Thursday, September 27, 2012

Mahfooooodzzzzzzzzz Berbohong Lagi!!!!!!!!





Pas yakin hudud dilaksana walau dibantah DAP(Utusan 27/9/12)

 
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pas Johor yakin pelaksanaan hudud di negara ini bukan perkara mustahil walaupun dibantah pemimpin-pemimpin DAP.
 
Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, hudud tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara yang memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.
 
Menurut beliau, Pas juga yakin matlamat melaksanakan hudud dapat dicapai sekiranya parti itu beroleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
 
"Sudah tentu saya menyokong sepenuhnya pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berulang kali menyatakan hudud akan dilaksanakan apabila Pas menang.
 
"Saya tidak hairan DAP menolak hudud tetapi mereka perlu ingat, kejayaan pembangkang memerlukan kemenangan ketiga-tiga parti komponennya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 

Mahfodz mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin yang senada dengan bapanya, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa hudud bukan dasar pakatan pembangkang.
 
Tambah beliau, Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memiliki persefahaman politik dan berbincang lebih lanjut untuk menentukan dasar perjuangan pakatan tersebut.
 
Dalam pada itu, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin memberitahu, Guan Eng sepatutnya menghormati dasar perjuangan Pas berhubung pelaksanaan hudud.
 
"Saya ingin bertanya kepada Guan Eng apa sebabnya beliau menolak hudud. Adakah Guan Eng bimbang hak penganut agama lain akan terancam?" katanya.
 
Pada masa sama, beliau juga kesal dengan kegagalan pemimpin Pas mempertahankan pendirian Nik Aziz secara terbuka kerana keadaan itu menyebabkan ramai ahli peringkat akar umbi dan penyokong parti keliru.
 
"Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama Pas perlu membuat kenyataan rasmi berhubung tindakan Guan Eng menolak hudud," katanya.
 
Bagaimanapun, kata Mohamed Hafiz, pemimpin Pas lebih gemar mendiamkan diri apabila hudud yang menjadi dasar perjuangan parti dikritik DAP
 

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai lapisan kepimpinan PAS tentang hudud di negara ini. Terkini seperti yang dilapurkan oleh Utusan Malaysia ialah kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor iaitu Datuk Dr Mahfodz.
 
Pada Jokiden mudah sahaja mereka terpaksa menyebut tentang hudud ini kerana hanya itulah talian hayat yang mereka ada menjelangnya PRU13 ini. Tidak kira siapa yang membuat kenyataan  tentang hudud ini dan tentang apa sahaja samada menyokong atau membantah, samada dari PKR, DAP dan PAS keuntungan hasil daripada kenyataan tersebut tetap berpihak kepada Pakatan Pembangkang. Pihak UMNO/BN tetap berada dalam kerugian.
 
Pesuruhjaya PAS Johor tak yahlah nak membohongi rakyat, samada DAP menyokong atau membantah PAS sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hudud kerana mereka sendiri sedar kerajaan yang diterajui oleh UMNO kini telah melaksanakan hudud sejak lama dahulu walaupun sebahagian sahaja.
 
Oleh kerana sistem jenayah syariah yang dijalankan sekarang ini diperkenalkan oleh UMNO/BN maka PAS berhak menentangnya kerana bagi mereka apa sahaja yang UMNO/BN laksanakan adalah tidak betul dan tidak menepati syariat.
 
Kini mereka mempunyai alasan tidak dapat melaksanakan hudud sebab kerajaan pusat dikuasai oleh UMNO/BN. Tetapi jika suatu hari mereka berjaya memegang tampuk kuasa, ketika itu mereka akan menerima pakai apa yang UMNO gunakan hari ini dengan pelbagai alasan. Masa itu mereka akan cari, baca dan kupas hadis-hadis tertentu dan ayat-ayat Al-Quran untuk membenarkan hujah mereka. Ketika itu nanti mereka dengan mudahnya mengatakan bahawa apa yang UMNO buat adalah betul belaka dan sudah cukup baik dan sesuai untuk negara majmuk seperti Malaysia ini. 
 
Membaca kenyataan Nuar, HJ Hadi, Nik Aziz, Dr Zulkifli, Khalid Samad, Karpal Sinki, LGE, LKS, Tantawi dan ramai lagi tentang hudud jelas kepada kita mereka semuanya bersandiwara demi untuk meraih undi dalam PRU kelak. Bila mereka mempunyai sedikit kuasa akhirnya kelak mereka akan menikus dan menyepi dan seboleh-boleh isu hudud akan dilenyapkan dari mulut setiap dari mereka.
 
Kini semua pemimpin mereka begitu gemar memainkan isu ini kerana merasakan isu ini menguntungkan mereka dari segi politik demokrasi di negara ini. Tidak lebih dari itu. Bila orang lain persoalkan hudud PAS yang jelas tidak adil, maka mereka melentinglah dengan hamburan kata-kata kesat yang UMNO tolak hudud,  UMNO tolak Islam, UMNO harus bertaubat dan UMNO menghina Islam. Bagi mereka semua perbuatan agam orang lain adalah salah, yang betul hanya perbuatan dan amalan puak-puak mereka sahaja. Anihnya ramai jugak cerdik pandai yang terpengaruh dengan dahyah sempit pemimpin mereka tersebut. Terlupa pulak, pertanyaan, Hj Mat Sapu Timbalan Presiden PAS tak teringin ke untuk turut bersandiwara tentang hudud PAS ini..??

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

2 comments:

  1. hudud utk undi.. lepas PRU hudud pun senyap macam yg lepas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu hinggakan ada orang berkata isu hudud PAS sama macam lagu-lagu Raya, bergema setiap kali berakhirnya Ramadan..Dah biasa dah dgn isu ni..

      Delete