Friday, April 27, 2012

TAN SRI MUHAMMAD MOHD TAIB, NIK AZIZ DAN KADIAQ KETUAI DEMO BERSIH3

 
Berita di TV malam ini agak hangat atau panas juga walaupun tidak sampai ketahap 'gempar' Pertamanya Seorang pemimpin kanan DAP dengan jelas tidak bersetuju dengan pendekatan S Ambiga untuk meneruskan aksi demontrasi Bersihnya di Dataran Merdeka. 

Alasan Tengku Abdul Aziz ialah, Dataran Merdeka telah sedia bersih dan tidak eloklah diganggu-gugat atau disemakkan atau dikotorkan dengan sampah sarap serta bau peluh orang ramai kelak. Beliau walaubagaimanapun bersetuju sekiranya perhimpunan bersih dipindahkan ke Stadium Merdeka. "Lebih selamat dan lebih terkawal.." Katanya. Tunggulah sikit hari kena pecatlah tu.

S Ambiga tetap 'bega' (bega dalam loghat NSDK bermaksud atas sedikit dari degil) dan ingin meneruskan perhimpunan haram tersebut di Dataran Merdeka.

Keduanya Khalid Samad di dakwa di mahkamah kerana memberi kuliah tidak mempunyai tauliah. Cerdik dan bijak tidak semestinya kita boleh berbuat sesuka hati. Teringat Jokiden akan kata-kata Timbalan Menteri Datuk Dr Mashitah ketika menegur Nuar dalam Parlimen suatu waktu dulu. "Benar YB pandai bawa kereta, laju pulak tu, tetapi jika tidak ada lesen memandu yang sah, YB tetap melakukan kesalahan.." Katanya selamba dan Nuar terkedu dan tersipu.


Ketiganya penafian Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PATM) tentang thomahan Nizar gila talak tu dimana mereka tidak pernah berbincang bersama PM untuk berbuat sesuatu sekiranya pembangkang menawan Putra Jaya. Hebat sungguh Nizar gila talak ni membuat andaian dan rekaan. Agaknya dalam dunia ini, itulah dakwaan Nizar yang paling menjijikan. Dulu semasa kempen PRK Hulu Selangor dia juga dengan busuk hatinya memfitnah PM. Wahai Nizar, tak perlu meroyan, kok pembangkang monang dalam PRU13 sok ambik bonalah Putra Jaya, tu.. tak yah nak fitnah2 doh.

Semalam juga sebanyak lebih 1500 orang menyaksikan Ambiga di TKO kan oleh KJ, dalam debat perdana mengenai Bersih dan SPR. Terbuntang-buntang Ambiga nak mempertahankan hujahnya. Walaupun TKO Ambiga yang kelihatan lebam mukanya tetap berdegil ingin meneruskan demontrasi haram beliau di Dataran Merdeka pada Sabtu 28/4 ini. Alasan Ambiga 'rakyat' yang hendak berdemo, dia hanya menganjurkan sahaja. Pulak dah...

Kita fahamlah kenapa Ambiga selepas kena penumbuk sulung KJ, masih tetap ingin ke Dataran, kerana di situ mungkin boleh memberikan sedikit keuntungan samada dari segi bantuan dana asing mahupun publisiti murahan yang akan diperolehi kelak melalui saluran BNBC, CNN atau Aljazera.

Kedegilan Ambiga sebenarnya bukan memberi kelebihan kepada pembangkangpun, sebaliknya membuatkan rakyat bertambah mual, muak, meluat dan menyampah kepada beliau dan juga pembangkang. Sepatutnya rakyat dijaga dan dipelihara bukannya disusahkan.

Tak ada mananya SPR tidak bersih, itu semua fitnah je, bohong je, auta je dan gimik je. Akibat SPR tidak bersihlah hampir semua kerusi di Wilayah Persekutuan dimenangi oleh pembangkang. Ada akal fikirlah sikit.

Sejak akhir-akhir ni kecuali di Kota Baru, semua ceramah pembangkang merudum dari segi kehadiran. Rakyat sudah tidak terpesona lagi dengan kelentong Nuar dan sekutunya kerana asyik menghamburkan kisah lama iaitu Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Malah ceramah pembetulan akidah oleh Dr Hassan Ali lebih mengundang ramai pendengar daripada ceramah pembangkang. Semua itu disedari oleh pembangkang dan mereka naik pening lalat sekarang ini. Lalu untuk melihat 'crowd' yang ramai bagi menaikan saki baki semangat yang masih ada, pakatan haram pembangkang berusaha untuk membawa pendemo dari seluruh negara. Bayangkan berapa banyak duit rakyat yang terpaksa dibelanjakan bagi menjayakan demo haram itu.

Betullah akan ada orang dapat duit seperti pengusaha bas, penyedia minuman air kotak, pembekal bina dan kain rentang, pembekal khemah, pembekal baju, topi dan payung, namun yang akan mengalami kerugian berjuta ringgit juga akan ramai terutamanya peniaga di sekitar Jalan TAR, Jalan Masjid India dan Sogo.

Yang mengejutkan sekali ialah 'fatwa' terkini Nik Aziz, katanya wajib pergi berdemo kerana untuk untuk membantah kezaliman SPR.. Laa.. tak ada benda lain ke yang dia nak cakap mengenai demo ini.

Jokiden dulu peminat Tan Sri Muhammad Mohd Taib, tapi jangan tersalah anggap pulak, bukan ada apa-apa. Sepanjang dia berkuasa, sebelum dan sesudah, dia tak adapun bagi Jokiden duit walaupun 10 sen. Namun Jokiden suka dengan cara kepimpinannya yang menyebabkan Selangor bertambah maju. Kini Jokiden tertanya-tanya kemana menghilangnya beliau. Mungkinkah beliau akan muncul secara tiba-tiba pada 28 April ini berganding bahu dengan Nik Aziz dan Kadiaq lalu berarak ke Stadium Merdeka.

Sebenarnya tidak perlu apa-apa perarakan pun, terus saja ke Stadium dan berdemo., habis cerita. Apa perlunya untuk berkumpul di tempat lain dan kemudian berarak pula??. Sambutan Maulidurrasul pun sekarang ini di PP dan Kelantan sudah tiada lagi.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment