. Bekerja sendiri. Isteri keempat berasal dari Teluk Intan, tetapi membesar di Kuala Lumpur kerana kedua ibu bapanya menetap di Keramat dan bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta di Seremban. Anak 14 orang.

Semua isteri Jokiden merupakan pengundi berdaftar, tetapi di tempat masing-masing. Seorang anak daripada isteri kedua juga sudah layak mengundi.  Oleh kerana mendaftar di kampung masing-masing maka setiap kali PRU isteri-isteri Jokiden akan membawa anak masing-masing balik kampung. Jokiden pula balik ke kampung di Sg Jelutong bersama isteri pertama untuk mengundi. Sejak dulu tidak pernah menukar kawasan mengundi.

Secara zahirnya BN ada 9 undi soheh dari keluarga Jokiden. Setelah mengundi mereka akan mengaku depan Jokiden bahawa mereka memangkah calon BN. Namun di peti undi siapa tahu.

Pada PRU 11, didapati isteri-isteri Jokiden tidak sibuk membuat persediaan untuk balik ke kampung masing-masing. Hairan juga, apakah mereka tidak berminat lagi untuk mengundi seperti sebelumnya. Pada malam hari mengundi semua keluarga berkumpul di rumah Jokiden dengan isteri pertama. Perkumpulan begitu sering terjadi terutamanya apabila meraikan majlis hari jadi anak-anak atau majlis doa selamat. Kebetulan tanpa disedari salah seorang anak menyambut hari jadi hari itu.

"Tak balik ngundi ke esok..?" terpacul secara spontan soalan dari mulut Jokiden kepada isteri kedua.


 "Takkkkk!!!" sahut mereka serentak diikuti dengan senyum-senyum kambing.


."Joking aside..esokkan hari mengundi, undi ponting " Jokiden agak seriuos sikit dan tidak selesa dengan sonyum-sonyuman mereka.

"Kami nak ikut ayah balik ke Sg Jelutong, ngundi kek sanun.." Jawab isteri keempat..mereka gelak lagi. Jokiden terdiam seketika, mencapai rokok dan berasap. 


"Apa hal??" Saya bertanya lagi.

"Macam ni, kita orang esok semua ikut ayah balik ngundi kek Sg Jelutong, semua dah tukar kawasan mengundi kek DUN Juaaseh..mama yang cadangkan" isteri pertama memberikan penjelasan. "Ya, ya,.." kata yang lain membuatkan Jokiden tergamam. Bia betul.

"Kita ingat ayah berjaya jadi calon kali ni, sebab tu kita pakat tukar kawasan mengundi, boleh juga bantu.." Isteri keempat menyampuk.

"Bila tukar?" Jokiden masih tak berapa nak yakin.

"Tiga bulan lepas, ingat tak masa hari Expo Pertanian kat Paroi ari tu, kan ada SPR bukak boot.. masa tulah kami tukar," ketawa lagi mereka.

"Kaklong, bang ngah... Afiq?"

"Dah pindah semua"

"Aboy pun???"

"Pindah ayah..mak suruh" jawab anak dari isteri kedua Jokiden.

Jokiden hanya terdiam dan pelbagai kemungkinan mula menguasai fikiran Jokiden. Esok nak balik mengundi, Jokiden sendiri jarang balik ke kampung. Isteri-isteri memang tak pernah menjejakan kaki ke kampung Jokiden. Nak mampus!! Tak bagi ikut pulak hari mengundi, hilang 5 undi. Akhirnya Jokiden akur,

"Ok, esok jam 9.00 pagi semua berkumpul di sini.." perintah Jokiden.

Pagi 21 Mac 2004 jam lebih kurang 9.20, kami dengan keluarga besar 4 buah kereta berkonvoi balik kampung untuk mengundi. Suasana sangat meriah dan tidak perlu digambarkan kerana kita sedia maklum akan situasi apabila setiap kali musim pilihanraya umum.

Jalan menuju ke Kuala Pilah bersimpang siur dengan kenderaan. Kibaran bendera parti yang bertanding menghiasi sepanjang jalan bermula dari Bukit Putus, Ulu Bendul, Terachi, Taman Jemapoh, Bukit Gelugor, Taman Anggerik, Pekan Batu Kikir, Terentang, Padang Lebar  hinggalah sampai ke Kampung Sg Jelutong. Meriah, enjoy pemandangan, pemanduan pula secara santai, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.

Di Kuala Pilah, keadaan lebih hiruk pikuk, orang sangat ramai daripada biasa. Jokiden singgah sebentar di pasar membeli sedikit sayur-sayuran, dua ekor ikan parang, udang dan 4 ekor ayam daging sederhana besar untuk di masak kelak dalam 'kenduri kecil'. Keluarga dari isteri sulung tentu ramai yang balik pada hari tersebut.

Jam 11 pagi lebih kurang kami sampai di kampung. Pondok menyemak pengundi BN betul-betul di depan rumah mertua Jokiden, sebuah bangunan kedai lama tempat Jokiden bermain dam aji masa kecil dulu. Sambil main dam aji, sambil mengurat isteri Jokiden di seberang jalan.. hahaha nostalgia. Kedai itu secara kebetulan milik ayah calon BN yang bertanding.

Agak ramai berada di pondok BN tersebut ketika itu. Kereta juga banyak. Pengundi luar di kampung Jokiden agak ramai. Kelihatan ramai ialah keluarga Ruslan Kassim Ketua Penerangan Perkasa kini termasuk adik beradik blogger Aspan Alias.

Jokiden biasalah, orang kampung kenal, selepas menyemak nama, berborak sebentar dengan kawan-kawan dan sesiapa sahaja sebelum menuju ke peti undi. Sebelum itu ketibaan Jokiden dengan 4 buah kereta agak mengejutkan juga orang kampung. Mereka berpandangan sesama sendiri, dan berbisik-bisik, kerana pastilah tidak ada yang mengenali mereka (isteri Jokiden).

Isteri-isteri Jokiden dan anak-anak turut menyemak nama masing-masing. Soheh ada, betul ejaan nama dan nombor kad pengenalan tepat. Anak Jokiden tidak ada masalah, namun 3 isteri Jokiden diragui. Ketua peti undi terpaksa masuk campur.

"Ini yang kita tak dapat kesan hari tu.. inilah nama-nama tu.." Jokiden terdengar salah seorang antara mereka berkata, walaupun perlahan namun jelas didengar.

"Orang mano ni.. tak kona.. boleh cayo ko..???" Kata seorang AJK Wanita yang aktif.

"Namo ea ado.. dio bulih ngundi tu, nak buek macam mano.." Balas yang lain.

"Nanti dulu, jangan boghi slip tu dulu..." satu pendapat lain kedengaran.. Jokiden diam je. Tak berniat nak mengeruhkan suasana.

Akhirnya kekecohan mula terjadi, walaupun nama isteri Jokiden soheh ada dalam daftar senarai berkenaan, namun kerana mereka tidak dikenali oleh masyarakat di Kg Sg Jelutong, mereka 'cuba' dilarang untuk mengundi.

"Ontah-ontah ni pengundi hantu ni..IC ea Simpang Renggam..Johor ni!!" Seorang yang memang Jokiden kenali bersuara kuat sehingga menarik perhatian orang lain. Nak dijadikan cerita mertua Jokiden muncul ketika itu, dia nampak kami dah sampai, dia pun datang.. biasalah tu.

Banyak lagilah kata-kata yang sempat didengar dan diingati. Akhirnya isteri-isteri Jokiden demi untuk mempertahankan hak mereka terus sahaja berterus terang mengatakan bahawa mereka adalah isteri kepada Jokiden.

"Tu ha.. suami kami pergilah tanya.." kata salah seorang sambil menunjuk ke arah Jokiden. Apa lagi macam bom jangka meletup!!!!! Ramai yang terkejut, ada yang terlopong, ada yang terus berbisik, tetapi jelas air muka mertua Jokiden mencuka..

"Maghin donga bini ea duo yo.. ni sampai ompek oghang aaa.. gilo.." Kedengaran seorang wanita sebaya mertua Jokiden mengomil.. 

"Iyo boto tu..oghang ghumah ese lah tu" kata Jokiden antara serious dengan tidak.. malu pun ia jugak. Geram isteri dikatakan pengundi hantu ia juga.

"Apo ko ghamai bona bini kau???" Kawan sekolah, seorang yang agak pelucu di kampung Sg Jelutong bertanya dengan wajah cerianya kepada Jokiden. "handa kau.."  sambungnya bila Jokiden hanya tersengeh.

Direngkaskan nostalgia ini kami akhirnya dibenarkan mengundi. Selepas mengundi kami tak tunggu lama lagi di kampung. Keputusan diambil untuk segera beredar. Isteri sulong ke rumah dia sebentar, bertemu ibunya. Jokiden serta yang lain-lain menunggu di luar pagar, tak mahu suasana lagi keruh.

Ketika bersalaman untuk beredar, Jokiden memanggil kawan rapat sejak kecil yang memang duduk di kampung Sg Jelutong itu.

"Nak balik dah ko..?? tak sompek nak kono teh kaw ni.." Tanyanya kecewa, kerana dah jadi amalan kami, bila bertemu sahaja pasti akan ke pekan Padang Lebar untuk pekena teh tarik yang tersedap dalam Malaysia.

"Tak po,  lain kali.. ni ado ayam 4 eko ni, kau amik..den nak balik Somban, kang busuk pulak ayam ni..ingat tadi nak masak kek sini.." hahaha kami ketawa serentak. Ikan dan udang ditinggalkan di rumah mertua. Kami pun cabut sambil diperhatikan oleh orang kampung.  

Di Kuala Pilah kami singgah di sebuah restoren, cantumkan meja pesan makanan, Semuanya lapar. Yang dewasa nampak hilang mood sedikit termasuk Jokiden.

"Lain kali bagi tau ayah..benda-benda macam ni tak payah nak buek surprise.." Kata Jokiden. Mereka diam je sambil menjamu selera.

"Undi sapo tadi??" Jokiden mula memancing.. Mereka gelak.. pasal apa gelak, apa yang lucunya pertanyaan tersebut. Memang soalan itu pasti Jokiden akan tanya.


"Undi kan sulit ayah..mana boleh bagi tau" Anak ke empat Jokiden menjawab. Kami ketawa meriah.

Akhirnya Jokiden dapat tahu hanya Jokiden dan isteri tua yang kekal mengundi BN. Yang lain-lain telah memberikan undi mereka kepada PKR.

"Kali ni je ayah.. next time kita orang undi balik BN.. geram orang BN tuduh kita pengundi hantu.."

Ish ish keciknya alasan. Seperti yang Jokiden sebut dalam posting yang terdahulu suasana di pagi hari mengundi, layanan petugas di bilik gerakan sudah pasti mempengaruhi undi pada saat-saat akhir. Siapa kata pengundi hantu dan  pendatang asing akan memihak 100% kepada BN??. 

Moral kisah ini pembaca boleh cipta sendiri.

Port Dickson 2011. Gambar Hiasan,  tak ada kena mengena dengan posting ini. Hahaha..
 

Ps: Maaf posting ini agak panjang, tak tahu macam mana nak pendekan..       

Tuesday, March 20, 2012

KALAH DALAM TANGAN, MONANG BOLUN TAU!!!

Tajuk di atas Jokiden ambil dari blog Kepal Nasi Kepal Beras. Maksud tajuk tersebut jelas iaitu dalam pilihanraya akan datang, NSDK akan beralih pemerintahannya dari BN kepada Pembangkang. Namun perkataan "Monang Bolun Tau" maknanya harapan masih ada sekiranya percaturan tepat dibuat menjelang hari penentuan tersebut. Tentulah banyak faktor yang boleh mengubah suasana dan situasi yang menyebabkan kenyataan di atas boleh diterbalikan.
  .
Jika kita hendak berfikiran lebih positif tajuk di atas boleh berbunyi "Monang dalam tangan, kalah bolun tau" kaedah penyelesaian mungkin sama dan tak jauh berbeza sekiranya tajuk ini hendak diterbalikan.
.
 
