Tuesday, November 27, 2012

Nasib Baik UMNO Cepat Memecatnya..


1970 dipecat dari UMNO.
   
 
Najib bukanlah pilihan awal sebagai pengganti Tun namun bagaimana Tun melihat beliau sekarang dan apa komen ikhlas mengenai beliau?
 
Sudah tentu beliau telah melakukan kerja dengan cemerlang. Jika kita tidak menyokong beliau bagaimana beliau akan membuat kerja dengan tenang. Namun masih terdapat beberapa perkara yang boleh diperbetulkan tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas pilihan raya.


Soalan Utusan dan jawapan mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Jika ada yang masih ingat selesainya perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1998, deligasi dari Kedah mengadakan jamuan makan malam. 
 
Turut hadir ialah Presiden UMNO Tun M, dan Naib Presiden DS Mohd Najib. Dikhabarkan dalam ucapan ringkasnya pada malam tersebut Tun menyatakan rasa terima kasih dan penghargaannya kepada DS Mohd Najib kerana bersabar, beralah dan memberi laluan kepada Pak Lah untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
 
Keadaan parti yang tidak beberapa stabil ketika itu akibat pemecatan Nuar sebagai Timbalan Presiden, sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebagai ahli UMNO, menyebabkan Tun berfikir panjang dan terpaksa meminta persetujuan Naib2 Presiden UMNO untuk melantik Pak Lah. Mengikut kedudukan DS Mohd Najib sepatutnya yang dilantik menggantikan Nuar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Namun mengambil kira situasi semasa dan sentimen UMNO Pulau Pinang yang masih terkejut, maka melantik Pak Lah adalah pilihan terbaik.
 
Jika benarlah ucapan Tun M ketika itu sebegitu rupa maka bermakna DS Najib adalah pilihan awal untuk menggantikan beliau.
 
Kita lupakan soal itu dan kembali kepada bahang PRU13 yang semakin hampir. Suasana politik Malaysia tentunya tidak sekalut ini sekiranya dua individu iaitu Nuar dan Nik Aziz tidak  berada dalam arus perdana politik negara.
 
Untuk kesejahteraan rakyat dan untuk kestabilan dalam negara dua watak utama politik ini harus ditamatkan karier politiknya melalui penolakan secara total terhadap mereka dalam PRU13 kelak.
 
Rekod sebelum ini, di mana Nuar berada, organisasi tersebut akhirnya akan bermasalah. ABIM yang ditubuhkan oleh Nuar sendiri hanya cantik mulus di awal penubuhannya sahaja. Kemudian sedikit demi sedikit pergerakan tersebut simpang peranang dan tersasar daripada tujuan penubuhannya.
 
Kemudian, terleka dan terpesona dengan gambaran luar yang ditampilkan oleh Nuar, Tun Mahathir yang mempunyai visi yang jelas ke mana negara ini hendak di pandunya telah mempelawa Nuar untuk menyertai UMNO bagi membantu beliau merialisasikan cita-citanya dalam penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara.
 
Bukan sedikit orang-orang politik yang seperti cicak termakan kapur apabila Nuar akhirnya menjadi ahli UMNO. Pemimpin dan ahli Pas ramai yang pitam lantaran amat kecewa ketika itu. Bukan sedikit pula kepimpinan ABIM yang membantah keputusan Nuar menyertai UMNO.
 
Tidak lama dalam UMNO, kerosakan sedikit demi sedikit mula berlaku dan kemuncaknya pada tahun 1993 di mana Nuar menawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden.
 
Pemilihan pada tahun tersebut menyaksikan penggunaan wang untuk membeli undi begitu terserlah dan sukar dikawal. Perwakilan yang mempunyai kuasa undi amat mewah ketika itu. Jelajah antara negeri kaedah cara berkempen dalam pemilihan Presiden Amerika mula diperkenalkan sehinggalah Dr Mahathir mengarahkan dari luar negara agar semua konvoi dan perarakan tersebut dihentikan serta merta. 
 
Akhirnya UMNO mula kehilangan arah tuju dan sejarah telah terukir dan masih jelas dalam ingatan para pendukung UMNO sehingga ke hari ini.
 
Kemudian berlaku sebab musabab dan Allah telah memberi kekuatan kepada Dr Mahathir untuk memecat Nuar dari Timbalan Perdana Menteri, setelah nasihat supaya berundur tidak diendahkan oleh Nuar. Ini bukan keputusan mudah kerana DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pun tidak boleh memecat Nuar tanpa nasihat Perdana Menteri. Kemudian MKT memecat beliau daripada Jawatan Timbalan Presiden seterusnya daripada ahli UMNO.
 
Bukan sedikit gelora yang melanda negara apabila orang nombor dua paling berkuasa ketika itu dipecat dari semua jawatan. Jokiden memberitahu beberapa rakan karib ketika itu bahawa jika Dr Mahathir berada di pihak yang benar bermakna Allah telah memberi kekuatan kepada beliau dalam tindakan tersebut. Sebaliknya sekiranya Nuar teraniaya maka Dr Mahathir akan menerima akibatnya.
 
Kemudian PKR ditubuhkan dan pada peringkat awal ianya sama seperti mana penubuhan parti-parti politik yang lain. Namun apabila Nuar melantik dirinya sendiri (setengah kata dia dilantik oleh isterinya, ikut manapun serupa) sebagai Ketua Umum, maka mulalah PKR menghadapi masalah demi masalah sehinggakan terukir dalam lipatan sejarah di mana sebuah parti politik yang ditinggalkan oleh begitu ramai pemimpinnya.
 
 
Mereka yang insaf..
 
Seorang demi seorang keluar parti atas pelbagai alasan. Semuanya kini menentang Nuar.

Pas tidaklah seteruk apa yang kita lihat pada hari ini, sebelum orang-orang yang bersimpati dengan Nuar diboloskan ke dalam parti tersebut.
 
Namun setelah pengaruh Nuar berjaya meresapi Pas, maka Pas juga akhirnya simpang peranang. Sekejap hudud, sekejap Negara Islam, sekejap Negara Berkebajikan sekejap meludah, sekejap menjilat kembali ludah, sekejap haram, sekejap halal, sekejap hendakkan perpaduan, sekejap tak mahu, sekejap boleh dan sekejap lagi tidak boleh.

Apa sahaja masalah yang dihadapi oleh Nuar kepimpinan tertinggi Pas akan segera mempertahankannya walaupun dalam soal-soal yang melibatkan kepentingan umat Islam. Pas tidak peduli dan Nik Aziz begitu komited mempertahankan Nuar dalam apa juga isu. 
 
Walaupun kesemua yang dialami oleh Pas tersebut diletakkan punca kesalahannya kepada UMNO, namun bukan sedikit ahli Pas yang memendam rasa atas pembelaan yang kurang wajar oleh pemimpin mereka terhadap Nuar dalam isu-isu tertentu.
 
Akhirnya kelak dalam sedikit masa lagi Pas juga mungkin akan musnah sekiranya terus bersekongkol dengan Nuar dan tidak mempunyai keberanian untuk menjauhkan diri daripada Nuar. Pas juga mungkin akan ditinggalkan oleh ahlinya secara pukal nanti.
 
Dengan gambaran yang sedikit ini dan mudah pula untuk difahami, apakah rakyat Malaysia akan menyerahkan kepimpinan negara ini kepada Nuar.??? Rasanya tidak mungkin. 
 
 
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment