Thursday, January 17, 2013

Selepas Kena Tikam Dari Belakang Hj Hadi Terus Domam..


Ini gambar nak Pitam semasa Bersih3..
 


Hahaha... kah..kah..kah.. Ada yang ikut dan cabut lari ikut pintu belakang, ada yang terus demam dan menyerahkan nota kepada Setiausaha Politik supaya membuat kenyataan akhbar.
 
Sebab itu peribahasa orang tua-tua kena ikut jangan ego sangat. Kan dah menyusahkan diri. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya, boleh menjatuhkan kredibiliti, boleh menjatuhkan air muka dan maruah peribadi. Dan boleh menyusahkan pengikut yang totok.
 
Biasalah untuk menutup kesalahan dan kesilapan sendiri seseorang atau pihak lain mesti dicari dan mesti dikambing hitamkan. Dalam isu Kalimah Allah ini biasalah media akan disalahkan. UMNO akan disalahkan, silap haribulan Majlis Syura pun akan dipersalahkan nanti.
 
Itulah senario akibat mulut lancang mengeluarkan pendapat tentang Kalimah Allah. Terpaksalah Hj Hadi, Nik Aziz dan Mat Sapu menelan kahak sendiri yang telah diludahkan. Malangnya kahak tersebut berwarna hijau pekat.. eeeeeeeeeeee!!!
 
Benda mudah, hendak dipayahkan, hendak di putar belitkan akibat mengikut telunjuk DAP dan PKR. Undi penyokong tegar PAS lebih ramai daripada undi Kristian dalam PRU13 kelak. Apa yang Hj Hadi nak takut sangat. Susah-susah keluar je dari pakatan haram tu, tinggalkan PKR dan tinggalkan DAP habis cerita.

Kalau nak sangat menang besar, join je UMNO/BN, pasti semua kerusi yang PAS tandingi akan menang. Penyokong sudah tentu tidak akan marah, cayalah.. Kalau mereka marah juga carilah ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan kerjasama dengan UMNO tersebut. Modal paling berkesan ialah kita tidak boleh bersekongkol untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipimpin oleh Orang Islam. Malaysia kan dipimpin oleh pemimpin Islam. Hah, kan wajar dan cantik hujah tersebut. 
 
Kalimah Allah, tak yahlah nak didebatkan dalam apa bentuk sekalipun. Tak perlu tunjuk pandai dan tak perlu anggap orang lain dungu.. Jelas dan lurus, Kalimah Allah adalah untuk penganut agama Islam. Apa yang susah sangat nak faham. Paderi Kristian pun mengakuinya.
 
Apapun, keputusan Majlis Syura amat dialu-alukan, sekurang-kurangnya ahli akar umbi PAS agak tenang sedikit dan tidaklah tegang sangat seperti minggu lepas. 
 
Keputusan Majlis Syura teryata menyelamatkan karier politik Hj Hadi Awang dan Mat Sapu. Nik Aziz tak yah cakaplah. Ahli PAS akan memaafkan mereka setelah bersetuju dengan keputusan Majlis Syura. Itulah untungnya Hj Hadi apabila tidak menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS tersebut.
 
Tak perlu nak kata media putar belit, sebab seluruh rakyat yang tidak memulaukan TV3 jelas mendengar apa yang dituturkan oleh Hj Hadi dengan muka lebamnya bersaksikan Mat Sapu, Nuar Brahim yang mencuka dan Lim Kit Siang yang tersenyum dalam hati ketika itu.
 
Semua yang menonton TV tersebut faham apa yang Hj Hadi tuturkan sebagai jurucakap pemimpin pembangkang malam itu. Rakyat faham maksudnya. Tak perlu juga mengatakan UMNO memutar belitkan atau mensensasikan video tersebut.
 
Berani buat berani tanggung. Tangan yang mencincang, maka bahulah yang terpaksa memikulnya. Namun keputusan Hj Hadi dan Mat Sapu menerima dan bersetuju dengan keputusan Majlis Syura menunjukkan mereka sebenarnya berani.
 
Macam tulah jika nak menjadi pemimpin, jangan asyik nak mengikut telunjuk atau arahan orang lain walaupun hati memberontak tidak bersetuju. Mesti ada pendirian sendiri barulah hebat namanya.

Ni tentang Amanat yang menyesatkan tersebut, walaupun sudah 30 tahun tetapi kisah Che Kasa Che Awang tu jangan kita lupa. Dia masuk PAS 2008, terus di suruh menjalankan amanat tersebut. Dia tak mahu, dia keluar Pas 2009 dan 2011 masuk UMNO. Maknanya amanat tersebut tidak basi dan masih terpakai.

Soalnya sekarang kita  tak perlu masuk Universiti Oxford atau Al Azhar untuk mengetahui bahawa perkara itu tidak betul. Perkara itu salah. Tak perlu diperdebatkan lagi. Tak perlu satu jam di TV. Tak perlu nak kata media putar belit.

Tindakan paling wajar ialah tarik balik dan bertaubat. Jika Hj Hadi sudah lama bertaubat, bagaimana dengan pengikut yang masih mengamalkan amanat tersebut. Apa status pengikut berkenaan dan jika mereka berterusan begitu, tidak kah Hj Hadi juga bersubahat..
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

1 comment:

  1. 55 tahun nama Allah sudah digunakan di Malaysia dalam Bible.

    Apa JOKIDEN tak tahu.

    Sebab PR sudah memerintah 55 tahun di Malaysia.
    PR yang arahkan penggunaan nama Allah dalam Bible in Malay.

    Ada faham......Tak ada percaya sila semak sendiri....

    ReplyDelete