Saya juga membaca email yang dihantar oleh NGO yang menamakan diri mereka TMS dari Jempol di blog Paneh Miang dimana terdapat beberapa input diberikan yang BN NSDK harus mengambil langkah-langkah tertentu. Jika tidak, bersedialah untuk menerima hakikat kesohehan tajuk di atas.
.
Seperti di tempat lain NS juga tidak sunyi daripada serangan persepsi negatif daripada pembangkang. Setiap persepsi jika tidak ditangani dengan betul akan diterima sebagai benar oleh rakyat dan pengundi. Setiap persepi jika dibiarkan tanpa penjelasan, akan menjadi barah yang akhirnya merebak.
.
"NS akan dapat MB baru.." Selalu sangat Jokiden dengar kenyataan tersebut dari mulut orang-orang politik pelbagai parti samada dari BN atau pembangkang. Tokoh-tokoh tertentu ramai juga yang berkata begitu. Tokoh pembangkang apatah lagi, amat ghairah sekarang ini. Keyakinan mereka bertambah kerana tanpa usaha gigih, tanpa calun-calun berwibawa pada PRU12 dahulu keputusan di NSDK menyaksikan BN hilang mandat 2/3.
.
Yang teruja sangat hendak meletakan MB baru di NS ialah PKR dan DAP. PAS dipaksa akur dan dipaksa gigit jari. Diharap PAS juga akan beria-ia untuk mengejar jawatan MB NS ini supaya berlaku perebutan kerusi yang serious antara meraka kelak. PAS sebenarnya lebih layak, memandangkan mereka ada pengalaman di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
.
NSDK seperti Johor, sejak dahulu adalah merupakan kubu kuat BN. Ini diakui oleh kawan dan lawan. Mat Sabu berpuluh kali dalam ceramahnya mengatakan "orang Noghori ni tak faham-faham..sughuh tukar, tak ondak.." Pembangkang pernah mendapat 'telur' kosong di NSDK. Pernah juga wakil pembangkang terkonteng-konteng seorang diri di DUN NS. Kini pembangkang mendapat inspirasi hebat dengan menguasai 15 kerusi.

 
Semua menerima hakikat bahawa tsunami politik yang melanda negara pada PRU12 merupakan faktor penting yang menyebabkan BN kehilangan banyak negeri, banyak kerusi Parliamen dan banyak kerusi DUN. Termasuk di NSDK. Soalnya adakah langkah-langkah jitu telah diambil untuk memperbaiki segala permasalahan yang melanda ketika itu.
.
Air telah sampai ke hidung, BN akan lemas nanti. Tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk BN NSDK menyelesaikan semua permasalahan yang ada sebelum menghadapi rakyat pada PRU13 akan datang.
.
Sekiranya tajuk Kepal Nasi menjadi kenyataan dan email dari NGO yang Paneh Miang paparkan menjadi salah satu faktor kekalahan maka siapa yang harus bertanggung-jawab dalam hal ini???.
.
Jokiden tegas mengatakan kesemua kepimpinan BN NSDK yang berada di saf hadapan harus bertanggung-jawab. Benarlah jika ada yang tidak kisah dan apa boleh buat rakyat sudah menolak kita, namun sanggupkah mereka semua tercatat dalam sejarah politik tanah air, iaitu BN kalah, pemerintahan bertukar tangan dan kapal tenggelam di zaman ketika mereka mengemudi kapal BN ini.
.


Apa masalah sebenarnya di NSDK ini??? apa yang kalut sehinggakan Timbalan Presiden seolah-olah sudah giveup??? UMNO kah yang bermaslah?, MCA kah?, MIC kah?, GERAKAN kah? PPP kah? cer citer... Sepatutnya tiada masalah kerana yang berada di saf hadapan semuanya tokoh-tokoh terbilang dari setiap parti komponen. Namun dingatkan juga untuk mengekalkan kuasa BN di NSDK ini semua parti komponen mesti bebas dari sebarang masalah atau kemelut besar.


Para takoh dan pemimpin BN negeri ini amat berpengalaman.. Cuba kita imbas siapa yang berada di saf hadapan pada PRU12 dahulu. Oleh kerana UMNO menjadi tunjang, maka kita tumpukan kepada UMNO.
.
Ketua Perhubungan, YAB Dato' Seri Utama Hj Muhamad Hj Hassan,
Ketua Bahagian Jelebu, YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim,
Ketua Bahagian Jempol, YB Dato' Hj Lillah Yassin,
Ketua Bahagian Kuala Pilah, YB Dato' Hj Ismail Lassim,
Ketua Bahagian Rembau, YAB Dato' Seri Utama Hj Muahamd Hassan,
Ketua Bahagian Tampin, YB Dato' Shahziman Abu Mansor,
Ketua Bahagian Rasah, YB Dato' Hashim Rusdi,
Ketua Bahagian Teluk Kemang, YB Tan Sri Mohd Isa Samad,
Ketua Bahagian Seremban, YBHG Datuk Ishak Ismail.

Mereka ini yang mengepalai jentera BN pada PRU12. Kini ada pertukaran tak?? Tak ada, masih tokoh yang sama yang akan mengepalai jentera pada PRU13 kelak.. Lalu apa masalahnya??. Mereka inikah yang bergeser antara satu sama lain??. Bergeser atau bergesel sebab apa?? dan untuk apa?? Jokiden harap tidak ada apa2 sengketa yang boleh merosakan suasana dan menjerumuskan BN NSDK kepada kekalahan yang memalukan kelak.
.
Melihat kepada senarai tokoh-tokoh dan otai-otai veteran politik di atas, mereka ini orang lama yang tidak perlukan nasihat atau bimbingan. Mereka lebih arif, mereka lebih mengetahui, mereka telah lama dalam sepak terajang dunia politik di NSDK ini. Jika adapun yang orang luar tepi boleh bercakap ialah tentang satu perkara sahaja iaitu 'belajar untuk berkorban apa sahaja demi agama, demi bangsa, demi negara demi parti, demi generasi dan demi negeri yang tercinta ini.'
.
Selebihnya perlukah mereka ini diberitahu, perlukah mereka ini diajar itu ini, Jokiden rasa tidak perlu. Nanti akan jadi seperti 'mengajar itik berenang atau mencurah air ke daun keladi.' Mereka lebih tahu. Ini belum lagi kita melihat senarai di saf kedua seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib-naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri. Senarainya semakin canggih dan hebat, lalu sepatutnya tidak ada internal differences  seperti yang disebut oleh TPM tempoh hari.

Percaturan pembangkang nampaknya mudah, pertahankan kerusi yang sedia ada dan dapatkan 5 kerusi lagi, maka mereka akan memerintah. Mana kawasan sasaran mereka?? Jokiden diberitahu antaranya Kuala Klawang yang dulu semasa ada excopun majoriti tipis 61 undi. Kemudian Chennah, Jeram Padang, Seri Menanti, Pilah dan Rantau. Rantau??? kawasan YAB MB tu, biar betul???

BN juga mengatur startegi mempertahankan yang sedia ada dan merampas kembali beberapa DUN tradisi seperti Paroi, Sikamat dan Ampangan. "Kena dengan calun winnable, pasti dapat balik" Jokiden diberitahu. Benarkah?? Kawasan Cina bagaimana??, kawasan India macam mana??? Soheh Kepimpinan barisan hadapan di atas ada jawapannya, tak perlulah kita bersusah payah memikirkannya. Kita hanya memandang dari segi luar, mereka pula mempunyai data-data soheh.

"Kalau calun ni monang, kalau calun ni kalah..".macam ada yang nak sabotaj tu. Patutnya, capo yo jadi calun BN akan MONANNNNNGGG!!!! Mungkin hanya Presiden UMNO sahaja yang bulih mneyolosaikan kemelut di NSDK ni. Kok ada kemelutlah..kok tak ada kan bagus.

Apapun generasi akan datang tidak seharusnya dibebankan dengan kesilapan pemimpin hari ini.

Catatan: Ini komen Tun Daim yang baru saja jokiden baca dalam http://www.utaranews.com/ sebentar tadi.

"Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan."