Friday, January 18, 2013

Tun M Kata Kerajaan DS Najib Kini Lemah.. Biar Betul..



  Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Bin Tun Razak dan Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Mahathir Muhammad~ Suka pada Kedua-dua pemimpin negara yang hebat! :P


Sibuk pulak pencacai pakatan sehari dua ni menghebahkan dalam media sosial mereka bahawa Tun Dr Mahathir mengatakan kerajaan PM DS Mohd Najib berada dalam keadaan lemah. Jokiden dah berpuluh kali mendengar kenyataan Tun M seperti itu.
 
Maksud Tun M sebenarnya ialah DS Mohd Najib mewarisi sebuah kerajaan yang lemah daripada Pak Lah. BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga. Keadaan ini menyukarkan sedikit urusan pentadbiran.
 
Dalam nak menjaga hati para pengundi banyak tuntutan yang kurang munasabah terpaksa beliau penuhi. tanpa majoriti 2/3 kerajaan selalunya beralah dengan pelbagai tuntutan, lalu dilihat sebagai tidak berani dan sebagainya.
 
Sebelum itu Azman Ali telah mengesahkan bahawa pakar ekonomi dari bank Islam yang membentangkan kertas kerja di Singapura itu memang ahli PKR. Patut sangatlah dia memihak kepada pembangkang. Tidak patutlah dia mengatakan ekonomi negara akan berkembang sehingga 5.8 pada tahun ini. Malaulah dia nak mengakui kehebatan UMNO/BN. Lalu dia mengatakn bahawa UMNO/BN akan menang tipis atau kalah tipis atau kalah teruk. Budak ni kelak akan terlopong mulutnya apabila akhirnya nanti melihat UMNO/BN menang besar.
 
Kembali kepada putar belit puak pembangkang di atas tadi, apa sahaja yang Tun Dr Mahathir katakan mengenai politik dan negara ini pastilah mengundang reaksi yang negatif daripada puak pakatan ini. Mereka sebenarnya masih dihantui oleh aura Tun M. Mereka masih mengakui hakikat bahawa Tun M masih mempunyai bisa dalam senario politik Malaysia.
 
Bukti yang Tun M masih berbisa ialah jumlah pelawat blog beliau dan juga sesekali apabila posting beliau keluar di fb, maka akan ada berpuluh ribu liking atau komen dalam tempoh beberapa minit sahaja. Komen dan liking di fb beliau jauh mengatasi komen di fb Nik Aziz. Ini yang pembangkang meroyan ni.  
 
Jikalah ditakdirkan Tun M ini sudi menyertai pembangkang samada PAS atau PKR, kita tidak akan dapat bayangkan bagaimana beliau akan disanjung siang malam, diusung ke hulu ke hilir tanpa jemu dan bosan dan tanpa rasa malu. Beliau akan dipuji melangit dan segalanya tentang beliau akan tiba-tiba jadi wangi dan harum. Lesap terus segala kebusukan beliau. Inilah mentaliti puak pakatan.
 
Rakyat sebenarnya telah banyak kali mendengar pendapat dan buah fikiran Tun M mengenai kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini. Beliau secara umumnya amat berpuas hati dan bersetuju serta yakin dengan hala tuju ke mana negara ini hendak di bawa oleh PM Najib.
 
Dalam serba kekurangan dan kelemahan ini PM Najib telah mengemukakan Gagasan 1Malaysia dimana pengisiannya  melalui pelbagai Tranformasi tidak langsung terfikir oleh puak-puak pakatan iini. Dalam tempoh tiga empat tahun ini jelas dan nyata pencapaian beliau.
 
Puluhan kejayaan yang beliau capai dan dunia telah mula mengakui kepimpinan beliau. Dalam tempoh tiga tahun ini pelbagai anugerah diberikan kepada Malaysia. rating dan petunjuk antarabangsa sentiasa menaikkan atau meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pelbagai kategori. Yang terkini ialah Malaysia menjadi negara pilihan pelancung Islam mengatasi negara-negara Islam yang lain.
 
DS Mohd Najib mendengar denyut nadi rakyat. Zaman kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir. Di zaman beliau segala kemungkaran lalu telah jauh berkurangan. Pemimpin dan ahli politik kerajaan tidak mudah lagi melakukan kemungkaran tanpa diambil tindakan. Ada kes-kes yang sedang dibicara di mahkamah merupakan kes yang disiasat sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.
 
PM Najib telah berjaya membawa perubahan samada dalam politik negara, politik UMNO/BN, politik pembangkang tetapi juga dalam bidang pentadbiran negara. Prestrasi beliau setakat hari ini adalah cemerlang walupun puak pembangkang enggan mengakuinya.
 
Kejayaan beliau menyelamatkan ekonomi negara dan rakyat tidak sengsara bukannya mendapat sanjungan puak pakatan sebaliknya mendapat cacian kerana secara tidak langsung peluang mereka untuk menjatuhkan beliau semakin kurang. Terselamatnya Malaysia daripada kemelut ekonomi dunia membuktikan pendekatan beliau sebenarnya tepat dan berkesan.
 
Saranan dan cabaran beliau kepada pembangkang agar bersaing secara sihat dipentas politik membuatkan pembangkang terkedu dan tertelan kahak sendiri. Beliau seorang yang tenang dan tidak mudah melatah kecuali sekali dua. Dan yang terlebih penting ialah beliau seorang yang kuat bekerja serta mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya. Rakyat telah mula menyayangi beliau.
 
Menjelang PRU13, pengundi sebenarnya telah membuat keputusan. Penyokong tegar pembangkang sebanyak 37% pasti memberikan undi kepada pakatan, walau apa yang berlaku. 46% penyokong tegar UMNO/BN tetap akan memberikan undi kepada UMNO/BN walau apapun yang akan berlaku. Sementara 17% pengundi atas pagar kini  menjadi rebutan. Mereka boleh menukar sokongan sehingga ke saat-saat akhir menuju ke peti undi.
 
Cuma taburan jumlah pengundi di satu-satu kawasan memberi sedikit kelebihan kepada UMNO/BN. Namun pembangkang juga memindahkan pengundi ke kawasan yang ingin mereka tawan dengan meninggalkan kawasan yang mereka jangka akan kalah teruk. Kelebihan pembangkang pula terutamanya DAP ialah semasa SPR membuka pendaftaran baru mereka paling banyak mendaftarkan pemilih baru. Logiknya mereka itu akan mengundi pembangkang. Apapun UMNO/BN akan menang akhirnya.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment