Friday, May 17, 2013

Kenyataan Yang Paling Nuar Menyampah Mendengarnya..

 
 

Diketika Nuar tengah mabuk untuk berdemontrasi jalanan bagi membantah keputusan PRU13 yang dikatakannya sebagai tidak adil, tidak telus, tidak mulus, lain pula reaksi rakan sekongkolannya yang dengan nekad mengiktiraf perjalanan PRU13 tersebut.
 
PAS Kelantan hari ini menerusi Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yaacob telah mengucapkan tahniah, syabas dan selamat maju jaya kepada  Perdana Menteri atas pembentukan Kabinet Transformasinya.
 
Itulah sifat orang yang budiman, mengakui kejayaan orang lain disamping berusaha keras untuk kejayaan diri sendiri. Bukannya seperti Nuar, apabila menang bukan main seronok lagi tetapi apabila kalah dan untuk menutup kelemahan diri maka dicarinya lah salah orang lain. Sesungguhnya dia berjiwa kerdil.
 
Sebelum itu PAS Terengganu juga mengikuti jejak langkah Presiden Amerika B. Obama, telah mengucapkan tahniah kepada DS Mohd Najib atas selesainya pembentukan Kabinet beliau.
 
Dua ucapan tersebut ternyatalah sebagai bukti bahawa PAS tidak menyokong usul Nuar atau gerakan Nuar atau penentangan Nuar terhadap keputusan PRU13 yang dikatakan telah dimanipulasi oleh SPR. Hakikatnya rakan kongsi beliau mengiktiraf pilihan yang telah dibuat oleh rakyat.
 
DAP secara prinsipnya mengakui kemenangan BN. Cuma DAP melihat sedikit ruang untuk terus menaikan semangat orang-orang Cina dan untuk menutup kesilapan menolak BN secara total, maka DAP berpura-pura bersetuju dengan Nuar dalam mengheret rakyat atau lebih tepat lagi penyokongnya ke himpunan haram.
 
Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Sultan Johor juga bertitah dan telah mengingatkan bahawa masa berkempen sudah berlalu dan berakhir. Sekarang adalah masa untuk menunaikan amanah dan tanggung-jawab terhadap rakyat yang memilih wakil-wakil mereka. Hentikan semua keributan tersebut.
 
Nuar tentulah tidak gembira dengan pengiktirafan yang diberikan oleh PAS terhadap kemenangan UMNO/BN dalam PRU13 yang lalu. Dia jika boleh masih mahu menaikan suhu kebencian dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan akan sedikit goyah dan ini memungkinkan untuk dia mendapat laba politik. Sekurang-kurangnya dia ingin menempelak Amerika yang juga telah mengiktiraf keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia.
 
Dalam sedikit masa lagi akan lebih banyak tulisan atau komentar yang akan dikeluarkan pleh penulis barat yang suatu masa dulu bersekongkol dengan Nuar, tetapi kini akan menghentam dirinya cukup-cukup kerana bertindak diluar batas-batas demokrasi. Habis kau Nuar...
 

Kabinet 2013: Pas Terengganu ucap tahniah kepada Najib


KUALA TERENGGANU 16 Mei - Pas Terengganu hari ini mengucapkan tahniah atas pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menyaksikan tiga wakil dari negeri ini dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
 
Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berharap mereka mampu memberikan khidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat khususnya di Terengganu.
 
Malah, jelasnya, daripada kalangan tiga yang dilantik itu, ada yang merupakan bekas menteri selain mempunyai pengalaman luas dalam politik dan kerajaan.
 
"Kita ucapkan tahniah kepada mereka, ada juga wakil dari Terengganu yang jadi menteri dan timbalan menteri.
 
"Kita juga berharap supaya mereka ini tak ada masalah memandangkan mereka adalah bekas menteri dan berpengalaman luas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini.
 
Abdul Wahid menambah, pihaknya juga mengharapkan agar pelantikan mereka berkenaan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu kelak untuk menikmati kemudahan dan pembangunan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
 
Dalam senarai barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri semalam, dua yang dilantik sebagai menteri penuh dan seorang sebagai timbalan menteri adalah dari Terengganu.
 
Mereka ialah Datuk Seri Idris Jusoh yang memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 2 manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia manakala jawatan timbalannya digalas oleh Datuk Jailani Johari. - UTUSAN ONLINE
 
  
 

1 comment:

  1. Apa2 pun kerja politik mana boleh hentikan sama seperti kerja ekonomi dan kerja2 sosial. kalau stop bahaya ada keje2 tak senonoh dibuat oleh pemimpin maka politiklah proses membetulkannya.

    ReplyDelete